Halaman

Jumaat, 19 November 2010

KORBAN CUTI


“Ambil tali panjang  sikit , tali yang ini pendek . Ambil yang tebal dan panjang di anjung rumah abang Muslimin”.Pak Syeikh memberi arahan.

Gaya seorang cowboy Melayu di celah – celah kegusaran penonton yang melihat adegan lembu korban terlepas.



 Hulur tali ..lempar..zup,sepantas balingan kaki lembu telah terikat rapi . Dijerut kemas dengan ikatan pengorbanan.

Alhamdulillah , berjaya ! Hanya beberapa minit lembu korban itu berjaya diikat kembali.Tidak susah untuk menangkapnya kerana sudah diketahui tempatnya di syurga sana.


Hari raya pertama korban , membantu ahli kariah di sini menyembelih korban . Terkilan juga kerana cuti untuk hari raya korban hanyalah 24 jam sahaja.Keluarga yang jauh juga menunggu ketibaan anak dan menantu,bagaimana mahu pulang kiranya cuti hanya sehari ? Sedangkan perayaan ini , begitu mulia begitu tinggi nilaiannya.Inilah korban cuti.

Korban bermaksud hampir.Istilahnya pula ialah , menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Tasyrik iaitu 11 , 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat dan mengabdikan diri kepada ALLAH.


Ia adalah tanda menghidupkan erti pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s , sebagai tanda pengabdian mutlak kepada ALLAH SWT.

Perasaan kasih – sayang dan ikatan ukhuwwah fillah semakin bertambah – tambah hasil dari ibadah korban ini , apabila menyedekahkan daging korban ini kepada insan yang memerlukan.Betapa indahnya syariat dan susun atur hidup kita yang telah di buat oleh ALLAH SWT.

Berkorban kerana sayangkan Islam

Sifat yang bertentangan dengan berkorban ialah mementingkan diri . Ia mengenepikan kepentingan diri sendiri dan mengutamakan kepentingan masyarakat seperti mengeluarkan derma berupa wang ringgit untuk membantu hospital-hospital, rumah anak – anak yatim , pembinaan madrasah , mendermakan kepada ibu tunggal atau seumpamanya.


Alhamdulillah , untuk mencapai peringkat berkorban ini ialah kita perlu memberi  harta yang paling kita sayang untuk Islam , tidak cukup sekadar dengan binatang ternak yang dikorbankan.Itu konsep berkorban yang lebih luas untuk kita fikirkan dan renungkan.



Saya juga berharap agar Hari Raya Korban ini dapat diberikan cuti yang lebih seperti mana Hari Raya Aidilfitri kerana waktu untuk berkorban itu bermula selepas matahari hari raya Korban sekadar sempat ditunaikan dua rakaat sembahyang dan dua khutbah.Amat menyedihkan jika selepas solat , berpusu – pusu jemaah masjid atau surau mahupun solat di tempat terbuka , keluar beramai- ramai tanpa mendengar khutbah.
Kejahilan yang perlu di tegur dengan hikmah.

Waktu yang paling afdhal untuk menyembelih ialah selepas solat hari raya.Ia disebut dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim “ Perkara pertama kami mulakan pada hari ini ( hari raya )ialah kami bersembahyang. Kemudian kami pulang dan menyembelih korban.Oleh itu sesiapa yang melaksanakan perkara tersebut maka dia telah melaksanakan sunnah kami.Dan sesiapa yang telah menyembelih sebelum itu maka ia adalah daging untuk ahli keluarganya bukan untuk ibadat korban sedikitpun.


Makna perkataan “ Sesiapa yang menyembelih sebelum itu” ialah sebelum masuk waktu sembahyang hari raya dan sebelum berlalu waktu sekadar yang sempat didirikan sembahyang.

Korban pada tahun ini , telah mengeratkan ikatan Ukhuwwah penduduk di kariah kami.
Jazakallah kepada penyumbang lembu korban.Semoga  Allah  swt  membalas kebaikan yang banyak kepada al- Fadhil Ustaz .


Alhamdulillah , agihan diserahkan kepada yang sepatutnya.

Akhirnya , sup daging korban air tangan Abang Razali begitu menyelerakan.Banyak petua diturunkan untuk menyedapkan lagi masakan sup tersebut.Antaranya , air rebusan pertama perlu di asingkan dan ditapis.Tidak kurang  juga petua untuk mengempukkan lagi daging.


Alhamdulillah , seusai azan zohor , hujan mula membasahi darah yang mulia.Pertolongan ALLAH swt meringankan beban petugas – petugas korban.

KORBAN itu bukan terletak pada berapa EKOR tetapi terletak pada IKHLAS berkorban semata-mata keranaNya.Tidak usahlah membanding - banding berapa ekor lembu yang dikorbankan kerana mampu itu hanya sekadar sekadar bilangan itu.


Sup daging masih panas,
Hirupan panas sup menghilangkan letih ditambah dengan semangat bergotong royong petugas korban.
Moga amalan mulia ini diterima oleh ALLAH SWT dan ibadah ini dapat dibuat tanpa tergesa – gesa dengan cuti yang sepatutnya dipanjangkan.


Moga pihak berwajib dapat menyuburkan ibadah korban dengan memberi ruang  masa yang luas untuk masyarakat Muslim berkorban.

BERKORBANLAH.

Perantau Musafir Perjalanan,
Tabahkanlah Hatimu,

Ikatlah ilmu dengan menulisnya,
Akhi Firdaus @ www.abangmodul.blogspot.com 2010






0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.