Halaman

Khamis, 27 Mei 2010

KEJAYAAN MILIK MEREKA YANG BERUSAHA



"Along..semoga Along dapat berjaya dunia dan akhirat.Di dunia ini,kejayaan yang patut Along capai ialah menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam.Manakala di akhirat bila dapat dihisab dengan mudah dan terus ke jannah serta mengecap kemanisan yang amat-amat indah dalam Istana yang telah ALLAH SWT ciptakan untuk anak emak yang soleh"

Begitu tinggi takrifan kejayaan seorang ibu.Mudah dikata,dikotakan pula payah.

Kekuatan dalaman diri amat perlu dalam menghadapi mehnah dan tribulasi kehidupan bagi meraih sebuah kejayaan.

Justeru itu,anda perlu berani..berani untuk gagal.

Pernahkah anda bertanya sendiri? Apakah kejayaan yang anda idam-idamkan.

Mungkin sesaat boleh terdetik dan terbayang kejayaan mengenggam segulung ijazah.

Adakah itu cukup?

"Sebenarnya apakah itu kejayaan?" Kejayaan adalah peningkatan segala sesuatu yang berharga, yang anda inginkan dari kehidupan.


Objek dari hasrat hati boleh berubah dan sangat berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Semua ini bergantung pada nilai-nilai yang terdapat pada diri kita. Untuk orang-orang tertentu, pengumpulan wang merupakan tanda kejayaan. Bagi orang lain pula, kejayaan bererti membesarkan anak-anak yang baik, bahagia dan sihat. Bagi yang lain pula, bererti memberikan perkhidmatan kemanusiaan seperti menjadi guru, imam, pekerja sosial: Peningkatan dalam bidang usaha tertentu akan dikatakan kejayaan oleh orang lain.

Apa pun erti kejayaan bagi kita, hal ini harus selalu disertai dengan kebahagiaan dan kedamaian batin. Secara umum kita sering mengatakan lelaki dan wanita kaya sebagai orang yang berjaya. Sedangkan beberapa kegagalan terbesar dalam hidup adalah memiliki berjuta-juta dollar tetapi hidupnya menderita. Wang tidak pernah menjadi ukuran kejayaan.

Maha Pencipta tidak pernah mengharap makhluk-Nya akan menjalani hidup yang sempit dan merana. Kita diciptakan untuk sama-sama menikmati keberkatan hidup yang melimpah. Kita dicipta untuk berkongsi kelimpahan yang mengelilingi kita. Wang memang baik, tetapi tidak sepatutnya dinilai lebih tinggi dari manusia.

Apa pun peningkatan berharga yang anda kehendaki dalam hidup ini, boleh anda perolehi. Kita mempunyai anugerah lengkap untuk mendapatkan kejayaan. Tidak ada seorang pun yang dapat menghalang anda untuk berjaya, kecuali diri anda sendiri. Anda memiliki kekuatan dan kemampuan dalam diri anda. Jarak antara anda dengan peningkatan kejayaan harus ditempuh dengan pengembangan, pembentangan kekuatan dan kemampuan yang ada dalam diri anda.



Selami makna sebuah kejayaan dalam hidup beragama iaitu :

Makna kejayaan dalam Islam termaktub di dalam doa nabi Ibrahim di dalam surah al-Baqarah ayat 201 yang bermaksud "wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan (hasanah) di dunia dan kebaikan di akhirat serta periharalah kami daripada azab neraka". Maksud hasanah di dalam ayat ini ialah kejayaan di dalam mengawal hawa nafsu yang boleh membawa kepada kerosakan dan keruntuhan ketamadunan insani, ia diterjemahkan di dalam maksud kejayaan yang hakiki menurut Islam di mana ketamadunan insani menunjangi ketamadunan duniawi.

Ikatlah ilmu dengan menulisnya..۩







0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.