Halaman

Jumaat, 5 November 2010

Jemputan dari ALLAH : al-Fatihah buat sahabat baik kami

Seusai maghrib kembara dari negeri di Selatan Tanah Air ke Kuantan melalui Kota Tinggi - Mersing -Endau -Rompin - Pekan - Kuantan.

Petang tadi saya sudah menelefon namun tidak diangkat.Esok mungkin boleh berjumpa di Seminar Ukhuwwah Fillah anjuran Insaff Training Management and Consultancy.

secepatnya......InsyaALLAH,esok boleh saja  jumpa di rumah waktu pagi-pagi.Sarapan depan surau putih,tempat saya,Hisam,al Hafiz,Rashdan berjumpa jika kami pulang ke Kuantan.

Kami pernah tuisyen bersama sewaktu sekolah menengah didikan Cikgu Abdul Razak.Mudah tersenyum dan mempunyai. raut wajah yang menenangkan.Sahabatku yang telah dilahirkan 25 tahun lalu,kini telah berpindah dari alam fana ke alam baqa’.



Teringat sewaktu pertama kali ,

Abdul Azim – Rauf –Allahyarham Ismail-Firdaus-Fairul kami pernah memasang impian untuk membuka syarikat bersama,8 tahun dahulu sewaktu berumur 17 tahun.Sentiasa bersama ke tempat tuisyen ayah kepada Abdul Azim iaitu Cikgu Razak.Kadang-kadang kami duduk-duduk dan menitip kata-kata tazkirah seusai kembali dari masjid.Gerai sekitar Cenderawasih menjadi wacana kami bersama.Biasa-biasa disana.

Allahyarham Ismail bersekolah di SMA Ehsan,Tanjung Lumpur kemudian ke Kuliah di Pekan,Pahang.Bersama di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,Kuantan dan menyambung peringkat ijazah di UNITEN.

Tiap kali ke masjid pasti membawa kereta ayahnya dan tidak lupa membawa adik lelakinya bersama.Abang dan adik.Begitu akrab.



Allahyarham juga begitu baik dengan keluarga kami.Tidak lokek untuk memberikan pertolongan,pernah suatu ketika ada program kepimpinan siswa di Masjid Shah Alam,seusai subuh kami sudah berada di sana dari Kuantan.Berpakaian ala-ala Raihan. Allahyarham.Sedikitpun tidak mengeluh walau allahyarham memandu semalaman.Pernah juga program latihan pengukuhan jati diri Islami di Temerloh,sedkitpun allahyarham tidak meminta kembali wang ‘top up ‘setelah berhabis wang untuk kelancaran program bagi menjemput para ustaz dan ustazah agar hadir memberikan pengisian program dan wacana .Bukan sedikit jasa Allahyarham untuk mendidik anak bangsa menjadi warga bertaqwa.

Juga seorang ustaz di Pusat Tahfiz Al-Hafizin,LKNP.Allahyarham begitu merendah diri.Acapkali menumpang kereta beliau , setiap tutur kata pastinya ada terselit tazkirah bermakna.

7 jam yang lalu,menerima panggilan dari ibu dan bapa saya.

04 -11-2010 sebelum pukul 1130 malam

Allahyarham sudah kembali ke rahmatullah.



Terkesima.Kaget.Kehilangan sahabat yang cukup baik dan soleh.Memori bersama,semuanya perkara hasanah yang Allahyarham lakukan.Di atas usaha bersungguh,rakan masjid ketika kami di alam kampus itu mencapai zaman kegemilangannya.

Sewaktu menerima berita jemputan ALLAH itu,selang 45 minit nanti,saya akan melalui tempat kemalangan iaitu di jalan Pekan-Kuantan.

Telefon tidak henti berdering sedang hati tidak percaya akan berita yang menerjah telinga.

Sahabat dan sahabiah semuanya bersoal dan meminta pengesahan.

‘YA..sahabat yang kita amat sayang sudah kembali mengadap ALLAH SWT’

ALLAHURABBI,

ALLAH amat menyayangi allahyarham.

05-11-2010 jam 12:15 pagi

Saya memperlahankan kenderaan,kelibat pihak berkuasa dan tren sedang bersiap mengangkat bas ke bahu jalan dan sepenuh manusia di tempat kejadian.

Terlihat bas terbalik dan masuk ke dalam sungai,setelah melanggar benteng.Itu adalah ketentuan Qada’ Qadar ALLAH SWT.Perancangan ALLAH pasti menghujankan hikmah.

Jenazah telah dibawa ke Hospital Pekan dan dihantar pulang ke Cenderawasih.

Setibanya saya di rumah, jam 1:00 pagi tadi ,saya dan ayah terus bergegas ke rumah allahyarham berhampiran sekolah sana.

Seusai tahlil , bersalaman bersama keluarga allahyarham.Detik bersama,pantas memutar.

Hajat untuk bersama dan berjumpa,berpeluk erat kerinduan seorang sahabat.

Jenazah akan dikebumikan sebelum solat Jumaat jam 10:00 pagi hari ini di tanah perkuburan Islam di Bukit Ubi.

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan para solihin.

Serangkai nasihat Al-Fadhil Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man :

“Mati itu tidak syarat sakit,tidak syarat sihat,tidak syarat muda,tidak syarat tua”

Syaratnya AJAL.


Seterusnya, untuk sesiapa mengenali atau tidak mengenali allahyarham akhi Ismail Naqiudin Hamdan. Marilah kita sama-sama,Sedekahkan Al-Fatihah dengan membaca al-Fatihah, agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin. Ameen.






Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan,


Al-fakir ila Rabbihi
Mohd Nur Firdaus Mohd Arshad
Kuantan 05 Nov 10 jam 3:05 pagi



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dari DIA kita datang, kepada DIA jugalah tempat kita dikembalikan...

Have a safe journey..
Akk doakan korg selamat dlm perjalanan

Rai berkata...

alfatihah

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah merahmati roh Abg ismail dan ditempatkan dgn para solihin...amin ya Robb

Mohamad Afif Amir berkata...

Al-fatihah buat allayarham ismail yang walaupun perkenalan di UNITEN begitu singkat... Namun baktinya di sana untuk perjuangan membina remaja Muslim kejalan yang baik begitu bermakna...

Tanpa Nama berkata...

Allahyarham seorang y xpernah tahu erti 'marah". xlokek dengan senyuman. Agak terkejut bila mndapat berita 'pemergian' allahyarham mlm td... Dan kali trakhir jumpa smasa berusrah di IM... Moga Allahyarham di tempatkn di kalangan orang2 y soleh dan beriman seperti y telah dijanji2kn olehNya buat orang y mmperjuangkn agamaNya...

azizam wahid berkata...

arwah memang baik..
bersabar la bang..
Allah swt lebih sygkan arwah..
sy pun melalui kawasan tu sebelum kejadian..
perjalanan dri kuantan ke kuala rompin..
berada dikawasan tersebut dlm pukul 7.30 mlm..
arwah adalah sahabat yang terbaik..
senyuman yg xlekang dibibir..
lemah lembut berbicara..

from azizam wahid..

Tanpa Nama berkata...

minta izin share link ni d fb ye

Khairul Anuwar berkata...

Salam, mohon turunkan alamat keluarganya (no. hp ayahandanya juga) di Cenderawasih. Hajat nak berziarah. Saya pernah mengajarnya tuisyen B. Arab sewaktu PMR, SMA dan SPM dulu.

Tanpa Nama berkata...

Allah yusallimuha
smg Allah menyelamatkan dia

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.