Halaman

Selasa, 23 Februari 2010

Salah Satu Cara Meraikan Maulidur Rasul selain berarak di jalanraya..

MEMAHAMI ISLAM MELALUI SIRAH NABI


Tujuan mengkaji riwayat hidup Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam ini sama dengan membaca dan menelaah sejarah para tokoh yang lampau.

Tujuan pokok daripada kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin (de fakto) Islam semuanya teradun di dalam kehidupan Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu.


Tegasnya, kajian riwayat hidup Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam, kemudiannya memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam.

Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini, maka bolehlah dibahagikan seperti berikut;

1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana hidup baginda sendiri. Kesimpulannya, Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam itu bukan sebagai manusia pintar tetapi baginda adalah pesuruh Allah Subha Nahu Wa Ta'ala yang menerima wahyu dan taufik daripadaNya.

2. Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap lapangan hidup yang harmoni, untuk dijadikan sebagai dasar-dasar hidupnya. Andaikata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik yang bersifat universal, mereka akan dapat semuanya di dalam kehidupan Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam, maka tidak hairanlah mengapa Allah Subha Nahu Wa Ta'ala menjadikan Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam sebagai contoh kepada umat manusia. Untuk demikian maka Allah telahpun menegaskan di dalam kitab suciNya yang bermaksud;


"Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu terdapat contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu." (Al-Ahzab:21)

3. Semoga kupasan tentang kehidupan Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam boleh menolong manusia memahami dan mengecapi isi kandungan Al-Quran lantaran banyaknya ayat-ayat yang dihurai dan ditafsirkan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam.

4. Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan sebanyak mungkin perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar samada pengetahuan bersangkutan dengan 'aqidah kepercayaan, hukum hakam atau tatasusila. Lebih tegas lagi penghidupan Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam adalah satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukum-hukum Islam.

5. Membolehkan para pendidik serta penda'wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistem pendidikan dan pengajaran yang sihat kerana Muhammad SallaLlahu 'alaihiWasallam sendiri adalah sebagai pendidik, penasihat, guru dan penunjuk yang utama, tidak pernah membuang masa begitu sahaja malah sentiasa mencari dan menyiasat jalan-jalan dan sistem-sistem pengajaran yang terbaik dalam berdakwah.

Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam ini mampu dan berupaya memenuhi matlamat-matlamat yang di atas ialah kerana sejarahnya lengkap dan meliputi segenap bidang kehidupan samada dari segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan; samada ianya sebagai seorang individu yang bebas atau sebagai seorang anggota masyarakat yang cergas

COP MOHOR NABI MUHAMMAD SAW KEPADA RAJA-RAJA

Sejarah Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menghidangkan kepada kita sejambak contoh utama bagi seorang pemuda yang waras, pribadinya dipercayai orang di kalangan keluarga dan sahabat; seorang manusia yang menyeru manusia ke jalan Allah secara lemah-lembut dan bersopan-santun; seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah; seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar; seorang suami yang halus pergaulannya; seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan terhadap anak dan isteri; seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan teknik stategi persediaannya dan seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah, keluarga dan sahabat handai (RadiyaLlahu 'anhum ajma'in).

Tidak syak lagi, bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menyamai memahami semua sudut kemanusiaan.

Rujukan: Fiqh as-Seerah Jilid 1,

Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti

Ikatlah ilmu dengan menulisnya..۩

Khamis, 11 Februari 2010

Ungkapan Keji Buat Fitrah Yang Suci


Assalamualaikum wrt wbt

Baru-baru ini isteri saya yang sedang mengajar murid tahun 5 di sekolahnya, dikejutkan dengan soalan ‘cepu emas’ oleh seorang murid lelaki. Soalannya ialah ; “muallimah (guru perempuan), liwat tu apa yek?” Dalam keadaan terkejut, isteri saya bertanya ; “heh, awak dengar kat mana perkataan tu?” Jawab murid terebut ; “tu dalam tv, surat khabar ada sebut liwat.. liwat tu?”…. tergamam isteri saya dan dia tidak mampu menjawabnya.

Selesai sahaja isteri saya bercerita kepada saya tentang perisriwa tersebut, dia pula bertanya ; “abang rasa macamana nak cerita kat budak-budak tu yek?” saya pula tergamam, tidak mampu menjawabnya. Kalau anda di tempat isteri saya macamana? Ada cadangan jawapan?

Lelaki suka lelaki? Lelaki ‘buat’ sama lelaki? Atau lelaki ‘memasukkan’ x@#$&.....?Apa jawapan yang lebih berlapik bagi anda?.

Saya pun sebenarnya tidak mampu menjawab soalan tersebut. Apa yang saya tahu, media massa sepatutnya lebih beradab dan beretika. Kalau pun orang politik sudah hilang moralnya, janganlah orang media pula terikut-ikut semata mencari keuntungan... biar kita menjadi lebih bertanggungjawab... Liwat adalah isu besar dan memalukan. Tuduhan liwat pula adalah bencana besar yang bisa menghancurkan maruah orang yang tertuduh. Biarlah pihak keselamatan atau institusi keadilan yang menyiasat dan membicarakan isu besar tersebut. (semoga keadilan benar-benar dapat ditegakkan...)

Janganlah pula orang media yang berlebih-lebihan menceritakan situasi peristiwa rogol berlaku hingga menjadi panduan kepada bakal perogol dan peransang kepada orang yang bernafsu buas. Begitulah juga... janganlah galak mengarang dan melapor berita melondehkan keaiban orang lain sehingga akhlak dan akal budi anak-anak kecil kita juga akhirnya terlondeh! Mereka masih terlalu suci fitrahnya untuk dikotorkan dengan maklumat sekeji kalimah ‘liwat’.

kredit untuk ustaz : www.hazmidibok.blogspot.com


"ISLAM DI DAHULUKAN SYARIAT DI UTAMAKAN"
 

Sabtu, 6 Februari 2010

MELIHAT CERMIN : MELIHAT DIRI


Alhamdulillah,semakin hari masa menghimpit diri...24 jam masa yang ada umpama 24 minit.Putaran masa yang masa yang cukup pantas.Namun 24 jam ini juga masa yang ada untuk semua makhluk Allah SWT termasuk diri kita untuk menyelesaikan tugas dan tanggunggjawab sebagai anak,ayah,ibu,pelajar,pensyarah,ustaz,ustazah dan berbagai deskripsi lain yang menyatakan kita ini adalah lemah dan bergantung harap kepada Allah SWT.

Sampai tidak sempat untuk melihat cermin diri,kali ini akhi membawakan teks-teks ringkas sebagai cermin diri kita.

Sebentar,mari kita mencermin diri..


1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.



Sudah bercermin...apa kata hati?

Tanya iman hari ini.

AKHI FIRDAUS @ http://www.abangmodul.blogspot.com/