Halaman

Khamis, 17 Jun 2010

Puisi Prof Dr Yusuf al-Qardhawi


Demi Allah!


Kezaliman tidak mungkin mengalahkan dakwah walaupun sehari,

Sejarah membuktikan benarnya sumpahku ini,


Ikatlah tanganku dengan besi berduri,

Pukullah tulangku dengan tongkat dan tali,


Tetaklah tengkukku dengan pisau belati,

Tidak mungkin mereka berjaya membelenggu fikrahku wakaupun sedetik,


Atau mencabut imanku dan memadam cahaya keyakinanku,

Cahaya itu berada di dalam qalbuku,


Dan qalbuku berada di dalam genggaman Tuhanku,

Tuhanku penolongku dan pembantuku,


Aku akan terus hidup bergantung pada tali imanku,

Dan mati dengan senyuman (“,)

Demi agamaku hidup dan berkembang.

Apabila membaca puisi Prof Dr Yusif al Qardhawi ini,hati-hati yang dinyalakan dengan sumbu iman pasti akan merasa dalamnya makna nukilan ini.Hasil yang diterjemah dari hati yang ikhlas.Moga kita bersama menempuh jalan meroboh tembok kejahilan.

Islam Adil Untuk Semua,
Akhi Firdaus.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.