Halaman

Selasa, 29 Disember 2009

Hiasi Diri Dengan Akhlak Para nabi


Orang soleh menghiasi diri dengan akhlak anbia

Akhi mengajak diri akhi  bersama pembaca Pewaris Syurga Firdaus untuk menghiasi diri dengan akhlak para Nabi.

UMUMNYA setiap individu mempunyai tanggungjawab memperbaiki (islah) diri dan keluarga masing-masing. Apabila setiap individu itu berada di landasan iman dan sentiasa memelihara nilai baik, maka seluruh masyarakat akan menjadi baik, insya-Allah.

Sebenarnya konsep pembinaan masyarakat bertamadun, bergantung kepada buruk atau baik akhlak setiap individunya.

Firman Allah bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang dikurniakan kepada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” – (Al-Anfal 53).

Ayat itu jelas menunjukkan Allah hanya mahukan hamba-Nya berada dalam keadaan kedamaian, kebaikan dan kemuliaan. Allah tidak menghukum hambanya tanpa ada sebab daripada diri mereka sendiri. Rosaknya masyarakat adalah kerana rosak moral pemimpinnya.



Rijal memimpin Nisa'

Sabda Rasulullah: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Raja (ketua negara) adalah pemimpin dan ia bertanggunjawab terhadap rakyatnya. Orang lelaki adalah pemimpin kepada keluarganya dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Wanita juga adalah pemimpin di rumah suaminya. Dia bertanggungjawab terhadap pimpinannya.


“Hamba juga adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab ke atas harta benda tuannya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan masing-masing bertanggungjawab terhadap pimpinannya.


Daripada hadis ini, nyata setiap orang itu mempunyai komitmen dalam membaiki (islah) orang yang dibawah jagaannya. Tanggungjawab itu terpikul di atas bahu setiap orang walau di peringkat mana mereka berada. Raja terhadap rakyatnya, pemimpin terhadap orang yang dipimpin, guru terhadap murid, majikan terhadap pekerja, bapa dan ibu terhadap anak-anak dan seterusnya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud; “Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal salih di kalangan kamu, bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di muka bumi, sebagaimana ia menjadikan orang yang sebelum mereka, khalifah yang berkuasa, dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang diredai-Nya.

“Dan ia juga menggantikan bagi mereka keamanan selepas mereka mengalami ketakutan. Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak menyengutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan ingatlah sesiapa yang kufur sesudah itu, merekalah orang yang fasik. – (An Nur, 55).

Jelas daripada ayat itu setiap orang adalah khalifah (pemimpin) di muka bumi ini. Ini diperkukuh pula dengan asal kejadian manusia seperti firman-Nya yang bermaksud; “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi (manusia daripada keturunan Adam).” – (Al Baqarah, 30).

Dari apa yang dapat dinyatakan di dalam al-Quran dan apa yang berlaku sehari-hari, rosaknya masyarakat disebabkan rosaknya akhlak pemimpin. Rosaknya remaja adalah kerana rosaknya akhlak orang tua.

Ini dijelaskan oleh al-Quran dalam firman Allah bermaksud; “Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap negeri orang besar (pemimpin) yang jahat dan mereka melakukan penipuan di dalamnya, pada hal tiada mereka memperdayakan melainkan diri sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.” – (Al-An-am, 123). Di dalam keluarga, misalnya akhlak orang yang lebih tua sangat mempengaruhi mereka yang masih muda. Pepatah Melayu menyebutkan bapa borek anaknya rintik.

Antara akhlak jelek orang tua ialah penyelewengan kuasa dan rasuah. Jika akhlak jelek ini berleluasa dan berterusan maka masyarakat akan hancur. Perundangan, peraturan dan disiplin tidak akan dapat ditegakkan lagi.

Tepat seperti yang digambarkan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, kami perintahkan orang yang melampau itu supaya taat, lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat, maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. – (Al-Israk, 16).

Maka amat teranglah orang yang mampu memperbaiki masyarakat adalah orang yang berakhlak mulia. Orang yang fasik dan rosak akhlaknya tidak akan berusaha memperbaiki orang lain. Malah bumi ini pun adalah untuk orang yang baik.

Firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya bumi ini akan diwarisi hamba-Ku yang salih. - (Al-Anbiya, 105).

Dari ayat ini dapat diambil satu kaedah landasan pembinaan generasi adalah berasaskan kualiti manusia yang memimpin. Landasannya adalah ilmu (intelektual) akal, ruhani serta akhlak yang mulia.




Antara ciri orang yang salih ialah beriman teguh kepada Allah dan rasul-Nya. Menghiasi diri dengan akhlak anbiya. Berkorban untuk menegakkan syariat. Mendorong amar makruf. Berusaha mencegah dan menegah kemungkaran. Berlaku adil dan membantu kalangan yang memerlukan.

Inilah ciri mereka yang diberi kepercayaan untuk membina dan memperbaiki generasi ummah yang diredai.


Ikatlah ilmu dengan menulisnya..۩

Khamis, 24 Disember 2009

Kisah 'Broadband' Hati

 




 DALAM dunia kepenggunaan Internet, perkhidmatan broadband (jalur lebar) menjadi idaman. Broadband menjanjikan hubungan 24 jam dengan dunia maya global. Namun pernahkan hubungan 24 jam dengan Allah menjadi suatu matlamat yang ingin dicapai?Maka hati ini hanyalah untuk diserahkan kepada Allah semata-mata.

Sungguh ironi. Saya sendiri berasa cukup kecewa, bengang dan geram apabila Internet terputus (disconnect). Bagaimanapun, hati yang sering disconnect dengan Tuhan tidak pula dibarengi dengan perasaan yang serupa. Sedangkan ketika solat pun sering disconnect, apalagi bila ke pasaraya, pantai, taman tema dan sebagainya.

Hati yang berhubungan dengan Allah dalam sebarang keadaan, masa dan tempat tentunya dimiliki oleh mereka yang istimewa di sisi Allah. Mereka malah disebut-sebut oleh Allah dalam firman-Nya sebagaimana dalam surah ali-'Imran ayat 190- 191.




Apabila hati terputus dengan Allah..apakah maksudnya? ........MATI.

Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi dan perselisihan malam dan siang itu, ada beberapa tanda bagi orang yang mempunyai fikiran. Mereka yang menyebut nama Allah sambil berdiri, sambil duduk, dan sambil berbaring, mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhanku! Engkau tidak jadikan semua ini dengan sia-sia Maha suci Engkau! Dengan itu peliharakanlah kami dari api neraka."

Maksud surah an-Nisa' ayat 103, antara lain Allah berfirman dengan maksud, "Maka apabila kamu telah mendirikan solat, ingatlah pada waktu berdiri, duduk, maupun berbaring...."

Ayat-ayat di atas antara lain mengandungi saranan dan formula untuk sentiasa ingatkan Allah biarpun di luar waktu ibadah khusus atau mungkin diluar masjid. Lantaran langit, matahari, bulan, bintang, tumbuh-tubuhan dan binatang-binatang semuanya merupakan modal dan inspirasi untuk ingatkan Allah.

Tanda-tanda kebesaran Allah juga tersirat di balik kotaraya-kotaraya yang sarat dengan hutan batu. Allah cipta silika untuk dibuat gelas kaca bagi menghiasi kebanyakan bangunan moden. Allah turut mencipta besi, pasir, batu marmar dan lain-lain bahan-bahan pelengkap dalam pembinaan sesebuah bangunan.

Untuk kenderaan yang melata, Allah ciptakan getah sebagai bahan asas kepada tayarnya. Untuk makanan, Allah ciptakan tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang agar dimanfaatkan oleh manusia. Di sebalik roti canai ada pokok gandum yang Allah cipta. Di sebalik teh tarik, ada pokok teh yang Allah hidupkan!

Dan di sebalik pokok-pokok tersebut, Allah turunkan hujan sebagai syarat penting untuk tumbesarannya. Allah cipta matahari untuk membolehkan biji-biji gandum dan daun-daun teh tumbuh subur menerusi proses fotosintesis.

Dalam diri manusia sendiri sahaja dapat mencetuskan daya ingat dan zikir kepada Allah. Tangan dan kaki yang boleh bergerak, mata yang melihat, telinga yang mendengar, mulut yang berkata misalnya sungguh ajaib penciptaannya. Di samping sistem pernafasan, sistem penderiaan, sistem pencernaan, sistem perkumuhan dan lain-lain.





Pun begitu, untuk lidah mengucap 'subhanallah' dan 'alhamdulillah' dengan tanda-tanda kebesaran Allah tersebut tentunya memerlukan latihan dan kemahuan diri yang tinggi. Ia mesti dilazimi sehingga sebati di lidah dan di hati. Ini termasuklah doa masuk dan keluar tandas, doa sebelum dan selepas makan, istighfar, ucapan 'innalillahi wainna ilaihi raji'un' sewaktu ditimpa musibah dan lain-lain.

Allah juga telah sediakan program yang sistematik agar manusia tidak lekang ingatkan-Nya. Sebagai contoh, dalam sehari, Allah programkan lima kali solat fahdhu. Dalam seminggu, Allah programkan solat Jumaat yang diiringi khutbah. Dalam setahun, ada Ramadhan selama sebulan. Dalam seumur hidup, ada pula program haji dan umrah bagi yang berkemampuan.

Firman Allah yang bermaksud, "Kerana itu ingatlah kepada-Ku nescaya Aku ingat kepadamu dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan jangan kamu mengingkari nikmat-Ku." (Al-Baqarah: 152)

Hati yang ikhlas berzikir kepada Allah sudah tentu mendapat perhatian rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Allah akan murahkan rezekinya dan mudahkan urusannya, di samping akan memberikan kekuatan kepada hati tadi untuk menapis segala bentuk khurafat dan menepis sebarang maksiat.

Hayatikan lagi kalam mulia yang bermaksud ini, "Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28)

Siapa lagi yang boleh mentenangkan jiwa manusia kalau bukan Allah? Apakah cara yang paling berkesan malah mempunyai kesan yang berpanjangan untuk mengecapi hati yang tenang kalau bukan dengan zikrullah? Kata orang, bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang, bila hati resah, tempat yang lapang bagaikan terhimpit.

Nabi Muhammad s.a.w. pastinya model terbaik buat umat, malah bagi seluruh umat manusia. Dalam suatu riwayat oleh Imam Muslim, kata Aisyah r.a. yang bermaksud, "Adalah Rasulullah s.a.w. berzikir kepada Allah setiap masa."

Baginda s.a.w. yang berniaga, mengepalai rumahtangga, memimpin masyarakat dan negara itu terlalu sibuk dengan tugas menyampaikan risalah Islam di samping sibuk dengan amalan harian solat berjamaah, membaca al-Quran dan sebagainya.

Justeru, menyibukkan diri dengan solat lima waktu secara berjamaah, puasa, haji, baca al-Quran, menghadiri majlis ilmu dan tazkirah, berdakwah, mengamalkan doa-doa ringkas harian dan lain-lain insya-Allah akan membuka jalan untuk hidayah Allah.

Perkongsian dari seorang sahabat...

Semoga bermanfaat untuk Pembaca Pewaris Syurga Firdaus :)


Selasa, 22 Disember 2009

10 Tips Memudahkan Laluan Trafik Dari Jambatan Dunia Hingga ke Akhirat

Assalamualaikum dan Alhamdulillah,



Akhi Firdaus  ingin mengajak pembaca melalui denai dan menyusur laluan hutan.Pasti banyak dugaan.





Mungkin di hadapan nanti ada harimau yang mengaum kelaparan,kala jengking yang berbisa,menunggu masa mengigit manusia,gajah yang naik minyak dan boleh memijak-mijak kepala sekiranya kita terjatuh di lopak atau terlanggar pepohonan hutan.Semut-semut yang menghurungi seluruh badan.Mengigit-gigit tanpa belas.Sakit bukan?




Seringkali juga laluan trafik sewaktu pergi dan pulang ke tempat kerja sentiasa sahaja dalam keadaan sesak dan menyesakkan kerana kita tidak bersedia untuk keluar pada waktu yang lenggang.Menyesal bukan.Bagaimana pula keadaan di tempat anda?

Ditambah dengan cuaca panas.Bahang mentari diatas kepala.



Mahukah kita mengalami segala keperitan sedangkan ada 'jalan pintas' untuk menuju ke alam barzakh.

Apakah 'jalan pintas' menuju akhirat yang tidak dihiraukan oleh manusia yang ramai ini?





10 LALUAN yang bakal di lalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat, bagaimana memudahkannya?

1. Laluan Menuju ke Kubur

* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji

* Hindarkan perasaan irihati (benci)

* Jangan terpengaruh dengan emas/ perak

* Sucikan qada' hajat dengan istibra' (berak/ kencing)



2. Laluan untuk Berjumpa Izrail

* Bersihkan diri dengan bertaubat

* Gembirakan hati orang mukmin

* Bayar semula qada' yang tertinggal

* Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala



3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir

* Mengucap dua kalimah syahadah

* Suka memberi sedekah

* Berkata benar

* Bersihkan dan perbaiki hati



4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan

* Sucikan perkataan dan pakaian

* Bersyukur dengan yang sedikit

* Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah

* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat



5. Laluan Memantapkan Amalan

* Jauhkan perkataan yang sia-sia

* Pendekkan cita-cita dunia

* Banyakkan puji-pujian kepada Allah

* Banyakkan sedekah dan akhirat



6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim

* Kasihilah ailia' Allah Taala

* Berbaktilah kepada kedua ibubapa

* Berpegang teguh dengan hukum syarak

* Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk



7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka

* Banyakkan membaca al-Quran

* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu

* Tinggalkan perkara maksiat

* Jauhkan segala yang haram



8. Laluan untuk Memasuki Syurga

* Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh

* Kasihi orang yang soleh

* Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah

* Merendahkah diri di antara semua makhluk Allah



9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW

* Kasihilah Nabi Allah

* Kasihilah Rasulullah SAW

* Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah

* Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW



10. Laluan untuk Bertemu Allah

* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah

* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah

* Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah

* Bencikan segala yang diharamkan-Nya





Apa gunanya wajah yg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga.Fikir-fikirkanlah.



Ikatlah ilmu dengan menulisnya..۩

Rabu, 16 Disember 2009

MERAWAT PENYAKIT : GUGUR DI JALAN DAKWAH

Assalamualaikum wal hamdulilah,



Tujuan hidup ialah untuk mati.

Persoalan mati yang bagaimana kita inginkan? Mati hina atau mati mulia?
Hidup dan matikan kami dengan ISLAM ya Allah ya Rabbi..

Kaku terpana diri saya apabila memikirkan suasana hari ini yang tidak membantu memobilisasikan roh dan jiwa ke arah pembangunan masyarakat yang menurut acuan al-Quran, as-Sunnah,ijma' ulama' dan qias.

Mana tidaknya,persoalan asas,seputar hukum hakam yang telah dimaktubkan dalam Al-Quran masih belum diikuti oleh manusia yang mengaku diri mereka Muslim.

Dosa dan pahala adalah tapak asas mereka yang telah mumaiyyiz untuk berhijrah dari takutkan manusia,ikutkan nafsu jahat kepada rasa Khasyatullah (takut dan kagum akan kekuasaan Allah)

''Soal aurat..ia melibatkan dosa dan pahala"
"Soal hak dan kepenggunaan juga bersandarkan dosa dan pahala"
"Soal bernegara juga berlandaskan dosa dan pahala"

Maka,sahabat-sahabiah yang masih berada diatas landasan dakwah..mari kita merawat penyakit futur sebelum ia melanda,petugas-petugas agama Allah.

Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubat?

Futur (gugur di jalan dakwah) dapat dirawat dengan...

Jumaat, 11 Disember 2009

UJIAN ALLAH BAGI ORANG BAIK

Assalamualaikum & Alhamdulillah ..



~MASA DEPAN ISLAM DI TANGAN PEMUDA KINI~


UJIAN ALLAH BAGI ORANG YANG BAIK

Saya ingin berkongsi sedikit motivasi,moga-moga ia dapat melembutkan hati kita untuk tunduk kepada ALLAH yang Maha Mengetahui perkara yang tersirat di dalam hati.

Ketahuilah ya sahabat,

Kebanyakan orang-orang yang baik itu diuji dengan kemiskinan dan kesulitan didunia.Keadaan ini terus menerus kepada orang yang baik sejak dahulu hingga sekarang.

ALLAH SWT sahaja yang mengetahui kenapa ia memilih untuk menjadikan orang-orang itu khusus untuk kehidupan sedemikian rupa.Mudah-mudahan ia diredhai hidup didunia dan akhirat.ALLAH SWT menetapkan kemiskinan dan kesederhanaan agar sempurna nasib mereka di akhirat.

ALLAH SWT memerintahkan kepada dunia”Hai dunia bermanis-manislah kau untuk musuh-musuhKu hingga mereka tidak menyintaiKu.Dan berpahit-pahitlah kamu kepada para kekasihKu hingga mereka tidak tenteram kepadamu,lalu kau memfitnah mereka”

Ya sahabat,

Hidup ini cubaan untuk kita.

ALLAH SWT tidak akan meningkatkan iman kita sekiranya kita tidak diuji.

Ketahuilah ya sahabat,

Malapetaka itu umum merata untuk semua makhluk.Jarang untuk tidak menimpa salah seorang daripada mereka.

Hati-hatilah wahai sahabatku,

Janganlah Engkau berputus asa kerana terlambatnya rezeki tetapi bersikaplah menghadapi ketentuan ALLAH SWT dengan dada yang lapang dan kesabaran yang sempurna.Peliharalah hatimu dan jadikanlah keseluruhan hatimu bersama ALLAH SWT.

Sekiranya kita mahu marah bukan kerana ALLAH…

Cuba perhatikan langit,betapa tingginya langit yang tidak bertongkat itu.Kemudian perhatikan pula bumi,tempat yang kita pijak,betapa rendahnya bumi berbanding langit.

Bumi ini adalah tanah yang akan menutup mata dari melihat dunia.Bumi ini yang akan mengunci kaki dari berjalan.Bumi ini yang akan menyuap tanah tika kita dikebumikan.Betapa rendahnya diri kita dihadapan ALLAH SWT kelak.

Betapa kerdilnya kita disisi ALLAH SWT.Betapa hinanya kita sewaktu dibangkitkan dihadapan ALLAH SWT.Kita hanyalah hamba ALLAH ya akhi..

Mari bersama mengingati ALLAH.Pelihara diri dari menjadi bahan bakar api neraka.Apabila semua memikirkan perkara ini maka kita mampu untuk menjadi agen perubahan untuk kemenangan ISLAM.

Bersama menolong agama ALLAH kelak ALLAH akan bantu urusan seharian hambaNya yang menolong agamaNya.Semoga ALLAH SWT mengurniakan hidayah dan taufik kepada saya dan sahabat-sahabat sekalian.Ameen.


Ikatlah ilmu dengan menulisnya..۩

Rabu, 9 Disember 2009

SOLAT HAJAT PERDANA FAMILY DAY

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!


Solat Hajat Perdana untuk keberkatan dan kelancaran Program Family Day :PadaMu kami berserah mohon restu dan juga keampunan,moga lancar Hari Keluarga kami dengan kasih dan rahmat dari Mu ya Allah





~klik untuk tulisan yang besar.




Selasa, 8 Disember 2009

CERITA IMAN




Assalamualaikum..semalam saya telah menziarahi rumah seorang sahabat yang mempunyai 3 orang cahaya mata.Salah seorang dari anak mereka cukup petah berkata-kata..

Pakcik-pakcik...bacakan buku cerita ini kata Awish berusia 3 tahun.
"Mari sini,duk atas riba pakcik..,dan saya menyelak lembaran buku Muslim Ranger sambil mencari isi untuk di bacakan..

Ha...pada suatu hari,adik Miah telah ke Zoo Negara..
Semua haiwan ditegurnya..aum aum..adik Miah mengajuk bunyi harimau tanpa rasa takut..

Kemudian,adik Miah melalui kawasan denai dan terjumpa seekor gajah..adik Miah pun terus memegang dan mengusap gajah yang besar itu..

Hari hampir petang..semua haiwan,adik Miah telah lawati.

Adik Miah sungguh gembira dan tidak rasa gerun dengan kegarangan haiwan - haiwan yang di temui.

Tiba di rumah..adik Miah menjerit...Maaaaaaakkkkkkkkkkk....

ZUP..ZUP...Rupa-rupanya adik Miah geli dengan lipas..walaupun semua haiwan di zoo tadi adik Miah tidak rasa gerun.

Kemudian,Darwisy pun ketawa.Pakcik-pakcik baca lagi...huuh..letih dibuatnya...saya ambil keputusan untuk memasang cerita Upin dan Ipin..Darwisy pun ketawa lagi melihat adik-adik berjambul dalam cerita kartun tersebut..

Seusai cerita tersebut...Darwisy tanpa disuruh..kembali ke bilik tidur dan lena..zzzZzZZZz.Kerenah budak-budak...memang meletihkan namun berbaloi untuk kepuasan diri.Kitalah yang mencorakkan mereka.

Kini,mungkin sesuai untuk mengungkapkan sesi Mari Bercerita,sedikit perkongsian kepada rakan-rakan pembaca :

Syaikh Abdurrhman Al-Muhazzab bercerita pula :

Khamis, 3 Disember 2009

DEDIKASI UNTUK KAWAN DI AKHIR ZAMAN

Kawan di akhir zaman ini


Jazakallah sahabat kerana sudi hadir ke majlis ini..

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya

Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu manfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu manfaat

Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam di jiwa
Mengunakan profession nya sebagai matlamat ke akhirat sana

Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar

Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka

Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan sunnah barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan

Yang ada hanya
Yang menjadikan kompleks tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan bacaan al Quran amalan harian

Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan

Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh
Dari tanah kita datang kepada tanah kita akan di timbus kembali.













Ikatlah ilmu dengan menulisnya..۩

Selasa, 1 Disember 2009

NASIHAT-MENASIHATI MAKANAN HATI

ASSALAMUALAIKUM WAL HAMDULILLAH


Ini zaman Edan.Zaman wajah kejahatan disolekkan dengan bedak kebaikkan dan sebaliknya.

Manusia yang baik di anggap jahat…jelas tanda-tanda akhir zaman.

Syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan keturunan Nabi Adam A.S.

Oleh itu,mari nasihat-menasihati.

Contoh seni dakwah nasihat-menasihati yang paling ringkas..

“Awak dah cantik,cuma lagi cantik apabila pakai tudung dan berbaju longgar sedikit”

Terkesima sebentar cik Anis,kelu tidak berkata.

Kemudian,menguntum senyuman.

Kata-kata tersebut ringkas.

Matlamat yang ingin dicapai ialah menutup aurat sempurna.

Nasihat yang melapangkan dada namun dapat diterima oleh jiwa remaja.

Mudah-mudahan cik Anis dapat berubah.

Siapa yang tidak hendak di puji cantik !

Sidang pembaca Pewaris Syurga Firdaus..

Sebagai ansarullah (penolong agama ALLAH SWT, yakinlah dengan janji ALLAH SWT.Di mana ada keperluan nasihat..di situ adanya kita.

Mesti.



Sekadar ingatan : Syaitan tidak akan berputus asa untuk menyesatkan manusia
Nasihatilah sesiapa sahaja,agar ia menjadi peringatan kepada kita dan kaum keluarga kita.Yakin dengan rezeki Allah SWT.Ikhlas beramal tanpa mengharapkan balasan dunia.

Jumaat, 27 November 2009

QURBAN


"Moo..bertuahlah kau moo,bertuah badan..masuk syurga dan jadi binatang tunggangan"Senang sahaja untuk Moo membeli tiket syurga.Adakah itu yang diperkatakan oleh saya?hmm,bicara hati..terdetik rasa sedemikian rupa.

Salam Aidil Adha untuk pembaca Pewaris Syurga Firdaus.Berkorbanlah dari hati yang dalam kerana keikhlasan itu akan tersirna walaupun ribuan mata tidak melihatnya.Sedikit perkongsian dari Ustaz Yusainee Yahya berkenaan perihal korban..semoga beroleh manfaat dari entri kali ini.

Pengenalan


الأضحية ialah binatang ternakan yang disembelih kerana menghampiri diri kepada Allah تعالى, dikerjakannya pada hari raya adha dan tiga hari tasyrik iaitu pada sebelas, dua belas, dan tiga belas bulan zulhijjah.

Diberi nama dengan udhiyah kerana mengikut waktu awal ia dikerjakan iaitu waktu dhuha.

Dalil

Dalil (nas) qurban sebelum datang ijmak ialah:

(فصل لربك وانحر) أى صل صلاة العيد وانحر النسك

Maka hendaklah sembahyang kamu dan menyembelih ertinya hendaklah kamu sembahyang hari raya adha dan sembelih qurban.

Isnin, 23 November 2009

BANJIR ADALAH NIKMAT & UJIAN

BERHADAPAN LAUTAN BANJIR


“Hujan tidak berhenti lagi mek ? ” getus akhi kepada bonda mertua dari sudut dapur di pinggir sana, sambil menghirup sup sayur panas,hasil air tangan mek..

“Ya,masih lebat lagi,daus..

Seuntai bicara..tidak bersambung.Noktah.Dalam hati,debar memuncak.

Hujan terus terjun dan melakukan kamikaze ke dataran tanah rendah di halaman rumah.Dendangan riang kodok dan nyanyian sang katak ..di tambah pula dengan angin yang sesekali menyapa pipi,terasa sejuk mengelus pipi.

Allahurabbi..inilah ujianku..

Banjir di rumah bonda mertua,seakan janji temu saban tahun yang tidak di minta.Namun ia tetap membawa rahmat kerana Pencipta Maha Tahu Segala Kejadian Yang Ada di dunia.

Jalan…terhenti langkahku.

Air dicincang takkan putus.Air terus berlalu.Segenap sudut.
Seakan mengiyakan peribahasa ini,menguatkan kesabaran hamba padaNya.

BANJIR ADALAH NIKMAT DAN UJIAN

Ujian seperti ini menduga tahap keimanan dan menjadikan kita lebih tabah serta bertakwa. Setiap manusia yang mengaku beriman akan melalui ujian, sama ada secara individu atau seluruh kaumnya.

Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud:


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

الٓمٓ (١

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢

وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣


[1]Alif, Laam, Miim.

[2]Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

[3]Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

“Raya korban tidak lama lagi..Alhamdulillah” dalam dingin sejuk dan deruan air banjir yang menyusup ke bawah rumah..terlontar perkataan itu oleh abang Hafiz.

Sabtu, 21 November 2009

Hakikat Tarbiah Islam..sistem pendidikan terbaik



"Pang"..,hinggapan tapak tangan  kanan sepenuh wajah terus singgah ke pipi Ajib.. 'berbekaslah hadiah' itu di kalbu Ajib sempena keputusan peperiksaan si anak.

"Kenapa markah kamu dan keputusan kamu cukup rendah?" soal seorang ayah yang melewati usia emasnya.

"Err.. er..ajib..minta maaf"..berkaca-kaca  mata Ajib kerana emosinya terganggu.Lantas manik-manik mutiara berguguran dan terpecah menjadi entiti pilu seorang anak.

Wahai Diri..Perbaikilah Dirimu & Serulah Orang Lain..

Seorang ayah yang bijak mengurus keluarga adalah nakhoda yang tajam pemikirannya untuk  memberi rangsangan positif kepada awak-awaknya agar kapal menuju ke destinasi tanpa melunturkan kepercayaan dan semangat awak-awak untuk pelayaran yang akan datang.

Akhi mengajak kaum ayah di luar sana serta kaum ibu untuk menjadikan tarbiah Islam sebagai acuan keluarga kita.

Rabu, 18 November 2009

۞۞۞ HIFZIL AL QURAN ۞۞۞

~ ۞HIFZIL AL-QURAN ۞~



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه و من ولاه

اللهم اغفر لي ولوالدي وللمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات

Wahai ALLAH, Kasihanilah aku dengan meninggalkan maksiat untuk selama nya selagi Engkau Menetapkanku dan Kasihanilah aku untuk mengharuskan apa yang tidak bermanfaat dan berikanlah aku rezki baik nya harapan pada apa yang dapat MeredhakanMU.

Wahai ALLAH yang Menghiasi langit dan bumi yang Maha Mulia dan Maha Luhur yang tidak dapat diapa-apakan, aku memohon kepadaMU wahai ALLAH yang Maha Pengasih dengan KeagunganMU dan Cahaya DzatMU agar Menetapkan hatiku menghafal KitabMU sepertimana Engkau Memberiku `ilmu, berilah aku rezeki membaca nya pada kadar yang dapat MembuatMU Redha kepadaku.

Wahai ALLAH yang Menciptakan langit dan bumi yang bersifat Keagungan dan Kemuliaan yang tidak dapat diapa-apakan, aku memohon kepadaMU wahai ALLAH yang Maha Pengasih dengan KeagunganMU dan Cahaya DzatMU, agar Engkau sinari mata hatiku dengan KitabMU, Engkau Tinggalkan dengan KitabMU lisanku, Engkau Hilangkan kesusahan dari hatiku dengan KitabMU, Engkau Lapangkan hatiku dengan KitabMU, Engkau Gunakan tubuhku dengan KitabMU, sesungguh nya tidak ada yang Menolongku atas kebenaran melainkanMU dan tidak ada yang Memberiku kebenaran kecuali Engkau dan tidak ada upaya untuk meninggalkan maksiat, tidak ada kekuatan untuk mengerjakan taat kecuali dengan Pertolongan ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب







Ikatlah ilmu dengan menulisnya..۩

Isnin, 16 November 2009

WAHAI JIWA..KEMBALILAH KEPADA ALLAH

WAHAI JIWA YANG TENANG...



Akhi  tidak memiliki dagangan apa pun selain umur yang tertinggal ini, mungkin masih agak lama atau hanya tinggal sedikit.

Modal akhi iaitu usia akhi  tadi telah habis, maka habislah segala-galanya yang akhi pergunakan untuk berdagang tadi.

Demikianlah perumpamaan diri, jiwa dan hati akhi semasa masih di alam dunia ini. Apabila itu sudah terjadi, maka terputuslah akhi dalam hal melakukan dan memperkembangkan perdagangan ini dan dalam hal mencari keuntungan.

Akhi tetap menganggap bahawa hari ini adalah hari baru bagi akhi, dan Allah Taala telah menangguhkan kematian akhi.
سُوۡرَةُ العَصر

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١
إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1)Demi Masa!
(2)Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
(3)Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
(Al-Asr', 1-3)

Ahad, 15 November 2009

KENAPA TIDAK BALAS JASA AYAH & IBU ?


KENAPA TIDAK BALAS JASA AYAH DAN IBU  ?

Seringkali dada ayah sesak,acapkali mak menangis..apakah yang mereka risaukan..apa punca mereka menjadi sedemikian rupa..salah siapakah itu?

Jika di tuding kesalahan kepada sesiapa..mungkin kita awal-awal lagi tidak mengakui kesalahan tersebut..

Akhi teringat kisah ini..

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport dari ayahnya. Lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya yang merupakan seorang hartawan ternama. Si ayah hanya tersenyum. Si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.

Beberapa bulan berlalu, ternyata si anak dengan berkat kesungguhannya telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang. Hatinya berbunga keriangan. Satu hari, si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya.

Jumaat, 13 November 2009

SYURGA FIRDAUS DAKU IDAM-IDAMKAN


Syurga (Jannah)


Perkataan “Jannah” terhasil dari huruf Jim dan Nun, apabila keduanya bertemu ia membawa maksud sesuatu yang tersembunyi. Syurga ialah sesuatu yang tidak nampak dipandang dengan mata.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:Dari Nabi saw., beliau bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas dalam hati manusia.

Syurga adalah satu tempat yang melahirkan “Rahim” (kasih sayang) Allah s.w.t. Siapa ingin melihat kasih sayang Allah di Syurga hendaklah mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangannya.

Setiap ahli syurga mendapat satu rumah yang luasnya paling kurang 3 buah negara. Ini syurga yang paling “koman” (rendah). Di dalam syurga semua manusia duduk berhadapan diantara satu sama lain. Tidak ada yang membelakangi seperti binaan rumah di dunia sekarang. Itulah canggihnya arkitek Allah. Ilmu arkitek yang diberi kepada manusia disini hanya sedikit sahaja dari ilmu yang asli.

Syurga itu juga bertingkat-tingkat. Syurga yang paling atas adalah yang paling special seperti ‘penthouse’ iaitu Syurga Firdaus (yang tertinggi). Rasulullah s.a.w bersabda ” mintalah syurga firdaus”. Ada 8 syurga, 120 tingkat, 3/4 tingkat adalah milik umat Nabi Muhammad s.a.w. (3/4 dari 120 = 90 tingkat).

Khamis, 12 November 2009

Memahami Islam Melalui Sirah Nabi



Allahumma saLLi ala Muhammad..

Anda cinta Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam ? mungkin ada yang mengangguk-angguk kepala tanda setuju kerana kecintaannya pada Nabi yang mulia,kekasih Allah,Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam.

Tak cukup dengan angguk-angguk sahaja..

Apa bukti kasih dan cinta kepada baginda?

Soalan itu,sewajarnya di tujukan kepada setiap peribadi muslim.

Cinta kepada Nabi bererti kasih pada ulama'.

Cinta kepada Nabi bererti sayang akan jamaah yang memperjuangkan Islam.

Cinta kepada Nabi bererti bertanggungjawab untuk menjadi duta dan penyelamat kepada setiap manusia tanpa perbezaan ras,darjat mahupun bangsa untuk menyebarkan keindahan Islam dan memadam api fitnah terhadap Islam.

Kita bersama di atas dasar Islam,bukan di atas dasar assabiyyah perkauman dan pemerintahan mengikut telunjuk barat iaitu pemerintahan sekular seperti yang di amalkan di negara-negara 'Islam' blok ketiga.

Selasa, 10 November 2009

MANFAAT MANGGIS TERHADAP DAKWAH ISLAM



Hari Ahad. Haji Seman didatangi tamu. Bukan siapa. Hanya si Ah Seng.

 Anak Ah Kuan, tauke kedai runcit dikampung itu. Memang dihari Ahad begini Ah Seng akan
berkeliling dengan Honda cup nya sambil menjaja buah-buahan bermusim. Sekarang
memang musim durian dan manggis. Maka itulah yang dijajanya hari ini.

Ah Seng memang rajin. Walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap disebuah
kilang elektronik, dia masih mahu menjaja keliling kampung- kampung. Cari kelebihan dan pengalaman katanya. Tak ubah seperti bapanya waktu muda-muda dulu. Memang bapanya dulu berjaja sebelum mendapat restu dari orang kampung untuk membuka kedai runcit disitu.
Sejak kebelakangan ini, Ah Seng sering pula bertanya tentang Islam. Dan Haji Seman merupakan diantara orang-orang kampung tempat dia bertanya.

"Dah lama sangat aku tengok kamu asyik bertanya..

Jumaat, 6 November 2009

JIHAD SEORANG WANITA




'JIHAD SEORANG WANITA'


Apabila disebut perkataan 'jihad', apakah yang terlintas di dalam fikiran kita? Serta-merta tergambar kesungguhan berkorban yang akan menimbulkan semangat berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir! Semangat ini memang baik dan perlu dipupuk bertepatan dengan ketetapan Islam serta kehendak Allah SWT.

Hakikat Jihad

Definisi jihad menurut syara' ialah seorang muslim menyerahkan tenaganya untuk mempertahan dan menyebarkan Islam bagi mencapai keredaaan Allah. Dari sini nanti akan terbentuk sebuah masyarakat Islam dan seterusnya akan terbina negara Islam yang sihat. Jihad mesti berterusan hingga ke hari qiamat. Martabat jihad yang paling rendah ialah jihad di dalam hati dan yang paling tinggi ialah berperang di atas jalan Allah. Mengorbankan waktu, harta dan kepentingan diri sendiri demi kebaikan Islam serta ummatnya juga dikira sebagai jihad. Begitu juga dengan menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran serta memperjelaskan hakikat keEsaaan Allah juga merupakan sebahagian daripada jihad.

Bagimanakah kedudukan wanita dalam jihad?

Khamis, 5 November 2009

Syurga Bukan Dibawah Kakinya

Bacalah, semoga ia memberi keinsafan kepada kita semua....



Mak merenung jauh. Melihat nasib tuanya. Hatinya sungguh sayu.

Sekiranya arwah ayah masih hidup, sudah pastilah bukan sekarang ini galur

hidup mak.Dari luar jendela, mak memandang jauh ke rumah Opah, rumah emak

mentuanya.Rumah yang dulu begitu usang akhirnya menjadi sebuah rumah idaman

yang besar dan selesa. Mak membandingkan antara rumahnya dengan rumah opah.

Samakah situasinya? Hatinya tertanya-tanya. Apa bezanya. Hatinya kian

bercelaru.

Selasa, 3 November 2009

DOA KEPADA KEDUA IBU BAPA KITA






Ya Allah ya Tuhan ku,

Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,

memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.

Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah.



Ya Allah

Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.

Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Tuhan Pemerintah hari pembalasan.

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka

Bukannya jalan orang yang Engkau murkai

dan bukan pula orang-orang yang sesat.



Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom

Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.

Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,

aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai,

aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti.



Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,

Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu

Jauhilah aku dari segala laranganMu,

Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,

Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,

Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.

Sabtu, 31 Oktober 2009

5 PERKARA ELOK DI SEBUT

5 PERKARA ELOK DISEBUT






Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

• Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

• Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

Rabu, 28 Oktober 2009

DOA DOA DI MUSIM PEPERIKSAAN



Ke hadapan adik-adik akhi yang di luar sana,motivasi hanyalah satu pencetus semangat untuk kalian,apa yang penting adalah keredhaan Ibu dan bapa dalam mencapai misi kejayaan di dunia dan di akhirat.

Pintalah kepada Allah SWT kerana Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan Doa..

BERDOALAH....




- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan

MOTIVASI AL-QURAN TERAS PERUBAHAN DI JOHOR






Program ini telah diadakan di Masjid Jamek Bandar Baru Uda pada 4 & 5 April lalu. Seramai 51 orang peserta telah menyertai program tersebut. Program adalah anjuran Mantop Training and Consultancy di bawah kelolaan Ustaz Zamri TV9

Saya telah terlibat sebagai fasilitator kem ini,harapan kami agar para ibu bapa dapat memperuntukkan masa agar dapat anak-anak mengikuti kem sebegini bagi memberi inspirasi kejayaan dunia dan akhirat kepada mereka.InsyaAllah.

Sekian,ringkas..motivasi Al-Quran teras perubahan diri. ('',)

Ikatlah ilmu dengan menulisnya..

Isnin, 26 Oktober 2009

Halawatul Iman



Far East - menanti di barzakh

Assalamualaikum....saya menanti saudara di Barzakh.

Satu lagi lagu nasyid yang cukup menginsafkan dan menyedihkan. Sakitnya mati bagai haiwan disiat kulit hidup-hidup dan sebagainya. Tiada siapa yang dapat lari dari ajal jika sudah masanya. Lagu ini dapat mengingatkan kita dengan mati. Dan kita pun bimbang dengan amalan yang tak seberapa ini..Selagi hayat dikandung badan,janganlah dipersia kan...




Ahad, 25 Oktober 2009

Selembar Bulu Mata



Sebagai santapan rohani..selamat membaca..

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah."Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.

Jumaat, 23 Oktober 2009

ALLAH..AKU RINDU ALLAH..AKU CINTA ALLAH

Drop of Love Pictures, Images and Photos
Alhamdulillah...positif dengan perancangan & ketentuan Allah.
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu?, Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu, Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap”. QS.Al-Insyirah ( 94) :1 - 8.

Khamis, 22 Oktober 2009

PERMATA AYAH & BONDA FIRDAUS

Assalamualaikum dan Alhamdulillah..

Apakah permata yang mahal harganya? Habib Jewel atau dari Poh Kong..sekiranya kita mengukur dari kaca mata manusiawi pasti kita mengatakan permata itulah yang paling berharga di atas dunia.Namun,kita yang dilahirkan oleh ibu dan ayah tanpa sedar adalah lebih bernilai dari permata yang dijual di kedai-kedai tersebut.



SINARI HATI PASCA IJAB & QABUL DENGAN TAZKIRAH UNTUK SUAMI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah wa syukran lillah..

Kompang dipalu..
Pengantin tersenyum malu..
Bunga mengharum di ziarahi rama-rama..
Pengantin Firdaus Fazreen di beri nama.

Aku terima nikahnya...


Sewaktu akhi Firdaus di aqad nikahkan oleh Tok Kadi Haji Yahya Bin Abdul Wahat

(Mukim Bukit Kenat,Jerteh)

"Saya terima akan nikahnya NorFazreen Binti Abdul Rashid....
sah..sah..Alhamdulillah.

Debar? taklah..

Khamis, 15 Oktober 2009

KAMI SAYANG IBU & AYAH


Bismillah Wal Hamdulillah dan Assalamualaikum.

Segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah yang  Maha Esa,kini saya telah sampai ke kg halaman,betapa bahagianya dapat bersama dengan keluarga tercinta.

Selagimana mereka masih ada,sayangilah mereka sepenuhnya.Sekiranya mereka telah tiada terangkanlah kubur mereka dengan Al-Fatihah seusai solat kita.

Kali ini sejenak kita bersama Hadis Nabi SAW,mudah-mudahan ada manfaat untuk kita semua.InsyaAllah.

Hadis tentang Menghormati Orang Tua
Mari kita ajarkan dan perkenalkan kepada anak-anak kita hadis-hadis Rasulullah saw dan Ahlul baitnya (sa) dalam tiga bahasa: Arab, Inggeris dan Melayu.