Halaman

Isnin, 17 Ogos 2009

KEM MOTIVASI SEK KAFA IM 2 : MODUL JATI DIRI ISLAMIK

Assalamualaikum dan Alhamdulillah posting hari ini…

MODUL JATI DIRI ISLAMIK

Ustaz...dia tak tutup aurat.Terlihat adik-adik ni akan seorang lelaki yang membawa motorsikal tetapi memakai seluar pendek.Berbeza apa yang diajar kepadanya mengenai tuntutan menutup aurat.

Kejadian di tepi pantai itu dengan iringan angin sepoi-sepoi bahasa cukup terkesan di hati saya.Betapa besar cabaran sebagai seorang kanak-kanak dalam menempuh dunia globalisasi ini.Adik-adik itu melihat seorang yang lebih berusia dan pastinya boleh memikir baik dan buruk menunjukkan contoh sebegitu rupa.Masyarakat perlu memahami tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.Khususnya mengenai dosa dan pahala.



Bagi saya,apa yang penting?kerjasama…seperti dalam cerita kartun kanak-kanak tu.Siri Wonderpack.Apabila ditanya sahaja…apa yang penting?pasti jawapannya Kerjasama.Hebat.Sekata sahaja mereka menjawabnya.Saya mula terasa betapa besar pengaruhnya televisyen kepada minda kanak-kanak.Kerjasama yang saya maksudkan di sini,kita sebagai sebahagian daripada masyarakat perlulah menunjukkan contoh kerana kita adalah sebahagian dari penduduk yang memenuhi Bumi.

Hendak atau tidak,kita adalah makhluq bukan Al-Khaliq.Kita bersumpah Asyhadu (Naik saksi)…kita mengambil Allah swt sebagai saksi.Ertinya kalau orang tidak suka apa yang kita buat.Tapi Allah swt sokong apa yang kita buat.Cukuplah.Subhanallah.Waktu kita tidur,jantung kita berjaga.Maka kita bersyukur di situ.Alhamdulillah.Mujurnya Allah swt menghidupkan kita dari mati yang keciL.Sewaktu kita tidur roh ini dibawa kelangit.Apabila kita tidur,fungsi roh tiada.Nak meratib tak boleh,nak makan tak boleh,sebab itu bila roh tiada fungsi.Allah ambil balik sebenarnya.Bila diambil balik,padanlah kita perlu bertasbih kepada Allah swt,apabila terjaga dari tidur.
Sepertimana sekiranya kita pergi ke Singapura,sebuah negara di selatan tanah air sudah pastilah kita perlu mengikuti undang-undang negara tersebut.

Undang-undang di Malaysia yang kita buat sendiri tidak sama dan tidak boleh digunakan disana.Begitu jugalah sedia maklum,pemilik Bumi ini adalah Allah swt maka menjadi kewajipan untuk kita menjaga bumi ini sebaik-baiknya.Tegakkan undang-undang Islam adalah salah satu cara untuk menjaga Bumi dari dirosakkan oleh mereka yang mengagung-agungkan undang-undang Lord Reid.Perlembagaan yang diredhai Allah swt pastinya perlembagaan yang digubal dalam Al-Quran serta Sunnah,Ijma Ulama’ atau Qias.Tiap-tiap kali sewaktu solat kita senantiasa memberi Selawat kepada Nabi saw.Nabi pastinya menjawab selawat itu.Tatkala mana sebegitu,kita sepatutnya malu untuk melawan kata-kata Nabi saw.




Di dunia ini apabila Mahkamah bersidang,saksi memainkan peranan utama untuk mensabitkan kesalahan atau sebaliknya.Tuan Hakim akan bertindak mengikut hujah dan kekuatan fakta yang ada.Begitu juga yang lebih hebat di Hari Akhirat kelak.Sebab itu kita disarankan mengalihkan tapak pijak solat kita setelah selesai solat yang hendak dilakukan lagi.Tujuannya agar mencari saksi yang banyak agar kes nanti akan lebih kuat apabila menhgadap QadHi Rabbul Jalil di Yaumul Mahsyar kelak.Sejadah menjadi saksi,pakaian menjadi saksi,anggota badan menjadi saksi,rumput-rampai yang kita pijak,bukit-bukau yang kita lalu,semuanya membantu kita kelak.Perlakuan kita serta segala barang-barang yang ada hubungan langsung dengan kita waktu itu semuanya adalah sebagai hujah kita menghadap Mahkamah Allah kelak.

Sebab itu juga apabila kita sampai satu tempat dan bagi yang muslimin apabila masuk waktu azan.Kita perlu azan.Kerana sebanyak mana makhluk yang mendengar azan itu semuanya menjadi saksi.Ini ajaran Islam.Ajaran lain Buddha,Hindu tidak ajar pun perkara ini.Hebatnya Islam.Inilah Islam agama yang sempurna.



Cuba kita pasakkan dalam diri kita dalam fikiran kita “Allah bersama kita” Bagaimana kita nak buat maksiat,nak derhaka pada ibu bapa,nak buat perkara-perkara mungkar sedangkan Allah bersama kita.Sekiranya semua memikirkan perkara ini maka kadar jenayah MAKSIAT pun akan berkurangan.

Persoalannya dimanakah rasa beragama dalam diri kita?

PEWARIS SYURGA FIRDAUS @ MOTIVASI ROH MENYENTUH HATI

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.