Halaman

Selasa, 10 Mac 2009

MODUL PENGUCAPAN DIHADAPAN AUDIEN


Assalamualaikum dan alhamdulillah coretan kali ini,

MODUL PENGUCAPAN DI HADAPAN AUDIEN

La Tahzan..kita mampu mengubahnya (,”)

InsyaAllah,hari ini suka saya membawakan modul pengucapan awam yang berkesan ataupun public speaking secara ringkas dengan pemfokusan kepada mengatasi kegugupan.

Sekiranya anda telah diamanahkan untuk berucap di hadapan atau mempengerusikan sesuatu majlis.Maka tahniah diucapkan! Tahniah kerana anda dapat berdakwah dalam masa yang sama.Setiap ruang dan peluang itu perlu diambil oleh daie tanpa membazirkan sasaran dakwah iaitu khalayak yang mendengar bait-bait kata hikmah di hadapan anda.

Berucap di hadapan orang ramai adalah sesuatu yang dipelajari dari pengalaman.Sampai bila nak berucap sekiranya tidak dimulakan dari sekarang?Tanggapan ia adalah diwarisi dari bapa kepada anak adalah tidak tepat,tetapi ia perlukan latihan yang sistematik untuk menjadi pengucap yang berjaya.

Mari kita menjadi pengucap yang berjaya!

Kebiasaannya ramai yang gugup apabila berada di hadapan audien,di sini saya cuba berkongsi tips untuk mengelakkan kegugupan.Kegugupan boleh dilihat melalui lutut yang terketar-ketar,nafas tercungap-cungap,bibir kering ,tidak mampu bertentang mata dengan audien juga salah satu tanda kegugupan dan akhirnya pengsan atau pitam..Itu kemuncak kepada kegugupan.

Teknik mengawal kegugupan sebelum berucap ialah analisis latar diri audien secara rawak,maka kita boleh mencari titik persamaan.Kurangkan perbezaan tetapi banyakkan persamaan.Tarik nafas panjang-panjang dan lakukan sedikit senaman regangan.Cuba relaks kan diri,dalam masa yang sama jangan penuhkan perut dengan makanan berat kerana menjejaskan nada suara sewaktu berucap nanti.Praktis di hadapan cermin juga berkesan.Apa yang penting,susun idea dengan teratur dan memastikan matlamat ucapan itu sampai kepada audien.

Semasa berucap,mulakan dengan selawat atau ucapan zikrullah kerana ia akan melembutkan hati audien.Bahasa badan perlu untuk menguatkan ucapan.Bergerak-gerak dan menguasai pentas ucapan akan lebih meyakinkan anda lantas wujudkan rasa audien tidak nampak kegugupan kita setelah kita berlagak dengan yakin di atas pentas ucapan walaupun tak berapa yakin.Jangan panik apabila tersasul tetapi ulang kembali ayat yang betul kerana kita berfikiran positif,sampaikan matlamat ucapan kepada audien.Bertahanlah sehingga selesai dan akhiri ucapan dengan mengulang point penting.Terpulang kepada anda untuk berpantun atau sebagainya tetapi apa yang penting point itu mudah diingati dan difahami oleh audien.

Oleh itu,jangan lupa mengakhiri ucapan dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr.

Sekian secara ringkas,akhirnya pengucap yang berkesan adalah pengucap yang jujur dan ikhlas dalam berkata-kata kerana ia pasti dapat menembusi hati atas izin Allah SWT.

Ikatlah ilmu itu dengan menulisya…
Motivasi Roh,Menyentuh Hati.

Isnin, 9 Mac 2009

Salam Maulidur Rasulullah SAW


RASULULLAH SAW NAMAMU MENJADI SEBUTAN DI LANGIT MAHUPUN BUMI.

Alhamdulillah posting ini..

Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dengan mengerjakan segala yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang dengan ikhlas dan cinta kepada Allah. Mudah-mudahan segala amalan yang kita lakukan itu diterima oleh Allah dan diberikan ganjaran yang setimpal, Insya Allah.

Bulan Rabiul Awal merupakan satu-satunya bulan yang bersejarah bagi umat Islam. Kedatangan bulan Rabiul Awal juga sentiasa diingati oleh seluruh masyarakat Islam di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya. Kerana dalam bulan inilah junjungan kita Rasulullah s.a.w diputerakan.Hari peringatan ini disambut oleh umat Islam adalah untuk mensyukuri rahmat Allah yang telah menurunkan seorang pemimpin yang unggul untuk mengubah suasana dan keadaan hidup manusia ke arah yang lebih cemerlang, bahagia dan berjaya.

Allah berfirman yang bermaksud:"Tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam."(Surah al-Anbia':107)Maka pada hari ini sukalah saya membawa pandangan di samping mempereratkan diri kita semua bahawa pesuruh Allah yang kita sambut hari kelahirannya itu tidak lain dan tidak bukan ialah kerana pertama sekali bertujuan untuk memperkuat keyakinan kita terhadap kerasulannya, kerana baginda s.a.w adalah satu-satunya Rasul Allah yang ulung dan mempunyai darjat kelebihan daripada nabi-nabi, rasul-rasul yang lainnya.
Untuk tujuan itu maka kita cuba perhatikan firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 253 yang bermaksud:"Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan tertentu) di antara mereka ada yang berkata-kata dengan Allah dan ditinggikan (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan.

"Yakni nabi s.a.w yang telah ditinggikan pangkatnya oleh Allah S.W.T dan dikurniakan-Nya dengan berbagai-bagai mukjizat terutamanya al-Quran al-Karim yang menjadi rahmat dan petunjuk bagi umat Islam seluruhnya jika diikuti ajaran kepimpinannya.
Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling kita cintai. Kita mencintainya kerana baginda adalah seorang yang mempunyai peribadi tidak ada tolok bandingnya. Rasa cinta kita kepadanya tidak cukup jika kita lahirkan dengan kata-kata dan sambutan yang berbagai cara, tetapi mesti juga dilahirkan dengan meniru jejak langkahnya terutama sifat-sifat peribadi yang mulia.

Kerana daripada sifat-sifat peribadi yang mulia inilah Rasulullah s.a.w disanjung tinggi bukan sahaja oleh umatnya tetapi juga oleh pencinta yang Maha Kuasa. Dengan sifat-sifat dan peribadi yang mulia inilah Rasulullah s.a.w dapat memandu manusia dan mengubah suasana kehidupan manusia ke arah yang lebih cemerlang dan lebih bahagia bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat tempat yang paling kekal..Sempena mengingati keputeraan junjungan Rasulullah s.a.w ini marilah kita menghayati sifat mahmudah Rasulullah SAW dengan sepenuhnya sebagai asas kejayaan hidup kita di dunia dan juga akhirat.
Tidak ada contoh yang lebih baik daripada apa yang kita ambil dari Rasulullah s.a.w.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik iaitu bagi orang-orang yang mengharapkan rahmat dan keredhaan di hari kiamat dan sebutlah nama Allah banyak-banyak." (Surah al-Ahzab:21)

Mari memperbanyakkan Selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw.

Syafaatkanlah kami Ya Rasulullah ,di Yaumul Mahsyar kelak..

Budak-budak pun dah melatah?

Assalamualaikum dan Alhamdulillah,nafas ini masih berdegup dengan rahmat dari Allah swt.

Posting kali ini adalah tambahan daripada e-mail yang saya dapat sebelum ini.Pengajian dalam Bahasa Inggeris perlu difahami dengan baik tanpa meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Ibunda.

Gambaran di atas menyatakan 'sesuatu' kepada kita yang mukallaf (dapat membeza hak & bathil) bahawa pengaruh Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan kehidupan sehari-harian anak-anak kecil amat besar,dari televisyen kepada filem yang dilihat,semuanya membentuk pemikiran anak-anak.Sepertimana pepatah Melayu,Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya.

Bagaimana persekitaran yang tidak dibentuk dengan persekitaran yang ada nilai-nilai akhlak mahmudah (baik) menghasilkan perkataan 'melatah' seperti diatas.Ya,kita akui budak-budak sahaja,apa yang nak dihiraukan...mereka tidak mengerti apa-apa.

Sayugia diingatkan,siapa yang mengajar mereka?Perlukah menuding jari kepada orang lain?Maka kesilapan ini perlu diperbetulkan oleh kita sendiri.Budaya berkata perkara yang sia-sia ini,sudah disemai dari kecil...maka tugas kita sebagai remaja,belia,orang tua...perbaiki diri.Jangan jadikan kesilapan ini sebagai kesalahan yang boleh menghukum anak-anak yang meningkat dewasa ini.

Tiap-tiap seorang di dalam dunia ini adalah penjga,pentadbir,pengasuh dan pemimpin menurut kedudukan serta kewajipan masing-masing di dalam lapangan hidup.Maka penjagaanya,pentadbirannya,pengasuhannya dan pemimpinannya,semuanya itu akan di soal,maka berwaspadalah!

Rasulullullah SAW pernah bersabda.....dan tiap-tiap kamu penjaga dan disoal atas urusan penjagaannya atau pentadbirannya.

Sabtu, 7 Mac 2009

MAK DAN AYAH ENGKAULAH PELITA HATI











Assalamualaikum dan alhamdulillah posting kali ini,
Adakah ibu bapa kita redha akan kita?Adakah mereka memaafkan dosa-dosa kita?
Teman-teman
marilah kita sejenak mengingat
kasih ibubapa yg tidak terkira
walaupun dirinya letih dan penat
namun di wajahnya tetap bergembira
cubalah bayangkan kasih ibubapa
yg mengasuh kita petang dan pagi

hanya dibayangkan banyaklah yg lupa
setelah dewasa tak terkenang lagi
wahai orang muda jgnlah lupa
taatlah kepada dua ibubapa
tanpa mereka siapalah kita
redha mereka redha Allah jua

jangan jangan

jangan anda menjadi anak yg dehaka
pada ibubapa
balasan di dunia dah byk terjadi

berbagai derita yg datang mernimpa
bila ibubapa telah di bawa pergi
menuju pusara meninggalkan kita
baginya permata tak berguna lagi
selain doa dari anak yg bertaqwa..

INFO SIHAT


Jadi mulai esok, makanlah taugeh.....
Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat Salah satunya ialah kanavanin ( canavanine ), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang ( osteoporosis )
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda .
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

Motivasi Roh,Menyentuh Hati..




ABU yA'LA MERIWAYATKAN;

"Wahai sekalian manusia,
menangislah,jika kamu tidak boleh menangis,
maka buat-buatlah menangis.
Sesungguhnya ahli neraka itu menangis di neraka sampai air mata mereka meleleh kepipinya bagai anak sungai.
Setelah air matanya kering lalu mengalirlah darah sehingga melukai mata"
(Dipetik drpd terjemahan Mukasyafah al-Qulub:karangan al-Imam Ghazali)

Saudaraku yang tercinta dan saudariku yang budiman,aku berdoa kepada Allah supaya kita semua diberikan kekuatan olehNya untuk kita menekuni apa yang pasti akan berlaku di Mahsyar.Saat tiada sesiapapun yang membantu hatta kaum keluarga atau kawan-kawan sendiri.Moga Allah memperbaiki kerosakan hati kita dan ditambah keimanan.Maha Suci Allah dengan memujiMu,aku bersaksi tiada Tuhan yang layak diibadahi selain Engkau,Selawat dan Salam terlimpah ke atas Nabi Muhammad SAW,juga keluarga Baginda dan para Sahabatnya yang Engkau Redhai...
Ameen Ya Rabbal ALamin.