Halaman

Rabu, 16 September 2009

PEMBURU SYURGA ALLAH


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Alhamdulillah dan Assalamualaikum,


Awan berarak perlahan,unggas pula terus berzikir berkicau riang.Dari saat mata terbuka hingga terpejam ada sahaja yang berzikir dalam bahasa yang tidak difahami,melainkan kelebihan yang Allah berikan kepada Nabi Allah,Sulaiman A.S dan hambanya yang terpilih.Kisah burung Hud-Hud dengan Ratu Balqis semuanya tercatat dalam lipatan sejarah.Lembaran Al-Quran menceritakan perkara ini.Kitab yang tiada keraguan padanya.

Ada sebahagian manusia yang malu untuk berbuat maksiat walaupun tanpa ada mata makhluk yang memandang.Alhamdulillah.Hitam putih warna yang kontras.Kiri dan kanan adalah arah yang berlainan.Atas dan bawah itu tidak sama latitudnya.

Begitu juga kita.Kita adalah corak di atas kain namun tidak mesti sama warnanya.Kita ikut arah namun tidak semestinya arah yang sama.Kita akan ke ‘atas’ (apabila roh telah disentap dari jasad) menghadap Qadhi Rabbul Jalil namun perlu juga kita ake ‘bawah’ (ke dalam tanah untuk dikuburkan).

Kita adalah sama kerana asalnya dari tanah dan kepada tanah juga dikembalikan.

Namun pengakhiran itu yang berlainan.

SYURGA yang penuh nikmat atau NERAKA yang penuh azab memeritkan .

Itulah dia pilihan yang kita pilih sewaktu alam dunia.Destinasi akhir untuk mereka yang bernyawa.

Kita tidak MATI.

Cuma berpindah dari alam dunia ke alam kubur untuk dibangkitkan bagi menjadi pesalah atau pembenar agama Allah SWT yang pastinya disoal dalam Makamah Allah SWT.

"Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim
(berada) di dalam tekanan-tekanan sakratulmaut, sedang para malaikat memukul
dengan tangannya (sambil berkata): "Keluarkanlah nyawamu". Di hari ini kamu
dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu
mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu
selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya". (Al-An'aam: 93)

Kami menzalimi diri kami sendiri Ya Allah…ampunkanlah kami.

Wahai Hamba Allah..

Kita memakai topeng H1N1 untuk mengelakkan wabak selesema babi ini menular.Kita membasuh tangan sesucinya dengan alasan agar tidak terjangkit dengan wabak pandemik ini.Namun jahilnya kita,kerana lupa bahawa ada yang lebih besar dari itu..Suruhan Allah SWT dalam surah An-Nur berkenaan menutup aurat.Ia tidak bermakna menutup rambut sahaja.Namun susuk tubuh yang mendatangkan fitnah itu juga perlu ditutup dengan sebaiknya.


Manusia jahil sentiasa merasakan dirinya betul apabila menggunakan teori akal.Manakala fakta dari wahyu,di pandang sebelah mata..Naudzubillah min dzalik.

Pakai topeng HINI untuk elak jangkitan,dalam masa yang sama tidak menutup rambut yang terjembul.

Kita berpuasa,tidak makan dan minum dalam masa yang sama kita makan daging kawan kita..kita mengumpat mereka.

...Apakah kamu beriman kepada sebahagian AI-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tidaklah balasan bagi orang-orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari Kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat, Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat". (Al-Baqarah: 85)

Selanjutnya renungkanlah hadith shahih berikut ini:"Sesungguhnya penghuni Neraka yang paling ringan adzabnya pada Hari Kiamat ialah orang yang diletakkan di tengah kedua telapak kakinya dua bara api, dari dua bara api ini otaknya mendidih, sebagaimana periuk yang mendidih dalam bejana besar yang dipanggang dalam kobaran api ".Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Kitabur Riqaaq, 11/376.

PILIHAN ANDA = SYURGA @ NERAKA ?

Jika seperti ini azab yang paling ringan pada hari Kiamat, lalu bagaimana azab bagi orang yang diancam Allah dengan azab yang amat pedih, sebagaimana disebutkan dalam ayat ini. Yakni bagi orang yang beriman kepada sebagian ayat dan meninggalkan sebagian yang lain?

Wahai Hamba Allah…

Allah SWT Maha Penerima Taubat,Dia bekalkan kita dengan modal roh dan jasad.Ia adalah modal untuk kita gunakan agar dapat dilaburkan untuk keuntungan jangka masa panjang di hari Akhirat.

Modal roh ke mana kita guna?

Apakah kita gunakan roh ini sekadar untuk kita melampiaskan nafsu kita?
Bagaimana pula dengan modal jasad,…adakah ia untuk melantak makanan yang terhidang.

Kasihan orang Melayu,bulan Ramadhan sepatutnya bulan untuk meningkatkan ibadah tetapi ia bertukar menjadi bulan meningkatkan makan.Lihat sahaja,makanan yang terbazir di Hotel atau Bazar Ramadhan?Ke mana perginya lebihan itu…

Sabda Rasulullah s.a.w: ((كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ))

(( Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga dan berapa ramai orang yang qiam (solat malam) tetapi ia tidak memperolehi apa-apa melainkan berjaga sahaja)).

Riwayat Imam Ahmad

Siang melabuhkan tirainya untuk memberikan ruang kepada pemburu Malam Al-Qadar. Matahari menghulurkan salam kepada bulan untuk beredar.Menziarahi penduduk bumi yang lain. Ya..matahari menziarahi kamu yang berada di Dublin,Jerman,Lanchaster,United Kingdom,Yaman,Mesir.Di mana sahaja kamu? Tanpa sekelumit rasa,matahari tidak pernah alpa dengan tugasnya memancarkan sinar.

Kini, bulan mengambil tempatnya..Memancarkan cahaya seluruh pelusuk alam buana.Bulan tidak jemu-jemu bersinar ke seantero mayapada kerana ia adalah Sunnatullah.
Sedar atau lena,mahu atau tidak kita berada di penghujung Ramadhan.

Justeru kuliah sebelum berbuka puasa semalam cukup menyentuh jiwaku..
‘Ya Allah, sesungguhnya kami memohon darimu hati yang suci bersih’


Mudah-mudahan kita akan gunakan modal roh dan modal jasad ini untuk terus meningkatkan ibadah kita pada saat-saat emas Ramadhan ini.



Ingatilah,sekiranya modal ini habis apakah bekal untuk kita menjawab di hadapan ALLAH SWT kelak?

Pepohonan angsana itu umpama tidak begitu gembira ku lihat pada petang semalam,seakan-akan layu kerana bersedih getus hatiku.

Apakan tidaknya,ramai manusia yang tidak mengambil kesempatan menggunakan modal roh dan modal jasad pada kehidupan di alam dunia ini.

Roh dan jasad itu pergi berbelanja di pasar raya mencari FATAMORGANA dunia,namun tiang masjid kariah di sini,masih sudi untuk ISTIQAMAH bersama imam Hafiz Al-Quran dari Pondok Kubang Bujuk.
Tiang 'ramai' manusia sedikit.
Fenomena pelik yang berlaku saban tahun.Roh dan jasad yang sama masih meneruskan rutin tahunan,menghilangkan diri pada penghujung Ramadhan dengan meraikan keluarga.Apalah salahnya jika keluarga yang sama di bawa ke masjid bersama-sama kemudian keluar berbelanja?
Alternatif yang mengeratkan hubungan kekeluargaan.Namun..di pandang sepi sahaja akibat tidak mengerti pinjaman modal roh dan jasad ini sebentar cuma.
Modal Roh dan jasad akan habis bila-bila masa...maka carilah ketenangan dengan memanfaatkannya.Ramadhan akan berlalu sudah...
"Bila hati kita penuh dengan dunia,maka lahirlah keburukan.Tapi bila hati penuh dengan kecintaan pada Allah swt,maka lahir amal-amal baik dari anggota badan"

Allahurabbi..

Jauhkan kami dari menjadi manusia MUFLIS di MahsyarMu ya Allah…

Ameen..sekian,jazakallah sahabat yang memburu SYURGA ALLAH.
Moga PEMBURU mendapat hasilnya di penghujung titian Sirat.InsyaAllah.
Sila 'sign in' di kanan layout untuk follow blog ini : http://www.abangmodul.blogspot.com/



0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.