Halaman

Isnin, 28 September 2009

BALAS BUDI MELALUI BERDOA

BISMILLAH WAL HAMDULILLAH DAN ASSALAMUALAIKUM





...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...(Surah Al-Mukmin ayat 60)

Dalam kehidupan bermasyarakat,kita tidak terlepas daripada tuntutan untuk berbudi dan menerima budi daripada orang lain.Sama ada dirumah,pejabat atau kejiranan,kita saling bergantung antara satu sama lain dan mahu tidak mahu harus belajar untuk menabur budi dan menghargai budi yang diberikan orang lain.

Berbudi tidak semestinya dengan wang ringgit dan harta benda.Tetapi berbudi juga boleh diberikan dalam bentuk tunjuk ajar,nasihat dan,pengajaran,sokongan dan amalan baik.
Membalas budi tidak semestinya dengan menabur kebaikan yang sama.


Tetapi memadai juga jika membalas kebaikan yang diterima dengan mendoakan kebaikan untuk si budiman tersebut.Indahnya ajaran Islam.


Demikianlah yang dikatakan orang berbudi,kita berbahasa,orang memberi kita merasa.


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu membalasnya.Kalau kamu tidak terdaya membalasnya maka berdoalah selalu baginya sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah berterima kasih kepadanya kerana Allah sentiasa membalas kebaikan (orang yang berbuat baik) lagi mengasihi orang yang bersyukur.”

Hadith Riwayat At-Tabrani.

Tuntasnya,terima kasih tidak terhingga kepada para ustaz,alim-ulama’,guru-guru kita yang pernah mengajar kita erti MANUSIA yang mencari SYURGA sebagai tempat tinggal ABADAN ABADAA.

Kepada penzalim MANUSIA yang dipenjara TANPA BICARA..kamu ingatlah AZAB ALLAH AMAT PEDIH !

“Semoga Allah membalas kebaikan yang banyak kepada kalian dan memberikan hidayah kepada mereka yang bertindak sebagai MANUSIA DWI WAJAH”.Manusia yang sanggup menyeksa manusia.Pasti akan di doakan oleh mereka yang tidak berdosa.

Ingatkah kita..rusa yang ditanduk oleh rusa yang tidak bertanduk pasti akan dibangkitkan kelak oleh ALLAH untuk menyempurnakan hisab.Rusa itu akan ditumbuhkan tanduknya untuk menanduk pula rusa yang berbuat perkara yang sama atas dunia dahulu”

YA….ALLAH MAHA ADIL!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.