Halaman

Ahad, 17 Oktober 2010

SIAPA PILIHAN ANDA UNTUK MENJADI PASANGAN HIDUP ?

Bertuah kau nak ! Muda-muda lagi dah kahwin.

Terpacul kata-kata tersebut tanpa dipaksa atau dipinta dari makcik berusia setengah abad sambil membetulkan duduknya.

10.10.10 menjadi pilihan ustaz lulusan Al-Azhar itu berkahwin dengan pasangan pilihannya,seorang Hafizah baru menginjak usia 19 tahun.Tenang raut wajahnya sedamai seputih rona persalinan pengantin mereka berdua.

Apakah kriteria sebuah perkahwinan?
Hal ini ada di bincangkan dalam laman facebook saya.Ia adalah topik yang sentiasa perlu diingatkan.

 Bagaimana mereka boleh berkahwin dalam usia muda?

"Zaman sekarang susah nak cari lelaki yang ada agama dan melaksanakan tuntutan agama.Dari tunggu lama-lama,baik ada yang menjaganya dan ditarbiyyah dengan acuan yang soleh.

Hati makcik pun tenang"



Jawapan ringkas dari hati yang paling dalam oleh makcik tersebut.

Saya bersetuju dengan pemikiran makcik!

Asas pembentukan masyarakat Islam mesti bermula dengan diri dan keluarga terlebih dahulu.Tujuan perkahwinan dalam Islam untuk membangunkan keluarga Islam dan menjadi asas yang kukuh dalam pembangunan masyarakat Islam.

Ini merupakan impian setiap mukmin yang mahukan keluarga baik dan ketenangan hati,sebagaimana yang digambarkan oleh Allah SWT dengan firmannya :


Saya seringkali berpesan kepada rakan-rakan bahawa untuk mendidik anak kita sebagai yang soleh atau solehah sebagai harta kita di akhirat kelak dan mendoakan kita setelah kita tiada lagi adalah dengan melakukan pemilihan pasangan yang baik agamanya.

Inilah pilihan yang paling baik,pilihan baginda Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW,
"Kahwinlah dengan seorang perempuan yang hartawan,rupawan,kenamaan dan keagamaan dan pilihlah perempuan yang beragama"

Hadith riwayat alBukhari : 4700

Bagaimana pula untuk mereka yang sudah berkahwin dan mahu mendidik pasangan supaya kembali kepada ajaran agama?

" A great marriage is not when the perfect couple comes together.
I t is when the imperfect couple learns to enjoy their differences"

Pernahkah kita melihat stalaktik dan stalagmit di gunung Tahan ?

Hasilnya begitu bernilai bukan? namun proses ini tidak berhenti jauh sekali untuk berehat sebentar.

Proses mendidik anak bukan bermula dari mendidik dalam kandungan tetapi ia bermula seawal pemilihan pasangan lagi.Ya,ia memang satu cabaran.

Itulah Tarbiyyah.

Proses itu mengambil masa yang lama untuk berlaku namun ia akan kekal dan bertambah besar serta kukuh.

Begitu jua dengan titisan air lembut setiap saat yang berjaya melekukkan permukaan batu yang keras.

Kuncinya adalah USAHA dan USAHA .Tiada erti kegagalan setelah USAHA dilakukan kerana kesilapan adalah guru yang terbaik.

Ia mengajar kita menjadi orang yang HEBAT.

Justeru itu mereka yang dambakan JALAN YANG LURUS perlu ISTIQAMAH.

Sedikit namun berterusan,pasti membuahkan hasil yang mantap dan hebat.

Seandainya perkara agama tidak dititik beratkan pada awal pembinaan rumah tangga maka institusi keluarga akan menghadapi masalah.Banyak berlaku keruntuhan keluarga kerana mengenepikan asas agama dalam kehidupan pembinaan keluarga.

Didikan Islam
Setelah mendirikan rumahtangga maka di sana ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh kedua suami isteri untuk membentuk rumahtangga Islam.Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh isteri ialah mendidik isteri menjadi orang yang faham tentang agama dan memastikan isteri mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT dan tidak jahil tentang agama.

Kita mesti mendidik anak-anak serasi dengan acuan Islam.Begitu juga dengan roh.Ia berkehendakkan dengan pengisian rohani dengan berzikir,membaca Al-Quran,mendengar kuliah agama barulah jasad akan tenang.

Cantik Acuannya Baik Hasilnya
Demikian pula keperluan anak kita apabila hendak ke sekolah perlukan pakaian,duit belanja  dan bekalan.Tanpa semua indikator ini,tidak lengkap sesi persekolahannya , samalah jua dengan didikan Islam.Acuan didikan Islam dengan anak-anak perlu dibuat seperti mana 'Isi dan Kulit'.Ia tidak boleh dipisahkan.

Semuanya bermula di rumah.

Sedikit perkongsian bagaimana dengan 9M boleh mengukuhkan rumahtangga pasangan pengantin :

Motivasi Rumahtangga dengan 9M

1.Memberikan penghargaan dan pujian kepada pasangan.
2.Meluangkan masa berkualiti bersama
3.Menjadi pendengar yang baik
4.Menerima kelebihan dan kekurangan pasangan seadanya
5.Meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pasangan.
6.Mengatakan 'ya' lebih banyak dari 'tidak'
7.Melakukan solat berjemaah sekeluarga.
8.Membaca Al-Quran dan Al-Mathurat bersama.
9.Menghidupkan majlis ilmu terutamanya selepas solat Subuh dengan mentadabbur 2-3 ayat ringkas sebagai pelembut hati.


Akad Nikah bermakna kita perlu menjaga ahli keluarga kita dari menjadi bahan bakaran api neraka.

Bagi meluangkan masa kualiti bersama,kita perlu menyeimbangkan waktu kerja dan waktu bersama pasangan,hal ini jelas dalam buku Married People : Staying Together in The Age of Divorce oleh Klasburn mengatakan bahawa "Happy couples achieved a balance between time together and time apart,and that finding such a balance contributed to the sense of intimacy and satisfaction with the marriage"

Keluarga Berilmu

Keluarga bahagia yang pernah wujud di zaman Rasulullah SAW dan zaman kegemilangan Islam dahulu sehingga mereka dapat memajukan ummah kerana mereka cintakan budaya ilmu.Kecintaan mereka kepada ilmu tidak kira samaada waktu bermusafir ataupun bermuqim.

Mereka menghayati gesaan ALLAH melalui ayat pertama yang diturunkan iaitu dalam surah Iqra' :


Dengan ini menunjukkan membaca adalah anak kunci ilmu pengetahuan.Dengan membaca pasangan pengantin akan tajam otaknya dan luas pandangannya.

Kita juga wajar mengetahui doa-doa yang patut di amalkan agar suami,isteri dan keluarga terselamat daripada melakukan maksiat dan diperteguhkan iman.



Doa menjadi suami soleh atau isteri solehah


Buayafriend vs Gilefriend. ( Boyfriend vs Girlfriend )

Sebelum berkahwin begitu mudah pasangan couple mengungkapkan cinta.L.O.V.E is CINTA/ i Luv U/ 1 4 3 / Cayang Awak !

Perkara seperti ini didorong oleh nafsu semata-mata.

Tiada istilah couple sebelum berkahwin.

Jarum halus Barat melalui media massa telah menyuntik perkara ini dalam minda remaja.Hasilnya , wujud pula budaya menyambut Valentine.

Mungkin hal seperti ini sudah mangli di kalangan anak muda.Bukankah kita sudah mengetahui bahawa Syaitan itu musuh yang nyata? Akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan kita?

Kerana itu berkahwinlah.Sekiranya tidak mampu berpuasalah dengan sebenar-benar puasa.

Ungkapan Saya Sayang Honey ! Saya Sayang Hubby ! adalah ungkapan suami kepada isteri atau isteri kepada suami.

Inilah rahsia menjadi pengantin baru setiap hari,nyatakan setiap hari kata-kata positif buat pasangan.Justeru itu,sepatutnya pasangan pengantin yang sudah berkahwin sepatutnya mengamalkan ucapan positif ini sampai bila-bila,walaupun usia perkahwinan sudah berpuluh tahun.


Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk semua itu !

Selalunya ucapan sebegini hanya berlaku semasa alam percintaan.

Berapa ramai remaja yang telah terpengaruh dengan perkara ini?

Praktikal yang salah di tempat yang salah sama seperti meletakkan ayam di kandang buaya akhirnya?

Ayam tersebut di makan buaya.
AWAS!

Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa buayefriend dan gilefriend.

Sepertimana kata penyanyi Sohaimi Mior Hassan

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

ditambah oleh Altimet ,
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Fikir dan Zikir serta Memaafkan

Pasangan suami isteri perlulah menambah ilmu setiap hari walaupun sebelum ini pernah melakukan dosa masing-masing.Biar siapapun dia,sebanyak manapun telah melakukan kejahatan,namun tetap dalam hatinya,nun jauh di lubuk hati nuraninya tetap inginkan kebaikan.Fitrah rasa bertuhan,rasa berharap,rasa keindahan dan segala rasa kebaikan akan terus bersemadi dalam lubuk hati nuraninya.

Ada orang bertanya kepada Imam Jaa'far Al Shadiq tentang Allah SWT.

Maka beliau bertanya kembali " Pernahkah anda mengharungi samudera?" dia menjawab : " Ya,pernah"

Imam Jaa'far bertanya: Pernahkah suatu ketika angin ribut melanda anda?

Dia menjawab :"Ya,pernah"

Imam Jaa'far bertanya lagi: Ketika itu bukankah harapan untuk pelayaran telah terputus dan memikirkan cara bagaimana nak menyelamatkan diri dari bencana tersebut"

Dia menjawab:"Ya,benar"

Lalu Imam Jaa'far bertanya lagi:"Lalu adakah terlintas dalam hati anda terdapat yang menyelamatkan anda ketika saat-saat dilakukan.

Dia menjawab:"Ya,ada"

Imam Jaa'far berkata : "Yang dapat menolong anda itulah ALLAH SWT.

Sesungguhnya pertolongan ALLAH SWT itu amat hampir.

Beruntunglah mereka yang mengetahui hakikat ini.
Hidup berumahtangga adalah satu ujian.Hakikatnya,hidup ini penuh dengan ujian.Ujian akan melahirkan manusia yang berjiwa kental,hebat dan unggul.Manusia tidak dilahirkan secara sia-sia tanpa tujuan.Alam ini adalah stesen untuk meningkatkan amalan agar roh dapat turun membeli belah dan mendapatkan bekalan secukupnya,sebelum stesen terakhir di alam yang masih panjang.

Saya akhiri dengan Sabda Nabi Muhammad SAW yang begitu menyanjung tinggi pengorbanan muslimah.

Sekiranya seorang wanita menjaga solat lima waktu,puasa pada bulan Ramadhan,menjaga kehormatan dirinya dan mematuhi suaminya,akan dikatakan kepadanya,"Masuklah ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang kamu suka"

Hadith Riwayat Ibnu Hibban,Ahmad dan At-Thabarani

Siapa pilihan anda untuk menjadi pasangan hidup ?
Kini anda sudah tahu jawapannya.

Ikatlah ilmu dengan menulisnya,





Akhi Firdaus @abangmodul.blogspot.com
 -"Motivasi Roh Menyentuh Hati"
-Sudah 365 hari bergelar Suami dan 90 hari bergelar Ayah.
-Perunding Motivasi Insaff Training Management and Consultancy.

Isnin, 11 Oktober 2010

GADIS PALING AYU & CANTIK


Adakah anda bunga atau mutiara ?

Tajuk yang indah ini menarik perhatian saya ketika saya membaca satu soalan yang ditujukan kepada para gadis: “Adakah anda bunga atau mutiara?” Bunga cantik, begitu juga dengan permata. Mana satukah yang anda pilih? Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan menarik, manakala permata tinggi harganya dan cantik juga.


Tetapi, bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik matahari atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek.

Sedangkan permata akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cenkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.

Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan mutiara berkekalan sementara kecantikan bunga hanya sementara. Demikian juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

Oleh itu wahai saudariku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!

Setiap gadis yang beriman bahawa Allah sebagai tuhannya, Muhammad saw sebagai nabinya dan Islam sebagai agamanya hendaklah memerhatikan firman Allah swt (surah Ali ‘Imran ayat 102):

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Maksudnnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”

Kembalilah!

Islam bererti menyerah, menerima serta tunduk kepada segala perintah Allah dengan penuh kerelaan dan reda.

Apakah yang Allah swt perintahkan kepada anda wahai muslimah?! Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat. FirmanNya (surah al-Nur ayat 31):

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya: “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala mereka…”

FirmanNya lagi (surah al-Ahzab ayat 36):

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلاَ مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ

Maksudnya: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.”

Jika benar anda muslimah, ini bererti anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah. Jika anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah, kenapa anda tidak menutup aurat anda?

Aku memohon bantuanMu, wahai Tuhan!

Daripada sekeping hati yang cintakan kebaikan bagi anda dan bercita-cita agar anda mengecapi kemanisan iman… daripada sekeping hati yang bimbang anda akan berjauhan daripada Allah… yang bimbang hati anda menjadi gelap… yang bimbang keburukan-keburukan yang akan mencacatkan lembaran amalan anda hasil daripada pandangan nakal para pemuda dan pemudi yang menjadikan anda sebagai ikutan kerana tidak menutup aurat, meskipun hati anda dipenuhi dengan segala kebaikan… meskipun segala kebaikan yang anda lakukan, daripada kepingan hatiku ini, saya mengharapkan kebaikan untuk anda. Kuatkan semangat dan bermulalah dari sekarang! Ucapkanlah “aku memohon bantuanMu, wahai Tuhanku! Bantulah daku menghadapi diriku sendiri dan godaan-godaan dunia… Aku bertawakkal kepadaMu, wahai Tuhanku. Engkaulah segala-galanya bagiku… Tiada Tuhan bagiku selainMu. Maka perelokkanlah seluruh hal ehwalku.”

Renungan

Sekarang saya tujukan perkataan ini pula kepada setiap wanita yang telah memakai tudung. Ia adalah seruan agar setiap wanita yang telah memakai tudung agar mereka berdiri di hadapan cermin dan bertanya kepada dirinya sendiri: “Adakah tudung saya ini bersesuaian dengan kehendak Allah? Adakah akhlak saya bertepatan dengan kehendak Allah.” Sesetengah wanita yang telah memakai tudung menyangka dengan meletakkan secebis kain di atas kepalanya itulah segala-galanya, sedangkan dia memakai pakaian yang sempit dan jarang serta tidak menjaga akhlak dan adab Islam. Pernah terjadi seorang ibu mengadu kepada saya melalui panggilan telefon tentang seorang anak perempuannya yang memakai tudung, tetapi menanggalkannya ketika berada di tepi pantai, tidak sembahyang dan tidak melayan ibunya sebagaimana selayaknya sebagai seorang ibu.

Maka ketahuilah wahai wanita yang telah memakai tudung bahawa tudung anda bukanlah segala-galanya. Jika benar anda memakainya kerana mahu mendapat keredaan dan kecintaan Allah serta kerana mentaatiNya semata-mata, maka sekali lagi ketahuilah bahawa tudung adalah pakaian Islam yang mempunyai beberapa syarat. Tudung juga adalah akhlak dan adab serta membantu anda untuk melakukan ibadat-ibadat yang lain.

Katakan tidak!

Saya menyeru kepada anda wahai muslimah untuk berkata tidak kepada:


1. Pakaian yang sempit dan jarang.
2. Pakaian yang mendedah aurat di tepi pantai, di majlis-majlis keramaian dan di mana-mana sahaja.
3. Wangi-wangian dan solekan.
4. Seluar sendat yang menyakitkan mata dan hati setiap orang yang cemburukan agamanya kerana melihat para gadis memakainya dengan begitu bersahaja tanpa menyedari kesannya terhadap para pemuda.

Saya menyeru anda wahai muslimah untuk memerhatikan diri anda di dalam cermin sebelum anda keluar rumah. Perhatikan dari depan dan belakang… Adakah pakaian anda bertepatan dengan kehendak Allah?

Bagaimana sepatutnya pakaian anda?

1. Hendaklah menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan.
2. Tidak jarang. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Akan ada di kalangan umatku nanti wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan memperoleh baunya.”
3. Tidak sempit. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Malu dan iman adalah beriringan.”
4. Tidak disapu dengan bau-bauan.
5. Pakaian itu sendiri bukan perhiasan. Firman Allah swt (surah al-Nur ayat 31) yang bermaksud: “… dan janganlah mereka (wanita-wanita yang beriman) memperlihatkan perhiasan mereka…”

Anda di dalam syurga

Wahai muslimah! Wahai mukminah! Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik.” Wahai wanita yang tidak memperlihatkan perhiasannya kerana Allah sedang dia difitrahkan suka kepada perhiasan, dengarlah sabda Rasulullah saw berkenaan sifat wanita-wanita dunia di dalam syurga kelak. Sabda baginda saw yang bermaksud: “Dengan sembahyang, puasa dan ibadat mereka kepada Allah swt, Allah menghamparkan cahaya di atas muka mereka dan memakaikan sutera berwarna putih, pakaian berwarna hijau dan perhiasan berwarna kuning di atas badan mereka. Dapur mereka adalah mutiara dan sikat mereka adalah emas. Mereka berkata: “Kami kekal abadi dan tidak akan mati. Kami penuh kelembutan, sama sekali tidak menyusahkan. Kami akan terus muda, tidak tua selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kami sentiasa reda, tidak marah sama sekali. Bergembiralah bagi sesiapa yang memiliki kami dan kami memiliki mereka.” (Riwayat al-Tirmizi)

Akhi Firdaus @ abangmodul.blogspot.com
~Usrah an-NISA di Teratak Abu Fatihah
~6 : 59 pm

Ahad, 10 Oktober 2010

'KAHWIN' sudah , NIKAH belum.

Frasa di atas merujuk kepada gejala bersekedudukan yang menggila kini.Fakta yang menggerunkan berkenaan gejala buang anak dan keruntuhan moral serta pegangan agama yang rapuh adalah manifestasi sistem keluarga yang perlu dipandu semula oleh golongan yang memegang tampuk kekuasaan kini.

Masanya,kembali ke jalan lurus dengan meluruskan masyarakat dengan hidup rasa bertuhan.Melihat masyarakat mengamalkan Islam secara keseluruhan bukan sebahagian.



Ia bukan sekadar impian tetapi cita-cita yang tertancap dalam setiap jiwa yang beriman dalam usaha mengharapkan pertemuan dengan ALLAH ya Rahman dalam keadaan jiwa yang tenang.





Pernahkah anda melihat mereka yang bersekedudukan tanpa nikah ? di taman bunga ? tepi pantai ? dalam rumah ? Membonceng motor bersama? atau di tempat yang lain ?Naudzubillah min dzalik.


Moga mereka itu bukan kita dan keluarga kita.

Habis siapa yang dimaksudkan ? Masyarakat.

Habis siapa yang bertangunggjawab dalam hal ini?Anda dan terlebih lagi saya yang menulis ini.



Kita perlu menegurnya.Semudah memberi maklum.Amar makruf nahi mungkar.

Bagaimana caranya untuk menegur dan membuat tindakan?

Tegur dan ambillah tindakan dengan hikmah dan bijaksana.

BERSEKEDUDUKAN adalah fenomena yang bermula dari Barat dan kini mempengaruhi sesetengah anggota masyarakat kita. Apa pandangan Islam mengenainya?

TUHAN menjadikan kehidupan manusia di dunia ini berpasangan - lelaki dan perempuan. Bermula daripada Adam dan Hawa dan daripada mereka manusia membiak.

Undang-undang yang tertua sekali bagi manusia adalah undang-undang perkahwinan dan kekeluargaan. Undang-undang ini berkembang. Ia memberi dasar yang mesti dipatuhi oleh setiap individu dalam sesebuah masyarakat. Bermula dengan masyarakat yang kecil hingga yang lebih kompleks. Di samping itu ditetapkan pula nilai akhlak yang mesti dipatuhi.



Al-Quran ada menjelaskan bahawa perempuan itu adalah pakaian bagi lelaki dan lelaki pula pakaian bagi perempuan. Dalam erti kata lain setiap pihak memerlukan di antara satu dengan lain. Zuriat manusia akan pupus sekiranya lelaki tidak lagi memerlukan wanita sebagai pasangan hidupnya dan begitu juga sebaliknya. Kemanusiaan itu sendiri akan hancur apabila naluri dan fitrah semula jadi bertukar dari sifat asal yang Tuhan jadikan.

Sememangnya dalam diri manusia itu dihiaskan dengan rasa cinta kepada nafsu daripada wanita dan anak serta kekayaan. Tetapi nafsu manusia itu hendaklah disalurkan menerusi cara yang diharuskan oleh syarak, tidak menurut selera sendiri, tetapi mengikut norma dan nilai agama.



Institusi kekeluargaan Islam dibentuk melalui keturunan atau nasab, melalui perkahwinan dan susunan. Mereka yang dilahirkan menurut mana-mana kategori mempunyai status perundangan. Dari aspek kekeluargaan, Islam menetapkan status keluarga itu sama ada sebagai muhram atau yang haram dikahwin dan ajnabi yang halal dikahwini.



Secara ringkasnya, Islam menetapkan cara pergaulan sesama muhram seperti antara adik-beradik dan pergaulan di kalangan ajnabi dan bukan muhram seperti keluarga pupu dan mereka yang tiada ikatan kekeluargaan dan sebab perkahwinan atau susuan. Ertinya dalam pergaulan seharian ada nilai yang mesti dipatuhi.

Bagi masyarakat yang sudah luntur nilai moral beranggapan tindak-tanduk seseorang dalam pergaulan seharian adalah soal peribadi yang tidak boleh sesiapa pun campur tangan, termasuk ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Kehidupan yang individualistik yang hilang pegangan hidup beragama akan berakhir dengan cara hidup primitif.

Golongan ini dengan mudah terdedah dan terpengaruh dengan gejala negatif seperti Bohsia, termasuk bersekedudukan.

Memanglah benar jika jiwa seseorang tidak diasuh dengan nilai murni ia lebih mirip untuk melakukan gejala tidak sihat. Antara sifat yang mulia adalah MALU. Orang yang tidak mempunyai sifat malu akan melakukan apa sahaja. Sebab itu malu adalah antara ciri-ciri kemuliaan insan.

Dalam masyarakat primitif, pergaulan bebas dan bersekedudukan adalah perkara biasa. Hasil daripada bersekedudukan itu melahirkan anak luar nikah. Di Barat ini adalah fenomena biasa dan kini meresap dalam masyarakat kita. Kalaupun tidak ada anak yang dilahirkan, kerana sudah digugurkan, Barat menentang undang-undang yang melarang menggugurkan anak. Insiden buang anak dalam tong sampah yang pada satu ketika pernah heboh menunjukkan perbuatan tidak bermoral ini berlaku dan perlu dipulihkan.

Akhi Firdaus @ abangmodul.blogspot.com
3:40 am
~Mendodoi Nur Fatihah,tidurlah sayang.

Sabtu, 9 Oktober 2010

BAGAIMANA GAYA TIDUR ANDA ?

Assalamualaikum kepada adik-adik remaja Akhi,

Cengkerik malam dan kerlipan bintang menemani malam indah ini.Alhamdulillah.

Sebelum mata terlena,dibuai malam gelita mari bersama kita telusuri adab-adab sebelum tidur.



Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab-adab dalam Islam antaranya : -


1. Berwudhuk

Sebaik – baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wudhuk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang

Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan

Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara – perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T



4. Membaca Doa dan Surah Tertentu

Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah – surah tertentu terlebih dahulu . Contonya seperti surah Al-Mulk ,Al-Waqiah dan As-Sajdah.Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .

Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al – Ikhlas , Al – Falaq dan Al – Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua – dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut – turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal

Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al – Kautsar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .



6. Bangun Pagi

Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan” .

Ikatlah ilmu dengan menulisnya,