Halaman

Khamis, 2 Jun 2011

A.K.H.I terus mendapat liputan Sinar Harian


Afirmasi positif atau penegasan penyataan diri positif bukan sahaja memberi manfaat untuk diri sendiri malah orang lain yang berinteraksi dengan anda. Afirmasi adalah suatu catatan positif minda yang menulis dan menyatakan kelebihan anda sebagai ‘saya’.


Prinsip untuk seorang JUARA lumba lari yang berjaya seperti Watson Nyambek atau Dayak Terbang yang terkenal seketika dahulu ialah ‘Saya dalam proses untuk mengecap kejayaan’.Beliau memandang bahawa kejayaan itu sudah berada di hadapan dan beliau terus berlari hingga ke garisan penamat dengan semangat seorang JUARA.

Bagaimana pula ? Sekiranya beliau berkata ‘Saya tidak mampu untuk menjadi juara’.Ya,sudah tentu beliau akan kecundang dahulu.Kalah sebelum pertandingan.

Anda pasti mahu menjadi sang JUARA kan ?

Jika anda berfikir bahawa afirmasi positif hanya mempengaruhi fikiran bawah sedar, kini anda boleh perbetulkan persepsi itu.Melalui pembacaan dan pengalaman saya dengan pengamal teknik A.K.HI ini mendapati bahawa orang-orang yang terus-menerus mengebom dirinya dengan kata-kata positif daripada fikiran dan kata-kata negatif mereka semakin sihat dan terus dalam proses kejayaan kerana mereka yakin sumber kejayaan mereka ada di mana-mana.

Hasilnya,positif , tenang dan berjaya !

Penyelidikan juga mendakwa bahawa otot seseorang menjadi lebih kuat dan lebih aktif ketika alam bawah sedar diisi dengan kata-kata positif.

Sebaliknya otot dan minda akan menjadi lemah sekiranya dihamburkan dengan perkataan negatif.

Selain dari kekuatan otot, afirmasi positif juga mempengaruhi tahap tenaga anda. Orang yang periang biasanya hasil dari program fikiran positif. Afirmasi positif tidak hanya mempengaruhi fizikal tetapi juga kesejahteraan emosional seseorang. Oleh itu, pakar motivasi seperti Dato’ Dr Fadzilah Kamsah selalu menyarankan ‘saya’ memulakan hari ‘saya’ dengan fikiran yang baik dan positif dan kata-kata.

Bermula hari yang tepat pasti memanjangkan rasa bersemangat sepanjang hari bahkan terus bercambah ke semua aspek positif yang lain dalam hidup ‘saya’.

Sebuah pandangan cahaya dari riak wajah, wajah yang terukir tersenyum, biasanya salah satu ciri-ciri orang yang berjaya.

Indahnya senyuman yang terlihat di wajah anda Itulah kata-kata mereka yang melihat anda dalam keadaan berjaya.

Prinsip afirmasi positif bersandar pada prinsip asas bahawa fikiran begitu kuat dan apa yang dikatakan oleh suara hati biasanya diikuti oleh gerak tubuh.

Bagi menjadikan ia berkesan , seperti sup tom yam campur yang di adun sempurna dan penuh dengan ketelitian pembuatnya untuk mengasilkan yang Umphh !

Afirmasi harus terus datang daripada anda dan bukan dari orang lain.

Saya kongsikan dalam program A.K.H.I.

Justeru itu, segala bentuk pembangunan akan memerlukan penegasan yang jelas tentang tujuan dan visi.

Ringkasnya,kita dapat lihat bagi membina bangunan perlukan plan , selepas itu kita dapat dengar bunyi bising jentera dan orang-orang yang bekerja ,hasilnya beberapa ketika bangunan tersergam kukuh.Begitu juga dengan afirmasi,lanjut kita akan pelajari bersama di ruangan maya atau kem AKHI untuk impak maksima penegasan positif teknik AKHI.

Maka,afirmasi positif adalah kenyataan kuat yang boleh digunakan semasa berbicara dengan semua kenalan anda.Bagi mendapatkan hasil yang terbaik ikuti panduan seterusnya untuk mengembangkan penegasan yang baik.

Selamat menempuhi alam latihan penegasan penyataan kepada diri untuk anak-anak dan tuan puan yang telah mendaftar di Kem Motivasi Cuti Sekolah Afirmasi Kejayaan Hingga Infiniti.

Jumpa di program AKHI :)


Akhi Firdaus 2011
Membantu anda dengan AKHI \('',)/
Perunding Kanan In Saf Training Management & Consultancy
Access to Success is here ;)

Anda pasti tahu menghubungi saya dengan kadar terpantas bagi program kendalian atau tempahan program  seterusnya  :

E : akhi_firdaus@yahoo.com
FB : Akhi Firdaus II

Afirmasi Kejayaan Hingga Infiniti :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.