Halaman

Khamis, 9 April 2009

Bersama Ustaz Zamri Mari Mengaji


Siapa Ustaz Zamri...?
Ustaz Hj. Mohd Zamri bin Hj. Mohd Zainuldin bukanlah nama yang asing di dalam bidang motivasi dan latihan di Malaysia. Bertugas sebagai Pensyarah Darul Quran JAKIM (Bahasa Arab & Dakwah), Kuala Kubu Bharu, beliau merupakan motivator dan trainer utama di MANTOP Consultancy and Training.

Berikut beberapa pengalaman beliau:
Juri Akademi Al-Quran TV9 2006, 2007 & 2008 (bahagian tajwid dan fasahah).
· Pengacara rancangan Mari Mengaji TV9 2006 & 2007
· Terlibat aktif dalam ceramah dan motivasi seluruh negara bersama MANTOP Training & Consultancy.
· Pembikinan Album Nur Wahyu dan Mutiara Wahyu bersama In-Team Records.
Penampilan di beberapa media cetak seperti Berita Harian, Metro, Utusan Malaysia, Majalah Al-Islam, Dara.com dan Feminin.

Pada 4 & 5 April 2009,segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah swt kerana saya telah berkesempatan untuk menjadi salah seorang tenaga fasilitator Mantop Training & Consultancy dibawah trainer dan motivator utama iaitu Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin B.A (B.Arab & Pengajian Islam) Universiti Hashimete Jordan.Bersama beliau ialah rakan trainer Mohd Zafran Mohd Zainuldin B.A.Sc (Biotech) UMS.

Program ini telah diadakan di Masjid Jame' Bandar Baru Uda (BBU),Johor Darul Ta’zim..Sambutan yang diberikan oleh adik-adik sewaktu program cukup positif.Program ini di dasari untuk melahirkan masyarakat yang menghayati konsep pembelajaran sepanjang hayat.Ia bukan motivasi yang biasa diuar-uarkan dewasa ini.Dengan berpandukan Al-Quran,modul motivasi kejayaan hakiki pastinya menggarap semangat dan kemahuan yang lebih mantap dalam menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Ustaz Zamri memang kelakar orangnya,pendek kata Happy Go Lucky.Seakan sudah lama berkenalan dengan beliau walaupun baru beberapa kali bertemu.Alhamdulillah atas nikmat ukhuwwah Islam ini.Profesional yang ditunjukkan beliau dalam menguruskan program ini cukup terserlah.Tarbiyyah Al-Quran jelas terpancar dari tindakkannya untuk melihat adik-adik cemerlang dunia dan akhirat.

Program ini cukup best.Best giler! pergh power.. walaupun saya bertugas hanya sebagai fasilitator.Modul SMART SOLAT cukup berkesan sepertimana sabda Rasulullah saw: Solat adalah tiang agama,barangsiapa yang mendirikannya,sesungguhnya dia telah menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya.Di program ini peserta telah didedahkan dengan kaifiyat solat,prinsip-prinsip serta hikmah disebaliknya.Alhamdulillah.

Bagi ibu-bapa yang inginkan anak mereka berubah kearah lebih baik.Mungkin program MANTOP ini memberikan laluan kearah perubahan tersebut.Mudah-mudahan dengan hidayah Allah,saya,anda dan juga kesemuanya dapat berubah menjadi lebih cemerlang.InsyaAllah.

Program Motivasi Islamik ini dapat melembutkan jiwa kerana bertepatan dengan Surah Alam-Nasyrah (Surah ke 94)
[94.5] Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
[94.6] sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
[94.7] Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
[94.8] dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
Pabila setiap perkara kita mengharapkan keredhaan Allah swt pasti Allah akan memberikan ketenangan kepada hati.InsyaAllah.

Akhirnya,saya terasa cukup kerdil disisi Allah swt.Cukup fakir kerana masih banyak ilmu berkenaan solat dan bacaan Al-Quran yang masih tidak saya ketahui.Saya menyeru kepada rakan-rakan saya yang dirahmati Allah swt agar dapat memberikan masa untuk menitik beratkan ilmu ini.Mari kita melazimkan diri ke majlis-majlis ilmu dan melazimkan diri ke masjid bersolat jemaah.Di dunia kita sentiasa ke rumah Allah maka tidak mustahil Allah swt akan menjemput kita ke syurga Allah kelak.

Sepertimana kata Ustaz Zamri iaitu Motivasi Al Quran Teras Perubahan.Soalannya,adakah Al Quran itu kita jadikan panduan atau perhiasan?Ikutilah Al Quran dan suruhan Rasulullah saw agar menjadi panduan dan pengiktibaran di hari ini supaya kita tidak menyesal di hari kemudian.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi
(segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahua'alam.
Ikatlah ilmu dengan menulisnya,

Laman Web : mantop.com.my

Dari Cahaya Syurga Firdaus.




0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.