Bacalah, semoga ia memberi keinsafan kepada kita semua....
Mak merenung jauh. Melihat nasib tuanya. Hatinya sungguh sayu.
Sekiranya arwah ayah masih hidup, sudah pastilah bukan sekarang ini galur
hidup mak.Dari luar jendela, mak memandang jauh ke rumah Opah, rumah emak
mentuanya.Rumah yang dulu begitu usang akhirnya menjadi sebuah rumah idaman
yang besar dan selesa. Mak membandingkan antara rumahnya dengan rumah opah.
Samakah situasinya? Hatinya tertanya-tanya. Apa bezanya. Hatinya kian
bercelaru.
Teringat mak akan dikala pinangan dari bakal suaminya. Dia tidak
pernah terlintas untuk merasakan bahawa hidupnya selesa dan mewah maklumlah
aruah ayah adalah seorang guru. Mak tak kenal langsung siapa bakal suaminya
itu.Apa yang dia tahu, pada waktu seusia begitu, dia sudah boleh dicapkan
sebagai anak dara tua. Rakan-rakan sebaya dengannya semuanya sudah beranak
pinak. Kakaknya sendiri sudah tiga orang anaknya.Jetun, kawan ba! iknya juga
dah dua orang anaknya. Mak? Baru sahaja mencecah usia 20 tahun barulah ada
orang yang masuk meminang. Bukannya apa sebabnya sebelum ini Mak begitu
sibuk dengan pelbagai kemahirannya sebelum disunting orang. Bukan salah mak
juga, aruah atuk juga yang berkeinginan menghantar mak untuk belajar
memasaklah, belajar menjahitlah dan sebagainya. Atuk hendak anak perempuan
bongsunya ini jadi seorang wanita yang serba boleh. Begitulah impian aruah
atuk. Mak akhirnya disunting oleh bukannya orang lain. Anak saudara Naib
Tok Kadi Mukim ini juga. Siapa tak kenal keturunan Tok Naib (gelarannya) di
mukim ini. Keturunan orang alim-alim dari Batu Bara. Siapa tak kenal
keturunan itu, alamat tak kahwinle sampai ke tua gayut.
Mak memerhatikan dari kejauhan ini, berbalam-balam rasanya kesepian
hatinya. Ayah telah lama pergi meninggalkan mak keseorangan untuk
meneruskan hidup ini. Mak tidak dapat membayangkan kesepian hidupnya
biarpun selama 23! tahun mak belum pernah mengalaminya. Kadang kala mak
menangisi akan kesepian yang melanda hati kecil ini. Pernah mak menyalahkan
takdir yang memisahkan kasihnya dengan orang yang amat disayanginya itu.
Mak selalu merasakan kekosongan hidupnya tanpa ayah di sisi. Kesepian itu
benar-benar mengugat kesetiaannya kepada jiwa yang turut bersemadi di dasar
tanah itu. Sekiranya dulu mak merelakan pemergian ayah tapi kini
hati kecilnya seringkali tertanya-tanya kenapa ayah mesti meninggalkan dia
keseorangan di dunia ini. Keseorangan dengan dikelilingi oleh anak-anaknya
yang tidak pernah ingin mencurahkan kasih sayang mereka kepadanya. Mak
benar-benar kesepian ibarat tunggul kayu di hutan belantara. Ada anak
seramai tujuh orang pun dia merasakan macam dia langsung ti dak pernah
melahirkan apa-apa zuriat ke atas muka bumi ini.
Adakah salah mak mendidik mereka? Apakah mak selama ini telah
tersalah menyuapkan mereka makanan yang tidak berkat ke dal! am tembolok
mereka? Mak berkira-kira bahawa selama ini apa yang tidak cukup yang telah
dia curahkan kepada anak-anaknya itu. Habis segala harta pusaka bonda mak
dipajak dan digadai semata-mata untuk melihat anak-anaknya hidup senang di
kemudian hari. Mengharap gaji ayah sebagai seorang pendidik yang tidak
seberapa dalam menanggung anak yang seramai tujuh orang sememangnya tidak
pernah mencukupi.
Maklumlah bukan sahaja anak yang seramai tujuh orang ini sahaja yang
aruah ayah tanggung bahkan adik-adik tiri ayah yang seramai 10 orang lagi
juga perlu ayah tanggung persekolahan mereka. Menitis air mata mak ke bumi.
Mak segera menyeka air matanya dengan hujung tangan baju kurung kusamnya
itu.Sejurus itu mak rasakan bahawa mak tersalah memilih kehidupan ini.
Kenapa kehidupannya penuh dengan kesengsaraan. Penderitaan dan
kesedihan.Menitis lagi air mata mak. Gugur dan jatuh ke bumi. Berkata hati
kecil mak kenapalah kehidupannya tidak se! perti Hajah Gayah, Makc ik Besah
dan jiran-jiran yang lain. Sekurang-kurangnya ada juga anak-anak mereka
yang masih sudi untuk mengetahui sakit pening orang tua mereka. Tidaklah
terasa terbuang dan terasing sungguh seperti dirinya ini.
Entahlah dalam sehari mak sukar untuk mengerti kenapa hati tuanya
kian terusik. Begitu mudah untuk tersentuh dan akhirnya air matalah menjadi
temannya. Anak-anak mak semuanya berjawatan besar. Semuanya berpendidikan
besar. Semuanya kahwin dengan orang besar-besar dan apa yang mak tahu ialah
sekarang ini semua anak-anak mak tu semuanya berhidung yang kekayaan.
Memandang mak bagaikan satu kehinaan. Mak memang terasakan kehinaan diri
tuanya ini amat dibenci oleh anak dan juga menantunya. Mak beranggapan
bahawa tidak semua anak mak akan bertindak sedemikian. Mak beranggapan
bahawa Usu tidak mungkin sanggup membuang mak seperti mana dengan abang dan
kakaknya yang lain. Sangkaan mak benar-benar meleset. Usu lan! gsung membuang
mak bagaikan sampah selepas dia berkahwin dengan adik sepupu Menteri
Kabinet. Malu katanya dengan mak. Malu dengan pembawaan mak. Malu dengan
pemakaian mak. Malu segala-galanya dengan apa yang ada pada mak. Mak adalah
satu kehinaan bagi Usu untuk ditonjolkan kepada keluarga iparnya. Malu
bermakkan seorang perempuan tua yang sudah berkedut seribu dimamah usia
ini. Malu sebab semua pakaian mak lusuh dan tidak sedap dipandang mata.
Sejak dari kecil mak tatang semua anak-anak mak bagaikan menatang
minyak yang penuh. Sakit pening anak-anak mak adalah sakit pening mak juga.
Mak mahu melihat anak-anaknya menjadi orang yang berjaya dan ternama. Hajat
mak itu memang kesampaian tetapi sekiranya kini mak menutup mata, mungkin
hatinya akan tersengkang dengan kesedihan yang teramat sangat kerana
anak-anaknya memang berjaya. Anak-anaknya memang menjadi orang ternama
tetapi anak-anaknya juga malu mengakui mak sebagai mak mereka kerana m! ak
bukanlah dari golongan orang yang ternama. Air mata mak menitis lagi.
Kesedihan mak memang tidak dapat dibayangkan lagi.
Alangkah bahagianya jika mak dapat mencontohi opah yang kini hidup
senang lenang walaupun hanya membesarkan anak-anak tiri dan anaknya sendiri
yang seramai 11 orang. Tiada seorang pun daripada mereka yang melupakan
opah.Tidak pernah rumah opah sepi dari gelak tawa cucu-cucunya. Rumah mak
terus sepi. Sepi bagaikan berada dihujung dunia.Sepi bagaikan langsung
tiada berpenghuni. Sepi dengan segala-galanya.Mak sangkakan bahawa
anak-anak mak akan mencontohi jejak langkah pakcik dan makciknya (adik
beradik aruah ayah), malangnya air mata mak mengalir lagi.Lesu hatinya
memikirkan kesuraman hidupnya. Hanya air mata terus mengalir menemani mak.
"Opah! Opah!"
"Assalamualaikum!"
"Opah! Opah!"Hati mak tersentak. Sudah meninggi matahari rupanya.
Segera mak menyeka air matanya daripada terus mengalir.
"Hah..Kamarul masu! klah"Mak melihat dengan sayu kedatangan cucunya
yang rajin menziarahnya itu.Ditangannya dibawanya bekas makanan yang dibawa
dari rumah Halimah, anak sulungnya yang duduk jauhnya 3 lorong dari
rumahnya itu.
"Apa khabar opah, ni ada mak buatkan lauk gulai masam tempoyak yang
opah hendakkan semalam tu," Kamarul dengan segera menyalinkan bekas-bekas
makanan yang dibawanya ke dalam pinggan.
"Kenapa mata opah merah? Opah menangis ke?" Kamarul mula merapati
mak.Hati mak tersentuh lagi. Air matanya terus mengalir. Kalau tidak kerana
Halimah,anak sulungnya, sudah lama dia mati kelaparan di sini. Tapi apa
boleh buat,Halimah kini milik Bakar, suaminya. Mak masih ingat lagi kerana
maklah nyaris Halimah dan Bakar berbalah sampai nak jatuh talak. Mujurlah
mak segera ambil tindakan segera balik semula ke rumahnya. Apakah malang
nasibnya. Ada anak yang mengambil berat tentangnya, menantunya pula tak
suka. Hiba.
Mak memandang jauh kelu! ar jendela rumah. Entahlah kenapa sejak
kebelakangan ini hatinya begitu mudah terusik. Kenapa sekarang memori
kenangan silam begitu ligat berputar di dalam lingkaran otaknya. Kenapa
sekarang barulah mak benar-benar mengalami kesunyian itu.Kerisauan mak
semakin ketara bila Kamarul memberitahunya bahawa Usu akan melahirkan
anaknya bila-bila masa sahaja. Hati mak begitu teringin melihat cucunya.
Cucu yang mungkin akan ditatapnya buat kali terakhir. Kali terakhir
sebelum nafasnya terhenti. Hati mak meronta-ronta untuk menghubungi Usu.
Bagaikan diseru, anak mak Angah Kamariah singgah ke rumah hari ini.
Mak gembira bukan kepalang. Hatinya meminta agar Angah Kamariah dapat
menelefon Usu. Mak teringin sangat untuk bercakap dengan Usu. Mak teringin
untuk melihat cucu mak yang bakal lahir itu. Mak benar-benar kepingin.
"Mak jangan buat tabiat! Duduk ajelah kat rumah ni. Janganle nak
gatal nak berjalan ke rumah Usu," bentak Kamariah. Mak ter! gamam. Air mata
mak mengalir lagi.
"Aku bukan apa, aku teringin sangat jumpa Usu, sekurang-kurangnya kau
tolonglah tekankan nombor telefon dia.biar aku yang cakap dengan dia.."rayu
mak pada Angah Kamariah.
"Hish.menyusah aje orang tua ni..tak faham-faham ke.orang kata tak
nak!Tak nak le! Jangan pandai-pandai nak telefon Usu, karang menyusahkan
dia aje. Malu orang tengok mak nanti,"Hati mak semakin hiba. Terguris pilu
yang tiada berdarah tetapi kepedihan itu amat memeritkan. Adakah semua
anak-anaknya malu sebab beribukan seorang perempuan kampung sepertinya.Hati
mak semakin diruntuh dengan sebak yang amat mendalam. Dalam hati kecilnya
terselit seribu penyesalan yang teramat sangat. Menyesal kerana melahirkan
anak-anaknya selama ini. Menyesal mengandungkan kesemua anak-anaknya selama
9 bulan 2 minggu selama ini. Air mata mak mengalir lagi.Sebak di dadanya
tiada ubatnya. Keruan hatinya semakin melarat.Kekecewaan bergelinang di
lubuk ! hatinya.Hati tuanya kian terusik.
Pusara ayah diziarahinya. Batu sungai yang menjadi nisan persemadian
ayah, mak dakap, mak peluk. Air matanya mengalir.Empangan air matanya
sendiri tidak dapat menahan rasa sebak di hati ini. Air mata itu semakin
deras mengalir. Pada siapa lagi yang boleh mak luahkan. Pada pusara ayahlah
tempat mak mengadu segala rasa sebak di dadanya. Mak berharap agar roh ayah
dapat melihat betapa deritanya hidup mak kini. Mak harap roh ayah dapat
merasakan kelukaan di hati tuanya kini. Itulah harapan mak. Walaupun mak
tahu apa yang mak buatkan ini seolah-olah menyalahkan takdir yang
menentukan tapi mak terpaksa meluahkan kekusutan hati tuanya itu. Sebak
dalam dadanya yang kian bersarang. Semakin deras air mata mak melepasi
empangannya. Semakin lama semakin deras.Kesyahduan petang ini berhiaskan
kesuraman ufuk kirmizi bagaikan berkabung dengan penderitaan yang mak
alami. Kemerahan suasana suram ini bagaikan bermurung d! engan semua kesayuan
yang mak pendamkan di hati tuanya.
"Mak ke mana tadi?" jerkah Angah Kamariah sebaik sahaja mak
menjejakkan kakinya di ambang pintu.Hati mak semakin merekah kesedihan.
"Mak tak dengar ke apa yang saya tanya ni?" semakin kuat jerkahan
Angah Kamariah.
"Kau tak boleh tanya aku dengan baik ke Angah? Kau ingat aku ni pekak
ke?Kau tak tahu aku ni siapa yang kau nak jerkah-jerkah? Aku ni kan mak
kau!"dalam hiba mak melepaskan segala yang terpendam di dalam
dadanya.Perasaan ini tidak dapat ditahannya lagi.
"Angah tanya mak tu dari mana? Mak bukannya sihat lagi. Kalau berlaku
apa-apa siapa yang susah. Angah juga yang susah. Cubalah dah tua-tua tu
duduk kat rumah. Janganle gatal nak berjalan ke sana sini. Nanti siapa yang
susah!"
"Apa yang kamu susahkan. Kalau aku mati lagi kamu suka. Bukan
begitu?"Luahan mak bagaikan gunung berapi yang meletus.
"Apa yang mak cakapkan ni?" pintas Angah.
"Kamu dulu masa kecil aku ja! ga, aku tatang tapi kamu layan aku macam
aku ni orang gaji. Kamu ndak herdik ke? Ndak marah ke? Kamu ingat aku ni
tak ada perasaan ke? Kamu ingat aku ni orang tua tumpul ke?" Air mata mak
semakin tidak boleh disekat. Jelas di raut mukanya mak ingin melepaskan
segala-galanya. Melepaskan apa yang terbuku di dalam sanubarinya selama
ini.Biarlah Angah mengatakannya sebagai mengungkit segala kisah silam tapi
itulah yang ingin dilafazkan oleh mak. Mak inginkan ketenangan dulu maka
biarlah mak meluahkan kebukuan dihati tuanya ini.
"Mak.. Angah tak kata begitu, mak jangan salah sangka!" Angah
bagaikan terpana dengan hirisan hati mak. Cetusan yang mak sampaikan
bagaikan halilintar yang menyentak keperibadian Angah Kamariah. Angah
Kamariah bagaikan cuba berselindung di balik tirai yang jarang. Menipu
keadaan memaksa perasaan.
"Selama ini aku bersusah payah membesarkan kamu semua. Pernah kamu
berterima kasih dengan segala apa yang aku berikan!"! cetusan mak semakin
menyala.
"Pernah kamu bertanya tentang perasaan aku? Kesepian aku selepas ayah
kamu pergi? Pernah kamu kisahkan semua itu?"Air mata mak tidak dapat
dikekang lagi. Mengalir sekali lagi. Harapannya untuk kali yang terakhir
untuk tumpah menimpa bumi. Melepaskan perasaan yang terbukam sepi dalam
sendu hatinya.
"Kau buat aku macam abdi sahaja dalam rumah ni. dan semua anak-anak
yang aku lahirkan semuanya sama. Mentang-mentanglah aku ni hanya perempuan
kampung. Selama ini aku bangga dengan semua anak-anak aku. Semasa kecil aku
tatang bagaikan minyak yang penuh. Habis barang kemas aku gadaikan demi
pelajaran anak-anak aku. Tapi aku silap... aku sebenarnya telah melahirkan
tuan kepada aku. Tuan besar yang menganggap aku ni hamba abdi mereka.
Seolah aku ni tidak layak dipanggil mak. Aku tidak layak menyatakan syurga
itu di bawah telapak kakiku,"Ketenangan hati mak yang tergugat akhirnya
goyah. Kesetian hati tuanya pada! kesuraman jiwa dan perasaan akhirnya
meledakkan sebuah perasaan yang menggentaskan sanubari.
Mak rebah selepas itu. Angah Kamariah tergopoh gapah. Air mata Angah
Kamariah jelas mengalir. Jelas dalam kesamaran. Antara kesedaran dan
keinsafan. Angah Kamariah bagaikan terpukul melihatkan dalam rebah mak yang
dilinangi air mata tuanya, riak mukanya bagaikan tersenyum.Tersenyum kerana
semuanya telah berakhir.
"Mak!!!!!!!" Hanya itu sahajalah yang mampu Angah Kamariah lafazkan.
#p.s - berbaiklah dengan kedua orang tuamu sebelum mereka menghembuskan
nafasnya yang terakhir. Ingatlah bahawa jasa mereka dalam melahirkan dan
membesarkan kita semua terlalu berharga dan jangan disesalkan akan
pemergian mereka ke pangkuan IlahI..
()""()
( 'o' )
==(,,)=(,,)==
( .. )
(,,,)-(,,,)
DARI EMAIL SEORANG TEMAN..
0 ulasan:
Catat Ulasan
Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.