Halaman

Selasa, 11 Ogos 2009

SMART SOLAT NSC

Assalamualaikum dan Alhamdulillah,

KEM SMART SOLAT NUR SYIFA' CENTER (NSC) DI ANEES RESORT,KUALA TERENGGANU.



Kem Smart Solat anjuran Nur Syifa' Center ini telah diadakan dengan kerjasama Fasilitator dari AuK dan KudQi serta Konsultan Cikgu Zainuddin.Safwan,iaitu sahabat saya telah mengalami demam pada hari program ini.Saya berpesan pada Safwan,sekiranya kita dapat mengaitkan demam dengan dosa kita.InsyaAllah ia akan cepat kebah.Demam pun datang dari Allah dan Allah jualah yang berkuasa untuk menyembuhkannya.Alhamdulillah,Safwan beransur pulih selepas itu.Dia memang positif untuk melawan demam itu.Ya,kekuatan minda juga penting.Positifkan minda anda.




Ustaz Abdul Rashid adalah individu yang cukup sibuk sewaktu program Kem Smart Solat ini.Alhamdulillah,atas semangat dan kesungguhan beliau menjayakan program ini.Ustaz Abdul Rashid mengingatkan saya kepada surah Muhammad ayat 7 :
Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

Sewaktu sesi santai dengan Ustaz Abdul Rashid,beliau juga ada menyentuh berkenaan ayat seribu Dinar,Allah akan memudahkan urusan kita dan mengeluarkan kita dari kesulitan bukan sekadar Allah akan memberikan kita rezeki yang tidak disangka-sangka tetapi nikmat sihat itu juga rezeki,ketenangan itu juga rezeki,kesabaran itu juga rezeki.Maha Suci Allah yang menjadikan segala sesuatu dengan penuh kebijaksanaanNya.Alhamdulillah,atas ilmu yang ustaz ajarkan.Jazakallah khairan khathira ustaz.



Cikgu Zainuddin,ini adalah kali ke-2 saya berpeluang bersama-sama berprogram bersama beliau.Cikgu Zainuddin mengingatkan saya berkenaan aura positif pada diri kita.Sebenarnya sekiranya kita hadir ke Masjid atau majlis ilmu aura positif pada tempat tersebut amat membantu badan kita untuk mengaktifkan kembali sel-sel dalaman badan kita yang lemah.




Beliau mengatakan sedemikian kerana hasil dari analisis dan pemerhatian beliau,sesuatu tempat yang positif auranya sukar untuk dihancurkan kerana orang-orang yang ada dalam tempat tersebut terdiri daripada mereka yang mengharapkan Maghfirah Allah.Kita lihat contoh di sebuah masjid di Indonesia yang tidak terkesan sedikitpun dari tsunami,walaupun semua bangunan di sekelilingnya runtuh.Ini kerana Allah menjaga HambaNya yang mengharap ampunanNya.





'Ustaz Nasa' nama panggilan kepada akhi Nasaruddin yang kini menyambung pengajian.Semoga akhi berjaya dengan apa yang dicita-citakan.Bot nelayan ini memberikan makna yang besar kepada saya kerana ia menggambarkan kejerihan nelayan yang mencari sesuap rezeki di laut luas.Siapa yang memberi rezeki?Allah SWT.Iman kepada Allah swt pada para nelayan untuk terus bertarung nyawa menghempas badai samudera meruntun jiwa saya.Semoga kalian terus tabah mencari rezeki halal.Para nelayan yang mencari rezeki yang halal adalah terlebih baik dari penguasa yang terus mengambil rasuah atau apa sahaja nama yang sebanding dengannya (politik wang).Mengharap pendidikan yang tinggi tanpa iman kepada Allah adalah satu perkara yang rugi kerana kita Hamba Allah yang pasti disoal oleh Malaikat Allah di alam kubur kelak.




Sesi suap-menyuap,setiap kali saya hadir dalam sesuatu program motivasi,pasti saya tidak akan 'melepaskan' modul ini.Jelas keceriaan dan ukhuwwah antara adik-adik sewaktu setiap kali sesi makan.Alhamdulillah.Kita perlu mengasuh dari kecil (rebung) agar adik-adik kita atau generasi selepas kita ini dapat menghasilkan perasaan ithar kepada sahabat yang lain.Perkara ini adalah kunci kepada kejayaan umat Islam.Ukhuwwah ini indah sahabat.



Tenaga kerja NSC,Staff fasilitator KudQi dan AuK serta adik-adik peserta yang ceria.

Padamu ada al-asrar yg mjd idaman mujahid,
t'singkap al-asrar padamu,
dimukadimahkan scebis makrifat.
jagalah humaira pd wajahmu,
jagalah nur wajahmu,
jagalah nur syuhudiah dqalbumu
jagalah akhlak nubuwwah pada perilakumu
moga2 kau menjadi mar'atus solehah..

Sekian,Motivasi Roh Menyentuh Hati;Pewaris Syurga Fidaus.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.