Halaman

Selasa, 10 November 2009

MANFAAT MANGGIS TERHADAP DAKWAH ISLAM



Hari Ahad. Haji Seman didatangi tamu. Bukan siapa. Hanya si Ah Seng.

 Anak Ah Kuan, tauke kedai runcit dikampung itu. Memang dihari Ahad begini Ah Seng akan
berkeliling dengan Honda cup nya sambil menjaja buah-buahan bermusim. Sekarang
memang musim durian dan manggis. Maka itulah yang dijajanya hari ini.

Ah Seng memang rajin. Walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap disebuah
kilang elektronik, dia masih mahu menjaja keliling kampung- kampung. Cari kelebihan dan pengalaman katanya. Tak ubah seperti bapanya waktu muda-muda dulu. Memang bapanya dulu berjaja sebelum mendapat restu dari orang kampung untuk membuka kedai runcit disitu.
Sejak kebelakangan ini, Ah Seng sering pula bertanya tentang Islam. Dan Haji Seman merupakan diantara orang-orang kampung tempat dia bertanya.

"Dah lama sangat aku tengok kamu asyik bertanya..

 mengenai agama yang tidak ada sedikit keraguan dan kepalsuan di dalamnya ni, Seng," kata Haji Seman setelah puas memberi jawapan kapada beberapa soalan tentang Islam yang disuguhkan oleh Ah Seng.

"Aku nak tanya pula. Kamu bertanya ni sebab kamu dah terpikat ngan minah Melayu ke? Atau kamu nak masuk Islam? Atau kamu cuma nak tau jer?"

Ah Seng tersengeh mendengar soalan-soalan Haji Seman.

"Eh... Takde le, Pak Man. Saya belum mau kawin lagi , " katanya menjawab sekali gus

membantah. Melayunya tidak ada cacat langsung. Maklumlah lahir dan besar dikalangan orang Melayu.

"Nak kata nak masuk Islam tu memang pernah terlintas, Pak Man," katanya lagi. Haji Seman kelihatan ghairah mendengar kata anak tauke Cina ini.

Tapi...

"Tapi apa, Ah Seng," dia bertanya. Haji Seman ingin tahu sangat apa yang membuat

orang asing teragak-agak menerima Islam.

"Pak Man tak marah kalau saya terus terang?" Ah Seng meminta jaminan dari Haji Seman. Dia tahu ini soal sensitif.

"Cakap le. Aku tak marah," kata Haji Seman memberi jaminan.

"Sebenarnya, Pak Man," Ah Seng memulakan.

"Saya bukan jer bertanya tentang Islam. Saya ada gak bertanya tentang Kristian pada kawan-kawan tempat kerja saya tu. Agama Buddha pun ada saya tanyakan juga.

"Dimana kamu letakkan agama Islam?"

"Ntah le, Pak Man. Saya rasa Islam tu terkongkong sangat. Banyak larangannya.

Saya takut saya tak kuat."

"Ah Seng... Ah Seng," Haji Seman mengeluh. Itu rupanya yang mereka takutkan.

"Begini, Seng," sambung haji Seman sambil tangannya mencapai manggis dari

keranjang.


"Kamu tengok manggis ni. Ini le buah manggis. Tidak ada lain buah yang

dipanggil manggis kecuali ini. Kulit dia ungu. Tebal. Senang jer nak kenal buah

manggis ni. Tapi kalau kamu tengok. Kamu tenung lama- lama. Ada jer yang kamu nak

komen. Misalnya kulit dia tebal le. Warnanya tak ceria le. Sebelah sini ungu. Sebelah sini hijau kekuningan lak. Macam-macam le kamu leh komen kalau kamu
nak."




Haji Seman lalu mengupas kulit manggis itu. Diteruskan penjelasannya.

"Tapi bila kamu kupas kulit dia. Kamu tengok. Putih isi dia. Kamu ambil seulas

dan rasa," Haji Seman melakukan apa yang dikatanya.

"Mmmm... Manis. Bagus manggis ni."

"Begitu le Islam. Kamu cuma tengok dari luar.

Puasa memang berat bagi orang yang

tidak pernah berpuasa.

Sembahyang lima waktu pun berat gak bagi yang tak pernah

sembahyang. Apa tak. Pepagi dah kena bangun solat subuh. Siang hari tengah

syok-syok shopping kena berhenti lak solat zuhur. Dan seterusnya le."

"Tapi bila kamu mengetahui isi segala apa yang diperintah itu kamu akan melihat keputihan nya. Kesuciannya. Kemanisannya. "

Ah Seng terdiam dengan penjelasan dari Haji Seman itu. Dia tidak pernah mendengar orang menjadikan manggis sebagai perumpamaan untuk menjelaskan tentang Islam.



ISLAM untuk SEMUA

Maka tiada alasan untuk kita menyampaikan kecantikan ISLAM tatkala masyarakat yang beragama lain memandang dari sisi yang berlainan.Marilah kita menyatakan keindahan ISLAM walaupun dengan cerpen MANGGIS ini.Kita tidak berupaya memberikan hidayah kerana ia milik mutlak ALLAH SWT.Apa yang boleh kita usahakan ialah menyatakan kebenaran dan mempromosikan ISLAM untuk SEMUA kaum.

Mari sahabat rakan dan taulan..kita sebarkan mesej universalnya ISLAM agar kita dapat bersama berpayung di bawah naungan keadilan ISLAM agar misi setiap yang bergelar muslim mukmin muttaqin untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam,juga kemerdekaan dan kedaulatan negara tercapai"

InsyaAllah.








ikatlah ilmu dengan menulisnya...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.