Halaman

Isnin, 5 Oktober 2009

IZINKAN DAKU MENGETUK PINTU HATIMU



Sehari dua ini,rumah terbuka tidak putus-putus di lakukan oleh mereka yang terbuka hatinya untuk memberikan orang ramai sedikit jamuan.Perut kembali penuh.Namun,kita masih dangkal iman.Apakan tidaknya,rumah terbuka semenjak akhir-akhir ini di lakukan dengan penuh kemegahan dan pembaziran.Diadakan tarian dansa,bersalam lelaki dan perempuan bukan muhrim,dan nyanyi-nyanyian yang melalaikan.Saya tidak menolak hiburan,kerana hiburan itu adalah muzik jiwa yang indah,namun apabila kita salah memilihnya kita akan berhadapan dengan dua soalan iaitu dosa dan pahala.


Di mana roh Ramadhan? Sudah matikah ia? Jasad kita tidak mampu menyerap roh suci Ramadhan kerana nafsu telah bergabung dengan kawan karibnya syaitan yang di laknat Allah.

Syuuuh! Syaitan..huh...semudah itu sahaja?

Di mana letaknya neraca pengukur keikhlasn,jika tidak kembali kepada amalan solat individu.Masa kini sedang berlalu,masa lepas amat jauh untuk di kejar,masa kan datang,masih berteka teki..hidup atau mati.

Justeru memanfaatkan masa ini dan mari jalani hidup setiap hari seakan-akan inilah hari terakhir kita. Buatlah setiap hari menjadi hari yang bermakna, hari yang bermanfaat. Kita tidak boleh mengubah hari kelmarin. Esok belum pasti akan datang. Sekaranglah satu-satunya waktu yang boleh diterima.

Terlalu banyak dari kita yang hidup mengenang masa lalu atau mengharap masa akan datang. la tidak berguna bagi kita untuk menghadapi tanggungjawab hari ini. Lupakan masa lalu, ia telah berlalu selamanya. Kejayaan anda di masa akan datang sangat bergantung kepada apa yang anda lakukan hari ini - sekarang!

Setiap fajar yang baru adalah kelahiran hari baru. Buatlah setiap hari menjadi harapan yang mulia. Ketika bangun pada pagi hari, bangunlah dengan harapan terhadap hal-hal yang baik yang akan datang kepada anda hari ini. Apabila kita membiasakan diri untuk mengharapkan hal-hal baik, biasanya hal-hal itu akan terjadi. Tindakan sederhana ini cenderung mempengaruhi kita dengan kekuatan kepercayaan diri.

Jika kita berbuat yang terbaik pada setiap 'hari ini' yang kita miliki, maka setiap 'hari esok' kita akan mengurus diri sendiri. Marilah kita membuat hari ini menjadi lebih baik daripada kelmarin. Marilah kita menetapkan bahawa setiap hari ini adalah lebih bererti bagi kita. Kita akan menjadi lebih sihat hari ini. Kita akan menjadi lebih bahagia hari ini. Hari ini kita hanya memerlukan sedikit usaha sahaja dalam tugas kita. Hari ini hanya sedikit yang perlu dilengkapi. Hari ini kita hanya perlu sedikit memandang ke hadapan dan ke atas. Hari ini marilah kita menambahkan sedikit rasa kasih sayang.

Apakah yang akan terjadi kalau kita hidup hari ini dan berusaha membuat setiap hari menjadi lebih baik untuk dijalani? Kita telah memasuki arus utama kehidupan. Kita mulai hidup yang terarah ke hadapan dan mengembangkan kemanusiaan. Kita menjadi riang dan jiwa mendapat ilham. Kita cenderung mengembangkan yang terbaik pada diri kita.

Apakah kehidupan yang terbaik?

Setelah kita di bangkitkan dan bertemu Allah SWT dalam keadaan wajah yang bercahaya..Inilah kehidupan terbaik dan hakiki.

Asli dan tulen.

Kenyang tidak lapar.

Cantik dan muda berseri.

Kelebihan syurga yang tidak terperi.

Mari kita memperbanyakkan amalan soleh tatkala mana,nafas masih boleh dihirup,jantung masih berdegup.Bersama kita menjadikan diri kita sebagai duta penyelamat dan kasih sayang atau Al-Quran yang bergerak untuk manusia melihat indahnya Akhlak penganut.

Saya tertarik dengan artikel apabila solat menjadi ritual,keran kita sedia maklum bahawa inti pertemuan Allah dan Nabi Muhammad S.A.W di Sidratul Muntaha adalah untuk diturunkan kewajiban yang paling asas dalam Islam iaitu MELAKSANAKAN SOLAT LIMA WAKTU.

Pengertian solat yang sedemikian penting ini sudah tentu bukanlah penegertian solat dalam bentuk verbal (yakni perbuatan yang dimulai dari takbiratul ihram dan di akhiri dengan salam) saja , akan tetapi solat dalam pengertiannya yang utuh , solat yang menjadi pembentukan moral dan peribadi sosial.

Hubungan antara solat dengan tanggungjawab sosial digambarkan Allah dengan FirmanNya yang bermaksud : “Bacalah apa yang di wahyukan kepadamu,iaitu Al-Kitab (al-Quran ) dan dirikanlah solat.Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.Dan sesungguhnya mengingat Allah ( solat ) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat lain .” (Surah Al-Ankabut : ayat 21).

Berdasarkan ayat ini , jelas bahawa ibadah solat mempunyai kaitan dengan ‘tanha ‘anil fakhsya wa munkar – gerakan mencegah perbuatan keji yang merosak dan pelbagai bentuk kemungkaran ).

Dengan kata lain,solat yang sempurna dapat membentuk peribadi yang bersih serta memiliki kekuatan memperbaiki keadaan sosial dalam kerangka fastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam membuat kebajikan.

Namun batasan solat seperti ini nampaknya masih kurang diserap maknanya oleh masyarakat.

Berkembang suburnya budaya rasuah,maksiat berdua-duaan,kekerasan dan kezaliman merupakan satu fenomena yang sangat membimbangkan jika mengingatkan penduduk yang majoritinya beragama Islam.

Keadaan ini membuktikan bahawa ibadah solat hanya di pandang sebagai ritual dan formaliti belaka,tidak ada kaitannya dengan masyarakat dan lingkungan hidup manusia itu sendiri. Padahal agama tidak pernah memisahkan antara kewajiban kepada Allah (Haqqullah) dan kewajiban kepada sesama manusia (Haqqul adam).

Akhirnya,kata-kata seorang pemimpin Serambi Makkah ,iaitu Menteri Besar Kelantan cukup terkesan di hati saya,mungkin pembaca Pewaris Syurga Firdaus boleh meresapkan kata-kata ini dalan kalbu saudara. dan saudari.Biar bersebati dengan diri,agar takut pada Illahi.

Beliau berkata, selagi manusia tidak takut kepada neraka maka sehingga itulah mereka akan melakukan maksiat termasuk melakukan rasuah, pembunuhan, terbabit dengan dadah atau melakukan penangkapan dengan menggunakan ISA terhadap mangsanya.

"Semuanya itu berpunca daripada orang tidak ingatkan kepada akhirat. Kalau mereka ingatkan kepada akhirat, mereka tidak akan menderhakai Allah.

Moga-moga kita semua dapat bertemu kembali di Syurga Firdaus kelak.Ameen.InsyaAllah.

p/s : Gambar di atas: Seusai dhuha di tepi pantai,berbumbungkan langit Illahim,Motivasi Diri Menyentuh Hati bersama adik-adik di Kuantan,Pahang Darul Makmur.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.