Halaman

Jumaat, 18 September 2009

2 CARA MERAYAKAN AIDILFITRI YANG BOLEH MENTENTERAMKAN JIWA

BISMILLAH WAL HAMDULILLAH SERTA ASSALAMUALAIKUM,

Seringkali perayaaan Aidilfitri yang kita sambut saban tahun ini di dendangkan dengan alunan lagu raya.Adakah ia menenangkan jiwa anda?

Ada dua cara yang boleh mententeramkan jiwa.

Pertama dengan mengINGATI SAUDARA ISLAM yang kurang bernasib baik,menderita dan ditimpa malang.Kita wajib memberi lebihan rezeki yang ada dengan berfitrah kepada mereka.Kita patut bersedeqah dengan rezeki yang berlebihan selain mengeluarkan zakat fitrah.

Keduanya merayakan hari Raya dengan MENGINGATI ALLAH SWT.Dengan sebanyak-banyak zikir.Banyakkan bertakbir,tahmid dan bertahlil sebelum menunaikan solat sunat aildilfitri sebagaimana yang disebutkan oleh Allah swt dalam Al-Quran yang bererti:

“Sesungguhnya berbahagialah dan jayalah orang yang membersihkan dirinya dengan mengeluarkan zakat fitrah,dan ia mengingati Allah lalu menunaikan solat”. (Surah Al-A’la 14-15)

Kita bertakbir membesar Allah SWT dan mengagungkan Allah SWT kerana Dialah yang memberi petunjuk kepada kita hingga dapat melaksanakan ibadah puasa.Maka sebagai tanda syukur dan merendah diri adalah wajar dipanjangkan ketaatan kita kepadanYA.

Pengertian takbir yang dijiwai sepenuhnya menyedarkan kita hamba Allah yang lemah di dunia ini.Kita fana’ dan tidak kekal.Kita tidak mempunyai apa-apa yang boleh dibanggakan.

Kekayaan,kekuasaan dan kegagahan,kecantikan dan ketampanan yang dimiliki hanyalah pinjaman dari Allah swt yang Maha kaya dan Maha Berkuasa daripada segala makhluk yang ada.Semua yang diperolehi itu hanyalah dengan izin Allah jua.

Mudah-mudahan Ramadhan kali ini dapat mendidik jiwa kita menjadi Hamba Allah yang taat kepada perintahNya dan dapat menyuburkan semanagat jihad dalam diri seterusnya meletakkan kita dikalangan orang-orang yang istiqamah bertaqwa di sisiNya.

Sambutlah Aildilfitri dengan penuh kesyukuran dan keazaman untuk terus istiqamah-konsisten di atas perjuangan Islam yang sebenar.InsyaAllah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.