Halaman

Jumaat, 18 September 2009

BERADAB DI HARI RAYA


PERTAMA : BERDOA DI MALAM RAYA
Al Imam As-Syafie Rahimahullah Taala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa,sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm :

Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan,sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada LIMA MALAM : MALAM JUMAAT,MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA,MALAM HARI RAYA FITRAH,AWAL MALAM REJAB DAN MALAM NISFU SYA’ABAN.

KEDUA: BERTAKBIR SEPANJANG MALAM SEHINGGA SEBELUM SOLAT SUNAT AILDILFITRI
Kemeriahan hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema.Namun begitu,tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu,ianya bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu Wa Taala.

KETIGA : MANDI SUNAT AILDILFITRI
Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dan Al-Fakih bin Saad Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah SAW melakukan mandi pada hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha.Hadith ini dikeluarkan oleh Ibnu Majjah.

KEEMPAT : MEMAKAN PAKAIAN YANG TERBAIK,MENGHILANGKAN BAU YANG TIDAK ELOK.
Di samping itu juga disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya,memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok.Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah.Kerana hari itu adalah hari untuk berelok-elok.

KELIMA : MAKAN TERLEBIH DAHULU (selok-eloknya amakan kurma dalanm bilangan yang ganjil)
Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah,disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

KEENAM : MENGUCAPKAN TAHNIAH
Selain itu Hari Raya merupakan Hari Kemenangan atau Kegembiraan,maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain.

KETUJUH : ZIARAH-MENZIARAHI
Inilah masanya untuk memberi hak kepada jiran-jiran dan kawan-kawan atau saudara mara.Iaitu hak mereka untuk diziarahi.Mungkin ada sahabat yang memerlukan sesuatu dan kita boleh bantu mereka.

KELAPAN : MENJAGA DISIPLIN RAMADHAN
Teruskan dengan menjaga disiplin diri sebagai graduan Tarbiyyah dari Universiti Ramdhan.Teruskan amalan soleh ke dalam bulan Syawal.Mudah-mudahan kita tidak lidah bercabang atau talam dua muka.RamAdhan melakukan amalan yang banyak namun Syawal sepi tanpa amalan.

InsyaAllah ,mohon pada Allah dijauhkan dari bersifat munafiq.

ALLAH MENCINTAIMU DENGAN NIKMAT,MENGAPA MEMBALASNYA DENGAN MAKSIAT?






0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.