Halaman

Khamis, 15 April 2010

TARGET DAKWAH BERMULA DARI 2 ORANG SETAHUN ?


~TARGET DAKWAH~

"Saya tidak boleh nak bagi nasihat kepada dia,saya tidak mampu Akhi.Apa lagi yang saya nak beritahu sedangkan kita ini bukan lah para ustaz" -saya mendengar dengan penuh empati.Memahami bahawa sahabat saya sedang melalui dugaan untuk mematangkan fikiran beliau dalam memantapkan seni dakwah.

Mengalah sebelum dikalahkan?Sentiasa berfikir positif dalam merencana misi dakwah.Akhi cuba memberi kata-kata semangat kepada beliau.

Wahai sahabat,

Kita masih ada ALLAH.

Jangan bersedih : Kerana anda masih memiliki doa,anda boleh bersimpuh di hadapan ALLAH,memohon diberikan taufiq dan ketenangan hati dan emosi.Anda juga masih memiliki waktu sepertiga malam terakhir sebagai waktu mustajab dan masih memiliki waktu untuk menyerahkan segalanya kepada ALLAH dalam sujud.Anda masih mempunyai masa:
Oleh itu sebagai renungan..anda perlu yakin  untuk berdakwah.Jika tidak anda siapa lagi?

Dengan mengandaikan seorang da’ie (pendakwah) hanya mampu mendakwah 2 orang mad’u (sasaran dakwah) sehingga berjaya dalam masa setahun, maka di tahun kedua akan akan berlaku 3 orang daie mendakwah 6 orang mad’u. Tahun ketiga pula 9 orang daie mendakwah 18 orang mad’u. Tahun keempat pula 27 orang daie mendakwah 54 orang mad’u. Tahun kelima pula 81 orang daie mendakwah 162 orang mad’u. Tahun keenam pula 243 orang daie mendakwah 486 orang mad’u. Tahun ketujuh pula 729 orang daie mendakwah 1458 orang mad’u. Tahun kelapan pula 2187 orang daie mendakwah 4374 orang mad’u. Tahun kesembilan pula 6561 orang daie mendakwah 13122 orang mad’u. Tahun kesepuluh pula 19683 orang daie mendakwah 39366 orang mad’u. Begitulah seterusnya.

Pada tahun kelima belas bilangan daie mencapai jumlah 4,782,969 orang dengan mad’u seramai 9,566,938 orang. Pada tahun ketujuh belas kita memiliki 43,046,721 orang daie. Ini bermakna seluruh penduduk Malaysia berada di peringkat daie dan tiada seorang pun yang menjadi mad’u.


Sekiranya kita mengandaikan seorang daie mampu mendakwah 3 orang mad’u sahaja dalam masa setahun sehingga berjaya, maka di tahun kelima kita mempunyai 256 orang daie dan 765 orang mad’u. Pada tahun kesepuluh pula bilangan daie meningkat kepada 262,144 dan mad’u pula seramai 786,432 orang. Pada tahun keempat belas kita memiliki 67,108,864 orang daie.

Bayangkanlah betapa berkesannya dakwah apabila ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan. Hanya 2 atau 3 orang setahun! Soalnya, kita buat ke tidak?

Ustaz Hazmi Dibok  memetik Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "...akan tetapi, jadilah kamu golongan Rabbani, lantaran kamu selalu mengajar Al-Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya" [Aali Imran : 79]


Semoga pencerahan dakwah yang telah dilakukan oleh al-Fadhil Ustaz dapat membantu para daie di luar sana.

InsyaALLAH anda mampu mengubahnya!






0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.