Halaman

Selasa, 8 Disember 2009

CERITA IMAN




Assalamualaikum..semalam saya telah menziarahi rumah seorang sahabat yang mempunyai 3 orang cahaya mata.Salah seorang dari anak mereka cukup petah berkata-kata..

Pakcik-pakcik...bacakan buku cerita ini kata Awish berusia 3 tahun.
"Mari sini,duk atas riba pakcik..,dan saya menyelak lembaran buku Muslim Ranger sambil mencari isi untuk di bacakan..

Ha...pada suatu hari,adik Miah telah ke Zoo Negara..
Semua haiwan ditegurnya..aum aum..adik Miah mengajuk bunyi harimau tanpa rasa takut..

Kemudian,adik Miah melalui kawasan denai dan terjumpa seekor gajah..adik Miah pun terus memegang dan mengusap gajah yang besar itu..

Hari hampir petang..semua haiwan,adik Miah telah lawati.

Adik Miah sungguh gembira dan tidak rasa gerun dengan kegarangan haiwan - haiwan yang di temui.

Tiba di rumah..adik Miah menjerit...Maaaaaaakkkkkkkkkkk....

ZUP..ZUP...Rupa-rupanya adik Miah geli dengan lipas..walaupun semua haiwan di zoo tadi adik Miah tidak rasa gerun.

Kemudian,Darwisy pun ketawa.Pakcik-pakcik baca lagi...huuh..letih dibuatnya...saya ambil keputusan untuk memasang cerita Upin dan Ipin..Darwisy pun ketawa lagi melihat adik-adik berjambul dalam cerita kartun tersebut..

Seusai cerita tersebut...Darwisy tanpa disuruh..kembali ke bilik tidur dan lena..zzzZzZZZz.Kerenah budak-budak...memang meletihkan namun berbaloi untuk kepuasan diri.Kitalah yang mencorakkan mereka.

Kini,mungkin sesuai untuk mengungkapkan sesi Mari Bercerita,sedikit perkongsian kepada rakan-rakan pembaca :

Syaikh Abdurrhman Al-Muhazzab bercerita pula :

Sekali peristiwa ketika saya pergi untuk membeli belah di pasar, saya

melalui pasar hamba, dan saya terlihat disana ada seorang saudagar

yang sedang menawarkan seorang hamba, yang usianya masih kecil lagi,

katanya berulang kali : Siapakah ingin membeli hamba, yang banyak

celanya ini ? Kemudian diulangi lagi kata kata itu berkali kali,

dan sudah tentulah tidak ada orang yang mahu membelinya. Saya lalu

menghampiri saudagar itu seraya bertanya kepadanya : Apakah cela

hamba ini ? Saudagar itu tidak menjawab, tetapi disuruhnya saya

sendiri menayakan hamba itu tentang keaipannya, maka saya merenung

wajah hamba itu, lalu bertanya kepadanya pula : Apa cela yang ada

pada mu ? Cela hamba sangat banyak, jawab hamba itu. Akan tetapi

saya sendiri tidak mengerti cela yang mana satu yang dimaksudkan oleh

tuan pemilik ku, sehingga dia memberi julukkan sebagai hamba yang

paling banyak celanya.


Saya berpaling semula kepada pemilik hamba itu dan bertanya sekali

lagi ; Cela yang mana satu yang tuan maksudkan ? Mmh, hamba ini

mengidap penyakit gila , jawab saudagar itu. Penyakit gila ? saya

merenung wajah saudagar itu. Dalam hati ku mengatakan tidak

mungkin. Orang gila tak kan begini jawabnya. Betulkah engkau

mengidap penyakit gila ? tanya ku ingin tahu. Begitulah seperti kata

tuan pemilik ku, dia menjawab dengan penuh ragu dan tidak jelas.

Kalau betul pun, pada saat apakah penyakit itu datang ? tanya ku

lagi. Adakah setiap hari, atau setiap minggu, atau sebulan sekali ?

Tolonglah terangkan !

Tuan, bila penyakit itu mengusir dihati hamba, maka berjalanlah ia ke

seluruh angota badan ku, kemudian kedalam jiwa ku. Maka ketika itu

akan berubahlah akal ku, kemudian tampa ku rasakan lagi lisan ku

menyebut nyebut nama yang paling ku cintai. Akhirnya penyakit itu

membuat hati ku benar benar terancang kepadanya. Sementara itu badan

ku tidak begerak sedikit pun. Maka dengan sebab itulah, orang bodoh

yang memerhati ku dalam keadaan demikian akan menuduh ku orang gila,

sedang aku sendiri tidak memahami mengapa orang boleh mengatakan

begitu, kerana mungkin dia tidak pernah mengalaminya apa yang pernah

aku alami itu.


Mendengar apa yang dikatakan oleh hamba itu, teringat didalam hati

ku, bahwa dia termasuk diantara kekasih Allah. Orang bodoh seperti

yang diungkapkan hamba itu memang mementingkan kulit saja, tidak

kenal isi. Saya lalu mendekati pemiliknya dan bertanya :


Berapakah harganya ? Dua ratus dirham, jawabnya mahu tak mahu. Nah,

ini dua ratus dirham harganya, sambil menghulur wang itu, dan ini dua

puluh dirham lagi, aku tambah untuk mu, kata ku lagi. Saya pun

mengajak hamba itu pulang kerumah. Tiba dirumah, saya menyuruhnya

masuk, tetapi mulanya ia enggan, seraya bertanya: Tuan tidak

mempunyai keluarga?? Dia bertanya kepada ku. Ada, jawab ku pendek.

Maaf, katanya tidak boleh sesaorarang itu bertemu dengan selain

keluarganya sendiri. Tidak mengapa, aku benarkan kau masuk kedalam,

kata ku lagi. Semoga Allah memelihara hamba dari segala dosa,

ujarnya. Tidak mengapalah, biar hamba duduk diluar saja.Sekiranya

tuan memerlukan sesuatu, hamba bersedia untuk mengerjakan tampa

memasuki rumah.


Bagai mana hamba ini ? aku ingat didalam hati. Kelihatannya dia

terlalu warak dan menjaga selok belok agamanya dengan baik.

Baiklah, kalau begitu! Jawab ku kepadanya.


Saya terus memasuki rumah untuk mengambil makanan dan minuman untuk

memberikannya kepada hamba itu, tetapi ia menolaknya dengan alasan ia

sedang berpuasa.


Pada waktu malam, hamba itu berada sendirian dikamarnya di luar

rumah. Saya lihat senyap saja tiada berbunyi. Maka pada tengah

malam saya keluar untuk mengintipnya, dan saya dapati ia sedang giat

bershalat dengan khusyuknya. Dia tidak sedar saya sedang

mengintipnya. Selesai dari shalat ia terus sujud menangis serta

berdoa :

Ya Allah ! Ya Tuhan hamba ! Semua raja telah menutupi pintu rumahnya,

namun pintu Tuan sajalah yang tetap terbuka luas bagi siapa yang

ingin meminta Mu ! Ya Tuhan ! Bintang bintang di langit semuanya

berkelip kelipan, mata mata insan pula sedang tertutup kerana nyenyak

dalam tidur, namun Dikaulah Zat yang sentiasa sedar selamanya, tidak

pernah mengantuk atau tidur.


Ya Allah ! Kalau ada seorang sedang berkumpul dengan kekasihnya,

maka Dikaulah kekasih bagi orang yang benar benar mengenal cinta. Ya

Allah ! Kalau Tuan mengusir hamba, kemana kah hamba akan pergi. Ya

Tuhan! Jika Tuan menjauhkan hamba dari pintu Tuan, pada pintu

siapakah hamba akan mengetuk lagi ? Ya Allah ! Jika Tuan akan

menyiksa hamba , memang sepantasnyalah, sebab hamba tergolong orang

orang yang berdosa. Namun, jika Tuan memberi maaf, memanglah Tuan

adalah Maha Pemaaf dan Belas kasih kepada semua hamba Mu, kerana

Dikaulah Maha Dermawan !

Sesudah itu , anak itu bangun dari sujudnya seraya menangis, lalu

mengangkat kepalanya lagi dan berdoa : Ya Ilahi! Kepada Mu lah siapa

yang dekat dengan Mu beramal, Dengan kurnia Tuan, selamatkanlah hamba

hamba Mu yang salih dari kebinasaan. Dengan rahmat Tuan,

sadarkanlah hamba hamba Mu yang tersesat supaya kembali kejalan yang

lurus. Wahai Zat yang Baik ! Berilah hamba kemaafan, berilah hamba

maghfirah dan keampunan, sungguh Tuan adalah Zat Pemberi maaf

terhadap segala kesalahan hambaNya !


Mendengar doa hamba itu, tidak terbayang lagi keharuan di hati ku,

lalu saya meningglkan tempat itu, supaya tidak mengacau kekhusyuan

hamba itu. Pagi pagi saya datang untuk menemuinya lagi dan bertanya

sapa kepadanya. Saya memberi salam kepadanya seraya bertanya : Anak

ku ! Bagaimana tidur mu semalam, tenangkah ? saya pura pura tanya

tidak tahu. Bolehkah tidur mata yang benar benar takutkan api

neraka ? tanya dia kembali kepada ku. Lagi, kata ku hendak mendengar

seterusnya. Bolehkah tidur mata yang selalu mengigat perhitungan

amal di Mahsyar nanti, serta membayangkan saat dan ketika dihadapkan

kepada Tuhan yang Maha Kuasa ? hamba itu kemudian menangis terisak

isak. Anak ku ! Aku merdekakan diri mu semata mata kerana Allah,

kata ku kepadanya. Dia tidak menjawab, tetapi justeru dia semakin

menangis. Tidak lama kemudian ia berkata pula : Tuan ! katanya

kepada ku. Hamba dulu mendapat dua pahala , iaitu pahala beribadah

dan pahala melayani tuan. Kini satu daripadanya sudah dibebaskan,

tinggal satu lagi, iaitu beribadat kepada Tuhan. Ya , saya faham

maksud mu itu, sebab itu saya merdekakan mu, kata ku kepadanya lagi


Terima kasih, dan semuga Allah menyelamatkan tuan dari api neraka !

doanya untuk ku pula. Saya pun memberinya wang untuk keperluannya ,

dan membenarkan dia pergi, kerana dia sudah menjadi orang merdeka

sekarang, Dia lalu mengucapkan setinggi terima kasih lagi kepada ku,

tetapi wang yang ku berikannya itu ditolaknya sambil berkata : Tuhan

yang memberi ku rezeki sewaktu hamba diperut ibu, Dialah nanti yang

menangung rezeki hamba saat hamba berada diatas bumiNya ini !. Hamba

itu kemudian pergi meninggalkan ku, dan sesudah itu saya tidak pernah

lagi bertemu dengannya.


Ya Allah ! Berilah hamba Mu ini taufiq dan hidayah, sebagaimana Dikau

telah menganugerahkannya kepada para kekasih dan orang pilihan Mu,

Amin !...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.