Halaman

Isnin, 23 November 2009

BANJIR ADALAH NIKMAT & UJIAN

BERHADAPAN LAUTAN BANJIR


“Hujan tidak berhenti lagi mek ? ” getus akhi kepada bonda mertua dari sudut dapur di pinggir sana, sambil menghirup sup sayur panas,hasil air tangan mek..

“Ya,masih lebat lagi,daus..

Seuntai bicara..tidak bersambung.Noktah.Dalam hati,debar memuncak.

Hujan terus terjun dan melakukan kamikaze ke dataran tanah rendah di halaman rumah.Dendangan riang kodok dan nyanyian sang katak ..di tambah pula dengan angin yang sesekali menyapa pipi,terasa sejuk mengelus pipi.

Allahurabbi..inilah ujianku..

Banjir di rumah bonda mertua,seakan janji temu saban tahun yang tidak di minta.Namun ia tetap membawa rahmat kerana Pencipta Maha Tahu Segala Kejadian Yang Ada di dunia.

Jalan…terhenti langkahku.

Air dicincang takkan putus.Air terus berlalu.Segenap sudut.
Seakan mengiyakan peribahasa ini,menguatkan kesabaran hamba padaNya.

BANJIR ADALAH NIKMAT DAN UJIAN

Ujian seperti ini menduga tahap keimanan dan menjadikan kita lebih tabah serta bertakwa. Setiap manusia yang mengaku beriman akan melalui ujian, sama ada secara individu atau seluruh kaumnya.

Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud:


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

الٓمٓ (١

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢

وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣


[1]Alif, Laam, Miim.

[2]Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

[3]Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

“Raya korban tidak lama lagi..Alhamdulillah” dalam dingin sejuk dan deruan air banjir yang menyusup ke bawah rumah..terlontar perkataan itu oleh abang Hafiz.


Alhamdulillah,rupa-rupanya saya dapat belajar sesuatu disini “give thanks to Allah” kembalikan rasa syukur kepada Allah.


Tuntasnya,banjir memberi peluang untuk kita sedar hakikat pengorbanan.


Operasi menyelamatkan mangsa yang terperangkap

Barang-barang di dapur..di ruang tamu..haiwan ternakan yang perlu di pindahkan.Semuanya perlu dilakukan secara bersama-sama.Ya,apa yang penting..kerjasama.

Bukankah ia mengajar erti pengorbanan? Tidak mementingkan diri menyelamatkan barang-barang sendiri malah berkongsi suka dan duka bersama jiran tetangga yang kesusahan.

Mudah-mudahan banjir ini memberi peluang kepada mereka yang terlibat untuk mendapat keampunan Allah dan meningkatkan jati diri serta ketakwaan kita kepada yang Esa.

Ingatlah bahawa kita sebagai hambaNya yang lemah, sentiasa mempunyai sifat-sifat lalai dan lupa terhadap tanggungjawab diri masing-masing serta kewajipan kepada Allah.

Seingat saya,halwa telinga ini pernah di berikan kata-kata nasihat oleh seorang pemimpin negara kita yang menggunakan lidah untuk kembali mengingati Allah.

Kata beliau,” Apabila kita melihat kejadian banjir ini dari sudut hubungan kita dengan Allah, ia sebenarnya adalah satu ujian dan peringatan. Pada mata kasar, kita menganggap diri sebagai golongan yang ditimpa bencana Allah.

Dalam bahasa yang mudah dan sebagai istilah seharian, mereka yang dilanda banjir ini disebut sebagai mangsa.

Namun, dalam ertikata yang sebenar, kita bukanlah mangsa.

Ini kerana istilah mangsa hanya sesuai dirujuk kepada mereka yang menerima kekejaman, penindasan dan kekerasan dari pihak lain, sedangkan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani tidak berlaku kejam kepada kita.

Sebaliknya kita adalah hambaNya yang diuji kesabaran dan diberi peluang mendapat keampunan serta disedarkan supaya meningkatkan ketakwaan.

Dalam konteks ini juga kita sebenarnya terus teruji dalam hubungan manusia sesama manusia, apabila ia bukan hanya menguji mereka yang ditimpa secara langsung oleh banjir, tetapi seluruh masyarakatnya.

Kita yang tidak ditimpa secara langsung, diuji dari segi perpaduan, permufakatan, kerjasama dan semangat persaudaraan.

Semua institusi dalam masyarakat termasuk parti politik, pertubuhan bukan kerajaan apatah lagi pemimpin negeri, pegawai kerajaan, pasukan keselamatan, pemimpin peringkat daerah serta mukim dan kampung, organisasi korporat, ahli profesional, pasukan perubatan malah pemungut sampah sekalipun diuji dengan kesabaran dalam memberikan bantuan dan perkhidmatan.

Allah ada mengingatkan kita menerusi firmannya dalam surah Al-Ma’arij ayat ke-19 hingga ke-21 yang bermaksud:

“Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat gelisah. Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. Dan apabila ia mendapat kebaikan ia sangat kedekut,”.

CUKUPLAH TANGAN-TANGAN MANUSIA MELAKUKAN KEROSAKAN DI ATAS MUKA BUMI

Kini, bongkah air batu mencair di kedua-dua khutub akibat kenaikan suhu dunia, sehingga dunia diramalkan akan mengalami cuaca paling panas pada tahun ini.

Fenomena cuaca ini dijangka akan mengubah lanskap dunia termasuk dari segi kegiatan manusia itu sendiri. Perubahan-perubahan yang sukar difahami dan diramalkan ini, tentunya akan memberi kesan sedikit sebanyak kepada kita.

Maka, hendaklah kita hadapi dengan tabah dan sabar sambil kita merancang memperbaiki keadaan persekitaran sebagai persediaan.

Seperti kata seorang pujangga: “Kesedihan dan kesengsaraan yang kita alami dapat membantu kita untuk berjaya”.

Sesungguhnya ujian Allah ini, yang diturunkan dalam bentuk bencana adalah kategori ujian yang paling rendah. Ujian yang tertinggi tahapnya ialah menahan diri daripada melakukan maksiat manakala kesenangan dan kemewahan yang diberikan Allah, adalah ujian pada tahap sederhana.

Allah SWT sudah mengingatkan kita mengenai ujian-ujian ini menerusi firmannya dalam surah Al-Baqarah ayat ke-155 yang bemaksud:

“Dan sesungguhnya, kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar,”.

SABAR.

Ujian ini apabila kita tempuhi akan meninggalkan kesan sama ada kita akan semakin hampir dengan Allah, iaitu menerimanya dengan penuh kesabaran sehingga dapat meningkatkan kualiti ketakwaan atau sebaliknya.

Orang yang tidak dapat menahan sabar dengan ujian ini, akan berasa resah, sekali gus tidak akan beroleh rahmat dan kebaikan dari Allah.

Sebab itu Allah mengingatkan menerusi firmannya dalam surah Al-Baqarah ayat ke-216 yang bermaksud:

“…boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui,”.

بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب














Ikatlah ilmu dengan menulisnya..۩

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.