Halaman

Khamis, 12 Mei 2011

Teknik Afirmasi Kejayaan Hingga Infiniti - A.K.H.I

Berkata Sifu , Tuan Rizal Hassan yang amat manis orangnya semanis ais krim kesukaannya ,branding saya ialah A.K.H.I dan SENYUMAN tiga yang terlakar di wajah.Itulah saya AKHI FIRDAUS.

"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut .." (QS. al-A'raf : 55)


Saya mahu buktikan bahawa semua ilmu yang melata di langit mahupun bumi ada dalil dan hujahnya di dalam Al-Quran dan sunnah Muhammad bin Abdullah,kekasih Allah yang Maha Penyayang,Rasulullah SAW.Ia adalah penegasan kepada kenyataan bahawa Al Quran mendahului sains dan fikiran manusia.

Maha Suci Allah yang menciptakan segalanya dalam keadaan yang cukup sempurna.

Begitu juga dengan teknik A.K.H.I. - Afirmasi Kejayaan Hingga Infiniti.

Sebuah afirmasi,fikiran melalui pilihan perkataan yang terbaik dan tindakan yang dilakukan pasti menghasilkan kejayaan.Mari kita lihat sirah nabawiyah dalam konteks afirmasi.

Maha Benar Allah dalam setiap peristiwa yang menjadi rakaman sejarah yang termaktub zaman berzaman hingga kita semua kembali menghadap Allah SWT kelak.

Di dalam peperangan Ahzab,contoh yang paling jelas Rasulullah SAW kesayangan ummah telah memberikan penegasan dengan memberi afirmasi positif kepada para tenteranya.

Sabda baginda S.A.W kepada tentera Islam :
"Kota Constantinople pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya".


Saya cukup terkesima dengan sejarah pembukaan kota Constantinople ini.Moga tuan puan boleh membaca sejarahnya dari Ustaz Syaari Abdul Rahman dalam bukunya Kuasa Kepimpinan Al Fateh.Terbitan PTS.Beliau juga baru dikurniakan cahaya mata puteri.Tahniah diucapkan kepada beliau dan zaujah ,didoakan suasana solehah sentiasa menyelimuti pembesaran anakandanya.InsyaAllah.


Penegasan yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan niat yang penuh yakin untuk berjaya,tatkala itu umat Islam tidak punya negara sendiri.Malah kota Constantinople ketika itu adalah kota yang mempunyai prasarana yang hebat.Tembok yang kukuh,sukar untuk dilepasi kerana ketinggian dan ketebalan.Malah berlokasi strategik.Untuk mendapatkan kota Constantinople adalah seperti jauh panggang dari api.


Namun,Rasululullah SAW memberikan keyakinan yang penuh terhadap perkara ini,hingga perkara ini,pembukaan kota Constantinople benar-benar berlaku.Tidakkah ini satu bukti afirmasi , penegasan diri yang bertitik tolak dari kemahuan yang kuat serta dijelmakan dan dinyatakan dengan tindakan berstrategi yang telah di susun dengan cukup baik oleh Sultan Al-Fateh?
Maha Suci Allah yang Maha Membuktikan Segala Kebenaran dan Maha Mengabulkan Segala Hajat.
Bagaimana pula dengan kisah gelang Maharaja Kaisar?
Tsuraqah bin Malik,seorang Yahudi telah cuba mengejar  Rasulullah SAW,bersama pedang terhunus,kuda yang pantas berlari.Namun cubaannya tidak tercapai seperti apa yang beliau cita-citakan.Beliau jatuh menyembah bumi sebelum sempat .
Lemah longlai Tsuraqah kerana kemahuan asal yang kuat untuk terus mencederakan Rasulullah SAW tidak kesampaian kerana telah tiga kali beliau jatuh dan rebah bersama kudanya sewaktu di pertengahan jalan.

Jiwanya lemah , kemahuannya menikus .Suaranya perlahan memanggil Rasulullah SAW agar menolong beliau yang rebah itu.

Hampir Rasulullah SAW ke badan Tsuraqah dan berkata: "Hendakkah kamu jika aku hadiahkan kamu dengan Gelang Maharaja Kaisar? iaitu kamu hendaklah beriman kepada Allah S.W.T".

Diam seribu bahasa.Kelu tidak berkata.Tertunduk malu,kembali ke Makkah.
Di usia emasnya,apa yang dikatakan Rasulullah SAW itu benar-benar terjadi setelah beliau mengucap syahadah.Tatkala zaman Saiyyidina Umar Al Khattab yang telah berjaya menakluk Rom dan Parsi.
Akhirnya gelang maharaja Kaisar itu diberikan sendiri kepada Tsuraqah.


MasyaAllah,penegasan dan kemahuan serta doa dari afirmasi yang dikatakan oleh Rasulullah SAW itu benar-benar terjadi.

Suka untuk saya nyatakan di sini,kita adalah apa yang kita percaya.

Maka berfikirlah seperti seorang juara!
Kejayaan yang dicapai adalah dari niat yang jelas,divisualisasikan dengan terang di dalam minda.
Tetapkan matlamat,kerana teknik A.K.H.I  ini bergantung kepada anda.Bagaimana anda mencerap sesuatu dengan penuh pemusatan.Bulatkan tekad dan tulislah afirmasi positif anda setiap hari.Bukakan minda bawah sedar anda untuk menerima bahawa anda adalah yang terbaik dan pasti menjadi yang terbaik dengan segala usaha yang dilakukan.
                                                         
Sungguh positif! Ustaz Azhar Idrus yang sentiasa meranumkan kefahaman terhadap kecintaan beragama fitrah kepada masyarakat Malaysia.


Bagi saudara dan saudari yang ingin mengetahui dengan lebih perkara ini,saya mencadangkan agar dapat mengiktuti program A.K.H.I ini.InsyaAllah,kita berkongsi afirmasi.Kuat menguatkan satu sama lain.Hasilnya,kita mahukan keluarga yang bahagia.


Moga ramuan sirah tadi,memberikan makna bahawa segala ilmu itu datang dari Allah dan kita hanya menyampaikannya untuk kebaikan bersama.


Mari kita mula cipta afirmasi kita hari ini,

Saya adalah orangnya.Saya dapat membantu ramai orang lain menjadi kaya dan berpengaruh pada tahun 2011 menggunakan konsep A.K.H.I .Saya pasti Allah sentiasa sahaja memperkenankan permintaan ini dan kini saya merasai doa itu dikabulkan kerana saya adalah apa yang saya percaya.Terima kasih Allah!
 
Ikatlah ilmu dengan menulisnya,
Akhi Firdaus 2011

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.