Halaman

Ahad, 11 Oktober 2009

MOTIVASI CAHAYA SYURGA : SUAP-SUAP

Bismillah wal hamdulillah..Pewaris Syurga Firdaus memaparkan entri berkenaan suapan.

Suapan pertama adalah dari  sahabat sendiri...


Modul suapan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara peserta program,ia cukup memberi kesan 'mental'.Mental untuk memberi bukan untuk menerima sahaja.Sebagai seorang dari ahli masyarakat,kita perlu memaknakan anugerah yang Allah beri kepada kita.

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

Memaknakan anugerah...

Wang...salurkan kepada yang ingin melihat syariat Islam terbela.

Pangkat...gunakan ia untuk kepentingan ahli masyarakat bukan untuk diri dan kroni.

Kehidupan...jadikan ia sebagai pusat pengumpulan pahala sebelum saat mata tertutup selamanya.

Apakah kemahiran yang ada pembaca sekalian?Kemahiran yang boleh untuk di asah agar menjadi sesuatu yang berguna kepada pembangunan Islam.Kita semua sayangkan agama ini.

Anugerah suara...gunakanlah ia untuk menyeru kepada Ittaqullah.

Anugerah ilmu..ajarilah mereka yang dambakan ilmu kerana ilmu setitik ini dari Allah jua.

Anugerah kesihatan...ingatilah Allah sebelum keuzuran.





Mari menjaga kesucian makanan yang di kita makan sehari-sehari..


Makanan jasmani...

Tempatnya di mulut
Perasanya di lidah
Nikmatnya di tekak
Sampainya di usus perut
Hasilnya kenyang dan sihat
Natijahnya tubuh yang akan kembali kepada tanah...


Makanan ruhani...


Tempatnya di qalbi
Perasanya di sirr
Nikmatnya di arwah
Sampainya di alam nur
Hasilnya penyaksian dan syahadah
Natijahnya insan kamil yang akan kembali kepada kehambaan...

Akhirnya,suapan makanan yang halal akan menyelamatkan diri dari menjadi bakar api neraka.Seperti mana kisah makanan dari hasil tilikan ini.Semoga ia memberi pengajaran dan mendekatkan diri kita kepada Pencipta.

Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian daripada pendapatan hariannya kepadanya sebagai tuan. Pada suatu hari hambanya telah membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Abu Bakar. Hambanya berkata, "Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa, tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian ?"



Abu Bakar menjawab, "Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya. Terangkanlah kepada aku di mana kamu mendapat makanan ini ?"


Hamba menjawab, "Sebelum aku memeluk Islam, aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku tilik nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepadaku. Mereka berjanji membayarnya apabila sahaja memperolehi. Aku berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."


Mendengar kata-kata hambanya, Abu Bakar memekik, "Ah! Nyaris-nyaris kau bunuh aku."


Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi. Cadangan ini diterima dan dilaksanakannya sehingga makanan itu dimuntahkan keluar.


Kata seorang pemerhati, "Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu. Kamu telah bersusah-payah kerana makanan yang sedikit."


"Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan jiwaku sendiri. Aku mendengar Nabi berkata, "Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."

Justeru itu...kepada mereka yang  suap-suap wang,sedarlah..kepada mereka yang menyokong penyuap wang..sedarlah..

Kenikmatan dunia hanya kekal sementara,akhirat jua abadi selamanya.

Tanya hati.....Apakah yang terlebih baik berbanding syurga dan seisinya?

Fikirkan.












0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.