Halaman

Sabtu, 21 November 2009

Hakikat Tarbiah Islam..sistem pendidikan terbaik



"Pang"..,hinggapan tapak tangan  kanan sepenuh wajah terus singgah ke pipi Ajib.. 'berbekaslah hadiah' itu di kalbu Ajib sempena keputusan peperiksaan si anak.

"Kenapa markah kamu dan keputusan kamu cukup rendah?" soal seorang ayah yang melewati usia emasnya.

"Err.. er..ajib..minta maaf"..berkaca-kaca  mata Ajib kerana emosinya terganggu.Lantas manik-manik mutiara berguguran dan terpecah menjadi entiti pilu seorang anak.

Wahai Diri..Perbaikilah Dirimu & Serulah Orang Lain..

Seorang ayah yang bijak mengurus keluarga adalah nakhoda yang tajam pemikirannya untuk  memberi rangsangan positif kepada awak-awaknya agar kapal menuju ke destinasi tanpa melunturkan kepercayaan dan semangat awak-awak untuk pelayaran yang akan datang.

Akhi mengajak kaum ayah di luar sana serta kaum ibu untuk menjadikan tarbiah Islam sebagai acuan keluarga kita.

Apakah itu tarbiah Islam?

Tarbiah (pendidikan) Islamiah, bererti proses mempersiapkan manusia dengan persiapan yang menyeluruh yang menyentuh seluruh aspek kehidupannya, meliput rohani, jasmani dan akal fikiran.

Termasuklah dalam lingkungan kehidupan duniawinya, dengan segala aspek hubungan dan kemaslahatan yang mengikatnya; dan kehidupan akhiratnya, dengan segala amalan yang dihisabnya; yang membuat Allah Subha Nahu wa Taala redha atau murka.

Oleh kerana itu, ia bersifat integrasi (sepadu) dan menyeluruh; dan itulah yang membezakan sistem Islam dengan sistem atau aturan lain.





Tarbiah Islam untuk keluarga..

Ringkasnya, tarbiah Islamiah adalah proses penyiapan manusia yang soleh, yakni agar tercipta suatu keseimbangan (tawazun) dalam potensi, matlamat, ucapan serta tindakannya secara keseluruhan.


Keseimbangan potensi yang dimaksudkan adalah hendaknya jangan sampai kemunculan suatu potensi menyebabkan lenyapnya potensi yang lain atau suatu potensi sengaja dimandulkan untuk mewujudkan potensi yang lain.

Inilah satu keistimewaan sistem Islam dan undang-undangnya. Juga keseimbangan antara potensi rohani, jasmani dan akal fikiran; keseimbangan antara kerohanian manusia dan kejasmaniannya, antara keperluan asas dan sekunder, antara realiti dan cita-citanya, antara wawasan peribadi dan jiwa kebersamaannya, antara keyakinan kepada alam ghaib dan keyakinan pada alam nyata, keseimbangan antara makan, minum, pakaian dan tempat tinggalnya, tanpa adanya sikap berlebih-lebihan di satu sisi dan pengabdian di sisi lain.

Benar-benar keseimbangan yang mengantarkan kepada sikap adil, yakni adil dan saksama dalam segala aspek.Terutamanya dalam aspek pendidikan anak-anak.

"Dan demikian (pula) Kami telah jadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pertengahan."
[Al-Baqarah: 143]

Bahkan keseimbangan adalah satu aturan yang Allah Subhanahu wa Taala tetapkan pada segenap makhlukNya; manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan bintang cakerawala di angkasa raya. Semua berjalan sesuai dengan hukum alam yang telah ditetapkan oleh yang Maha Pencipta alam ini. Itulah keistimewaan kedua yang ada pada sistem Islam.



Wahai kaum ayah dan kaum ibu ...

Bagaimanakah persepsi anak terhada kita ya?

Bagaimanakah KPI kita pasca perkahwinan?

Akhi tinggalkan soalan ini untuk direnungi bersama..



Apa keistimewaan tarbiah Islam dalam keluarga kita?
Keistimewaan lain sistem tarbiah Islamiah ialah ia mendorong seseorang ahli keluarga untuk memiliki dinamika yang tinggi dalam seluruh kehidupan dirinya beserta orang-orang disekelilingnya, dan juga termasuk bersama lingkungan alamnya.

Ia juga merasa terdorong untuk memakmurkan bumi dan mengambil manfaat sebesar-besarnya baik dari samudera, angkasa, binatang, tumbuh-tumbuhan, maupun semua benda mati dengan prinsip bahawa semua itu telah ditundukkan oleh Allah Subha Nahu wa Taala untuknya.

Ia tidak bersikap negatif dan pasif di dalam upaya meraih kemaslahatan diri dan masyarakat yang ia hidup dengannya atau lingkungan alam yang Allah tundukkan untuknya. Namun sebaliknya, ia bersikap positif dan responsif di bawah naungan agama yang agung dan moral yang tinggi ini.

Selain itu, tarbiah Islamiah memiliki keistimewaan dengan kemampuannya mengiringi fitrah manusia dalam menghadapi realiti kehidupan di bumi dan di alam material ini, juga mengiringi potensinya menuju tingkat keteladanan  sehingga dapat memberi manfaat dan kemaslahatan bagi diri, agama dan masyarakatnya lebih-lebih lagi dalam usrah (keluarganya) sendiri..
 
Wahai kaum ayah dan kaum ibu..
 
Islam juga mengakui adanya kelemahan pada diri manusia ketika berhadapan dengan nafsu syahwat. Untuk menghadapi lemahnya manusia berhadapan dengan kewajiban, Islam datang dengan firman-Nya;


"Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama satu kesempitan." [Al-Hajj: 78]

Sedangkan untuk menghadapi lemahnya manusia berhadapan dengan godaan nafsu  terutamannya nafsu ammarah, Allah Subha Nahu wa Taala berfirman;

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik." [Ali-Imran: 14]

Kita inginkan zuriat..Allah SWT kurniakan...Didiklah mereka dengan acuan ISLAM.
Maka sebelum tangan dihayun melebihi hadnya..mulut ber' doa' anak bertuah..cuba kita kekalkan wudhu' dan perbanyakkan istighfar..

Sepertimana lampu mempunyai suis untuk menyala..

Begitu juga seorang anak..congak masa hadapannya baru bermula..

Oleh itu jangan tutup suis anak..biarkan ia menyala dengan tarbiah ISLAM.

Wahai Diri..Perbaikilah Dirimu & Serulah Orang Lain..


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب







Ikatlah ilmu dengan menulisnya..۩

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.