Halaman

Selasa, 25 Ogos 2009

BEKALAN IBADAH PUASA


PUASA DITERIMA?




ASSALAMUALAIKUM DAN ALHAMDULILLAH,

Hujan renyai-renyai disertai dengan kedinginan yang mencucuk sum-sum tulangku.Hari ini sudah 4 hari kita menunaikan fardhu puasa Ramadhan.Bagaimana iman kita di pagi hari? Berbanding pagi semalam? ada peningkatan?

Soalan itu perlu ditanya kepada kalbu kerana bermonolog dengan diri sendiri untuk melihat sesuatu yang boleh diusahakan menjadi lebih baik adalah satu usaha untuk diri menjadi muslih.Diri sendiri menjadi baik dan membaikkan orang lain.

Saya begitu terkesan pasca 3 tahun kebelakangan ini,seputar terawih di masjid.3 tahun sudah di sebuah Masjid di Kuantan.Hati ini tersentuh pabila seorang tua itu masih lagi pergi ke masjid dalam keadaannya yang uzur.Beliau kehilangan upaya,pabila sebelah kakinya telah dipotong.Namun menggunakan tongkat,beliau tetap ke masjid.Bersembahyang di saff pertama!Kekuatan iman.

Tahun ini di masjid yang lain,seorang tua juga yang senantiasa melebarkan senyuman dan tidak putus dengan sedeqah manis dari bibirnya itu.Cukup menenangkan.Terima kasih pakcik.Dikau memberi inspirasi ketenangan diri.Ibadah itu memang menenangkan bukan hiburan yang membingitkan telinga menjadi makanan rohani kepada kita tetapi bacaan Al-Quran.Di sini,dunia yang akan binasa ini terasa betapa kerdilnya diri.Kita hamba.Allah itu Pencipta kita.

Maka nikmat Allah yang mana lagi kita nak dustakan?

Saat itu,seorang budak itu,masih pergi terawih dan melaksanakan ibadat ini.Walaupun nampak adik itu perlu berdiri dengan susah payah kerana mengalami kecacatan.Namun,adik itu masih segar menunaikan ibadah ini.Ketabahan hati.

Apa alasan kita pabila menghadap Allah kelak?

Di atas dunia kita dilalaikan dengan segala perkara yang disebut 'fana'.ia tidak kekal.Sehinggalah kita mati dan disoal oleh malaikat Maut.

Saat itu...

ALLAHUAKHBAR!

Justeru itu,apakah yang kita dapatkan dengan Ibadah puasa ini?

Inilah ia,bekalan ibadah puasa.






BEKALAN IBADAT PUASA


SIFAT IKHLAS
Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba.Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan Tuhannya.Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain,tetapi kerana ketaqwaannya kepada ALLAH yang mengetahui zahir dan batinnya,dan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah,ia tidak melakukannya.Itulah sebabnya ibadat ini istimewa dari yang lain.Sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diteriam oleh Allah dan tidak membuahkan hasil.

MUJAHADAH DAN KEKENTALAN JIWA
Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita untuk melakukannya sebelum Ramadhan.Ini mendidik kita untuk lebih tegas dalam meninggalkan perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh syariat di luar bulan Ramadhan.

SABAR
Puasa melatih keinginan kita supaya bersabar dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadhan.Sabar seperti ini amat perlu dalam berhadapan dengan segala kemungkinan dalam kehidupan.

MEMELIHARA FIZIKAL
Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara perut,mata,telinga,lidah,tanga dan kaki dari perkara-perkara yag boleh membatalkan puasa.

PRIHATIN DAN BELAS KASIHAN
Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin,lantaran itulah disyariatkan zakat fitrah pada bulan ini untuk menguatkan lagi perasaan tersebut.Perasaan ini adalah titik tolak kepada rasa bertanggungjawab di dalam masyarakat.

MEMBUKA HIJAB ANTARA DIRI DENGAN ALLAH
Ibadat yang dilakukan dalam Bulan Ramadhan berupaya memebersihkan roh dan hati.Dengan itu,terbukalah hijab antara hamaba dan Tuhannya.

MENGENALI ERTI KEJAYAAN SEBENAR
Puasa mengajar mukmin erti kejayaan sebenar.Bukanlah harta atau kedudukan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat yang telah digariskan oleh Allah adalah kejayaan hakiki.Orang yang berpuasa akan memperolehi dua kejayaan,pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui Allah.

RASA BELAS DAN LEMAH LEMBUT:
Rasulullah S.A.W mengajar umatnya,apabila seseorang mencaci atau memperli orang berpuasa , maka hendaklah ia berkata “Aku Berpuasa!”.Seseorang mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan seperti ini,kerana tidak mungkin dakwah dapat disebarkan dengan kekerasan.Bahkan ia memerlukan sikap berlapang dada dan kemampuan menahan diri dari perasaan marah.Permusuhan dan perbalahan tidak sedikitpun mendatangkan keuntungankepada dakwah,bahakan merugikan masa dan tenaga.

MEMPERKUKUHKAN KESATUAN UMMAH :
Orang Islam diseluruh pelusuk dunia berpuasa dalam bulan yang sama.Masing-masing merasakan nikmatnyakebaikan dalam bulan Ramadhan dan perasaan ini dikongsi bersama oleh seluruh umat Islam tanpa mengira abangsa,keturunan,warna kulit,bahasa dan melampaui batas geografi.Merasai wujudnya kesatuan umat adalah perkara dharuriah atau yang paling utama yang perlu ada dalam diri setiap mukmin.

MERAPATKAN HUBUNGAN DENGAN ALAM
Penentuan Ramadhandan Syawal,membawa uamt Islam memerhati perjalanan bualan dan bintang.Demikian itu melahirkan rasa keagungan kepada PenciptaNya.

MENJAGA MASA:
Puasa mengajar seorang muslim supaya teliti denagn masa dan jadual hidup.Ketika bulan Ramadhan,seorang muslim perlu teliti dalam menentukan waktu berbuka dan sahur kerana sedikit kesilapan akan mebatalkan puasanya.Disisplin masa seperti ini amat perlu dalam kehidupan seorang mukmin agar setiap perancangan hidupnya berjaya dan tepat pada masa yang ditetapkan.

KESIHATAN TUBUH BADAN:
Pakar-pakar perubatan mendapati puasa boelh menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak boleh dipulihkan oelh sesetengah ubat-ubatan moden atau tradisi.

-PEWARIS SYURGA FIRDAUS-

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.