1 minit…
Ucapan salam ditaip..Assalamualaikum
Sewaktu akhi asyik menarikan jari jemari ini menaip patah demi patah perkataan dan melihat monitor komputer riba ini.
Tetikus ini,galak ke sana ke mari..
Mencari warna-warna penyeri bait-bait muhasabah tika ini.
Jantung berdegup kencang,nafas makin laju.
Tazkirah ini menyebabkan diri terpaku disini
7 minit..
Terasa dahaga..pantas meminum air di sudut kiri meja ini.
Bismillah..
Bimbang.Kematian bagaimanakah yang akan kita tempuh kelak?
Jika baik.Alhamdulillah.
Jika mati dalam kehinaan…apakah mungkin kita dapat menjawab soalan Malaikat Munkar dan Nankir.?
Mari bacakan Al-Mulk dan Al Waqiah.Tadabbur maknanya.
Kini….
Kita sedang di lawati dan diziarahi oleh Malaikat Maut.
21 minit telah berlalu..
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat
maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan
ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana
mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai
perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya
dengan malaikat maut.
1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 = 20.571 minit
1440 minit / 70 = 20.571 minit
Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.
Ikatlah ilmu dengan menulisnya.
Renung-renungkanlah......
0 ulasan:
Catat Ulasan
Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.