Halaman

Jumaat, 27 Februari 2009

"KELUARGA SAYA"???


































Assalamualaikum dan Alhamdulillah serta salam motivasi kepada generasi siber Islamik..
Posting di atas cukup untuk menunjukkan bahawa generasi pelapis negara dihimpit dengan konflik identiti akibat dari suasana masyarakat yang diserang dari segenap sudut.Serangan yang saya maksudkan ialah budaya hedonisme yang menular dan terus mekar subur dalam diri anak-anak Malaysia.Televisyen,internet,majalah, semuanya menjadi peluru yang membunuh tumbesaran fikrah fitrah otak anak-anak kita sekarang.Hati mereka yang suci bersih dinodai oleh ibu bapa yang tiada jiwa beragama.
Adakah kita juga mahu jadi begitu?Tepuk dada tanya iman.
Setelah saya membaca penulisan seorang ‘adik’ itu,yang terpaksa membesar sebelum usianya,hati rasa sebak,nak menjerit sekuat-kuat hati agar bebanan ini terlepas.Namun,itu bukan penyelesaian konkrit atas krisis moral yang berlaku sekarang.Di mana ibu-bapa mereka sekarang?Terasa sungguh apabila Abu Dzar r.a,seorang sahabat Rasulullah SAW apabila melihat pedang yang ditempa oleh tukang pedang,pengsan.Akhirnya,Rasulullah saw datang dan mengejutkan Abu Dzar,bertanya kenapa kamu pengsan wahai Abu Dzar?Sedangkan Abu Dzar tidak sakit jantung ataupun darah tinggi.Aku pengsan kerana melihat api pada pedang yang ditempa itu.Subhanallah!Iman para sahabat,melihat api ingat akan neraka Allah.Tetapi kita?Api di hujung mulut pun masih lagi tidak mampu untuk meninggalkannya.Jauhi rokok.Iklan percuma jap.(,”) Maaf kalau terasa,tapi perisa nasihat itu berbagai-bagai.Ada yang pahit.Tetapi itulah ubatnya.
Mari kita fikir penyelesaiannya…
Pengalaman saya melakukan sesi bertemu adik-adik atau ibu-bapa dalam sesi kem sahsiah diri,pembangunan modal insan,kursus jati diri atau seumpamanya terus mendewasakan fikiran saya.Rata-rata yang ditemui mengharapkan dapat mengubah anak mereka menjadi seperti Thalhah Ubaidillah yang kental jiwanya setelah memasuki Islam seawal 16 tahun,mereka mengimpikan anak seperti Anas bin Nadal berumur 16 tahun yang syahid di medan peperangan dengan 80 lebih kesan liang tikaman.Bahkan mereka terus berharap agar anak yang dikurniakan kepada mereka dapat menjadi seperti Muhammad Al-Fatih yang membuka Kota Constantinople sewaktu berumur 23 tahun,InstanbuL.Ini sejarah gemilang Islam.
Harapan hanya mengundang kekecewaan..tanpa berusaha untuk mengubah diri sendiri.Bagaimana ketam mahu mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya begitu?Tabiat boleh diubah dengan menyerap perkara positif pada karektor yang berkeperibadian Al-Quran.Tidakkah kita mahu jadi Al-Quran yang bergerak?
Anak-anak ini disuntik oleh roh Islam.Mereka berjiwa agama.Hasil Tarbiyyah ibu bapa mereka.Suasana masyarakat Islami yang mewujudkan biah solehah ketika itu,telah menghadirkan anak-anak yang didambakan oleh ibu bapa kini.
Kita cuba soroti masa remaja kita,ramai ahli psikologi perkembangan manusia merumuskan bahawa remaja adalah individu yang berumur di antara umur 12 tahun dan 21 tahun.
Emosi perlu di baja dengan akhlak mahmudah.
Emosi terbahagi kepada 3 peringkat :
Emosi peringkat awal iaitu usia 13-14 tahun.
Tika ini remaja perempuan tertarik kepada remaja lelaki namun mereka mendapat cemuhan masyarakat,begitu juga remaja lelaki.Apalah salahnya memandu mereka dengan panduan syariat?Kita cemuh untuk mengutuk.Sebaldi kutukan untuk mereka.Penuh.Mari kita ubah pendekatan.Jadikan mereka kawan.Paut dan pimpin tangan mereka.Kita selalu ke majlis ilmu?ke masjid? Kita bawa mereka bersama.Akhirnya mereka mempunyai hala tuju.Bukan sekadar kutukan tapi tindakan kita untuk menyelamatkan mereka dari di hanyut arus di zaman remaja yang kritikal ini.

Gadis dan dot dot dot…
Maka,di mana kita sewaktu ini?Mereka perlukan panduan dan nasihat dari golongan yang dah melepasi usia ini.Amat mengejutkan kita,namun tidak mustahil mengenai hasil kajian pensyarah Universiti sewaktu ketika dahulu…seramai 886 pelajar perempuan mengaku telah berzina dari 887 orang pelajar.Apa yang kita lakukan?Sekadar bermain di bibir mulut,teruknya pelajar itu.Anak siapalah agaknya?Sekiranya anak kita?Naudzubillah min dzalik.

Emosi peringkat pertengahan iaitu 14-15 tahun.
Remaja lelaki baru mula tertarik kepada remaja perempuan tetapi tiada tindakbalas dari remaja perempuan dan suka berkhayal “syok sendiri” kerana remaja perempuan seringkali jual mahal.
Mencegah lebih baik dari mengubat.Mereka kosong dengan pengisian.,sewaktu khayalan mengambil ruang itu.Teringat kata-kata ustaz Mad Isa sewaktu kuliah Maghrib di Pasir Gudang,Johor.Syaitan itu sentiasa berusaha menyesatkan anak Adam.Kadang-kadang,melalui pandangan mata,biasanya melalui sentuhan antara bukan mahram.Kenapa?Kerana manusia itu sentiasa lupa sehingga tidak dapat mencapai nafsu muthmainnah.Apa pula nafsu muthmainnah?Itulah nafsu yang mampu menjaga kehormatan diri dari bersifat dengan mazmumah.Alirkan kepada jiwa remaja cas-cas positif dari nasihat yang berhikmah.Kita pendidik bukan penghukum!

Emosi peringkat akhir 16 tahun ke atas.
Hei,dah pandai berpasang-pasangan ya,mula fikirkan masa hadapan,pekerjaan dan pasangan hidup.Suka menghabiskan masa dengan melepak,membeli belah,tengok wayang,pergi ke konsert-konsert anjuran televisyen atau ayarikat tertentu.Saat ini,golongan gadis lebih sensitif,kuat merajuk kerana takut kesepian seterusnya ia membawa kepada perlakuan membinasakan diri.Ini hakikat.Lihat sahaja adegan penceritaan dalam drama televisyen hari ini.Berkisar kepada kajian psikologi fisiologi inilah kita perlu hadir dalam hidup mereka sebagai rakan penyelamat.Memberikan pelampung rasa kasih agar mereka berasa dihargai.
Kita jangan menganggap diri ini suci dan tidak boleh bergaul dengan mereka.

Mereka perlukan kita dan kita perlukan mereka.Kita pernah berbuat silap sebelum menginjak ke usia ini,maka janganlah kita membiarkan mereka melakukan kesilapan yang sama.

Motivasi roh itu menyentuh hati…..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.