Halaman

Rabu, 14 Oktober 2009

USTAZ ZAMRI MARI MENGAJI + MARI BERMOTIVASI = MANTOP!


Akhi Firdaus & Ustaz Zamri



Video Kem Mantop di Masjid Baru Uda

Entri ini ditulis kerana rindu akan Ustaz Zamri Mari Mengaji.Rindu akan celotehnya yang bersahaja tapi membina minda.Program bersama beliau ini terus menjadi kenangan manis buat kami,fasilitator kem.Adik-adik yang pernah mengikuti program Kemudi atau Mantop (Motivasi Al-Quran Teras Perubahan) sudah bersiap siaga nampaknya menunggu-nunggu kehadiran Ustaz Zamri.


Abang Firdaus bila lagi nak berprogram bersama Ustaz Zamri..kelakar lah Ustaz..Ustaz Handsome lah..macam-macam rakaman suara yang masih tersimpan dalam kotak fikiran saya sewaktu bersama Ustaz di Program Motivasi Mantop beliau.



' Kekelakaran' ustaz dapat dilihat melalui riak wajahnya..hehehe

Keceriaan ustaz menuturkan nasihat jelas dapat ditangkap dari kata-kata hati ustaz..ops..sebenarnya tulisan dia sahaja dalam laman Mari Mengaji,tulis Ustaz Zamri : Jumaat Sabtu dan Ahadku yang penuh dengan makna. Dimulakan seawal pagi sebelum Subuh bangun untuk pertama kalinya rancangan live secara solo “Tanyalah Ustaz” TV9 yang selama ini bukanlah calang-calang orang yang akan duduk di kerusi seakan mufti di raja Malaysia. Diri berasa sangat kerdil dan tidak layak untuk kerusi itu tetapi undangan itu dipenuhi dengan semangat untuk belajar dan memberi apa yang ada bagi dikongsi bersama.


Dalam pada itu ustaz Zamri juga cuba menyelami perasaan remaja dengan memberikan panduan yang cukup menarik untuk dikongsi seperti dalam entri cinta cinta sebelum berkahwin?

Dalam konteks bercinta sebelum kahwin, kalau dilihat dewasa ini, lebih banyak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak. Kelakuan percintaan seperti berdua-duaan sama ada di tempat sunyi atau ditempat awam, berpegangan tangan, dan bercumbu-cumbuan dilihat sebagai muqaddimah zina. Mula-mula pegang tangan, lepas tu… hanya tuhan yang tahu. Kita jangan lupa bahawa syaitan akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu Adam iaitu kita semua.


Kita lihat kepada dalil Quran yang melarang menghampiri zina iaitu Surah al-Isra’;32

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

”One For All, All For One”

Ini ayat tema UstazZamri dalam program motivasi beliau.Ke arah satu matlamat iaitu pencerahan minda ke pada fitrah Islam.Ustaz telah menampilkan tema ini  agar sewaktu program motivasi dijalankan kerjasama antara adik-adik peserta berada di tahap yang amat positif.Kita mengakui bahawa,ilmu itu dari cahaya dan ia akan masuk ke dalam hati manusia apabila segala kerja buat di dunia hanyalah untuk Allah semata-mata.

Wonderpet pun ada juga..Apa yang penting? Kerjasama.

Adik-adik mesti suka bila di sebut Apa yang penting? betul tak adik-adik ku? ihiks (",)

Ustaz juga pernah meluahkan sua rasa hatinya dalam Diari Satu Ramadhan,seperti berikut :
Sedarlah saya yang manusia yang bergelar ustaz, al-Hafiz, profesor juga adalah manusia yang perlu memuhasabah diri sebagai seorang hamba Allah. Inilah juga mungkin kesan daripada sistem pendidikan yang tidak menekankan pendidikan tetapi lebih dikenali sebagai exam-oriented. Sedangkan pelajar memang tak suka exam. Belajar hanya untuk mendapatkan maklumat tetapi bukan kesan ke dalam kehidupan untuk menambah kuatkan keimanan kepada Allah.

Oleh itu,kehadiran Ustaz dalam arena motivasi ini,bagi saya adalah satu langkah yang tepat kerana kajian demi kajian kes yang berlaku saban hari terhadap golongan remaja begitu menakutkan.Seusai satu kes buang anak,ada pula anak yang lain dibuang atau terbuang.Apa salah mereka?

Justeru itu,iu bapa terutamanya perlu disedarkan dengan mukjizat Al-Quran yang berupaya menjadi penawar kepada hati,syifa' kepada diri.

Berikan anak anda peluang untuk menjadi mantap melalui Motivasi Al-Quran Teras Perubahan (Mantop)

Semoga kepentingan Al-Quran dapat di sedari melalui kem-kem motivasi seperti ini,seterusnya menjelmakan masyarakat yang tahu ERTI TAKUTKAN TUHAN bukan masyarakat yang menjadikan MANUSIA SEBAGAI TUHAN.



Ini motor tok Imam Masjid BBU,ustaz nak test drive je..




Sewaktu sesi latihan dalam kumpulan


Ramai yang menitiskan air mata ketika ini..menginsafi dosa.

Wallahua'lam..

Bersama Ustaz Zamri


Ikatlah ilmu dengan menulisnya..Akhi Firdaus @ Cahaya Syurga


0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.