Halaman

Khamis, 8 Oktober 2009

FORMULA 4 S & 4 F YANG MENCACATKAN IMAN



BISMILLAH WAL HAMDULILLAH DAN ASSALAMUALAIKUM,


iMAN mana ada kaki dan tangan,atau deria lain.Bagaimana pula ianya dikatakan cacat?Baiklah,iman cacat dan terencat akibat 4  S DAN 4 F.

Formula 4 S dan 4 F yang mencacatkan iman perlu  diberi antidot TAQWA.Apakah antidot TAQWA? iaitulah kembali kepada jalan lurus yang diredhai Allah.Kita memandang mudah kepada 4 S dan 4 F.Sedangkan 4 S dan 4 F subur mekar membusuk dalam diri anak bangsa kita.

Ia membiak umpama virus H1N1,apabila tanda-tanda kecil seperti pening kepala,demam di ambil mudah...tiba-tiba suis terpadam itulah roh yang telah kembali ke hadrat Allah yang Maha Esa.Sepertimana 4  S dan 4 F..awasi sebaik-baiknya tanda-tanda awal gejala lewat solat,malas belajar,melawan kata ibu-bapa dan sifat mazmumah yang lain agar fikrah ISLAM yang suci tidar tercemar oleh enapan jijik ghuzwatul fikri pihak yang bencikan ISLAM.


Apakah 4 S?
 

1.Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. . jika ada anak-anak yang tak  tau mengucap.. tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah.... tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita terfikir.... . bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

  
2. ..Sex.....

Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana. . di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex.. filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. .....




3. ..Smoke....

Rokok.. menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date".. Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja.... ataupun penari kabaret.... (aku tengok dari filem P Ramlee).... Syabas yahudi... berjaya lagi kamu....



4. ....Sport.. .

Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss.. bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. . yang menonton pun tak sembahyang juga... Kalau menonton di rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi gol lagi.... sampai ada ulamak kata... kerana sukan.. sembahyang boleh tangguh... Masya-Allah.



ABCDEFGHIJKLMNOPQRST....


Apakah 4 F?




1.... Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. .. Kalau kita lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga... yang menayangkan buah mangga artis perempuan... . Kalau ada konsert.... sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert.... pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

 
2.... Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta... di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. . kalau iklan Modess... perempuan ada patutlah... Yahudi bersorak lagi.....






3...Fashion. ...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam.. sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. .. Bila warnakan rambut.. mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung.. bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan.. . sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....

4. .. Food..Makanan. .

Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah MEK DI , KENTA AKI, PIZZA AHAD... dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina.... masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...

...Selalu kedenganran di corong2 radio, televisyen dan media2 hiburan kebanyakan dari umat Islam sendiri menyatakan aku cinta Malaysia...... tapi  bagaimana pula cinta kepada ALLAH?..... oleh itu, fikir2kanlah. ..tepuk dada tanya iman dan bukan tanya selera..


 Setelah menghadam formula songsang yang tidak wajar digunakan ini,apakah yang boleh anda lakukan?


Campak televisyen ke luar rumah flat dari tingkat lapan belas,

Adakah snyayian melalaikan tidak masuk ke rumah setelah kemarahan dilepas?


Ajar anak jangan tengok cerita 18sx?
Sedangkan 18sx ada di shopping kompleks.hah!


Beritahu anak jangan merokok,

Sedangkan ketam mengajar anaknya jangan jalan belok-belok..huh!


Pesan pada semua bersukan menyihatkan diri,
Cuma lupa nak tutup aurat sana sini.heh!


Bagaimana dengan 4 F tadi..


Akal yang waras hanya memberikan 2 jawapan mudah untuk menghindarkan diri dari menjadi bahan bakar api neraka iaitu:


INGAT ALLAH DAN TINGGALKAN MAKSIAT!


Akhirnya..apa khabar iman saudara saudari sekarang?

Renung-renungkan dan selamat beramal (",)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.