Halaman

Isnin, 24 Ogos 2009

PUASA RAMADHAN vs BAZAR RAMADHAN




Bersyukur ke hadrat Ilahi yang mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia.Tetamu Allah yang cuma datang setahun sekali.Ramadhan kali ini sebenarnya berbeza dengan Ramadhan yang lalu kerana usia kita semakin bertambah.Sebab itulah kita sepatutnya lebih merasai kehangatan Ramadhan kali ini dengan menambahkan amalan dan kebaikan berbanding dari Ramadhan sebelumnya.Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini,kerana besar kemungkinan kita tidak akan menemuinya di tahun hadapan.

Berpuasa di perantauan? Anda pernah merasainya..ada yang bekerja diluar dari negeri kelahirannya.Ada juga yang masih dimenara gading mahupun bangku sekolah.Bersahur dan berbuka puasa bersama-sama pastinya dapat mengeratkan Ukhuwwah.

"Anta nak makan apa sahur nanti?Buka nanti nak makan apa?Antara soalan yang sering sahabat ajukan kepada saya.

Sentiasa kita dihidangkan dengan juadah di Bazar Ramadhan,namun entah mengapa,hati ini sentiasa sahaja mengambil jalan selamat untuk tidak ke sana (bazar Ramadhan).Sekira-kiranya ke sana,pasti pahala akan berkurangan.

Apakan tidaknya,penjual-pembeli bersesak-sesak di laluan yang sempit.

Bersentuhan tangan / kulit antara bukan mahram.

Hurm,puasa apa sekiranya datang ke sana di jamu dengan pakaian yang menampakkan aurat?


Anda pun tahu apa yang haq dan bathil...salah tetap salah.Dosa tetap dosa.


Maka untuk mengurangkan dosa,kita mengambil langkah selamat.


Gunakan alternatif yang lain untuk menjaga pahala amal kita untuk menghadap Allah nanti.


Simpanan duit sendiri RM10 000,di simpan dalam beg galas yang lusuh.Lambat-laun ia akan terkoyak,pada mulanya koyak sedikit,mungkin hanya RM 10 yang tercicir sedikit demi sedikit namun beg itu terus dibawa ke sana sini.Tapa disedari...akhirnya ia tercarik dan hilang semuanya.


Apa perasaaan saudara? Sia-sia simpan sahaja RM 10 000.


Bagaimana pula perasaan saudara apabila puasa kita sedemikian..hanya lapar dan dahaga.Kerugian akibat kecuaian diri sendiri.


Baiklah...apakah yang dimaksudkan dengan puasa?


Pengertian Puasa
Puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan.Manakala disisi ahli Feqah ialah meninggalkan diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat (Sayyed Sabiq,Fiqh Sunnah : 1/381)


Fadhilat Puasa dalam Bulan Ramadhan:Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam.Setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini.


Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan lain.Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya:Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan,diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walaupun satu pintu,dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.Penyeru pun menyeru:”Wahai orang yang mengharapkan kebaikan,terimalah!,dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan,berhentilah!,dan (yang ikhlas) kerana Allah akan dibebaskan dari api neraka,dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam (Ramadhan).

Hadith ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadhan,antaranya akan dibuka semua pintu Syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini.Begitu juga akan ditututp semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini.Syaitan-syaitan pula akan diikat tiba bulan Ramadhan.

Kelebihan bulan Ramadhan juga ialah difardhukan puasa di dalamnya.Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan.

Dalam sebuah hadith,dari Abu Hurairah r.a bahawa

Nabi S.A.W bersabda:

Maksudnya:Sesiapa yang berpuasa pada Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan (mengharapkan redha dan pahala dari Allah bukan kerana riya’ atau seumpamanya),akan diampun dosa-dosanya yang terdahulu.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara keistimewaan puasa juga,Allah S.W.T akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan lain dimana kadarnya hanya diketahui oleh Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W,

Maksudnya:Semua amalan anak Adam digandakan kebaikkannya sepuluh kali ganda serupa dengannya tujuh ratus kali ganda.Allah Azza Wajalla berkata:”Melainkan puasa,kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya,mereka meninggalkan syahwat dan makanannya keranaKu.”Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan ketika menemui TuhanNya,dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) lebih wangi disisi Allah daripada bau Musk.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ganjaran akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar,kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat.

Rasulullah S.A.W bersabda :

Maksudnya:Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil Al-Rayyan,masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari Kiamat,tidak boleh masuk melaluinya,seseorang pun selain mereka diseru:”Mana orang-orang yang berpuasa?” maka merekapun bangun,tidak akan masuk melaluinya seorangpun selain mereka,maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk,pintu itu akan ditutup,maka tidak boleh masuk melaluinya seorangpun.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam Riwayat Nasa’I dan Ibnu Huzaimah pula disambung lagi:”Sesiapa yang masuk akan minum,dan sesiapa yang telah minum tidak akan dahaga selama-lamanya”


SUBHANALLAH!!!
-PEWARIS SYURGA FIRDAUS-

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.