Halaman

Khamis, 22 Oktober 2009

SINARI HATI PASCA IJAB & QABUL DENGAN TAZKIRAH UNTUK SUAMI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah wa syukran lillah..

Kompang dipalu..
Pengantin tersenyum malu..
Bunga mengharum di ziarahi rama-rama..
Pengantin Firdaus Fazreen di beri nama.

Aku terima nikahnya...


Sewaktu akhi Firdaus di aqad nikahkan oleh Tok Kadi Haji Yahya Bin Abdul Wahat

(Mukim Bukit Kenat,Jerteh)

"Saya terima akan nikahnya NorFazreen Binti Abdul Rashid....
sah..sah..Alhamdulillah.

Debar? taklah..


Takziah atas amanah dan tahniah atas ikatan 2 hati





Pernikahan itu adalah salah satu anugerah dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala kepada hamba-hambaNya, khususnya kepada kita selaku umat Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam.

Pernikahan itu adalah jalan yang sah lagi diredhai oleh Allah Subhanahu wa ta’ala bagi menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan; yang mana, adalah merupakan fitrah manusiawi yang sihat bahawa seorang lelaki akan tertarik kepada perempuan, dan begitulah sebaliknya.

Maka, apabila telah wujud rasa suka dan cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan, syariat Islam telah menyediakan pernikahan sebagai jalan memanifestasikan kecenderungan dan kecintaan yang wujud di antara dua insan tersebut.

Allahurabbi..

Di kesempatan masa yang terbatas dan kerja yang tertangguh seusai cuti seminggu sedikit tazkirah pasca ijab & qabul dari sahabat Akhi Wan Mohd Safuan,yang dititp dari email akhi Firdaus berkenaan tanggunggjawab suami.

Assalamua'laikum wbt.

♥♥♥♥♥Bersikaplah Lembut Terhadap Isteri = Berhati-hatilah dengan botol♥♥♥♥♥

Demikian judul topik yang diambil secara harfiyah dari sebuah hadith Nabi SAW: "Riqan bil qawaariir. "(Berhati-hatilah dengan botol). Kata qawaariir adalah bentuk jama' tidak berperaturan dari qaaruurah.

Erti lughawinya adalah botol atau kaca, sedang makna yang dimaksudkan adalah wanita atau isteri. Rasulullah SAW menyerupakan hati wanita dengan botol dalam erti kata mudah pecah, kerana emosi wanita lebih kuat daripada aqalnya. Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki, maknanya: "Berlaku lembutlah kepada isteri ", Sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Ta'ala melalui firmanNya:

…..dan pergaulilah mereka dengan cara yang baik…..(An-Nisa' 19)

…..dan Dia jadikan di antara kalian cinta dan kasih sayang….(Ar-Rum: 21)

Dalam sebuah hadith disebutkan:

Perlakulah kaum wanita denga baik, kerana sesungguhnya mereka adalah penolong yang dapat membantu kalian.

Dalam hadith yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik kepada isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap isterinya.

Rumahtangga yang bahagia adalah rumahtangga yang dibangun di atas rasa saling cinta mencintai, yang tegak berdiri di atas dasar cinta yang penuh dengan taqwa kepada Allah dan keredhaanNya.

Maka apakah orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar ketaqwaan kepada Allah dan keredhaanNya itu lebih baik ataukah orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunan itu jatuh bersama-sama dia ke dalam neraka Jahannam? Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim (At-Taubah: 109)

Sedikit tazkirah ini mudah-mudahan menyinarkan hati para suami untuk mencontohi kekasih Allah SWT,Nabi Muhammad SAW yang tercinta dalam melayari bahtera rumahtangga.

Akhi juga ingin menitipkan sedikit mesej yang akhi ingin kongsikan bersama dari muallim dan muallimah.

Salam Kebahgiaan Melangkah Ke Alam Perkahwinan. Salam Meneguhkan Diri Di Jln Allah. Salam Membimbing Isteri Yang Tercinta, Salam Mendidik Anak Perjuangan, Salam Menempuh Fitnah dan Dugaan. Sembahlah Hanya Pada Allah. Mohonlah Hanya Kepada Allah. Penikahan Menutup 1/2 Fitnah Kpd Muslimah, Menambah 1/2 Fitnah Kepada Muslimin. Semoga Selamat Dunia Sampai Akhirat. Salam Pengantin Baru.

Drp Kami Pengantin Veteran.
Mu'allim, Mu'allimah Dan Permata Hati. (Akhi Hafiz & Ukhti Kak Noy)

MasyaAllah Tabarokallah..

Jazakallah kepada semua...

Sukar untuk membalas budi kalian semua sahabat-sahabiah yang akhi kenali dalam kedhaifan akhi menghitung nafas hari demi hari di alam fana' ini.



"Ya Allah..Saya berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala, dan saya memohon doa daripada para pembaca sekalian, semoga pernikahan ini mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa ta’ala, agar rumahtangga yang dibina tidak dilalaikan dengan kesibukan duniawi, sebaliknya menjadi pendorong dan penyebab untuk mereka lebih hampir dan dekat kepada ar-Rafiqul-A’la, Allah ‘azza wa jalla. Semoga diberkati pernikahan ini, dipermudahkan urusan mereka, dimurahkan rezeki mereka, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, serta dikekalkan jodoh mereka sehingga ke syurga.


Ameen Ya Rabbal Alamin.




InsyaAllah..Semoga Allah SWT membalas budi kalian dengan balasan yang banyak di akhirat kelak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.