Halaman

Selasa, 15 September 2009

SYAITAN MEMERANGKAP MANUSIA

Bismillah wal Hamdulillah dan Assalamualaikum..
Dengan memandang dan memperhatikan cara bagaimana (modus operandi) syaitan menyesatkan manusia, seseorang akan menjadikan syaitan sebagai musuh, berusaha menjaga diri secara maksima daripada godaannya, memelihara diri, sedar dan sentiasa ingat terhadap apa yang diinginkan oleh musuh tersebut sedang ia tidak merasainya.



Maka bulan Ramadhan yang menuju pengakhiran ini,hati-hati orang mukmin senantiasa sahaja rindukan saat-saat manis Ramadhan ini.Cuba tanya hati kecil kita,siapakah yang berkuasa ke atas nafsu semasa dalam bulan Ramadhan ini?Adakah syaitan..




Mengapa masih ada 'syaitan' di malam hari.Kita terkejut dan cukup terasa sedih dengan sebilangan manusia Melayu dan mengaku Islam yang tidak menghormati Allah swt,Pencipta Sekalian Manusia.Apa tidaknya,bulan Ramadhan atau bulan biasa mereka masih berdansa di kelab malam dengan air kencing syaitan di tangan,di tepi tasik memadu asmara...



Sehingga sudah ada kelab malam yang diberi lesen oleh kerajaan menyajikan hiburan Tarian Berbikini dan mereka yang hadir dengan berbikini tidak dikenakan bayaran.



Apa semua ini...Manusia manakah yang berikan 'kehidupan' kepada kelab ini?

Di mana taqwa?



Di mana penguatkuasa?



Di mana 'polis iman' yang ada dalam hati umat Islam..


Sedih atau tidak Ramadhan diperlakukan seperti ini..erm..


Memang kecil hati Ramadhan diperlakukan seperti ini.

Justeru itu kita berbicara tentang perangkap syaitan..
Syaitan ingin memerangkap kita dengan tujuh macam perangkap. Sebahagiannya lebih sulit dari sebahagian yang lain. Dan syaitan tidak akan beralih dari perangkap yang berat kepada yang lebih ringan kecuali jika ia tidak berhasil dengan perangkap tersebut.
Perangkap Pertama: Kufur Kepada Allah Subhanahu wa Taala, Agama-Nya, Pertemuan Dengan-Nya, Kesempurnaan Sifat-Sifat-Nya, Dan Ingkar Terhadap Berita-Berita Yang Disampaikan Oleh Para Rasul-Nya

Apabila syaitan berhasil dengan perangkap ini, maka padamlah api permusuhannya, dan dia akan beristirehat. Tetapi jika seorang hamba berhasil mengatasi perangkap ini dan selamat daripadanya dengan hidayah dan cahaya iman, maka syaitan akan beralih kepada tingkatan kedua.

“Barangsiapa yang tidak diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah, tiadalah dia mempunyai cahaya sedikit pun.” (An-Nur:40)

Jika Allah Subhanahu wa Taala memberinya pertolongan untuk mengatasi perangkap ini, maka syaitan akan beralih kepada perangkap kedua.


" Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk Neraka."
[Faatir:6]

Perangkap Kedua: Dosa-Dosa Besar.

Pada peringkat ini, syaitan akan berusaha untuk mengindahkan dosa-dosa pada pandangan mata seorang hamba. Ditimbulkannya sikap menunda-nunda, dibuka kepadanya pintu pengharapan, dan dikatakan kepadanya, 'Iman hanyalah keyakinan semata-mata, sehingga tidak ada perbuatan maksiat yang dicela di dalam iman (asalkan masih beriman)."

Apabila dia dapat melintasi perangkap ini dengan perlindungan Allah atau dengan taubat yang tulus yang menyelamatkannya dari bid’ah, maka syaitan akan mengekorinya dengan perangkap yang seterusnya.

Perangkap Ketiga: Dosa-Dosa Kecil.

Syaitan menimbang dosa-dosa ini untuknya dengan timbangan seraya mengatakan, “Tidak mengapa kamu melakukan dosa-dosa kecil asalkan kamu jauhi dosa-dosa besar. Apakah kamu tidak tahu bahawa dosa-dosa kecil dapat dihapus dengan menjauhi dosa-dosa besar dan dengan melakukan kebaikan-kebaikan?” Akibatnya, seorang hamba menganggap ringan terhadap dosa-dosa kecil sehingga dia senantiasa melakukannya. Kerana itu, orang yang melakukan dosa besar kemudian merasa takut dan menyesal adalah lebih baik daripada golongan ini. Sedangkan tidak lagi dinamakan dosa kecil apabila ianya dilakukan secara terus-menerus. Nabi s.a.w. bersabda:

“Jauhkan dirimu dari dosa-dosa kecil!" Kemudian beliau membuat perumpamaan untuknya dengan suatu kaum yang singgah di suatu tanah lapang. Lalu mereka memerlukan kayu bakar, maka si anu mengambil satu ranting dan si anu satu ranting, sedikit demi sedikit, akhirnya terkumpullah kayu bakar yang banyak. Kemudian mereka menyalakan api, hingga mereka boleh memasak roti mereka. Demikianlah diumpamakan dosa-dosa kecil itu bertumpuk pada seseorang, sedang dia meremehkannya, hingga dosa-dosa itu membinasakannya.

Rujukan: Madarij Saalikin, Ibnu Qayyim

bersambung di keluaran akan datang, insyaAllah..




0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.