Halaman

Sabtu, 15 Ogos 2009

ULAMA MUKTABAR : ASY-SYAHID SAYYID QUTB

ASY-SYAHID SAYYID QUTB




Sayyid Qutb adalah nama yang tidak asing di kalangan umat Islam. Beliau tidak hanya dikenali sebagai tokoh gerakan Islam (Ikhwan Muslimun) tetapi juga sebagai cendekiawan dan penulis Islam yang hebat. Cukup membuktikan kehebatannya itu apabila sesiapa membaca tafsirnya Fi Zilalil Quran (di bawah naungan al-Quran). Selain itu, Sayyid Qutb juga menulis beberapa kitab yang lain yang mendapat sambutan hebat kaum muslimin sejak hayatnya hingga ke hari ini, antaranya Ma’alim Fi at-Thariq (Petunjuk Sepanjang Jalan), Nahwa Mujtama’ Islami (Ke Arah Masyarakat Islam), Hazaddin (Inilah Islam) dan sebagainya.

Sayyid Qutb di lahirkan tahun 1906 di sebuah kampoug di Selatan Mesir. Sejak kecil beliau telah diasuh dengan semangat cintakan agama oleh kedua ibu-bapanya. Beliau dihantar untuk mempelajari agama dan menghafal al-Quran. Didikan agama ketika kecil ini amat memberi bekas kepada As-Syahid hingga ke zaman dewasanya. Walaupun pengajian-pengajian yang dilalunya di peringkat dewasa tidak takhasus di bidang agama, tetapi penghayatan agamanya cukup tinggi. Jika tidak sudah pastinya beliau tidak akan mampu menulis kitab-kitab yang begitu hebat terutamanya Fi Zilalil Quran. Dalam hal ini pentarbiahan ikhwan juga banyak memberi sumbangan selain kesan didikan semasa kecil itu.

Sayyid Qutb mula berkecimpung dengan jamaah Ikhwan pada tahun 40an. Sejak awal pengllibatannya, beliau menjadi pendokong yang amat aktif. Beliau tidak rela hanya sekadar menjadi pemerhati atau penyokong sahaja. Kerana itu dengan segala kebolehan dan kepakaran yang ada padanya –iaitu dalam bidang penulisan dan kesusasteraan– beliau berusaha bersungguh untuk menyedarkan kaum muslimin supaya bersama-sama Ikhwan Muslimin untuk berjihad dan berjuang mengembalikan kedaulatan Islam di muka bumi ini. Pada tahun 1950, beliau mula menulis Fi Zilalil Quran, kitab tafsir yang amat disanjung itu. Pada tahun yang sama juga beliau diamanahkan untuk menjadi pemimpin redaksi majalah rasmi Ihkwan iaitu “Ikhwanul Muslimin”,

Kegigihan Sayyid Qutb menimbulkan ancaman kepada Kerajaan Mesir ketika itu yang menganut fahaman Sosialisme, menyebabkan beliau ditangkap pada tahun 1954 dan dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun. Di dalam penjara, beliau diseksa dengan amat kejam hingga menimbulkan radang paru-paru yang amat teruk. Kerana kesihatan yang amat buruk, beliau dibebaskan pada tahun 1964 iaitu setelah 10 tahun dalam penjara. Pemerintah Mesir berharap dengan kesihatan yang buruk itu, Said Qutb tidak akan bergerak aktif dengan Ikhwan selepas dikeluarkan dari penjara. Apatahlagi umurnya ketika itu telah melebihi 60 tahun. Namun sangkaan mereka meleset. Said Qutb bergerak lebih aktif selepas dibebaskan.

Tidak sampai setahun dibebaskan, Said Qutb ditangkap semula iaitu pada tahun 1965. Pada kali ini, tidak lagi hukuman penjara yang mengikuti beliau tetapi hukuman gantung. Said Qutb telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah Tentera Mesir bersama dua lagi rakannya iaitu Muhammad Hawwasy dan Abdul Fattah Ismail. Tatkala mendengar hukuman ke atasnya dibaca, tidak ada tanda gelisah, takut mahupun rasa bersalah di wajahnya. Dengan tenang beliau berkata; “Al-Hamdulillah” kerana apa yang beliau idam-idamkan sekian lama telah dikabulkan Allah iaitulah mati sebagai seorang Syahid.

ULAMA MUKTABAR : SYEIKH 'ATIYAH SAQAR

SYEIKH 'ATIYAH SAQAR



Seorang ulamak al-Azhar. Lahir pada tahun 1914 (22 Nov.) di Kampung Bahanbay (بهنباي) yang terletak dalam Wilayah Zaqaziq (Mesir). Menghafal al-Quran ketika usia 9 tahun. Beliau banyak terlibat memberi fatwa di Televesyen, Radio serta akhbar-akhbar utama di Mesir. Beliau adalah anggota Majma’ al-Buhus al-Islamiyyah dan pernah menjawat jawatan Ketua Lujnah Fatwa al-Azhar semasa hayatnya. Telah menghasilkan lebih dari 30 buah buku. Antaranya karyanya ialah “al-Fatawa; Min Ahsanil-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam”.

ULAMA MUKTABAR : SYEIKH DR. WAHBAH AZ-ZUHAILI

SYEIKH DR. WAHBAH AZ-ZUHAILI



Seorang ulamak dari Syiria. Dilahirkan di satu daerah di Damsyiq pada tahun 1932. Pengajian menengahnya di Syria, kemudian ke peringkat Universiti di al-Azhar (Mesir). Memperolehi Ijazah ‘Aliyah (B.A) di al-Azhar pada tahun 1956 dalam bidang Syari’ah Islam. Kemudian menyambung pengajian ke peringkat M.A (tahun 1959) dan Phd (tahun 1963) di Universiti Kaherah (Cairo University). Sejak selesai Phd (tahun 1963) beliau menjadi pensyarah di Universiti Damsyiq dan pada tahun 1975 dianugerahkan gelaran Profesor. Beliau merupakan pakar dalam Ilmu Fiqh, Usul Fiqh dan Fiqh al-Muqaran (Fiqh Perbandingan). Telah menghasilkan banyak penulisan dalam pelbagai bidang ilmu Islam. Karya beliau yang termasyhur ialah al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu yang merangkumi semua bab Fiqh meliputi 9 jilid besar.Karya-karya beliau yang lain ialah;

1. Tafsir al-Munir
2. al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami
3. al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh
4. Qissah Quraniyyah
5. at-Tafsir al-Wajiz

(credit untuk Ustaz Adnan Fadzil)

ULAMA MUKTABAR : SYEIKH SA'ID HAWWA

SYEIKH SA'ID HAWWA




Syeikh Sa’id Hawwa tidak asing lagi bagi para pencinta gerakan Islam. Beliau merupakan ulamak dan tokoh dalam gerakan Ikhwan Muslimin. Nama penuh beliau ialah Sa’id bin Muhammad Daib Hawwa. Dilahirkan di kota Hamat, Syria pada tahun 1935. Penglibatan beliau dengan Ikhwan bermula sejak tahun 1952 iaitu ketika ia masih di Tahun Satu Sekolah Menengah. Pada tahun 1963 beliau tamat belajar di Universiti Syria. Di antara guru beliau ialah Syeikh Muhammad al-Hamid, Syeikh Muhammad al-Hasyimi, Syeikh Dr. Mustafa as-Siba’ie, Dr. Mustafa az-Zarqa dan ramai lagi.

Pada tahun 1973, beliau telah dipenjara selama lima tahun oleh pemerintah Syria (iaitu hingga tahun 1978) dan semasa dalam tempoh penjara itu beliau menulis tafsirnya yang terkenal iaitu Al-Asas fi at-Tafsir sebanyak 11 jilid. Syeikh Sa’id Hawa telah menghasilkan banyak karya penulisan yang menjadi rujukan kaum muslimin khususnya aktivis-aktivis Harakah Islamiyyah. Antara karya beliau ialah;
1. Allah Jalla Jalaluhu
2. Ar-Rasul
3. Al-Islam
4. Al-Asas Fi As-Sunnah (as-Seerah, al-‘Aqaid dan al-‘Ibadat)
5. Tarbiyatuna ar-Ruhiyah
6. Jundullah Saqafatan Wa Akhlaqan
7. Fi Afaqi at-Ta’alim
8. Fusul Fi al-Imrati Wa al-Amir
9. Hazihi Tajribati Hazihi Syahadati
10. Al-Mustakhlas Fi Tazkiyati al-Anfus

Antara sifat peribadi Syeikh S’aid Hawa yang menyebabkan beliau disegani kawan-rakan serta ulamak-ulamak sezaman dengannya ialah kezuhudan dan kewarakannya. Ustaz Zuhair asy-Syawisy dalam tulisannya tentang Sa’id Hawwa dalam harian al-Liwa’ yang diterbitkan di Jordan telah menceritakan; “….Saya pernah mengunjunginya di al-Ahsa’ ketika ia menjadi pengajar di al-Ma’had al-‘Ilmi. Saya tidak menemukan perabot di rumahnya kecuali sesuatu yang dapat memenuhi keperluan seorang yang hidup sederhana. Juga tidak saya temukan pakaian yang layak dipakai oleh ulama’ dan pengajar di negeri yang panas itu. Baju jubah yang dipakainya dari buatan Hamat yang kasar. Saya terus mendesaknya hingga ia mahu memakai beberapa pakaian putih dan ‘aba’ah (baju luaran) yang layak bagi orang seperti dirinya, tetapi ia mensyaratkan agar tidak terlalu longgar. Sedangkan makanannya, tidak lebih baik dari pakaian dan perabot rumahnya. Termasuk dalam kategori ini adalah sikapnya yang ‘mudah’ kepada orang-orang yang menerbitkan buku-bukunya baik yang telah mendapatkan izinnya atau tidak. Buku-bukunya telah dicetak berulang-ulang -dengan cara halal dan haram-, tetapi saya tidak pernah mendengar ia mempersoalkan hal tersebut. Ini termasuk sebahagian dari zuhudnya. Sesungguhnya akhlaq dan toleransi Sa’id Hawwa ini merupakan kebanggan dan teladan bagi orang lain. Inilah kesaksian yang dapat saya sampaikan.” (al-Liwa’, edisi 15/3/1989) Pada tahun 1987 M beliau diserang penyakit lumpuh di sebahagian badannya disamping penyakit-penyakit lainnya hingga terpaksa mengasingkan diri dari orang ramai dan kemudiannya dimasukkan ke hospital. Pada hari Kamis tanggal 9 Mac 1989, Syeikh Sa’id Hawwa kembali ke rahmatullah di Hospital Islam Amman, Jordan. Semoga Allah menempatkan beliau di tempat yang tinggi di dalam syurgaNya bersama para Nabi, para Siddiqin, Syuhada' dan Solihin.(credit untuk Ustaz Adnan Fadzil)

Selasa, 11 Ogos 2009

SMART SOLAT NSC

Assalamualaikum dan Alhamdulillah,

KEM SMART SOLAT NUR SYIFA' CENTER (NSC) DI ANEES RESORT,KUALA TERENGGANU.



Kem Smart Solat anjuran Nur Syifa' Center ini telah diadakan dengan kerjasama Fasilitator dari AuK dan KudQi serta Konsultan Cikgu Zainuddin.Safwan,iaitu sahabat saya telah mengalami demam pada hari program ini.Saya berpesan pada Safwan,sekiranya kita dapat mengaitkan demam dengan dosa kita.InsyaAllah ia akan cepat kebah.Demam pun datang dari Allah dan Allah jualah yang berkuasa untuk menyembuhkannya.Alhamdulillah,Safwan beransur pulih selepas itu.Dia memang positif untuk melawan demam itu.Ya,kekuatan minda juga penting.Positifkan minda anda.




Ustaz Abdul Rashid adalah individu yang cukup sibuk sewaktu program Kem Smart Solat ini.Alhamdulillah,atas semangat dan kesungguhan beliau menjayakan program ini.Ustaz Abdul Rashid mengingatkan saya kepada surah Muhammad ayat 7 :
Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

Sewaktu sesi santai dengan Ustaz Abdul Rashid,beliau juga ada menyentuh berkenaan ayat seribu Dinar,Allah akan memudahkan urusan kita dan mengeluarkan kita dari kesulitan bukan sekadar Allah akan memberikan kita rezeki yang tidak disangka-sangka tetapi nikmat sihat itu juga rezeki,ketenangan itu juga rezeki,kesabaran itu juga rezeki.Maha Suci Allah yang menjadikan segala sesuatu dengan penuh kebijaksanaanNya.Alhamdulillah,atas ilmu yang ustaz ajarkan.Jazakallah khairan khathira ustaz.



Cikgu Zainuddin,ini adalah kali ke-2 saya berpeluang bersama-sama berprogram bersama beliau.Cikgu Zainuddin mengingatkan saya berkenaan aura positif pada diri kita.Sebenarnya sekiranya kita hadir ke Masjid atau majlis ilmu aura positif pada tempat tersebut amat membantu badan kita untuk mengaktifkan kembali sel-sel dalaman badan kita yang lemah.




Beliau mengatakan sedemikian kerana hasil dari analisis dan pemerhatian beliau,sesuatu tempat yang positif auranya sukar untuk dihancurkan kerana orang-orang yang ada dalam tempat tersebut terdiri daripada mereka yang mengharapkan Maghfirah Allah.Kita lihat contoh di sebuah masjid di Indonesia yang tidak terkesan sedikitpun dari tsunami,walaupun semua bangunan di sekelilingnya runtuh.Ini kerana Allah menjaga HambaNya yang mengharap ampunanNya.





'Ustaz Nasa' nama panggilan kepada akhi Nasaruddin yang kini menyambung pengajian.Semoga akhi berjaya dengan apa yang dicita-citakan.Bot nelayan ini memberikan makna yang besar kepada saya kerana ia menggambarkan kejerihan nelayan yang mencari sesuap rezeki di laut luas.Siapa yang memberi rezeki?Allah SWT.Iman kepada Allah swt pada para nelayan untuk terus bertarung nyawa menghempas badai samudera meruntun jiwa saya.Semoga kalian terus tabah mencari rezeki halal.Para nelayan yang mencari rezeki yang halal adalah terlebih baik dari penguasa yang terus mengambil rasuah atau apa sahaja nama yang sebanding dengannya (politik wang).Mengharap pendidikan yang tinggi tanpa iman kepada Allah adalah satu perkara yang rugi kerana kita Hamba Allah yang pasti disoal oleh Malaikat Allah di alam kubur kelak.




Sesi suap-menyuap,setiap kali saya hadir dalam sesuatu program motivasi,pasti saya tidak akan 'melepaskan' modul ini.Jelas keceriaan dan ukhuwwah antara adik-adik sewaktu setiap kali sesi makan.Alhamdulillah.Kita perlu mengasuh dari kecil (rebung) agar adik-adik kita atau generasi selepas kita ini dapat menghasilkan perasaan ithar kepada sahabat yang lain.Perkara ini adalah kunci kepada kejayaan umat Islam.Ukhuwwah ini indah sahabat.



Tenaga kerja NSC,Staff fasilitator KudQi dan AuK serta adik-adik peserta yang ceria.

Padamu ada al-asrar yg mjd idaman mujahid,
t'singkap al-asrar padamu,
dimukadimahkan scebis makrifat.
jagalah humaira pd wajahmu,
jagalah nur wajahmu,
jagalah nur syuhudiah dqalbumu
jagalah akhlak nubuwwah pada perilakumu
moga2 kau menjadi mar'atus solehah..

Sekian,Motivasi Roh Menyentuh Hati;Pewaris Syurga Fidaus.

Sabtu, 8 Ogos 2009

H1N1

H1N1

Jangkitan virus influenza A(H1N1) telah menular di kalangan masyarakat kita dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh hal yang demikian, setiap anggota masyarakat perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan kita semua.
Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.
Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :
A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah
• Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
• Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
• Berehat secukupnya.
• Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
• Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
• Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).

B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah
1. Amalkan adab batuk yang baik
Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
2. Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
o Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
o Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
o Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
3. Jangan kongsi peralatan peribadi
Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
4. Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
o Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
o Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
o Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
o Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah
• Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
3. Sakit dada berterusan
4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
7. Rasa pening apabila berdiri
8. Kurang kencing