Halaman

Selasa, 22 Disember 2009

10 Tips Memudahkan Laluan Trafik Dari Jambatan Dunia Hingga ke Akhirat

Assalamualaikum dan Alhamdulillah,



Akhi Firdaus  ingin mengajak pembaca melalui denai dan menyusur laluan hutan.Pasti banyak dugaan.





Mungkin di hadapan nanti ada harimau yang mengaum kelaparan,kala jengking yang berbisa,menunggu masa mengigit manusia,gajah yang naik minyak dan boleh memijak-mijak kepala sekiranya kita terjatuh di lopak atau terlanggar pepohonan hutan.Semut-semut yang menghurungi seluruh badan.Mengigit-gigit tanpa belas.Sakit bukan?




Seringkali juga laluan trafik sewaktu pergi dan pulang ke tempat kerja sentiasa sahaja dalam keadaan sesak dan menyesakkan kerana kita tidak bersedia untuk keluar pada waktu yang lenggang.Menyesal bukan.Bagaimana pula keadaan di tempat anda?

Ditambah dengan cuaca panas.Bahang mentari diatas kepala.



Mahukah kita mengalami segala keperitan sedangkan ada 'jalan pintas' untuk menuju ke alam barzakh.

Apakah 'jalan pintas' menuju akhirat yang tidak dihiraukan oleh manusia yang ramai ini?





10 LALUAN yang bakal di lalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat, bagaimana memudahkannya?

1. Laluan Menuju ke Kubur

* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji

* Hindarkan perasaan irihati (benci)

* Jangan terpengaruh dengan emas/ perak

* Sucikan qada' hajat dengan istibra' (berak/ kencing)



2. Laluan untuk Berjumpa Izrail

* Bersihkan diri dengan bertaubat

* Gembirakan hati orang mukmin

* Bayar semula qada' yang tertinggal

* Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala



3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir

* Mengucap dua kalimah syahadah

* Suka memberi sedekah

* Berkata benar

* Bersihkan dan perbaiki hati



4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan

* Sucikan perkataan dan pakaian

* Bersyukur dengan yang sedikit

* Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah

* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat



5. Laluan Memantapkan Amalan

* Jauhkan perkataan yang sia-sia

* Pendekkan cita-cita dunia

* Banyakkan puji-pujian kepada Allah

* Banyakkan sedekah dan akhirat



6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim

* Kasihilah ailia' Allah Taala

* Berbaktilah kepada kedua ibubapa

* Berpegang teguh dengan hukum syarak

* Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk



7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka

* Banyakkan membaca al-Quran

* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu

* Tinggalkan perkara maksiat

* Jauhkan segala yang haram



8. Laluan untuk Memasuki Syurga

* Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh

* Kasihi orang yang soleh

* Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah

* Merendahkah diri di antara semua makhluk Allah



9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW

* Kasihilah Nabi Allah

* Kasihilah Rasulullah SAW

* Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah

* Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW



10. Laluan untuk Bertemu Allah

* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah

* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah

* Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah

* Bencikan segala yang diharamkan-Nya





Apa gunanya wajah yg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga.Fikir-fikirkanlah.



Ikatlah ilmu dengan menulisnya..۩

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.