Saff Mantop dan Fasilitator |
Abang..abang..nak pergi ke Surau boleh ? Saya merenung kehairanan ke arah wajah adik peserta program motivasi Al-Quran Teras Perubahan.Setahu saya di belakang dewan sana,hanyalah comfort room.
Selang beberapa ketika, adik itu tersedar , dari halusinasi sebentar tadi.
Maaf,saya nak ke comfort room sebenarnya bukan surau.
Inilah penangan positif program.Minda berfikir ke surau walhal nak ke tempat lain.
Adik-adik yang mengambil bahagian dalam Motivasi |
Antara sebab jelas Program Motivasi seumpama ini mendapat tempat di hati ibu bapa.
Apabila kita sentiasa menyebut perkara yang baik – baik maka akan teringatlah perkara baik – baik.
Amalan berubah menjadi Tabiat
Kita mengetahui bahawa sumber ilmu itu datang dari Al Quran.Apabila akal manusia tidak diisi dengan program yang betul dan tiada software anti virus maka ia mudah rosak dan kemungkinan besar kita perlu format kembali data-data yang sepatutnya tersimpan di dalam minda kita.
Santai Ustaz Zamri membuatkan program hidup dengan pengisian bermanfaat dan melekat di minda |
Contoh yang lain , enjin minyak kereta yang betul untuk diisi oleh kebanyakan orang dari kita ialah petrol bukan diesel.Sebagai pemilik kepada kereta,kita amat arif tentang setiap inci kereta sama ada bercalar atau perlu dikilat di tempat tertentu.Kita pemilik kereta bukan?
.
Begitu juga Pencipta kita yang Amat Maha Mengetahui apa yang sepatutnya kita buat.Dia menurunkan Al Quran sebagai panduan agung untuk kita.ALLAH itu pemilik jasad dan roh kita.
Program yang telah berjalan dengan jayanya selama 2 hari tanpa malam ini memberikan impak maksima kepada ibu bapa yang hadir.
Saat tumpahnya mutiara ke bumi |
Keikhlasan yang terpancar di kalangan ibu bapa dan anak anak sewaktu sesi terakhir diterjemah dengan sempurna di segenap dewan apabila lafaz maaf terkumat kamit di bibir mereka yang hadir.Sesungguhnya sifat pemaaf itu tidak merugikan kita , kerana kita tidak jatuh darjat atau papa kedana dengan ungkapan itu malah ditinggikan darjat kita disisi ALLAH.
Syurga di bawah telapak kaki Ibu
Ustaz Zamri sewaktu memberikan motivasi MANTOP |
Ikatlah ilmu dengan menulisnya,
Akhi Firdaus @ www.abangmodul.blogspot.com
Eidul Adha ke - 2 seusai gerimis hujan petang hari.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.