Halaman

Khamis, 10 September 2009

LAILATUL QADAR : REBUTLAH SEBELUM LUPUT

Assalamualaikum dan salam Al-Qadar buat teman dan juga sahabat yang sudi ziarah rumah usang ana ini,tiada apa yang menarik melainkan sedikit bingkisan yang ingin dikongsi buat bekalan meningkatkan Taqwa kita kepada ya Rahman.

Wujudkan mood untuk meningkatkan ibadah,sebelum jasad pinjaman ini dipulangkan kepada Rabb!

Lantang dan amat mengesankan.Pesan,sahabat ana sebelum ini.Hal ini berlaku kerana mood masyarakat Melayu di Malaysia kebanyakkannya seakan-akan hilang momentum pabila tiba penghujung Ramadhan.Media massa antara penyebabnya kerana memutarkan lagu-lagu raya yang membuatkan hati menjadi sayu dan pilu.Ramai yang berbelanja di pasar raya,membuat kuih,memasang langsir..sehingga tersasar dari matlamat untuk meningkatkan ibadah semaksimum mungkin pada hari yang tersisa ini.Teringat kampung halaman..Allahurabbi..

Maka datangnya entri kali ini untuk mengajak diri ana terutamanya untuk meningkatkan ibadah dan bukan untuk memperbanyakkan makan.

We are fasting not starving!

Silakan menjamu rohani kalian.... Jemputlah,boleh tambah dan berkongsi ilmu kalian (",)

Sharing is caring.

Antara tanda-tanda malam al-Qadar ialah :

1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Sesungguhnya bertuahlah bagi orang yang beriman iaitu mereka yang bersungguh-sungguh untuk bangun menghayati dan menghidupkan Ramadan. Hal ini kerana, pada sepuluh yang terakhir ini mereka akan didatangi satu malam istimewa iaitu lailatulqadar yang bermaksud malam al-Qadr.

Sesungguhnya ganjaran dan nikmat yang besar ini tidak pernah diberikan kepada umat-umat yang terdahulu melainkan kepada kita umat Nabi Muhammad s.a.w. Kemuliaan serta kelebihan lailatulqadar ini banyak disebut dalam hadis-hadis Nabi. Dalam al-Quran Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya kamilah yang menurunkan (al-Quran) pada malam al-Qadr. Adakah kamu tahu (wahai Muhammad) apakah malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr adalah lebih baik daripada seribu bulan. (Al-Qadr: 1-3)

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bermaksud: ``Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada satu malam. Amal ibadah yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.'' (Riwayat Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis Nabi yang lain, Nabi s.a.w. pernah menceritakan bahawa seorang lelaki daripada bani Israel telah diberi kelebihan oleh Allah Taala untuk beribadat sepanjang malam, kemudian berjihad menentang musuh pada siang harinya selama seribu bulan. Dalam cerita lain me-nyatakan, ada empat orang daripada bani Israel beribadah kepada Allah selama lapan puluh tahun dan mereka tidak melakukan maksiat atau keingkaran.

Ada di kalangan sahabat Rasulullah berasa hairan dan kagum dengan cerita tersebut dan kemudian Jibrail datang memberitahu Nabi s.a.w. bahawa Allah s.w.t. telah menurunkan yang lebih baik daripada itu, lalu dibaca surah al-Qadr
.
Para ulama berbeza pendapat bagi menentukan tarikh tepat LailatulQadar. Tetapi mereka bersepakat bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada bulan Ramadan terutamanya pada sepuluh malam terakhir. Pastinya ada hikmah tertentu mengapa Allah s.w.t. menyembunyikan rahsia malam tersebut daripada pengetahuan manusia. Di antara sebabnya kita dituntut agar bersungguh-sungguh beribadat sepanjang masa pada bulan Ramadan dengan tidak membezakan satu hari pun daripada yang lainnya.

Secara logiknya kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepada sembarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya cukup makan serta memilih malam tertentu sahaja. Mukmin yang benar-benar jujur, khusyuk dan istiqamah dalam beribadah akan berpeluang cerah untuk bertemu Lailatul Qadar ini. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a. berkata:

``Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: ``Ya Allah kami bermohon pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hamba-hamba-Mu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami.'' (Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).

Dalam masyarakat Melayu terdapat berbagai cerita mengenai tanda-tanda malam Lailatul Qadar ini. Kononnya, kejadian yang ganjil seperti air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk sujud ke bumi, malaikat turun berupa manusia dan sebagainya berlaku disebabkan kehadiran Lailatul Qadar. Kejadian itu tidak semuanya betul.

Imam Thabari menegaskan bahawa untuk menemui malam Lailatul Qadar tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan dapat melihat sesuatu atau mendengarnya. Amalan berjaga atau menunggu air paip menjadi beku wajar ditukarkan kepada amal ibadah yang berfaedah!




Lailatul Qadar - Rebutlah sebelum luput

Biasanya pada sepuluh akhir inilah, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat tidak lagi mendekati isteri-isteri mereka dan tumpuan lebih kepada memperbanyakkan amal ibadah di masjid seperti solat tarawih, solat tahajud, solat witir, sentiasa berzikir kepada Allah dan membaca al-Quran. Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah tersebut bukan hanya setakat diri baginda sahaja, tetapi baginda mengejutkan ahli keluarga bangun bersama-sama beribadah.

Dalam sebuah munajat, Nabi Musa a.s. pernah mengadu kepada Allah Taala: ``Ya Allah wahai Tuhanku! Aku ingin menjadi seorang hamba yang paling hampir sekali dengan-Mu.'' Kemudian Allah s.w.t. berfirman, Wahai Musa! Sesungguhnya Aku telah hampir dengan hamba-hamba-Ku yang bangun pada malam Lailatul Qadar.

Nabi Musa a.s. berkata lagi: ``Ya Allah ya Tuhanku! Aku amat mengharapkan sekali akan Rahmat-Mu itu.'' Allah s.w.t. berfirman pula: Wahai Musa! Sesungguhnya Rahmat-Ku itu adalah bagi mereka yang berkasih sayang dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap orang miskin pada malam Lailatul Qadar.

Nabi Musa a.s. bermunajat lagi: ``Ya Allah ya Tuhanku! Aku ingin sekali untuk melintasi titian Siratul Mustakim pada hari kiamat kelak dengan pantas seperti kilat yang menyambar.'' Firman Allah s.w.t., Wahai Musa! Sesungguhnya yang demikian itu engkau akan memperolehnya dengan memberi dan membanyakkan sedekah pada malam Lailatul Qadar.

Nabi Musa a.s. bermohon lagi: ``Ya Allah ya Tuhanku! Aku teringin sekali untuk berteduh di bawah pohon-pohon syurga-Mu sambil dapat pula memakan buah-buahnya.'' Firman Allah s.w.t., Wahai Musa! Sesungguhnya kamu akan memperoleh niatmu itu tetapi banyakkanlah bertasbih serta bersungguh-sungguhlah mengerjakannya pada malam Lailatul Qadar.

Nabi Musa a.s. berkata pula, ``Ya Allah ya Tuhanku! Selamatkanlah aku daripada azab neraka jahanam-Mu. Allah s.w.t. berfirman, Wahai Musa! Bermohonlah kamu kepada-Ku dengan beristighfar pada malam Lailatul Qadar sehingga ke waktu subuh.

Akhirnya Nabi Musa a.s. bermohon lagi, ``Ya Allah ya Tuhanku! Anugerahilah keredhaan-Mu itu buat diriku ini. Allah s.w.t. berfirman Wahai Musa! Sesungguhnya keredhaan-Ku itu adalah bagi orang-orang yang mengerjakan solat sunat dua rakaat pada malam Lailatul Qadar.

Beruntunglah kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. yang beroleh anugerah sebesar ini. Sesungguhnya rugilah pula orang yang sedikit pun tidak berusaha untuk merebut peluang ini sehingga luput bulan Ramadan. Sedangkan, Nabi Musa a.s. ketika hayatnya pernah bermunajat dan pernah memohon kepada Allah s.w.t. agar memasukkan Baginda dalam golongan umat Nabi Muhammad s.a.w.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

SEKIAN,MARI MENGEJAR SYURGA!

Rabu, 9 September 2009

MENGINTAI 10 MALAM YANG TERAKHIR

Assalamualaikum dan Alhamdulillah...

Ikhwanul Muslimin,saudaraku dalam Islam....

SEPULUH malam terakhir Ramadan akan bermula esok. Malam yang dilimpahi keberkatan dan keistimewaan harus direbut oleh umat Islam yang berpuasa.Ini kerana salah satu malam itu akan dinamakan lailatulqadar yang disebut lebih baik daripada 1,000 bulan.

Sepuluh malam terakhir Ramadan juga harus diisi dengan beriktikaf di masjid dan memperbanyakkan amalan termasuk membaca al-Quran dan menghidupkannya dengan berbuat ibadat.Rasulullah SAW sendiri memperbanyakkan ibadah pada malam 10 yang terakhir melebihi daripada malam-malam sebelumnya. Aisyah ra berkata; “Rasulullah SAW apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (tidak mencampuri) isteri-isterinya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan lailatulqadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). Pada malam ini diturunkan al- Quran sebagaimana firman Allah yang maksudnya, “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada lailatulqadar.” (al-Qadr, 1)Ibn Abbas berkata, Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari al-Luh al-Mahfuz ke Bait al-E’zzah yang terletak di langit dunia.

Kemudian ia turunkan secara berperingkat kepada Rasulullah SAW, selama 23 tahun.Lailatulqadar disifatkan lebih baik berbanding 1,000 bulan. Firman Allah bermaksud, “lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan”. (al-Qadr, 3)Pada malam ini juga disifatkan sebagai malam yang penuh berkat. Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan, ayat 4 bermaksud, “Sesungguhnya Kami turunkannya (al- Quran) pada malam yang diberkati”.

Pada malam itu juga turunnya Malaikat memenuhi bumi ini. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam itu. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah SWT yang maksudnya, “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”. (al-Dukhan, 4)Apa yang dimaksudkan melalui tafsir ‘urusan yang penuh hikmah’ itu ialah pada malam berkenaan Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang juga mengampunkan hamba- Nya yang menghidupkan malam-malam berkenaan dengan ibadah dan zikrullah (penghayatan terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah) penuh rasa keimanan dan pengharapan.


Nabi SAW bersabda, bermaksud: “Carilah lailatulqadar pada malam 10 terakhir Ramadan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).Rasulullah SAW bersabda lagi bermaksud: “Carilah lailatulqadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir”. (Riwayat Bukhari)Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai lailatulqadar berselisih pada waktunya, ini menunjukkan bahawa malam berkenaan berpindah-pindah pada setiap tahun.Oleh itu, setiap muslim tidak sepatutnya melepaskan peluang daripada memanfaatkan malam 10 terakhir Ramadan dan menghidupkannya dengan ibadah dan doa.

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah ra bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada lailatulqadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab, katakanlah ‘Allahuma inni affu’un karim tuhibbul afuwa fa’fuanni’”Satu lagi amalan yang sangat dituntut dilakukan oleh umat Islam pada 10 malam terakhir Ramadan ialah dengan iktikaf di masjid. Fadilat beriktikaf pada bulan Ramadan lebih banyak berbanding hari yang biasa. Maksud iktikaf di sini ialah mendampingi masjid untuk mentaati Allah SWT.Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan sehinggalah baginda wafat.

Isteri-isteri baginda turut beriktikaf bersama- samanya ketika baginda hidup dan meneruskan selepas baginda wafat.Syarat sah iktikaf ialah Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan. Iktikaf hendaklah dilakukan di masjidWaktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan. Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf ialah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.Perkara sunat yang dilakukan ketika beriktikaf ialah memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, salawat dan doa. Begitu juga menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.Perkara yang harus dilakukan ialah keluar daripada masjid kerana sesuatu hajat dan darurat seperti untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziarahi kematian atau orang sakit.Begitu juga hukumnya harus dan digalakkan jika mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.

Mendirikan solat fardu secara berjemaah di masjid memang digalakkan. Seseorang yang bersolat jemaah di rumahnya tidak sama berbanding berjemaah di masjid.Keutamaan jemaah di masjid ini sangat diberi perhatian oleh Rasulullah SAW. Pada zaman Rasulullah SAW, semua sahabat menunaikan solat fardu secara berjemaah di masjid. Pernah juga suatu ketika Rasulullah SAW sangat marah kepada mereka yang tidak mahu datang solat berjemaah dan baginda bersabda, bermaksud: “Kalaulah boleh, aku akan menyuruh semua kanak-kanak mengumpulkan kayu api agar aku boleh keluar mencari dan membakar rumah-rumah yang penghuninya bersolat di rumah mereka tanpa sebab yang dibenarkan.”

INILAH MEGA SALE DARI ALLAH...ANDA BUAT ANDA DAPAT!


Sekian,

Selasa, 8 September 2009

I FEEL GOOD


Mari berwajah Ceria ..

Abu Yazid Al Bustami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi
seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu
berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup
saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain
sudah lelap, saya masih bermunajat.Istri saya belum bangun, saya sudah
mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki Tetapi
mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah riak wajahmu .Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun
wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah,
salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang
curiga kepadanya.

"Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.
Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar,
tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk
berkeluh kesah.

Memang Tuhan telah menakdirkan manusia sebagai makhluk yang paling
indah. Bentuknya begitu sempurna, sehingga dipandang dari sudut manapun
manusia kelihatan cantik dan serasi.


Untuk itu hendaknya kurnia ini jangan dinodai dengan penampilan yang buruk, Kerana sebagaimana kata Rasulullah,"Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan." Namun
demikian tidak bererti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh mahupun dalam
sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah luntur
warnanya tapi senantiasa bersih.

Umar bin Khattab walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sangat
sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,
wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Riak wajahnya berseri.
Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu
pekerjaan adalah riak wajah yang ramah dan penuh senyum Bahkan
Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar
pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.Alangkah celakanya rumah
tangga jika suami istri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan
yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati
yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun
persoalannya niscaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga
sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Sekian,marilah berwajah ceria dan menggembirakan orang lain (",)

Ahad, 6 September 2009

KEK COKLAT MOIST


Kek Coklat Moist

Bahan-Bahan:
2 ½ cawan tepung gandum 1 cawan koko van houtten 2 sudu besar nescafe 1 camca teh sodium bikarbonat 1 buku butter 2 cawan gula kastor 6 biji telur (2 biji dibuang putih) 1 ½ cawan air

Cara:
1. pukul gula dan butter hingga kembang. masukkan telur 1 persatu.
2. ayak tepung, sodium bikarbonat, koko dan nescafe.
3. masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan butter.
4. campurkan air, kacau hingga sebati.
5. bakar di dalam oven selama 45 minit di suhu 180 darjah celcius.

Cadangan Hidangan:

hidangkan bersama topping coklat. cara membuat topping ialah dengan panas kan 1 cawan minyak. kemudian, masukkan susu pekat dan koko secukup nya hingga pekat.
P/S : Buat teman-teman,mari acu cuba try test buat kek ini.Sedap.Ana teringat masakkan kek coklat moist bonda,betapa sedapnya air tangan bonda.Tidak dapat diganti.Rindu bonda selalu.

SAJAK AL-QURAN




Waktu engkau masih kanak-kanak.............

kau laksana kawan sejatiku

Dengan wudu', Aku kau sentuh

dalam keadaan suci, Aku kau pegang

Aku,kau junjung dan kau pelajari

Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari

Setelah selesai engkau menciumku mesra


Sekarang engkau telah dewasa..............

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...

Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?

Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu

Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;

sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.


Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa

Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa

halaman.

Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....


Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu

Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia

Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,

Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...


Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka

surah2ku(Bismillah).

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi

Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu

Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu

Mengasyikkan.


Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja

Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........

E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan

Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu

Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku



Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.

Menonton siaran telivisyen

Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk

Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah

Waktupun cepat berlalu.........

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu

Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama


Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali

Itupun hanya beberapa lembar dariku.

Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu

Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku

Atau waktu kematian saudara atau taulan mu


Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba

Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya

Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?

Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu

Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t


Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...

Setiap saat berlalu...

Dan akhirnya.....

kubur yang setia menunggu mu...........

Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu


Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...

Di kuburmu nanti....

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.

Yang akan membantu engkau membela diri

Dalam perjalanan ke alam akhirat.

Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu

Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.


Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.

Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.

Yang berasal dari Allah Azzawajalla

Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah

Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.

Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.

Sentuhilah Aku kembali...


Baca dan pelajari lagi Aku....

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat

Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil

Di surau kecil kampungmu yang damai

Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....

Dalam bisu dan sepi....




SELAMAT MENGHAYATI HIKMAH NUZUL AL-QURAN,



SEKIAN,

Rabu, 2 September 2009

INILAH MASANYA YA AKHI WA UKHTI..



















Assalamualaikum dan Alhamdulillah..

Kian jauh ia meninggalkan daku,terasa betapa bernilainya detik itu.

Catatan ini di buat terutamanya sebagai tazkirah kepada diriku yang senantiasa sahaja alpa dengan kepantasan peredaran masa.

Wahai diriku,
Masa berlalu dengan cepat,secepat awan di langit dan selaju tiupan angin.Di saat-saat keseronokan,masa dirasakan berlalu begitu pantas sekali.Cuma di waktu kesedihan atau kedukaan datang melanda,maka masa yang berlalu di saat-saat begini dirasakan terlalu lama.Tetapi hakikatnya semuanya sama..

Wahai diriku,
Hidup ini berakhir dengan mati,
Panjang pendek..
Kesudahannya sama!

Aku bercita-cita supaya umur remaja ku berulang kembali...
Tetapi cita-cita hanyalah tinggal kenangan..
Masa yang berlalu pergi tidak akan dapat di ganti.

Akhirnya dunia ini akan ditinggalkan,kubur jua yang berdekatan.

Wahai diriku,
Masa itu adalah sahabat karibmu,
Menemanmu kala lahir lagi,dan tidak akan mati walaupun kamu tiada lagi!

Allahurabbi ia juga makhluk Ilahi,

Wahai diriku,
Tidak ada ertinya hidup ini,
Selain dari masa yang ada digunakan untuk beramal,
Semenjak dari lahir hinggalah ke saat terakhir!

Sewaktu jasad ini menghayun langkah meninggalkan dunia menuju ke alam baqa',di mana amal kamu?

Di saat semua yang terlibat bercita-cita dengan penuh harapan agar usianya disambungkan lagi untuk memeperbaiki dirinya dan cuba untuk mendapatkan semula masa keemasannya yang telah hilang.

Jasad in sudah terbujur kaku,mengeras di sudut sana.

Di mana amal kamu sebagai penolong sesudah mati?

Wahai diriku,
Janganlah harta benda melalaikan kamu,dan jangan sampai kawan-kawanmu,harta dan pangkat yang digelarkan kepada kamu , melalaikan kamu dari mengingati Allah.

Ingatlah kata putus dari ALLAH,

Dan tidak mungkin lagi Allah melewati ajal seseorang itu jika tiba masanya.Dan Allah tahu setiap apa yang kamu kerjakan (Surah Al-Munafiqun ; ayat 11)

Wahai diriku,
Adakah kau tidak pernah menyesal?

Melainkan penyesalan di setiap hari apabila jatuh mentari di ufuk barat,melabuhkan senjakala,semakin singkat umurmu,tetapi di mna pula amal soleh kamu pada hari ini?

Bertambahkah ia?

Wahai dirku,
Matanglah dalam mentadbir masa kerana ia lebih bahaya daripada tidak matang dalam menguruskan harta.Orang yang melanggar lampu isyarat boleh didenda sehingga RM300.00.Maka adalah lebih besar denda itu jika kamu sendiri yang melanggar masa yang ada dengan membazirnya begitu sahaja.

Di mana-mana sahaja kita dapat dengar dan lihat dengan mata kepala,tentang bagaimana orang-orang Islam membazirkan masa.Tiada siapapun yang boleh bertindak terhadap golongan ini selagi mereka tidak sedar dan insaf betapa bahayanya membazir masa!

Sungguh beruntung wahai diri,
Jika masa kosong ini diisi dengan pekerjaan yang baik.

Wahai diriku,
Mari kembali islah diri,

Masa itu hanya dua bahagia,
Untuk perhatian semua insan,
Masa yang berlalu buat peringatan,
Masa yang datang untuk renungan,

Pekerjaan hari ini ditangguh besok?
Kerana malas bukannya sibuk.
Siapa tahu hari besok,
Mungkin ajal datang menjenguk!

...Allahurabbi,kami telah menzalimi diri kami.Dan jika Kamu tidak mengampuni dan mengasihani kami,nescaya kami tergolong dalam golongan yang rugi! (aL-A'raf : ayat 23)

Sekian,