Halaman

Sabtu, 31 Oktober 2009

5 PERKARA ELOK DI SEBUT

5 PERKARA ELOK DISEBUT






Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

• Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

• Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

Rabu, 28 Oktober 2009

DOA DOA DI MUSIM PEPERIKSAAN



Ke hadapan adik-adik akhi yang di luar sana,motivasi hanyalah satu pencetus semangat untuk kalian,apa yang penting adalah keredhaan Ibu dan bapa dalam mencapai misi kejayaan di dunia dan di akhirat.

Pintalah kepada Allah SWT kerana Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan Doa..

BERDOALAH....




- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan

MOTIVASI AL-QURAN TERAS PERUBAHAN DI JOHOR






Program ini telah diadakan di Masjid Jamek Bandar Baru Uda pada 4 & 5 April lalu. Seramai 51 orang peserta telah menyertai program tersebut. Program adalah anjuran Mantop Training and Consultancy di bawah kelolaan Ustaz Zamri TV9

Saya telah terlibat sebagai fasilitator kem ini,harapan kami agar para ibu bapa dapat memperuntukkan masa agar dapat anak-anak mengikuti kem sebegini bagi memberi inspirasi kejayaan dunia dan akhirat kepada mereka.InsyaAllah.

Sekian,ringkas..motivasi Al-Quran teras perubahan diri. ('',)

Ikatlah ilmu dengan menulisnya..

Isnin, 26 Oktober 2009

Halawatul Iman



Far East - menanti di barzakh

Assalamualaikum....saya menanti saudara di Barzakh.

Satu lagi lagu nasyid yang cukup menginsafkan dan menyedihkan. Sakitnya mati bagai haiwan disiat kulit hidup-hidup dan sebagainya. Tiada siapa yang dapat lari dari ajal jika sudah masanya. Lagu ini dapat mengingatkan kita dengan mati. Dan kita pun bimbang dengan amalan yang tak seberapa ini..Selagi hayat dikandung badan,janganlah dipersia kan...




Ahad, 25 Oktober 2009

Selembar Bulu Mata



Sebagai santapan rohani..selamat membaca..

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah."Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.

Jumaat, 23 Oktober 2009

ALLAH..AKU RINDU ALLAH..AKU CINTA ALLAH

Drop of Love Pictures, Images and Photos
Alhamdulillah...positif dengan perancangan & ketentuan Allah.
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu?, Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu, Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap”. QS.Al-Insyirah ( 94) :1 - 8.

Khamis, 22 Oktober 2009

PERMATA AYAH & BONDA FIRDAUS

Assalamualaikum dan Alhamdulillah..

Apakah permata yang mahal harganya? Habib Jewel atau dari Poh Kong..sekiranya kita mengukur dari kaca mata manusiawi pasti kita mengatakan permata itulah yang paling berharga di atas dunia.Namun,kita yang dilahirkan oleh ibu dan ayah tanpa sedar adalah lebih bernilai dari permata yang dijual di kedai-kedai tersebut.



SINARI HATI PASCA IJAB & QABUL DENGAN TAZKIRAH UNTUK SUAMI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah wa syukran lillah..

Kompang dipalu..
Pengantin tersenyum malu..
Bunga mengharum di ziarahi rama-rama..
Pengantin Firdaus Fazreen di beri nama.

Aku terima nikahnya...


Sewaktu akhi Firdaus di aqad nikahkan oleh Tok Kadi Haji Yahya Bin Abdul Wahat

(Mukim Bukit Kenat,Jerteh)

"Saya terima akan nikahnya NorFazreen Binti Abdul Rashid....
sah..sah..Alhamdulillah.

Debar? taklah..

Khamis, 15 Oktober 2009

KAMI SAYANG IBU & AYAH


Bismillah Wal Hamdulillah dan Assalamualaikum.

Segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah yang  Maha Esa,kini saya telah sampai ke kg halaman,betapa bahagianya dapat bersama dengan keluarga tercinta.

Selagimana mereka masih ada,sayangilah mereka sepenuhnya.Sekiranya mereka telah tiada terangkanlah kubur mereka dengan Al-Fatihah seusai solat kita.

Kali ini sejenak kita bersama Hadis Nabi SAW,mudah-mudahan ada manfaat untuk kita semua.InsyaAllah.

Hadis tentang Menghormati Orang Tua
Mari kita ajarkan dan perkenalkan kepada anak-anak kita hadis-hadis Rasulullah saw dan Ahlul baitnya (sa) dalam tiga bahasa: Arab, Inggeris dan Melayu.

Rabu, 14 Oktober 2009

USTAZ ZAMRI MARI MENGAJI + MARI BERMOTIVASI = MANTOP!


Akhi Firdaus & Ustaz Zamri



Video Kem Mantop di Masjid Baru Uda

Entri ini ditulis kerana rindu akan Ustaz Zamri Mari Mengaji.Rindu akan celotehnya yang bersahaja tapi membina minda.Program bersama beliau ini terus menjadi kenangan manis buat kami,fasilitator kem.Adik-adik yang pernah mengikuti program Kemudi atau Mantop (Motivasi Al-Quran Teras Perubahan) sudah bersiap siaga nampaknya menunggu-nunggu kehadiran Ustaz Zamri.

Selasa, 13 Oktober 2009

KASIHKU AMANAHKU

Assalamualaikum,Bismillah wal hamdulillah..

Kepada pembaca yang bakal,sedang bergelar suami atau zaujan,terimalah Nasyid ini..



Apakah perasaan saudara sekiranya berada di tempat pengantin lelaki?

Suka..sedih...gemuruh...debar..hurm..

Kita patut merenungkan kata-kata Imam Syahid Hassan Al-Banna ketika berbicara tentang pernikahan dan kehidupan rumah tangga. Saya kutipkan kata-kata beliau ini yang terdapat dalam buku Hadits Tsulasa, halaman 629… “Kehidupan rumah tangga adalah ‘hayatul amal’. Ia diwarnai oleh beban-beban dan kewajiban.

Ahad, 11 Oktober 2009

MOTIVASI CAHAYA SYURGA : SUAP-SUAP

Bismillah wal hamdulillah..Pewaris Syurga Firdaus memaparkan entri berkenaan suapan.

Suapan pertama adalah dari  sahabat sendiri...


Modul suapan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara peserta program,ia cukup memberi kesan 'mental'.Mental untuk memberi bukan untuk menerima sahaja.Sebagai seorang dari ahli masyarakat,kita perlu memaknakan anugerah yang Allah beri kepada kita.

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

Khamis, 8 Oktober 2009

DOA DAN PANDUAN MEMILIH JODOH


Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.



Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.



Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.



Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”








Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali.


Kepada mereka yang diluar sana,inilah panduan dari Rasulullah SAW..


Akhirnya..what are you waiting for? apa yang ditunggu lagi ?


Tanya hati menurut neraca Taqwa,pasti ada jawapannya.InsyaAllah (",)

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

FORMULA 4 S & 4 F YANG MENCACATKAN IMAN



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH DAN ASSALAMUALAIKUM,


iMAN mana ada kaki dan tangan,atau deria lain.Bagaimana pula ianya dikatakan cacat?Baiklah,iman cacat dan terencat akibat 4  S DAN 4 F.

Formula 4 S dan 4 F yang mencacatkan iman perlu  diberi antidot TAQWA.Apakah antidot TAQWA? iaitulah kembali kepada jalan lurus yang diredhai Allah.Kita memandang mudah kepada 4 S dan 4 F.Sedangkan 4 S dan 4 F subur mekar membusuk dalam diri anak bangsa kita.

Ia membiak umpama virus H1N1,apabila tanda-tanda kecil seperti pening kepala,demam di ambil mudah...tiba-tiba suis terpadam itulah roh yang telah kembali ke hadrat Allah yang Maha Esa.Sepertimana 4  S dan 4 F..awasi sebaik-baiknya tanda-tanda awal gejala lewat solat,malas belajar,melawan kata ibu-bapa dan sifat mazmumah yang lain agar fikrah ISLAM yang suci tidar tercemar oleh enapan jijik ghuzwatul fikri pihak yang bencikan ISLAM.

Rabu, 7 Oktober 2009

ME,MY SELF AND DIRI AMBO



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH dan ASSALAMUALAIKUM

Sebenarnya saya bukanlah oghe kelate tapi suko dengar tazkirah & dikir zikir dari saing-saing Kelate.Hee~Kecek kelate semeta...hee~ betul ke dialek saya ni? urm...asif kalu tersalah frasa..

Budaya Kelantan agak istimewa kerana terkenal seantero buana yang berjaya membina legasi alim ulama' yang ramai seperti Allahyarham Tok Kenali,Allahyarham Haji Lah Lubuk Tapah dan banyak lagi senarainya untuk di catatkan di sini..Al-Fatihah untuk roh mereka.

Hari ini,penulisan saya bertemakan santai,hanya untuk mengajak saudara pembaca Pewaris Syurga Firdaus untuk sama-sama bermuhasabah dengan lagu dari Pensyarah Universiti Malaya ini iaitu Saudara Halim Yazid yang popular dengan lagu-lagu dikir nasihat terutamanya Anak Tupai.

Terimalah muhasabah dikir dari Halim Yazid,hayatilah maknanya..sesiapa yang kurang mengerti boleh bertanya kepada rakan-rakan maksud dialek tersebut.

Mudah-mudahan kita belajar sesuatu dan tidak mengalah kerana terdapat banyak kemungkinan untuk GAGAL disebabkan kejayaan hanya boleh di capai melalui satu perkara iaitu USAHA.

Diri Ambo 2 - Halim Yazid

Ambo nok sambong kesoh diri sediri..
Doh adek kakok kapo, pakat nok denga lagi..
Ambo hormat sanjung, segalo kaseh, segalo puji..
Susoh hok ambo tanggong, adek kakok ambik perati..

Ohhh..ohhhh..ambo raso berbesa hati..
Ohhh..ohhhh..terimo kaseh setinggi-tinggi..

Maso kecik ambo beso makey nasik sajo-sajo..
Kalu ado sekerat ikey, pong keno bagi duo..
Capor como ado gare, jare benar ado gulo..
Baco bok maley-maley, paka minum ayer telago..
Bangun pagi-pagi sauk baju paka seluar..
Mek ambo rebuh ubi, bukuh bui buak bekal..
Dio pesey hari-hari, Lim ngaji lah panda-panda..
Kalu seksok pah tinggi, oghe kato buleh jadi pegawa..

Isnin, 5 Oktober 2009

IZINKAN DAKU MENGETUK PINTU HATIMU



Sehari dua ini,rumah terbuka tidak putus-putus di lakukan oleh mereka yang terbuka hatinya untuk memberikan orang ramai sedikit jamuan.Perut kembali penuh.Namun,kita masih dangkal iman.Apakan tidaknya,rumah terbuka semenjak akhir-akhir ini di lakukan dengan penuh kemegahan dan pembaziran.Diadakan tarian dansa,bersalam lelaki dan perempuan bukan muhrim,dan nyanyi-nyanyian yang melalaikan.Saya tidak menolak hiburan,kerana hiburan itu adalah muzik jiwa yang indah,namun apabila kita salah memilihnya kita akan berhadapan dengan dua soalan iaitu dosa dan pahala.


Di mana roh Ramadhan? Sudah matikah ia? Jasad kita tidak mampu menyerap roh suci Ramadhan kerana nafsu telah bergabung dengan kawan karibnya syaitan yang di laknat Allah.

Syuuuh! Syaitan..huh...semudah itu sahaja?

Di mana letaknya neraca pengukur keikhlasn,jika tidak kembali kepada amalan solat individu.Masa kini sedang berlalu,masa lepas amat jauh untuk di kejar,masa kan datang,masih berteka teki..hidup atau mati.

Khamis, 1 Oktober 2009

BERTUDUNG BUKAN BERMAKNA MENINDAS WANITA



Akhi Firdaus menulis...Alhamdulillah,pandemik HI1N1 melanda.Salahkah mengucapkan Alhamdulillah? Sekurang-kurangnya ia membuka mata mencelik minda masyarakat Barat bahawa,wanita Muslim bukan wanita kolot.Mereka bertudung dan ada juga yang berniqob (purdah).Ia selari dengan fitrah.(menutup aurat).Memakai topeng mask H1N1 = memakai niqob?


Hurm,menarik untuk diulas.Namun pada entri kali ini saya cuba membawa anda menyelusuri galur kehidupan mereka yang bertudung dari tulisan Ir Endok Sempo Tahir.Sepertimana yang di coretkan oleh Ir,BERTUDUNG adalah cara menutup aurat yang sangat dituntut kepada wanita. Bagaimanapun dalam masa bertudung, ramai di kalangan wanita berdepan dengan pelbagai cabaran dan ranjau yang menguji keimanan serta kekuatan akidah mereka.

Pengalaman dan kisah ini diceritakan mereka sendiri dalam buku Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung.


Antara pengakuan dan luahan serta pengalaman yang dialami mereka sepanjang bertudung ialah:


- Bekas artis popular tanah air Noorkumalasari berkata: “Bukan saja saya bertudung, malah saya rasa perlu berpakaian seperti mana dituntut Allah. Iaitu bajunya mestilah longgar, daripada kain berwarna yang tidak jarang, akhirnya muncullah fesyen yang menjadi identiti saya iaitu jubah hitam dengan tudung hitam lebar seperti di pakai wanita Arab.


“Kita mestilah berani untuk lain dari yang lain. Memang dari dulu lagi saya terkenal dengan selalu berpakaian hitam. Jadi saya lakukan semua ini kerana Allah, di samping rasa gembira melakukannya.


“Kelebihannya berpakaian begini ialah saya sentiasa bersiap sedia untuk ke masjid di mana saja saya berada. Sebaik terdengar seruan azan, saya akan terus ke masjid dan bersembahyang walaupun tidak membawa telekung. Ia mudah hinggakan sekarang ini saya sentiasa berwuduk.”



- Pakar perubatan sakit puan, Dr Harlina Halizah pula berkata: “Hari ini saya begitu yakin dengan ketrampilan saya sebagai wanita Islam yang bertudung. “Tudung saya ibarat pakaian seragam saya agar saya boleh dikenali di mana saja sebagai wanita Islam. Memang benar, tudung tidak melambangkan dan mengukur tahap iman seseorang.


Namun bagi saya, pemakaian tudung adalah satu langkah pengisytiharan kepada dunia betapa saya mahu dikenali sebagai wanita Islam yang komited dan serius terhadap agamanya. “Tidak ada sesiapa yang memaksa saya menutup kepala. Tudung kepala saya bukanlah simbol penindasan suami atau bapa saya terhadap kebebasan diri dan hak asasi saya.”


- Warga Amerika Syarikat, Dr Katherine Bullock, menulis dalam sebuah artikel sebaik saja memeluk Islam, beliau berkata: “Satu hari iaitu pada 1991, saya berada di hadapan televisyen menonton berita mengenai wanita Turki yang dikatakan mula kembali ke zaman dulu kerana memakai tudung. “Saya amat terkejut dan berasa sayu. Kasihan mereka. Fikiran mereka sudah dicandu adat lama pusaka.


Seperti orang Barat yang lain, saya beranggapan bahawa Islam menindas wanita dan tudung adalah simbol penindasan dan kongkongan. “Cuba bayangkan, empat tahun kemudian, sungguh memeranjatkan! Ketika saya berdiri merenung cermin di kedai melihat bayangan diri saya yang berpakaian saling tak tumpah seperti wanita yang tertindas itu!”


- Perunding swasta yang mahu dikenali sebagai Umm Hannan berkata: “Saya sangka emak saya tidak akan marah kerana setahu saya emak seorang yang konservatif. Tidak pernah terfikir bahawa emak saya tidak akan bersetuju dengan keputusan saya untuk bertudung. “Walaupun begitu, saya bersedia untuk menghadapi dugaan sebegitu seperti yang dikatakan di dalam al-Quran iaitu dugaan akan dilalui oleh orang yang berjuang di jalan-Nya.”


- Pegawai perubatan klinik swasta yang mahu dipanggil Dr Noraini juga berkata: “Saya dituduh bertudung kononnya disebabkan saya sudah hamil sebelum bernikah.”


- Peguam, Zain Azura berkata: “Mengenai rasional bertudung, tidak semua suruhan Allah mesti ada rasionalnya. Kita sebagai makhluk Allah pun tidak tahu secara mutlak apakah rasional sebenarnya. Hanya Allah yang tahu. Tetapi dengan memakai tudung mungkin beberapa manfaat yang boleh diperoleh.”


Demikianlah antara petikan penulisan beberapa wanita Islam profesional dalam buku Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung.Penulis wanita ini menyedari kepentingan berkongsi pengalaman dan suka duka dalam mengharungi kehidupan sebagai wanita Islam bertudung.


Wanita terbabit yang cintakan dakwah dan Islam membukukan pengalaman mereka dalam bentuk penulisan yang mengusik jiwa serta maklum balas yang menginsafkan. Mereka juga melalui beberapa peringkat kehidupan yang mencabar dalam menghayati salah satu suruhan Allah yang termaktub dalam al-Quran yang menuntut kaum wanita dan lelaki memelihara kehormatan diri mereka.


Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menundukkan pandangan dan memelihara kesopanan mereka. Itulah yang lebih suci untuk mereka dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan. Dan katakanlah kepada wanita beriman agar mereka menundukkan pandangan dan memelihara kesopanan mereka dan agar mereka tidak memperlihatkan kecantikan mereka serta perhiasan kecuali apa yang biasa dilihat dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga menutupi dada mereka dan tidak mempamerkan kecantikan mereka kecuali kepada suami mereka.”
– (Surah an-nur, ayat 30 hingga 31).


Allah mengemukakan beberapa pendekatan dalam mengolah persoalan akidah dan panduan bergaul. Salah satu dari pendekatan itu ialah menerusi kisah dalam al-Quran. Pendekatan ini adalah di antara pendekatan yang menarik untuk diperhatikan.


Kadang-kadang seseorang itu beroleh petunjuk dengan mudah umpamanya hanya melalui cerita. Tidak dinafikan sesebuah cerita yang menyentuh perasaan boleh mengubah paradigma insan. Allah bukan hanya memaparkan sejarah sebaliknya Allah juga menganjurkan kepada umat manusia agar turut meriwayatkan sejarah itu.Allah berfirman yang bermaksud: ”Maka ceritakanlah (kepada manusia) akan kisah itu agar mereka dapat berfikir.”
– (Surah al-A'raf, ayat 176).


Apakah cara terbaik untuk mengingati kembali nostalgia silam dan memberi pengajaran?


Bukankah ia dapat dilakukan dengan kaedah penulisan yang boleh dikongsi bersama orang lain?


Untuk itu, diharapkan pembaca buku ini dapat menelusuri dan memahami isi hati dan mengambil manfaat beberapa pengalaman penulis yang mahu mengamalkan salah satu suruhan Allah.


Semoga kita lebih memahami dan mengambil manfaat. Malah, sama ada kita sedar atau tidak, koleksi penulisan ini boleh memberikan inspirasi, motivasi, mencetuskan cita-cita Islam, menjadi dorongan kepada orang lain, menolong wanita lain menghadapi kehidupan yang penuh dengan dilema dan konflik.


Dalam pada itu, diharapkan juga ia membuka minda dan mencelikkan mata terhadap masyarakat bukan Islam terutama terhadap apakah yang ada di sebalik minda wanita bertudung.


Benarkah mereka tertindas, kolot, tertutup minda, pendek fikiran atau sebaliknya?

Soalannya..apakah jawapan anda?