Halaman

Selasa, 29 September 2009

Adinda Kembali Ceria !

BISMILLAH WALHAMDULILLAH DAN ASSALAMUALAIKUM


8 hari sudah...semenjak raya kedua.Lambat lagi ke Amin boleh keluar kat sini mak,tanya abang sulung kepada bonda tercinta.







Semenjak raya kedua,saya dan keluarga bergilir-gilir menjaga adinda bongsu kami iaitu Mohd Nur Aminuddin Bin Mohd Arshad.Adinda saya yang periang,kuat daya ingatan,dan peramah,macam abang dia..hee~,telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan,akibat lelah yang teruk.


Dia telah ditahan di wad ICU.Kemudian,telah dipindahkan ke wad biasa setelah 3 hari di dalam sana.









Kata adiknda,sewaktu dalam ICU,24 hours...dia dipantau dengan begitu rapi.Gas dimasukkan ke dalam dadanya melalui saluran pernafasan.Mesin pencatat nadi..tet tet tet tet..seumpama dalam cerita yang kita lihat.Memang mendebarkan,namun Allah SWT sahajalah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.






Alhamdulillah,semalam adalah hari Kemerdekaan buatnya kerana telah selamat dan disahkan boleh bersekolah macam biasa.


Katil nombor 13 ini adalah wad kedua yang dimasukkan setelah keluar dari wad kecemasan.Adik saya dimasukkan ke dalam bilik x-ray.Katil bertroli ditolak dengan pantas,dada di x-ray.Keputusannya,mungkin di bedah,namun perlu melihat reaksi adik atas daya tahan terhadap alat dan gas yang dimasukkan.
Jarum sepanjang beberapa inci dicucuk di tangan adik.Allahurabbi,memang sakit sedikit.Namun,ia tidak berlaku dengan izin Allah SWT.Fuh...selamat.

Alhamdulillah walaupun begitu,wajahnya agak pucat sedikit,namun boleh berkomunikasi walaupun dengan nada perlahan,hampir 2 malam tidak tidur dek cucukan jarum doktor pada malam harinya
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.
Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.InsyaAllah,mudah-mudan adinda sembuh hendakNya.
Teofilin diberikan kepada adinda.Ubat jenis ini bertindak dengan menyebabkan saluran pernafasan mengembang dan ini dapat di capai sama ada dengan mengambilnya dalam bentuk sirap, pil, kapsul atau suntikan. Keupayaannya mengawal asma @ lelah amat bergantung kepada kepekatannya dalam darah dan penentuan kandungan ubat yang seringkali dilakukan.
Berusia 14 tahun,adinda saya tabah menghadapi liku-liku hidup remajanya.Seusai solat Isya' berjemaah bersama bonda tercinta,sewaktu perjalanan pulang dari masjid Sayyidina Umar Al-Khattab,hujan turun dengan lebatnya.Kesejukan mungkin.Kesan dari ini mungkin adalah antara asbab adinda lelah.
Ayahanda saya adalah antara individu yang cukup rapat dengan adinda,telah menghubungi beberapa kenalannya.Ramai yang melawat,tidak putus sahabat,jiran,saudara mara hadir untuk melihat keadaan adinda.Jazakallah atas kunjungan dan doa,sahabat dari alumni,akhiAbi Zabidi,akhi Nabil,akhi Hisam,akhi Hakim,ukhti Syuhada,ukhti Sarahah,ukhti Amylia,ukhti Hawa dan kalian yang senarai namanya panjang untuk dicoretkan disini,semoga Allah membalas kebaikan yang banyak kepada kamu semua.


Badminton adalah permainan kegemarannya,selaku wakil sekolah,tiada langsung kelelahan akibat aktiviti ini.InsyaAllah,doktor berpesan,kuatkan jantung dengan aktiviti bersukan.Umum mengetahui bahawa asma atau lelah ada banyak sebab.Mereka yang ahli dalam bidang kedoktoran memang mengatakan asma boleh menjadi satu penyakit yang serius dan boleh menggugat nyawa mangsanya jika tidak berhati-hati.
Info Asma : Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit.
Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.
Saya kongsi sedikit tips menggunakan ubat sedut atau inhaler..semoga ia bermanfaat :
Cara Menggunakan Ubat Sedut
1. Bekas ubat sedut digoncangkan terlebih dahulu sebelum digunakan.
2. Bekas dipegang secara menegak berdepan dengan mulut.
3. Hembus nafas sepanjang yang boleh supaya paru-paru dapat dikosongkan.
4. Hujung bahagian bekas ubat diletakkan di mulut dan dirapatkan dengan bibir.
5. Tarik nafas perlahan-lahan dan tekankan bahagian atas (pengepam bekas ubat).
6. Setelah selesai menyedut nafas, bekas penyedut dialihkan dari mulut dan nafas ditahan selsema yang boleh bagi memastikan ubat masuk ke dalam paru-paru.
7. Proses ini boleh diulang selang satu minit kemudian diarahkan oleh doktor.


Kembali Ceria!
Padamu kami berserah,
mohon restu dan juga keampunan
Moga bahagia hidup kami dengan rahmat dan kasih sayangmu...
Allahu Allah...
Allahu Allah..
Allahu Ya Allah.
Alhamdulillah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.