Halaman

Khamis, 19 Mac 2009

PAPAN TANDA HIDUP KITA?


Assalamualaikum dan Alhamdulillah dapat lungsuri blog lagi..

Saya teringat papan tanda berlepas di lapangan terbang sewaktu saya ingin berlepas ke Kuching,Sarawak sewaktu program Lambaian Kenyalang ketika pengajian dahulu.
Papan tanda memainkan banyak peranan dalam kehidupan kita.Papan tanda yang betul menunjukkan sesuatu destinasi.Bagaimana dengan papan tanda yang kita gunakan?Adakah ia betul?

Sengaja saya ingin menarik perhatian sahabat-sahabat siber,banyak perkara yang kita ikut membuta tuli,taklid tanpa usul periksa sahaja tanpa menggunakan panduan yang sebenarnya.Kini,berapa ramai yang berkata perkara berkaitan dengan undang-undang Islam tetapi dia sendiri bukan ahli undang-undang.Malah menyebarkan berita angin sahaja.Berkata bukan dari ahlinya.Sekiranya dia seorang yang faqih dalam bidang ekonomi maka janganlah di tanya mengenai bidang masakan.Biarlah chef yang pakar menjawab tentang masakan dan memasaknya.Itu terlebih baik kerana dialah selayaknya menjawab mengenai masakan.

Namun begitu,kedapatan dewasa kini…masyarakat mudah ditipu dan percaya dengan dunia yang sentiasa menjanjikan kemanisan dan kemewahan.Kita ambil contoh yang ada,berkaitan dengan kehidupan kita sehari-harian,bagi wanita Muslim,menutup aurat dengan mengikuti syarat-syaratnya tiada kompromi.Ia wajib kerana ia ada nas dalam Al-Quran.Oleh itu,sekiranya MUSLIMAT itu tidak menutup aurat sedangkan MyCard nya ditulis ISLAM.Apakah yang perlu kita panggil kepadanya…Perempuan?Maka di sini sama sahaja bagi perempuan ini dengan perempuan yang mengikuti ajaran Buddha,Hindu,Kristian.Sama! Sama kerana tidak menutup aurat.

An-Nuur ayat 31 [24.31] Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung

Bagaimana?Perkataan Muslimat itu juga frasa kata yang baik.Sejuk hati mendengarnya.Berbeza dengan perempuan..apatah lagi betina! Agak kasar kan…Apa yang saya ingin tekankan ialah,panduan kita ,papan tanda yang kita perlu ikuti adalah Al-Quran,As-Sunnah,Ijma’ Ulama’ dan Qias.

Apalah kiranya papan tanda panduan yang lain?Sebanding dengan perkara tersebut…Dunia menipu dengan mengatakan apabila melihat wanita yang tidak bertudung itu cantik.Walhal cantik kerana tabarruj pada zahirnya.ALLAH SWT,tidak membeza-beza warna kulit,pangkat,keturunan dan sebagainya.Nilaian dari ALLAH SWT Ialah TAQWA.

Sebagaimana panduan dari buku manual mesin basuh,tatkala mana kita membeli mesin basuh,buku panduan mengatakan kita perlu berpusing ke arah kanan dan mesin basuh akan berfungsi dengan baik.Sebaliknya apabila dipusingkan ke kiri,pastilah tidak berfungsi dan akan rosak.Sepertimana itu juga,panduan kita Al-Quran,maka kita perlu gunakan panduan ini untuk kebaikan umat.Bukan sekadar dihafaz dan dialunkan.Jauh sekali dijadikan hiasan tetapi ia perlu dijadikan panduan yang perlu diikuti.

Kita melihat papan tanda dari Kuantan ke Temerloh lebih dari 90 KM,maka perlulah kita membuat bekalan sewajarnya ke sana,agar sampai ke Temerloh dengan suasana yang baik.Begitulah juga,kita menuju ke akhirat,maka bekalan amal yang banyak perlu dibawa,marilah kita bersedia ketika di dunia ini,sebelum maut menjemput kita.

Oleh itu,terutamanya diri saya,menyeru agar kita bertaqwa kepada ALLAH SWT dan melihat papan tanda yang Nabi Muhammad saw telah tinggalkan kepada kita untuk kita ikuti.Marilah kembali kepada ISLAM..Kembali kepada fitrah bermakna kembali mendapatkan redha ALLAH SWT.

Wallahua’lam.

Ringkas untuk peringatan diri ini..Ikatlah ilmu itu dengan menulisnya.

Motivasi Roh,Menyentuh Hati…

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.