Halaman

Isnin, 31 Ogos 2009

MERDEKA TAPI JANGAN KAMU MENDERHAKA KEPADA ALAH.

KEMERDEKAAN DARI KACAMATA AGAMA

BAYANGKAN anda terkurung dalam sebuah bilik sempit, gelap, busuk dan kotor. Pasti tidak ada apa yang difikirkan ketika itu kecuali mahu bebas daripada kurungan itu.Demikian lumrahnya manusia. Sesuatu nikmat itu benar-benar dihargai dan dirasai kepentingannya apabila ia tiada.

Nikmat sihat hanya dirasakan apabila ditimpa sakit. Ketangkasan dan kecergasan usia muda hanya disesalkan apabila ‘kerenah’ usia tua mula meniti. Demikian juga kebebasan dan kemerdekaan. Hanya mereka yang terpenjara atau pernah mengalaminya benar-benar memahami erti kebebasan.Kebebasan adalah anugerah Allah kepada makhluk-Nya.

Khalifah Umar bin al-Khattab pernah berkata: Bilakah kamu menganggapkan manusia ini hamba kamu, pada hal mereka telah dilahirkan oleh ibu mereka sebagai makhluk yang merdeka?”

Jadi, tidak ada siapa pun boleh mendakwa dialah yang memberikan kebebasan kepada manusia seperti tidak ada seorang pun daripada kalangan manusia yang berhak untuk merampas kebebasan seseorang yang lain.

Perakuan kebebasan ini dijelmakan dalam kebebasan untuk memilih akidah atau pegangan hidup. Allah berfirman maksudnya: “Dan katakanlah (wahai Muhammad saw): “Kebenaran itu ialah yang datang daripada Tuhan kamu. Maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu ingkar, biarlah dia mengingkarinya...” (Surah al-Kahfi, ayat 29)

Firman-Nya lagi: “Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati mengenai kedegilan orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki), maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang yang beriman?” (Surah Yunus, ayat 99)

Demikianlah erti kebebasan yang diajar oleh Nabi Muhammad sejak 15 abad lalu. Kebebasan yang tidak pernah dipinta dan diperjuangkan oleh sesiapa pun pada waktu itu. Ia adalah kebebasan hakiki, yang dianugerahkan Allah kepada sekalian makhluk-Nya tidak kira lelaki atau perempuan, Muslim atau bukan Muslim.



Kini, ketika seluruh dunia memperkatakan mengenai kebebasan dan hak asasi manusia, umat Islam yang sejak dulu mengetahui dan menikmati kebebasan yang dianugerahkan Allah kepada mereka, bertukar menjadi umat tertindas dan sering dinafikan hak mereka. Ketika kaum wanita di Barat dan di Timur dibenarkan berjalan bebas tanpa pakaian kerana menghormati ‘hak asasi’nya, wanita Islam yang bertudung kepala kerana mematuhi suruhan agama, disekat, dihina dan dinista.

Pada masa kaum lelaki di Barat bebas mengepit dan meniduri puluhan wanita tanpa ikatan nikah yang sah di sisi undang-undang dan agama; lelaki Islam yang berniat untuk melakukan perkahwinan kedua dengan cara yang halal di sisi agama, dianggap kejam dan mendiskriminasi wanita.Ketika masyarakat dunia menyaksikan peningkatan jenayah di kalangan orang dewasa, remaja dan kanak-kanak, pelbagai cadangan, langkah dan bentuk hukuman dikemukakan.

Tetapi, apabila orang Islam membuka mulut mencadangkan pelaksanaan undang-undang Islam, mereka dikatakan kolot, kejam dan ketinggalan zaman. Dan ketika tanah air umat Islam diceroboh, umatnya diusir, wanita dan kanak-kanak dibunuh, orang Islam yang bangkit berjuang demi mempertahankan agama, tanah air dan maruah; dituduh pelampau dan pengganas.

Maka, sempena menyambut Hari Kemerdekaan negara ke-52 yang penuh makna ini, marilah kita bebaskan diri daripada segala belenggu yang menghalang kita daripada mentaati dan melaksanakan perintah Allah Yang Maha Agung. Itulah kebebasan hakiki yang menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.Bukan kebebasan mengikut nafsu dan melakukan maksiat.

SEKIAN , SALAM KEMERDEKAAN KE 52 DAN INGATLAH KITA BELUM MERDEKA DARI MENJADI BAHAN BAKAR API NERAKA..

MARI MENGEJAR SYURGA!

PEWARIS SYURGA FIRDAUS ,CREDIT UNTUK PROF MADYA MAZNAH DAUD.


وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ
“Dan telah Kami utuskan Rasul bagi setiap umat itu. (Mereka menyeru manusia) agar menyembah Allah dan menjauhkan diri daripada Taghut (iaitu seteru Allah)” [an-Nahl 16: 36]
Sesungguhnya pemilik agama ini, yang mencipta dan memiliki alam semesta, memerintahkan Nabi utusan-Nya agar tidak memaksa hamba-Nya memeluk agama yang diturunkan-Nya. Malah, hamba-Nya diberi kebebasan sepenuhnya sama ada mahu beriman atau sebaliknya, selepas diberi penjelasan mengenai kebenaran dan keindahan agama ini melalui ayat suci al-Quran dan diterjemahkan pula dalam bentuk amalan oleh Nabi serta pengikutnya.

Mari kita saksikan bagaimana seriusnya Rasulullah melaksanakan perintah Tuhannya agar tidak memaksa umat manusia memeluk Islam.Seorang lelaki musyrik bernama Thamamah bin Athal memasuki Madinah dengan sebilah pedang untuk membunuh Nabi. Dia berjalan, berlegar ke sana ke mari mengintai peluang keemasan bagi melaksanakan misinya. Tiba-tiba, dia terserempak dengan Umar bin al-Khattab.

Melihat gerak-gerinya, Umar mengesyaki sesuatu, lalu menghampiri Thamamah dan bertanya: “Hendak ke manakah engkau wahai Thamamah?”

Tanpa rasa takut dan gentar, meskipun berhadapan dengan Umar, Thamamah menjawab dengan tegas dan berani: “Aku hendak membunuh Muhammad!”

Tanpa berlengah walau sedetik pun, Umar lantas menangkap Thamamah, mengheret dan mengikatnya pada sebatang tiang Masjid Nabawi. Selepas Rasulullah selesai menunaikan solat Zuhur, Umar menyampaikan apa yang telah berlaku.

Dengan tenang Baginda menghampiri Thamamah yang sedang terikat pada tiang dalam masjidnya. Rasulullah memandang tepat ke wajah Thamamah, kemudian mengalih pandangannya kepada sahabat di sekelilingnya. Umar pula menanti dengan penuh debar arahan yang bakal diterimanya.

Apakah hukuman paling setimpal yang bakal dijatuhkan terhadap si musyrik durjana ini? Bunuh? Penjara seumur hidup? Buang daerah?

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وَلَـكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ {96}
“Sekiranya penduduk suatu kampung itu beriman dan bertaqwa, nescaya akan Kami limpahkan ke atas mereka keberkatan dari langit dan bumi. Akan tetapi mereka telah mendustakan Allah, lantas Kami hukum mereka terhadap apa yang telah mereka lakukan” [Al-A’raaf 7: 96]

Namun soalan yang ditanya Baginda adalah sama sekali di luar dugaan. Baginda bertanya: “Adakah engkau telah membawakan makanan kepada lelaki ini, wahai Umar?”

Umar menjawab dengan jujur: “Belum, wahai Rasulullah.” Lalu, Baginda memerintahkan Abu Hurairah supaya meminta segelas susu daripada Ummul-Mukminin di rumah Baginda.Selepas susu dibawa, Rasulullah memerintahkan supaya ikatannya dilonggarkan.

Thamamah duduk dengan selesa untuk meminum segelas susu yang diberi oleh Baginda.Setelah Thamamah selesai minum susu, Rasulullah berkata kepadanya: “Wahai Thamamah! Masuklah Islam!” Ajakan tulus ikhlas itu ditolak oleh Thamamah dengan katanya: “Tidak wahai Muhammad!” Setelah ajakannya supaya Thamamah memeluk Islam tidak diterima, Baginda memerintahkan supaya dia dibebaskan serta-merta! Thamamah segera bangkit dan berlalu dari situ. Selepas beberapa langkah, dia berpatah balik dan berkata tanpa teragak-agak:

“Asyhadu an la ilaha illallah, wa annaka Muhammad, Rasulullah!”

Rasulullah bertanya dengan penuh kehairanan: “Mengapa engkau tidak menerima untuk memeluk Islam ketika aku mengajak engkau tadi?”Thamamah menjawab: “Wahai Rasulullah! Aku takut sekiranya aku memeluk Islam ketika aku berada dalam genggamanmu, manusia akan berkata, Thamamah memeluk Islam kerana takut kepada Muhammad.

“Tetapi, kini aku bebas sepenuhnya. Maka aku memeluk Islam atas kehendakku sendiri demi mencari keredaan Allah.”

Ahad, 30 Ogos 2009

AMARAN UNTUK MUSLIM YANG MERDEKA TETAPI MENINGGALKAN PUASA !



ANDA TINGGALKAN PUASA?
Dari Abu Hurairah r.a,bahawa Nabi SAW bersabda :
Maksudnya : "Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran)yang dirukhsahkan oleh Allah,tidak dapat diqadha'kan dengan puasa setahun,walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.
(Riwayat Abu Daud , Ibnu Majah dan Tirmizi)

Rukun Puasa:

Rukun puasa ada 3 iaitu:

1.Orang yang berpuasa
2.Niat
3.Meninggalkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

Penjelasannya seperti berikut :

1.Orang yang berpuasa

Seseorang yang berpuasa hendaklah muslim,baligh,berakal,berkeupayaan dan bersih dari haid dan nifas.

  • Tidak sah puasa orang yang kafir kerana puasa adalah ibadah dan orang kafir bukan ahli ibadah.
  • Puasa tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh tetapi hendaklah dididik dan dibiasakan semenjak kecil.
  • Orang yang tidak mampu untuk berpuasa dimana jika ia berpuasa boleh mengakibatkan mudharat seperti orang yang terlalu tua atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh,maka tidak wajib berpuasa.Akan tetapi wajib diganti dengan secupak makanan bagi setiap hari puasa yang ditinggalkannya.
  • Bagi perempuan yang datang haid atau nifas maka tidak sah puasa mereka pada hari datangnya haid dan nifas.Sekiranya haid dan nifas datang pada siang hari,maka batallah puasanya pada hari itu.Sekiranya ia bersih dari haid pada malam hari,wajib ke atasnya puasa keesokan harinya sekalipun belum sempat mandi wajib.Mereka hendaklah menggantikan puasa tersebut mengikut bilangan hari-hari yang mereka tinggalkan selepas Bulan Ramadhan.
  • Harus berbuka bagi orang yang bermusafir jauh sekiranya ia takut ditimpa mudharat.Sekiranya musafirnya tidak mendatangkan mudharat maka ia lebih afdhal berpuasa.Dia wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan selepas bulan Ramadhan.(Imam Nawawi,Al-Majmu' Sharhu Al-Muhazzah,6/265.)
  • Harus berbuka bagi orang yang sakit,mengandung dan meyusukan anak sekiranya ia bimbang puasa boleh mendatangkan mudharat ke atas dirinya atau anaknya.Dan dia wajib mengantikannya semula selepas bulan Ramadhan.Bagi yang sakit biasa maka tidak boleh meninggalkan puasa.

2.Niat:

  • Puasa Ramadhan tanpa niat.
  • Niat itu di dalam hati dan bukan dengan lisan di maan tidak disyaratkan "Talaffuz" (menyebut niat dengan lisan:Al-Khaatib Al-Sharbini,Mughni Al-Muhtaj,2/146)
  • Ketika berniat,wajib menetukan jenis puasa seperti Ramdhan bagi puasa bulan Ramadhan.
  • Bagi puasa-puasa yang wajib,niat disyaratkan hendaklah dibuat pada malam hari,iaitu selepas terbenam matahari hingga sebelum Subuh.Pendapat yang sahih dalam Mazhab Syafie ialah tidak sah niat yang serentak dengan ketibaan waktu fajar,(Imam Nawawi,Al-Majmu' Sharhu Al-Muhazzah,6/303).Bagi puasa sunat pula,dibolehkan berniat pada siang hari selagi belum tergelincir matahari (masuk waktu zohor).
  • Niat hendaklah dilakukan pada setiap malam untuk setiap hari puasa yang dilakukan.Ini berdasarkan pendapat Imam Syafie,Abu Hanifah dan Riwayat yang paling sahih dari Imam Ahmad,ibid,6/319.
  • Mengikut pndapat Imam Malik dan Riwayat dari Imam Ahmad pula,cukup niat sekali sahaja untuk satu bulan Ramadhan dan hendaklah niat itu dilakukan pada mlam pertama Ramadhan,(Muhammad Alish,Minhu Al-Jalil,2/128.)

3.Meninggalkan dari melakukan perkara -perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu :

(i)Memasukkan sesuatu kedalam rongga hidung dengan sengaja dan tidak ada beza sama ada yang boleh dimakan atau tidak,termasuklah merokok.

  • Ijma' ulama' mengatakan terbatal puasa dengan makan dan minum.
  • Suntikan melalui kemaluan atau dubur adalah membatalkan puasa.Manakala suntikan melalui kulit pula ulama' dalam Mazhab Syafie berselisih pendapat,(Al-Majmu' Sharhu Al-Muhazzah,6/335,345)
  • Menurut pendapat Dr Yusuf Al-Qaradhawi ,ia tidak membatalkan puasa,(Qaradhawi,Fatawa Mu'asarah,1/307)
  • Perkara-perkara yang tidak dapat dihindarkan seperti habuk jalan dan air liur adalah tidak membatalkan puasa.Puasa terbatal dengan menelan kahak yang terkeluar dari kepala atau dada dengan sengaja,(ibid 6/343)
  • Batal puasa dnegan memasukkan jari atau sebagainya ke dalam dubur atau faraj,(ibid,6/336)
  • Puasa adalah terbatal dengan memasukkan sesuatu ke dalam telinga dengan sengaja.
  • Kesemua perkara tadi jika dilakukan dengan tidak sengaja maka ia tidak membatalkan puasa.

(ii)Muntah dengan sengaja (seperti kerana memasukkan jari kedalam mulut) adalah membatalkan puasa dan wajib diganti.Bagi muntah yang tidak sengaja atau menjadi kebiasaannya muntah maka itu tidak membatalkan puasa.

Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya:"Sesiapa yang biasa muntah dan dia berpuasa maka tidak wajib ke atasnya qadha' puasa.Dan sesiapa yang sengaja muntah,maka hendaklah menqadha'kannya.

(iii) Keluar darah Haid dan Nifas walaupun di penghujung waktu puasa adalah dikira membatalkan puasa dan wajib diganti.

  • Keluar air mani dengan sengaja sama ada kerana mimpi atau berangan-angan maka tidaklah membatalkan puasa,(ibid,6/348-350,Fiqh Sunnah,1/412)
  • Keluar air mazi tidak membatalkan puasa

(v) Jima' (bersetubuh)

  • Haram berjima' bagi orang yang berpuasa pada siang harinya dan ia membatalkan puasa tidak kira sama ada ia dilakukan di faraj atau dubur,keluar air mani ataupun tidak.Liwat yang dilakukan pada lelaki,kanak-kanak atau binatang juga dalah membatalkan puasa,(ibid,6/348)
  • Suami dan isteri yang melakukan jima' maka wajib ke atas kedua-duanya mengqadha'kan semula puasa mereka yang terbatal.
  • Kaffarah (denda) hanya wajib ke atas lelaki (suami) dan tidak wajib ke atas perempuan,(Mughni Al-Muhtaj)
  • Kadar kaffarah ialah membebaskan seorang hamba.Bagi yang tidak ada hamba maka hendaklah berpuasa 2 bulan berturut-turut.Sekiranya tidak mampu,dikehendaki memberi makan 60 orang fakir miskin,(ibid,2/180,Al-Majmu',6/366)
  • Sesipa yang menjima' isterinya sebanyak 2 hari berpuasa atau lebih,maka kaffarahnya juga ialah 2 kali kaffarah atau lebih,(Al-Majmu',6/370)

(vi) Murtad:

  • Ulama' bersepakat bahawa sesiapa yang murtad maka batallah puasanya dan wajib qadha' hari yang ia murtad,sekiranya ia kembali kepada Islam,(Abdul Karim Zaidan,Al-Mufassal Fi Ahkam Al-Mara'h 2/68)

(vii) Gila atau pengsan,sekiranya ia berlaku sepanjang hari dan dia tidak sedar walaupun satu saat makan batallah puasanya,(Ahmad Isa A'syur,Al-Fiqh Al-Muyassar,133)

(viii) Menukar niat :

Sesiapa yang berniat untuk berbuka puasa maka batal puasanya.Pendapat ini dipegang oleh Imam Syafie,Abu Thaur,Abu Hanifah dan pendapat yang palin jelas dalam Mazhab Hambali,(Abdul Karim Zaidan,Al-Mufassal Fi Ahkam Al-Mara'h 2/69)



MUDAH-MUDAHAN ALLAH MENERIMA PUASA KITA.

SEKIAN,

Selasa, 25 Ogos 2009

BEKALAN IBADAH PUASA


PUASA DITERIMA?




ASSALAMUALAIKUM DAN ALHAMDULILLAH,

Hujan renyai-renyai disertai dengan kedinginan yang mencucuk sum-sum tulangku.Hari ini sudah 4 hari kita menunaikan fardhu puasa Ramadhan.Bagaimana iman kita di pagi hari? Berbanding pagi semalam? ada peningkatan?

Soalan itu perlu ditanya kepada kalbu kerana bermonolog dengan diri sendiri untuk melihat sesuatu yang boleh diusahakan menjadi lebih baik adalah satu usaha untuk diri menjadi muslih.Diri sendiri menjadi baik dan membaikkan orang lain.

Saya begitu terkesan pasca 3 tahun kebelakangan ini,seputar terawih di masjid.3 tahun sudah di sebuah Masjid di Kuantan.Hati ini tersentuh pabila seorang tua itu masih lagi pergi ke masjid dalam keadaannya yang uzur.Beliau kehilangan upaya,pabila sebelah kakinya telah dipotong.Namun menggunakan tongkat,beliau tetap ke masjid.Bersembahyang di saff pertama!Kekuatan iman.

Tahun ini di masjid yang lain,seorang tua juga yang senantiasa melebarkan senyuman dan tidak putus dengan sedeqah manis dari bibirnya itu.Cukup menenangkan.Terima kasih pakcik.Dikau memberi inspirasi ketenangan diri.Ibadah itu memang menenangkan bukan hiburan yang membingitkan telinga menjadi makanan rohani kepada kita tetapi bacaan Al-Quran.Di sini,dunia yang akan binasa ini terasa betapa kerdilnya diri.Kita hamba.Allah itu Pencipta kita.

Maka nikmat Allah yang mana lagi kita nak dustakan?

Saat itu,seorang budak itu,masih pergi terawih dan melaksanakan ibadat ini.Walaupun nampak adik itu perlu berdiri dengan susah payah kerana mengalami kecacatan.Namun,adik itu masih segar menunaikan ibadah ini.Ketabahan hati.

Apa alasan kita pabila menghadap Allah kelak?

Di atas dunia kita dilalaikan dengan segala perkara yang disebut 'fana'.ia tidak kekal.Sehinggalah kita mati dan disoal oleh malaikat Maut.

Saat itu...

ALLAHUAKHBAR!

Justeru itu,apakah yang kita dapatkan dengan Ibadah puasa ini?

Inilah ia,bekalan ibadah puasa.






BEKALAN IBADAT PUASA


SIFAT IKHLAS
Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba.Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan Tuhannya.Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain,tetapi kerana ketaqwaannya kepada ALLAH yang mengetahui zahir dan batinnya,dan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah,ia tidak melakukannya.Itulah sebabnya ibadat ini istimewa dari yang lain.Sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diteriam oleh Allah dan tidak membuahkan hasil.

MUJAHADAH DAN KEKENTALAN JIWA
Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita untuk melakukannya sebelum Ramadhan.Ini mendidik kita untuk lebih tegas dalam meninggalkan perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh syariat di luar bulan Ramadhan.

SABAR
Puasa melatih keinginan kita supaya bersabar dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadhan.Sabar seperti ini amat perlu dalam berhadapan dengan segala kemungkinan dalam kehidupan.

MEMELIHARA FIZIKAL
Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara perut,mata,telinga,lidah,tanga dan kaki dari perkara-perkara yag boleh membatalkan puasa.

PRIHATIN DAN BELAS KASIHAN
Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin,lantaran itulah disyariatkan zakat fitrah pada bulan ini untuk menguatkan lagi perasaan tersebut.Perasaan ini adalah titik tolak kepada rasa bertanggungjawab di dalam masyarakat.

MEMBUKA HIJAB ANTARA DIRI DENGAN ALLAH
Ibadat yang dilakukan dalam Bulan Ramadhan berupaya memebersihkan roh dan hati.Dengan itu,terbukalah hijab antara hamaba dan Tuhannya.

MENGENALI ERTI KEJAYAAN SEBENAR
Puasa mengajar mukmin erti kejayaan sebenar.Bukanlah harta atau kedudukan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat yang telah digariskan oleh Allah adalah kejayaan hakiki.Orang yang berpuasa akan memperolehi dua kejayaan,pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui Allah.

RASA BELAS DAN LEMAH LEMBUT:
Rasulullah S.A.W mengajar umatnya,apabila seseorang mencaci atau memperli orang berpuasa , maka hendaklah ia berkata “Aku Berpuasa!”.Seseorang mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan seperti ini,kerana tidak mungkin dakwah dapat disebarkan dengan kekerasan.Bahkan ia memerlukan sikap berlapang dada dan kemampuan menahan diri dari perasaan marah.Permusuhan dan perbalahan tidak sedikitpun mendatangkan keuntungankepada dakwah,bahakan merugikan masa dan tenaga.

MEMPERKUKUHKAN KESATUAN UMMAH :
Orang Islam diseluruh pelusuk dunia berpuasa dalam bulan yang sama.Masing-masing merasakan nikmatnyakebaikan dalam bulan Ramadhan dan perasaan ini dikongsi bersama oleh seluruh umat Islam tanpa mengira abangsa,keturunan,warna kulit,bahasa dan melampaui batas geografi.Merasai wujudnya kesatuan umat adalah perkara dharuriah atau yang paling utama yang perlu ada dalam diri setiap mukmin.

MERAPATKAN HUBUNGAN DENGAN ALAM
Penentuan Ramadhandan Syawal,membawa uamt Islam memerhati perjalanan bualan dan bintang.Demikian itu melahirkan rasa keagungan kepada PenciptaNya.

MENJAGA MASA:
Puasa mengajar seorang muslim supaya teliti denagn masa dan jadual hidup.Ketika bulan Ramadhan,seorang muslim perlu teliti dalam menentukan waktu berbuka dan sahur kerana sedikit kesilapan akan mebatalkan puasanya.Disisplin masa seperti ini amat perlu dalam kehidupan seorang mukmin agar setiap perancangan hidupnya berjaya dan tepat pada masa yang ditetapkan.

KESIHATAN TUBUH BADAN:
Pakar-pakar perubatan mendapati puasa boelh menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak boleh dipulihkan oelh sesetengah ubat-ubatan moden atau tradisi.

-PEWARIS SYURGA FIRDAUS-

Isnin, 24 Ogos 2009

PUASA RAMADHAN vs BAZAR RAMADHAN




Bersyukur ke hadrat Ilahi yang mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia.Tetamu Allah yang cuma datang setahun sekali.Ramadhan kali ini sebenarnya berbeza dengan Ramadhan yang lalu kerana usia kita semakin bertambah.Sebab itulah kita sepatutnya lebih merasai kehangatan Ramadhan kali ini dengan menambahkan amalan dan kebaikan berbanding dari Ramadhan sebelumnya.Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini,kerana besar kemungkinan kita tidak akan menemuinya di tahun hadapan.

Berpuasa di perantauan? Anda pernah merasainya..ada yang bekerja diluar dari negeri kelahirannya.Ada juga yang masih dimenara gading mahupun bangku sekolah.Bersahur dan berbuka puasa bersama-sama pastinya dapat mengeratkan Ukhuwwah.

"Anta nak makan apa sahur nanti?Buka nanti nak makan apa?Antara soalan yang sering sahabat ajukan kepada saya.

Sentiasa kita dihidangkan dengan juadah di Bazar Ramadhan,namun entah mengapa,hati ini sentiasa sahaja mengambil jalan selamat untuk tidak ke sana (bazar Ramadhan).Sekira-kiranya ke sana,pasti pahala akan berkurangan.

Apakan tidaknya,penjual-pembeli bersesak-sesak di laluan yang sempit.

Bersentuhan tangan / kulit antara bukan mahram.

Hurm,puasa apa sekiranya datang ke sana di jamu dengan pakaian yang menampakkan aurat?


Anda pun tahu apa yang haq dan bathil...salah tetap salah.Dosa tetap dosa.


Maka untuk mengurangkan dosa,kita mengambil langkah selamat.


Gunakan alternatif yang lain untuk menjaga pahala amal kita untuk menghadap Allah nanti.


Simpanan duit sendiri RM10 000,di simpan dalam beg galas yang lusuh.Lambat-laun ia akan terkoyak,pada mulanya koyak sedikit,mungkin hanya RM 10 yang tercicir sedikit demi sedikit namun beg itu terus dibawa ke sana sini.Tapa disedari...akhirnya ia tercarik dan hilang semuanya.


Apa perasaaan saudara? Sia-sia simpan sahaja RM 10 000.


Bagaimana pula perasaan saudara apabila puasa kita sedemikian..hanya lapar dan dahaga.Kerugian akibat kecuaian diri sendiri.


Baiklah...apakah yang dimaksudkan dengan puasa?


Pengertian Puasa
Puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan.Manakala disisi ahli Feqah ialah meninggalkan diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat (Sayyed Sabiq,Fiqh Sunnah : 1/381)


Fadhilat Puasa dalam Bulan Ramadhan:Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam.Setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini.


Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan lain.Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya:Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan,diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walaupun satu pintu,dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.Penyeru pun menyeru:”Wahai orang yang mengharapkan kebaikan,terimalah!,dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan,berhentilah!,dan (yang ikhlas) kerana Allah akan dibebaskan dari api neraka,dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam (Ramadhan).

Hadith ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadhan,antaranya akan dibuka semua pintu Syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini.Begitu juga akan ditututp semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini.Syaitan-syaitan pula akan diikat tiba bulan Ramadhan.

Kelebihan bulan Ramadhan juga ialah difardhukan puasa di dalamnya.Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan.

Dalam sebuah hadith,dari Abu Hurairah r.a bahawa

Nabi S.A.W bersabda:

Maksudnya:Sesiapa yang berpuasa pada Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan (mengharapkan redha dan pahala dari Allah bukan kerana riya’ atau seumpamanya),akan diampun dosa-dosanya yang terdahulu.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara keistimewaan puasa juga,Allah S.W.T akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan lain dimana kadarnya hanya diketahui oleh Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W,

Maksudnya:Semua amalan anak Adam digandakan kebaikkannya sepuluh kali ganda serupa dengannya tujuh ratus kali ganda.Allah Azza Wajalla berkata:”Melainkan puasa,kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya,mereka meninggalkan syahwat dan makanannya keranaKu.”Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan ketika menemui TuhanNya,dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) lebih wangi disisi Allah daripada bau Musk.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ganjaran akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar,kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat.

Rasulullah S.A.W bersabda :

Maksudnya:Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil Al-Rayyan,masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari Kiamat,tidak boleh masuk melaluinya,seseorang pun selain mereka diseru:”Mana orang-orang yang berpuasa?” maka merekapun bangun,tidak akan masuk melaluinya seorangpun selain mereka,maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk,pintu itu akan ditutup,maka tidak boleh masuk melaluinya seorangpun.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam Riwayat Nasa’I dan Ibnu Huzaimah pula disambung lagi:”Sesiapa yang masuk akan minum,dan sesiapa yang telah minum tidak akan dahaga selama-lamanya”


SUBHANALLAH!!!
-PEWARIS SYURGA FIRDAUS-

Khamis, 20 Ogos 2009

SUPER MUSLIM KEMBALI !!!



SUPERMAN TAK SAMA DENGAN SUPER MUSLIM

Mereka merindukan kedatangan bulan ini.Seperti seorang pekerja yang senantiasa menantikan bonus pada akhir tahun.Mereka senantiasa bercerita tentang hal ini..Eh,tahun ini bonus naik lah..gembiranya hati ini.Kemudian datang seorang lagi sahabat,bonus tahun ini berdasarkan prestasi kerja kita.Aku dapat 8 BULAN BONUS.Melompat gembira.Mereka bercerita sesama sendiri mengenai keasyikan bonus dan apa yang nak dibuat dengan bonus tersebut.Begitu juga dengan orang mukmin.Dimana-mana sahaja mereka bercerita mengenai kebaikan bulan ini.Ganjaran pahala.Malam Lailatul Qadar.Ibadah dan pahala.Syurga dan kenikmatanNya.Begitu serba sedikit pengisian kuliah ustaz Abdul Razak yang sempat saya titipkan dalam Pewaris Syurga Firdaus ini.Di mana –mana sahaja bulan Ramadhan menjadi kerinduan kepada pencinta ibadah.

Kini Super Muslim kembali…

Super Muslim adalah seorang yang cerdas daya inteleknya sehingga mampu membezakan antara sunnah Rasulullah dan sunnah masyarakat. Super Muslim juga adalah seorang yang berdisiplin dalam memaanfaatkan setiap saat yang Allah kurniakan dalam kehidupan di alam ini. Tidak dapat dibayangkan seseorang itu dapat menjadi Super Muslim jika dia tidak berdisiplin menjaga waktu tidurnya.

09.00AM-11.00AM

Pada waktu ini lazimnya kita bersarapan atau mengambil waktu rehat sebentar untuk minum kopi. Namun pada bulan Ramadhan kita tidak melakukannya. Ya, kita sedang berpuasa. Di sini perlu kita sedar bahawa potensi yang ingin dilatih dan ditonjolkan oleh ibadah puasa bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum, tetapi jauh lebih besar dari itu. Ia adalah potensi menahan diri daripada apa yang diingini oleh nafsu dan apa yang kebiasaannya dilakukan oleh diri kita.
Keinginan nafsu dan kebiasaan diri adalah pelbagai, seperti nafsu merokok, kebiasaan membeli-belah, nafsu dengki sesama umat Islam, kebiasaan berburuk sangka, nafsu malas dan kebiasaan menghabiskan minimum satu jam membaca akhbar harian.


Super Muslim bukanlah seorang yang mentaati mahupun membuang nafsunya, tetapi adalah seorang yang mampu memimpin nafsunya kepada melakukan apa yang bermanfaat dan meninggalkan apa yang sia-sia. Sekali-sekali memang terlanjur mengikut nafsu, namun sikap menilai dan membetulkan menjadi kebiasaan bagi dirinya. Super Muslim juga adalah seorang yang melazimkan diri dengan kebiasaan yang baik (good habits) dan menjauhkan dirinya daripada kebiasaan yang buruk lagi sia-sia (bad habits). Tidak ada kebiasaan buruk yang tidak boleh ditukar kepada kebiasaan baik.

12.00PM-02.00PM

Ini adalah waktu rehat makan tengahari (lunch break). Sambil makan, adakalanya – atau lazimnya – timbul sembang-sembang gossip mengenai rakan sepejabat, ketua syarikat, ahli politik, penyanyi, pelakon dan sebagainya. Akan tetapi dalam bulan Ramadhan kita berhenti dan diam, mengingatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong, malah melakukannya, maka Allah tidak menganggap perlu bagi dia meninggalkan makan dan minumnya.”

Demikian amaran baginda dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari (1903). Berbohong tidak sekadar menyampaikan cerita yang kita tahu dusta, tetapi juga menyampaikan cerita yang kita sendiri tidak tahu apakah ia benar atau palsu Antara potensi penting yang terlatih dan menonjol daripada ibadah puasa ialah kesedaran bahawa kita sebenarnya mampu mengawal mulut daripada sembang obrolan. Pada masa kini ia tidak sekadar mengawal mulut, tetapi juga mengawal jari daripada menghantar sms dan emel yang seumpama.

Namun untuk menjadi Super Muslim, kawalan mulut dan jari bukan sekadar kepada cerita obrolan, tetapi meluas kepada apa jua yang sebenarnya tidak bermanfaat kepada agama dan umat. Super Muslim menjadikan pesan Rasulullah s.a.w. berikut ini sebagai salah satu prinsipnya yang utama:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat,
hendaklah dia berkata-kata yang baik atau diam.” [Muslim (47)].


03.00PM-06.30PM


Agaknya inilah waktu yang paling mencabar ketika berpuasa. Pada waktu ini badan terasa lemah, tekak terasa kering, minda terasa tumpul, emosi terasa di luar kawalan dan kelopak mata terasa berat.

Akan tetapi bak kata pepatah Barat:
“When the going gets tough, the tough gets going!”, maka demikianlah juga ciri-ciri seorang Super Muslim.

Jika kita merenung kembali kepada sirah Rasulullah s.a.w., akan didapati kebanyakan peperangan berlaku dalam bulan Ramadhan. Tidak sekadar itu, cabaran mereka dilengkapi suasana padang pasir yang disinari dengan matahari yang terik lagi panas. Semua ini tidak menghalang mereka untuk menegakkan kalimah Allah di mukabumi.


Perang yang berbeza juga menonjolkan kecerdasan emosi yang berbeza kepada Rasulullah dan para sahabat. Dalam Perang Badar umpamanya, emosi yang cerdas memberi mereka keyakinan untuk menghadapi musuh yang tiga kali ganda lebih ramai jumlahnya dan lebih canggih kelengkapannya. Sebaliknya dalam perang pembukaan Kota Mekah, emosi yang cerdas memberi mereka sikap pemaaf dan rendah diri kepada warga Mekah yang telah tewas, sekali pun satu ketika yang lalu warga Mekah tersebut amat memusuhi dan menzalimi mereka. Emosi yang cerdas seperti ini mampu ditonjolkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat dalam suasana cabaran sedang berpuasa.


Jika Rasulullah s.a.w dan para sahabat mampu melakukannya, kita juga mampu. Sekali pun inilah waktu yang paling mencabar, ia sebenarnya membongkar potensi kita yang sebenar sehingga mampu melakukan misi yang lebih mencabar. Ingat! Seorang Super Muslim tidak mengalah kepada cabaran, sebaliknya menjadikan cabaran sebagai suasana untuk bertukar dari bateri biasa kepada bateri Duracell.


08.30PM-10.00PM

Kejayaan berpuasa dari fajar hingga maghrib memang sesuatu yang patut diraikan. Akan tetapi bagi kita umat Islam, meraikan sesuatu kejayaan bukanlah dengan cara yang biasa dilakukan oleh umat bukan Islam. Sebaliknya kejayaan tersebut diraikan dengan perasaan lebih bersyukur dan tunduk kepada Allah s.w.t.. Ini kerana kita umat Islam memiliki satu lagi faktor kecerdasan yang tidak dimiliki oleh umat lain, iaitu kecerdasan rohani. Dengan kecerdasan ini, kita akur
bahawa bagaimana hebat sekali pun kejayaan yang kita peroleh, Allah tetap lebih hebat. Bahkan dengan kehebatan yang tiada tolok ukurannya di sisi manusia.



Maka setelah sehari berjaya berpuasa, Super Muslim meraikannya dengan memperbanyakkan sujud kepada Allah s.w.t iaitu melalui solat Isyak dan Tarawih secara berjamaah. Di sini terdapat dua potensi yang terserlah. Pertama, potensi melaksanakan solat fardhu secara berjamaah. Alhamdulillah dalam bulan Ramadhan surau dan masjid dipenuhi dengan orang ramai bersolat jamaah: Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Ini menunjukkan bahawa kita sebenarnya memiliki potensi melaksanakan solat fardhu secara berjamaah. Potensi ini tidak sepatutnya berlaku dalam bulan Ramadhan, tetapi sepanjang tahun. Kedua, potensi melaksanakan solat sunat. Kemampuan Super Muslim melaksanakan solat Tarawih dalam bulan Ramadhan menonjolkan satu potensi yang hebat, iaitu kemampuan melaksanakan solat-solat sunat sekali pun letih setelah sepanjang hari menahan makan dan minum. Di luar bulan Ramadhan solat Tarawih tidak ada, tetapi terdapat pelbagai solat sunat lain yang ditunjukki oleh sunnah yang sahih. Demikian secara ringkas beberapa potensi yang dilatih dan ditonjolkan oleh ibadah puasa dalam bulan Ramadhan.

Potensi-potensi ini tidak terhad kepada beberapa contoh di atas sahaja. Potensi mendisiplinkan diri bangun pada awal pagi, memimpin nafsu kepada yang bermanfaat, tidak berkata-kata atau menaip kecuali yang baik untuk agama dan umat, menguatkan kecerdasan emosi dengan bertambahnya cabaran dan merendahkan diri kepada Allah sebagai bukti kecerdasan rohani dimiliki oleh semua orang, hanya ia tersembunyi di sebalik diri sendiri. Melalui ibadah puasa dan
bulan Ramadhan, kita dapat mengenal potensi tersebut dan berusaha untuk mengasahnya agar menjadi lebih baik, lebih super dari tahun ke tahun.


Perkara yang lebih penting, potensi-potensi ini bukan untuk dimanfaatkan dalam bulan Ramadhan sahaja, tetapi sepanjang tahun

If you can do it in one month, then you can do it for the rest of the year!

Inilah yang saya maksudkan dengan “Ramadhan Sepanjang Tahun”. Ayuh! Carilah potensi anda pada Ramadhan ini dan jadilah Super Muslim sepanjang tahun.

Isnin, 17 Ogos 2009

KEM MOTIVASI SEK KAFA IM 2 : MODUL JATI DIRI ISLAMIK

Assalamualaikum dan Alhamdulillah posting hari ini…

MODUL JATI DIRI ISLAMIK

Ustaz...dia tak tutup aurat.Terlihat adik-adik ni akan seorang lelaki yang membawa motorsikal tetapi memakai seluar pendek.Berbeza apa yang diajar kepadanya mengenai tuntutan menutup aurat.

Kejadian di tepi pantai itu dengan iringan angin sepoi-sepoi bahasa cukup terkesan di hati saya.Betapa besar cabaran sebagai seorang kanak-kanak dalam menempuh dunia globalisasi ini.Adik-adik itu melihat seorang yang lebih berusia dan pastinya boleh memikir baik dan buruk menunjukkan contoh sebegitu rupa.Masyarakat perlu memahami tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.Khususnya mengenai dosa dan pahala.



Bagi saya,apa yang penting?kerjasama…seperti dalam cerita kartun kanak-kanak tu.Siri Wonderpack.Apabila ditanya sahaja…apa yang penting?pasti jawapannya Kerjasama.Hebat.Sekata sahaja mereka menjawabnya.Saya mula terasa betapa besar pengaruhnya televisyen kepada minda kanak-kanak.Kerjasama yang saya maksudkan di sini,kita sebagai sebahagian daripada masyarakat perlulah menunjukkan contoh kerana kita adalah sebahagian dari penduduk yang memenuhi Bumi.

Hendak atau tidak,kita adalah makhluq bukan Al-Khaliq.Kita bersumpah Asyhadu (Naik saksi)…kita mengambil Allah swt sebagai saksi.Ertinya kalau orang tidak suka apa yang kita buat.Tapi Allah swt sokong apa yang kita buat.Cukuplah.Subhanallah.Waktu kita tidur,jantung kita berjaga.Maka kita bersyukur di situ.Alhamdulillah.Mujurnya Allah swt menghidupkan kita dari mati yang keciL.Sewaktu kita tidur roh ini dibawa kelangit.Apabila kita tidur,fungsi roh tiada.Nak meratib tak boleh,nak makan tak boleh,sebab itu bila roh tiada fungsi.Allah ambil balik sebenarnya.Bila diambil balik,padanlah kita perlu bertasbih kepada Allah swt,apabila terjaga dari tidur.
Sepertimana sekiranya kita pergi ke Singapura,sebuah negara di selatan tanah air sudah pastilah kita perlu mengikuti undang-undang negara tersebut.

Undang-undang di Malaysia yang kita buat sendiri tidak sama dan tidak boleh digunakan disana.Begitu jugalah sedia maklum,pemilik Bumi ini adalah Allah swt maka menjadi kewajipan untuk kita menjaga bumi ini sebaik-baiknya.Tegakkan undang-undang Islam adalah salah satu cara untuk menjaga Bumi dari dirosakkan oleh mereka yang mengagung-agungkan undang-undang Lord Reid.Perlembagaan yang diredhai Allah swt pastinya perlembagaan yang digubal dalam Al-Quran serta Sunnah,Ijma Ulama’ atau Qias.Tiap-tiap kali sewaktu solat kita senantiasa memberi Selawat kepada Nabi saw.Nabi pastinya menjawab selawat itu.Tatkala mana sebegitu,kita sepatutnya malu untuk melawan kata-kata Nabi saw.




Di dunia ini apabila Mahkamah bersidang,saksi memainkan peranan utama untuk mensabitkan kesalahan atau sebaliknya.Tuan Hakim akan bertindak mengikut hujah dan kekuatan fakta yang ada.Begitu juga yang lebih hebat di Hari Akhirat kelak.Sebab itu kita disarankan mengalihkan tapak pijak solat kita setelah selesai solat yang hendak dilakukan lagi.Tujuannya agar mencari saksi yang banyak agar kes nanti akan lebih kuat apabila menhgadap QadHi Rabbul Jalil di Yaumul Mahsyar kelak.Sejadah menjadi saksi,pakaian menjadi saksi,anggota badan menjadi saksi,rumput-rampai yang kita pijak,bukit-bukau yang kita lalu,semuanya membantu kita kelak.Perlakuan kita serta segala barang-barang yang ada hubungan langsung dengan kita waktu itu semuanya adalah sebagai hujah kita menghadap Mahkamah Allah kelak.

Sebab itu juga apabila kita sampai satu tempat dan bagi yang muslimin apabila masuk waktu azan.Kita perlu azan.Kerana sebanyak mana makhluk yang mendengar azan itu semuanya menjadi saksi.Ini ajaran Islam.Ajaran lain Buddha,Hindu tidak ajar pun perkara ini.Hebatnya Islam.Inilah Islam agama yang sempurna.



Cuba kita pasakkan dalam diri kita dalam fikiran kita “Allah bersama kita” Bagaimana kita nak buat maksiat,nak derhaka pada ibu bapa,nak buat perkara-perkara mungkar sedangkan Allah bersama kita.Sekiranya semua memikirkan perkara ini maka kadar jenayah MAKSIAT pun akan berkurangan.

Persoalannya dimanakah rasa beragama dalam diri kita?

PEWARIS SYURGA FIRDAUS @ MOTIVASI ROH MENYENTUH HATI

Sabtu, 15 Ogos 2009

ULAMA MUKTABAR : ASY-SYAHID SAYYID QUTB

ASY-SYAHID SAYYID QUTB




Sayyid Qutb adalah nama yang tidak asing di kalangan umat Islam. Beliau tidak hanya dikenali sebagai tokoh gerakan Islam (Ikhwan Muslimun) tetapi juga sebagai cendekiawan dan penulis Islam yang hebat. Cukup membuktikan kehebatannya itu apabila sesiapa membaca tafsirnya Fi Zilalil Quran (di bawah naungan al-Quran). Selain itu, Sayyid Qutb juga menulis beberapa kitab yang lain yang mendapat sambutan hebat kaum muslimin sejak hayatnya hingga ke hari ini, antaranya Ma’alim Fi at-Thariq (Petunjuk Sepanjang Jalan), Nahwa Mujtama’ Islami (Ke Arah Masyarakat Islam), Hazaddin (Inilah Islam) dan sebagainya.

Sayyid Qutb di lahirkan tahun 1906 di sebuah kampoug di Selatan Mesir. Sejak kecil beliau telah diasuh dengan semangat cintakan agama oleh kedua ibu-bapanya. Beliau dihantar untuk mempelajari agama dan menghafal al-Quran. Didikan agama ketika kecil ini amat memberi bekas kepada As-Syahid hingga ke zaman dewasanya. Walaupun pengajian-pengajian yang dilalunya di peringkat dewasa tidak takhasus di bidang agama, tetapi penghayatan agamanya cukup tinggi. Jika tidak sudah pastinya beliau tidak akan mampu menulis kitab-kitab yang begitu hebat terutamanya Fi Zilalil Quran. Dalam hal ini pentarbiahan ikhwan juga banyak memberi sumbangan selain kesan didikan semasa kecil itu.

Sayyid Qutb mula berkecimpung dengan jamaah Ikhwan pada tahun 40an. Sejak awal pengllibatannya, beliau menjadi pendokong yang amat aktif. Beliau tidak rela hanya sekadar menjadi pemerhati atau penyokong sahaja. Kerana itu dengan segala kebolehan dan kepakaran yang ada padanya –iaitu dalam bidang penulisan dan kesusasteraan– beliau berusaha bersungguh untuk menyedarkan kaum muslimin supaya bersama-sama Ikhwan Muslimin untuk berjihad dan berjuang mengembalikan kedaulatan Islam di muka bumi ini. Pada tahun 1950, beliau mula menulis Fi Zilalil Quran, kitab tafsir yang amat disanjung itu. Pada tahun yang sama juga beliau diamanahkan untuk menjadi pemimpin redaksi majalah rasmi Ihkwan iaitu “Ikhwanul Muslimin”,

Kegigihan Sayyid Qutb menimbulkan ancaman kepada Kerajaan Mesir ketika itu yang menganut fahaman Sosialisme, menyebabkan beliau ditangkap pada tahun 1954 dan dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun. Di dalam penjara, beliau diseksa dengan amat kejam hingga menimbulkan radang paru-paru yang amat teruk. Kerana kesihatan yang amat buruk, beliau dibebaskan pada tahun 1964 iaitu setelah 10 tahun dalam penjara. Pemerintah Mesir berharap dengan kesihatan yang buruk itu, Said Qutb tidak akan bergerak aktif dengan Ikhwan selepas dikeluarkan dari penjara. Apatahlagi umurnya ketika itu telah melebihi 60 tahun. Namun sangkaan mereka meleset. Said Qutb bergerak lebih aktif selepas dibebaskan.

Tidak sampai setahun dibebaskan, Said Qutb ditangkap semula iaitu pada tahun 1965. Pada kali ini, tidak lagi hukuman penjara yang mengikuti beliau tetapi hukuman gantung. Said Qutb telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah Tentera Mesir bersama dua lagi rakannya iaitu Muhammad Hawwasy dan Abdul Fattah Ismail. Tatkala mendengar hukuman ke atasnya dibaca, tidak ada tanda gelisah, takut mahupun rasa bersalah di wajahnya. Dengan tenang beliau berkata; “Al-Hamdulillah” kerana apa yang beliau idam-idamkan sekian lama telah dikabulkan Allah iaitulah mati sebagai seorang Syahid.

ULAMA MUKTABAR : SYEIKH 'ATIYAH SAQAR

SYEIKH 'ATIYAH SAQAR



Seorang ulamak al-Azhar. Lahir pada tahun 1914 (22 Nov.) di Kampung Bahanbay (بهنباي) yang terletak dalam Wilayah Zaqaziq (Mesir). Menghafal al-Quran ketika usia 9 tahun. Beliau banyak terlibat memberi fatwa di Televesyen, Radio serta akhbar-akhbar utama di Mesir. Beliau adalah anggota Majma’ al-Buhus al-Islamiyyah dan pernah menjawat jawatan Ketua Lujnah Fatwa al-Azhar semasa hayatnya. Telah menghasilkan lebih dari 30 buah buku. Antaranya karyanya ialah “al-Fatawa; Min Ahsanil-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam”.

ULAMA MUKTABAR : SYEIKH DR. WAHBAH AZ-ZUHAILI

SYEIKH DR. WAHBAH AZ-ZUHAILI



Seorang ulamak dari Syiria. Dilahirkan di satu daerah di Damsyiq pada tahun 1932. Pengajian menengahnya di Syria, kemudian ke peringkat Universiti di al-Azhar (Mesir). Memperolehi Ijazah ‘Aliyah (B.A) di al-Azhar pada tahun 1956 dalam bidang Syari’ah Islam. Kemudian menyambung pengajian ke peringkat M.A (tahun 1959) dan Phd (tahun 1963) di Universiti Kaherah (Cairo University). Sejak selesai Phd (tahun 1963) beliau menjadi pensyarah di Universiti Damsyiq dan pada tahun 1975 dianugerahkan gelaran Profesor. Beliau merupakan pakar dalam Ilmu Fiqh, Usul Fiqh dan Fiqh al-Muqaran (Fiqh Perbandingan). Telah menghasilkan banyak penulisan dalam pelbagai bidang ilmu Islam. Karya beliau yang termasyhur ialah al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu yang merangkumi semua bab Fiqh meliputi 9 jilid besar.Karya-karya beliau yang lain ialah;

1. Tafsir al-Munir
2. al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami
3. al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh
4. Qissah Quraniyyah
5. at-Tafsir al-Wajiz

(credit untuk Ustaz Adnan Fadzil)

ULAMA MUKTABAR : SYEIKH SA'ID HAWWA

SYEIKH SA'ID HAWWA




Syeikh Sa’id Hawwa tidak asing lagi bagi para pencinta gerakan Islam. Beliau merupakan ulamak dan tokoh dalam gerakan Ikhwan Muslimin. Nama penuh beliau ialah Sa’id bin Muhammad Daib Hawwa. Dilahirkan di kota Hamat, Syria pada tahun 1935. Penglibatan beliau dengan Ikhwan bermula sejak tahun 1952 iaitu ketika ia masih di Tahun Satu Sekolah Menengah. Pada tahun 1963 beliau tamat belajar di Universiti Syria. Di antara guru beliau ialah Syeikh Muhammad al-Hamid, Syeikh Muhammad al-Hasyimi, Syeikh Dr. Mustafa as-Siba’ie, Dr. Mustafa az-Zarqa dan ramai lagi.

Pada tahun 1973, beliau telah dipenjara selama lima tahun oleh pemerintah Syria (iaitu hingga tahun 1978) dan semasa dalam tempoh penjara itu beliau menulis tafsirnya yang terkenal iaitu Al-Asas fi at-Tafsir sebanyak 11 jilid. Syeikh Sa’id Hawa telah menghasilkan banyak karya penulisan yang menjadi rujukan kaum muslimin khususnya aktivis-aktivis Harakah Islamiyyah. Antara karya beliau ialah;
1. Allah Jalla Jalaluhu
2. Ar-Rasul
3. Al-Islam
4. Al-Asas Fi As-Sunnah (as-Seerah, al-‘Aqaid dan al-‘Ibadat)
5. Tarbiyatuna ar-Ruhiyah
6. Jundullah Saqafatan Wa Akhlaqan
7. Fi Afaqi at-Ta’alim
8. Fusul Fi al-Imrati Wa al-Amir
9. Hazihi Tajribati Hazihi Syahadati
10. Al-Mustakhlas Fi Tazkiyati al-Anfus

Antara sifat peribadi Syeikh S’aid Hawa yang menyebabkan beliau disegani kawan-rakan serta ulamak-ulamak sezaman dengannya ialah kezuhudan dan kewarakannya. Ustaz Zuhair asy-Syawisy dalam tulisannya tentang Sa’id Hawwa dalam harian al-Liwa’ yang diterbitkan di Jordan telah menceritakan; “….Saya pernah mengunjunginya di al-Ahsa’ ketika ia menjadi pengajar di al-Ma’had al-‘Ilmi. Saya tidak menemukan perabot di rumahnya kecuali sesuatu yang dapat memenuhi keperluan seorang yang hidup sederhana. Juga tidak saya temukan pakaian yang layak dipakai oleh ulama’ dan pengajar di negeri yang panas itu. Baju jubah yang dipakainya dari buatan Hamat yang kasar. Saya terus mendesaknya hingga ia mahu memakai beberapa pakaian putih dan ‘aba’ah (baju luaran) yang layak bagi orang seperti dirinya, tetapi ia mensyaratkan agar tidak terlalu longgar. Sedangkan makanannya, tidak lebih baik dari pakaian dan perabot rumahnya. Termasuk dalam kategori ini adalah sikapnya yang ‘mudah’ kepada orang-orang yang menerbitkan buku-bukunya baik yang telah mendapatkan izinnya atau tidak. Buku-bukunya telah dicetak berulang-ulang -dengan cara halal dan haram-, tetapi saya tidak pernah mendengar ia mempersoalkan hal tersebut. Ini termasuk sebahagian dari zuhudnya. Sesungguhnya akhlaq dan toleransi Sa’id Hawwa ini merupakan kebanggan dan teladan bagi orang lain. Inilah kesaksian yang dapat saya sampaikan.” (al-Liwa’, edisi 15/3/1989) Pada tahun 1987 M beliau diserang penyakit lumpuh di sebahagian badannya disamping penyakit-penyakit lainnya hingga terpaksa mengasingkan diri dari orang ramai dan kemudiannya dimasukkan ke hospital. Pada hari Kamis tanggal 9 Mac 1989, Syeikh Sa’id Hawwa kembali ke rahmatullah di Hospital Islam Amman, Jordan. Semoga Allah menempatkan beliau di tempat yang tinggi di dalam syurgaNya bersama para Nabi, para Siddiqin, Syuhada' dan Solihin.(credit untuk Ustaz Adnan Fadzil)

Selasa, 11 Ogos 2009

SMART SOLAT NSC

Assalamualaikum dan Alhamdulillah,

KEM SMART SOLAT NUR SYIFA' CENTER (NSC) DI ANEES RESORT,KUALA TERENGGANU.



Kem Smart Solat anjuran Nur Syifa' Center ini telah diadakan dengan kerjasama Fasilitator dari AuK dan KudQi serta Konsultan Cikgu Zainuddin.Safwan,iaitu sahabat saya telah mengalami demam pada hari program ini.Saya berpesan pada Safwan,sekiranya kita dapat mengaitkan demam dengan dosa kita.InsyaAllah ia akan cepat kebah.Demam pun datang dari Allah dan Allah jualah yang berkuasa untuk menyembuhkannya.Alhamdulillah,Safwan beransur pulih selepas itu.Dia memang positif untuk melawan demam itu.Ya,kekuatan minda juga penting.Positifkan minda anda.




Ustaz Abdul Rashid adalah individu yang cukup sibuk sewaktu program Kem Smart Solat ini.Alhamdulillah,atas semangat dan kesungguhan beliau menjayakan program ini.Ustaz Abdul Rashid mengingatkan saya kepada surah Muhammad ayat 7 :
Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

Sewaktu sesi santai dengan Ustaz Abdul Rashid,beliau juga ada menyentuh berkenaan ayat seribu Dinar,Allah akan memudahkan urusan kita dan mengeluarkan kita dari kesulitan bukan sekadar Allah akan memberikan kita rezeki yang tidak disangka-sangka tetapi nikmat sihat itu juga rezeki,ketenangan itu juga rezeki,kesabaran itu juga rezeki.Maha Suci Allah yang menjadikan segala sesuatu dengan penuh kebijaksanaanNya.Alhamdulillah,atas ilmu yang ustaz ajarkan.Jazakallah khairan khathira ustaz.



Cikgu Zainuddin,ini adalah kali ke-2 saya berpeluang bersama-sama berprogram bersama beliau.Cikgu Zainuddin mengingatkan saya berkenaan aura positif pada diri kita.Sebenarnya sekiranya kita hadir ke Masjid atau majlis ilmu aura positif pada tempat tersebut amat membantu badan kita untuk mengaktifkan kembali sel-sel dalaman badan kita yang lemah.




Beliau mengatakan sedemikian kerana hasil dari analisis dan pemerhatian beliau,sesuatu tempat yang positif auranya sukar untuk dihancurkan kerana orang-orang yang ada dalam tempat tersebut terdiri daripada mereka yang mengharapkan Maghfirah Allah.Kita lihat contoh di sebuah masjid di Indonesia yang tidak terkesan sedikitpun dari tsunami,walaupun semua bangunan di sekelilingnya runtuh.Ini kerana Allah menjaga HambaNya yang mengharap ampunanNya.





'Ustaz Nasa' nama panggilan kepada akhi Nasaruddin yang kini menyambung pengajian.Semoga akhi berjaya dengan apa yang dicita-citakan.Bot nelayan ini memberikan makna yang besar kepada saya kerana ia menggambarkan kejerihan nelayan yang mencari sesuap rezeki di laut luas.Siapa yang memberi rezeki?Allah SWT.Iman kepada Allah swt pada para nelayan untuk terus bertarung nyawa menghempas badai samudera meruntun jiwa saya.Semoga kalian terus tabah mencari rezeki halal.Para nelayan yang mencari rezeki yang halal adalah terlebih baik dari penguasa yang terus mengambil rasuah atau apa sahaja nama yang sebanding dengannya (politik wang).Mengharap pendidikan yang tinggi tanpa iman kepada Allah adalah satu perkara yang rugi kerana kita Hamba Allah yang pasti disoal oleh Malaikat Allah di alam kubur kelak.




Sesi suap-menyuap,setiap kali saya hadir dalam sesuatu program motivasi,pasti saya tidak akan 'melepaskan' modul ini.Jelas keceriaan dan ukhuwwah antara adik-adik sewaktu setiap kali sesi makan.Alhamdulillah.Kita perlu mengasuh dari kecil (rebung) agar adik-adik kita atau generasi selepas kita ini dapat menghasilkan perasaan ithar kepada sahabat yang lain.Perkara ini adalah kunci kepada kejayaan umat Islam.Ukhuwwah ini indah sahabat.



Tenaga kerja NSC,Staff fasilitator KudQi dan AuK serta adik-adik peserta yang ceria.

Padamu ada al-asrar yg mjd idaman mujahid,
t'singkap al-asrar padamu,
dimukadimahkan scebis makrifat.
jagalah humaira pd wajahmu,
jagalah nur wajahmu,
jagalah nur syuhudiah dqalbumu
jagalah akhlak nubuwwah pada perilakumu
moga2 kau menjadi mar'atus solehah..

Sekian,Motivasi Roh Menyentuh Hati;Pewaris Syurga Fidaus.

Sabtu, 8 Ogos 2009

H1N1

H1N1

Jangkitan virus influenza A(H1N1) telah menular di kalangan masyarakat kita dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh hal yang demikian, setiap anggota masyarakat perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan kita semua.
Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.
Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :
A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah
• Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
• Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
• Berehat secukupnya.
• Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
• Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
• Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).

B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah
1. Amalkan adab batuk yang baik
Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
2. Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
o Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
o Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
o Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
3. Jangan kongsi peralatan peribadi
Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
4. Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
o Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
o Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
o Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
o Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah
• Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
3. Sakit dada berterusan
4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
7. Rasa pening apabila berdiri
8. Kurang kencing