Halaman

Jumaat, 18 September 2009

AILDILFITRI HARI KESYUKURAN DAN KEMENANGAN


Kedatangan satu Syawal adalah satu saat yang amat dinantikan oleh semua umat Islam.Ia adalah hari kegembiraan .Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon seribu kemaafan dari sahabat dan sahabiah sekiranya berlaku kekhilafan sepanjang 23 tahun saya mengembara memijak tiap inci tanah yang akhirnya akan bersemadi bersama jasad,khususnya di bumi tercinta ini.

Ramadhan mengajar kita melalui rintangan agar dapat merasai keperitan hidup insan yang kurang bernasib baik.Dan satu Syawal adalah natijah untuk kita melahirkan kesyukuran di atas segala kesempurnaan melalui tarrbiyyah daripada Allah swt.

Setelah menjalani ujian dan dugaan dalam bulan Ramadhan,maka sudah sewajarnya kita menyambut ketibaan Hari Raya dengan penuh gembira sebagai tanda kemenangan dan kesyukuran kepada Allah swt atas sebanyak ketaqwaan kita kepadaNya.

Bagi orang yang telah berjaya menjalani ujian di bulan Ramadhan.Syawal adalah detik kembali kepada asal fitrah tanpa sebarang dosa dan noda.Oleh sebab itulah apabila fajar Syawal menjelang setiap muslim disunatkan menyiapkan diri pada awal pagi untuk merayakan Aidilfitri dengan gembira tetapi tidaklah berlebihan.

Hari Raya disambut dengan membesarkan Allah SWT dengan cara mengucap takbir dan tahmid dari malam hari Raya hinggalah di pagi Syawal esok harinya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Zakat Fitrah yang di wajibkan ke atas umat Islam seboleh-bolehnya hemdaklah disampaikan kepada fakir miskin sebelum hari raya agar mereka dapat bersama-sama saudara Islam yang lain yang kelaparan atau kekurangan makanan sementara golongan berada bergembira dalam keadaan mewah dan bermegah-megah dengan kumpulan mereka.

Mudah-mudahan,segala amal pahala kita tidak luput hanya kerana terlalu ‘beraya’ sampai tidak ingat akan dosa dan pahala.Sebulan berpuasa mengumpul pahala namun hanya sehari semuanya hilang begitu sahaja.Dek raya sakan kata sesetengah orang kita.

Kepada mereka yang sudah berkeluarga,kita cuba pastikan batasan syariat itu terpelihara untuk keluarga khususnya anak-anak kita.

’Jangan dibonceng motorsikal yang dinaiki oleh buaya friend..jangan pula asyik bergembira sampai jadi gile friend’

Kepada yang hendak berwalimah,kita cuba agar tidak membazir dalam urusan menyempurnakan separuh agama ini..

Sahabat,daku rindukan Ramadhan…

Sekian,fastabiqul khairat.…abangmodul.blogspot.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.