Halaman

Khamis, 12 Mei 2011

Teknik Afirmasi Kejayaan Hingga Infiniti - A.K.H.I

Berkata Sifu , Tuan Rizal Hassan yang amat manis orangnya semanis ais krim kesukaannya ,branding saya ialah A.K.H.I dan SENYUMAN tiga yang terlakar di wajah.Itulah saya AKHI FIRDAUS.

"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut .." (QS. al-A'raf : 55)


Saya mahu buktikan bahawa semua ilmu yang melata di langit mahupun bumi ada dalil dan hujahnya di dalam Al-Quran dan sunnah Muhammad bin Abdullah,kekasih Allah yang Maha Penyayang,Rasulullah SAW.Ia adalah penegasan kepada kenyataan bahawa Al Quran mendahului sains dan fikiran manusia.

Maha Suci Allah yang menciptakan segalanya dalam keadaan yang cukup sempurna.

Begitu juga dengan teknik A.K.H.I. - Afirmasi Kejayaan Hingga Infiniti.

Sebuah afirmasi,fikiran melalui pilihan perkataan yang terbaik dan tindakan yang dilakukan pasti menghasilkan kejayaan.Mari kita lihat sirah nabawiyah dalam konteks afirmasi.

Maha Benar Allah dalam setiap peristiwa yang menjadi rakaman sejarah yang termaktub zaman berzaman hingga kita semua kembali menghadap Allah SWT kelak.

Di dalam peperangan Ahzab,contoh yang paling jelas Rasulullah SAW kesayangan ummah telah memberikan penegasan dengan memberi afirmasi positif kepada para tenteranya.

Sabda baginda S.A.W kepada tentera Islam :
"Kota Constantinople pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya".


Saya cukup terkesima dengan sejarah pembukaan kota Constantinople ini.Moga tuan puan boleh membaca sejarahnya dari Ustaz Syaari Abdul Rahman dalam bukunya Kuasa Kepimpinan Al Fateh.Terbitan PTS.Beliau juga baru dikurniakan cahaya mata puteri.Tahniah diucapkan kepada beliau dan zaujah ,didoakan suasana solehah sentiasa menyelimuti pembesaran anakandanya.InsyaAllah.


Penegasan yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan niat yang penuh yakin untuk berjaya,tatkala itu umat Islam tidak punya negara sendiri.Malah kota Constantinople ketika itu adalah kota yang mempunyai prasarana yang hebat.Tembok yang kukuh,sukar untuk dilepasi kerana ketinggian dan ketebalan.Malah berlokasi strategik.Untuk mendapatkan kota Constantinople adalah seperti jauh panggang dari api.


Namun,Rasululullah SAW memberikan keyakinan yang penuh terhadap perkara ini,hingga perkara ini,pembukaan kota Constantinople benar-benar berlaku.Tidakkah ini satu bukti afirmasi , penegasan diri yang bertitik tolak dari kemahuan yang kuat serta dijelmakan dan dinyatakan dengan tindakan berstrategi yang telah di susun dengan cukup baik oleh Sultan Al-Fateh?
Maha Suci Allah yang Maha Membuktikan Segala Kebenaran dan Maha Mengabulkan Segala Hajat.
Bagaimana pula dengan kisah gelang Maharaja Kaisar?
Tsuraqah bin Malik,seorang Yahudi telah cuba mengejar  Rasulullah SAW,bersama pedang terhunus,kuda yang pantas berlari.Namun cubaannya tidak tercapai seperti apa yang beliau cita-citakan.Beliau jatuh menyembah bumi sebelum sempat .
Lemah longlai Tsuraqah kerana kemahuan asal yang kuat untuk terus mencederakan Rasulullah SAW tidak kesampaian kerana telah tiga kali beliau jatuh dan rebah bersama kudanya sewaktu di pertengahan jalan.

Jiwanya lemah , kemahuannya menikus .Suaranya perlahan memanggil Rasulullah SAW agar menolong beliau yang rebah itu.

Hampir Rasulullah SAW ke badan Tsuraqah dan berkata: "Hendakkah kamu jika aku hadiahkan kamu dengan Gelang Maharaja Kaisar? iaitu kamu hendaklah beriman kepada Allah S.W.T".

Diam seribu bahasa.Kelu tidak berkata.Tertunduk malu,kembali ke Makkah.
Di usia emasnya,apa yang dikatakan Rasulullah SAW itu benar-benar terjadi setelah beliau mengucap syahadah.Tatkala zaman Saiyyidina Umar Al Khattab yang telah berjaya menakluk Rom dan Parsi.
Akhirnya gelang maharaja Kaisar itu diberikan sendiri kepada Tsuraqah.


MasyaAllah,penegasan dan kemahuan serta doa dari afirmasi yang dikatakan oleh Rasulullah SAW itu benar-benar terjadi.

Suka untuk saya nyatakan di sini,kita adalah apa yang kita percaya.

Maka berfikirlah seperti seorang juara!
Kejayaan yang dicapai adalah dari niat yang jelas,divisualisasikan dengan terang di dalam minda.
Tetapkan matlamat,kerana teknik A.K.H.I  ini bergantung kepada anda.Bagaimana anda mencerap sesuatu dengan penuh pemusatan.Bulatkan tekad dan tulislah afirmasi positif anda setiap hari.Bukakan minda bawah sedar anda untuk menerima bahawa anda adalah yang terbaik dan pasti menjadi yang terbaik dengan segala usaha yang dilakukan.
                                                         
Sungguh positif! Ustaz Azhar Idrus yang sentiasa meranumkan kefahaman terhadap kecintaan beragama fitrah kepada masyarakat Malaysia.


Bagi saudara dan saudari yang ingin mengetahui dengan lebih perkara ini,saya mencadangkan agar dapat mengiktuti program A.K.H.I ini.InsyaAllah,kita berkongsi afirmasi.Kuat menguatkan satu sama lain.Hasilnya,kita mahukan keluarga yang bahagia.


Moga ramuan sirah tadi,memberikan makna bahawa segala ilmu itu datang dari Allah dan kita hanya menyampaikannya untuk kebaikan bersama.


Mari kita mula cipta afirmasi kita hari ini,

Saya adalah orangnya.Saya dapat membantu ramai orang lain menjadi kaya dan berpengaruh pada tahun 2011 menggunakan konsep A.K.H.I .Saya pasti Allah sentiasa sahaja memperkenankan permintaan ini dan kini saya merasai doa itu dikabulkan kerana saya adalah apa yang saya percaya.Terima kasih Allah!
 
Ikatlah ilmu dengan menulisnya,
Akhi Firdaus 2011

Isnin, 9 Mei 2011

APA Y NG HIL NG D LAM HID P ANDA ?

Baru-baru ini, saya telah bertanya pada diri sendiri "Apakah rumus sederhana untuk kejayaan yang saya boleh aplikasikan?" Saya ingin rumus yang mudah diingat dan yang berkesan.

Ini dia dalam tiga langkah sederhana:
1. Tentukan keinginan anda.
2. Tanamkan keinginan anda dalam fikiran bawah sedar anda.
3. Mengambil tindakan cekal dan konsisten.

Tuliskan formula ini dalam kad kecil dan lihat formula ini beberapa kali sehari selama 40 hari berikutnya dan melihat apa yang terjadi.

Ya benar,jadikan ia amalan.Sedikit dan berterusan.Kejayaan pasti datang.

Bagi mencapai perkara tersebut , pastikan keinginan anda. Kebanyakan orang hanya berangan-angan dan melamun dengan keinginan yang tidak pasti.


Fikirkan tentang bagaimana sebuah rumah hendak disiapkan.Perlukan plan rumah.Perlukan saff arkitek.Perlukan berapa bilik.Tulis dengan spesifik dan terus lakukan proses pengiraan harga rumah dan tahun siapnya.

Maka,matlamat keinginan itu menjadi jelas.Aplikasikan ia dalam keinginan yang anda mahu.

Mahu bekerja?
Bila?
Majikan?
Di mana?
Mereka yang perlu dihubungi?
Persiapan awal?
Soalan jangkaan temuduga?

Selepas anda mendefinisikan keinginan anda, anda perlu menanamnya kuat dalam fikiran bawah sedar anda. Pengulangan sangat penting pada saat ini. Dalam pengalaman saya, afirmasi ditulis digabungkan dengan visualisasi dan latihan mental adalah alat terbaik untuk memulakan proses. Ini termasuk meninjau dan menyempurnakan keinginan bertulis anda, gambar, dan lain lain sampai semuanya jelas.

Afirmasi dan visualisasi adalah alat asas yang digunakan di seluruh proses reka cipta.Alat ini digunakan untuk membuat semua alat-alat lain yang anda perlukan untuk mencipta apa yang anda inginkan.Dan anda harus mengambil tindakan gigih untuk mendapatkan apa yang anda inginkan.

Sebuah tujuan yang selaras dengan keinginan anda secara keseluruhan.

Berikut beberapa pertanyaan besar:
Tindakan apa yang boleh anda ambil dalam masa 24 jam berikutnya untuk bergerak ke arah pencapaian tujuan itu?

Apakah kebiasaan FIKIRAN YANG BOLEH ANDA ADAPTASI DALAM HIDUP ANDA?

Jumpa anda di puncak kejayaan,
Akhi Firdaus

Makluman : Kepada mereka yang telah mendaftar dan ingin mendaftar di Program motivasi cuti sekolah A.K.H.I pada 03-05 Jun 2011, pohon rujuk FB IN SAFF TRAINING MANAGEMENT  CONSULTANCY Terima kasih.

Rabu, 4 Mei 2011

Afirmasi & Kebaikannya untuk Anda

Assalamualaikum dan selamat berprogram motivasi di Kem AKHI,

 

Afirmasi Kejayaan Hingga Infiniti :  Kebaikan berkata perkara yang positif tidak dapat disangkal lagi.Ia terbukti hasil kajian demi kajian yang dilakukan terutamanya kepada 'air' yang di bacakan dengan bacaan yang positif.Apatah lagi,jika diungkap kepada individu lain.Contohnya,''Wah! Rajinnya anak ayah mengemas rumah  dan membuat kerja sekolah.Ayah suka! Pasti,bertambah rajin anak tersebut selepas ini.Yakinlah.

Maka,teknik AKHI ini bakal merungkaikan tekanan dan menyuburkan kejayaan kerana melalui teknik AKHI saranan minda positif disuburkan dalam jiwa saudara.Kita memberi maklumat positif kepada minda untuk mengecap kejayaan.

Apabila kita melihat matahari yang hampit terbenam di sebalik dedaunan pepohon kelapa,kita menyebut Subhanallah,cantiknya.Wajah kita senyum dan hati kita tenang melihat perkara tersebut.Kita memuji-muji kejadian yang telah Allah ciptakan sebegitu cantik.Tatkala itu,kita berada dalam keadaan relaks dengan penyataan tersebut.

 Afirmasi dapat meningkatkan kuasa minda separa sedar. Selain afirmasi, kuasa minda separa sedar dapat dipertingkatkan melalui kaedah gambaran minda dan visualisasi yang kita bayangkan.


Contoh terbaik afirmasi untuk diri ialah dengan menggunakan perkataan SAYA.

Saya yakin boleh melakukan larian 100 meter ini dan berjaya mendapat tempat pertama.InsyaAllah.

Saya mahu membantu orang lain menjadi berjaya dalam kerjaya pada tahun 2011 dengan teknik AKHI.

Saya tahu bahawa semua proses kejayaan sedang berlangsung dan saya perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai target menjadi kaya iman dan semuanya.

Itu antara yang saya praktikkan dan ia amat membantu meningkatkan kuasa minda.Akhirnya,fikiran  mendorong jasad untuk menzahirkannya.

Sungguh,ia adalah teknik pengulangan yang baik untuk diri.

Cubalah.
 
Afirmasi Kejayaan Hingga Infiniti,
-Akhi Firdaus-

*blog ini akan bertukar url sedikit masa lagi.

-Nantikan Program Motivasi Cuti Sekolah AKHI pada 03-05 Jun 2011 dan dapatkan maklumat lanjut melalui flyers yang di berikan.

Budayakan 5S




5S

SISIH
Sisih barang barang yang tidak diperlukan dan buangkan secara sistematik.

SUSUN
Susun barang barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah diambil dan dikembalikan.

SAPU
Bersihkan tempat kerja dan pastikan tiada kekotoran dilantai ,mesin dan peralatan.

SERAGAM
Pastikan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih mengikut peraturan.

SENTIASA AMAL.
Amalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya organisasi.

Kebiasaan yang dilakukan akan mengubah tabiat seterusnya akan menbudayakan kerja yang efisien.

Sekarang ? Mari kita laksanakan bersama.

Ayuh !

Salam Afirmasi Kejayaan Hingga Infiniti.
-Akhi Firdaus-







Solat , Solat , Solat .