Halaman

Isnin, 30 Mac 2009

Siapa Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah???






Mustafa Kamal Atatürk Laknatullah 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin .

Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt..

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah
:1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasagatal-gatal seluruh badan
.2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi
.4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjeritsehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahanmendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam danakhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya .

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk Laknatullah telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk Laknatullah!


"Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri..
Motivasi Roh,menyentuh Hati...

abangmodul.blogspot.com.


WALLAHUA’LAM..

Sabtu, 21 Mac 2009

Kenangan Semasa Saya Kecil




























































Assalamualaikum dan Alhamdulillah posting ini,

Kita imbau kembali nostalgia semasa kecil-kecil dahulu..Ahaks (,”)

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Kickers, Woody Woodpecker, Chipmunks dan Mickey Mouse. Tidak lupa Ultraman,Suria Baja Hitam,He-Man, Ninja Turtles, Maskman, Flashman, Smurfs dan Voltron serta Gaban.

Berus gigi semasa waktu rehat di sekolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan mencangkung di tepi parit dengan rakan-rakan kelas semua disebelah. Ingat tak,akak klinik gigi, di sekolah masuk kelas dengan janji temu pergigian. Selepas itu bunyi gigi rakan kita kena gerudi kat bilik sebelah.Ada gigiyang berlubang kenalah tampal.
Cikgu-cikgu kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.Pukul tapak tangan... kan ?Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen sahaja di kantin.Program susu sekolah UHT?Dapat tak?Semasa sekolah menengah, mesti beli kasut sekolah jenama Bata BM Turbo atau Pallas Jazz, ada yang suka kasut high-cut (Pai CHI) yang buatan China tu...adayang suka stoking tebal lah,pastu gulung-gulung stoking...
Internet? Email?Apa tu?CD? ape tu? kaset tape pernah laa dengar.
.
KitA peRgi kedai runcit, beli Tora datang lagi,Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dalam kotak, Bila dah abih exam, main Monopoly, Donkey, Happy Family lah dalam kelas.
Tapi bunyi loceng,kringggggg.. yang paling best sekali. Boleh beli aiskrim kat luar sekolah,nyum..nyum..Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan kerja sekolah, sebab nak pergi makan. Kawan-kawan yang dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal. Heheheh...kekadang ada juga yang dapat RMT ni kena pau dengan kawan-kawan lain.... Lagi satu yang seronok semasa Pendidikan Jasmani, PJ,main bola lah,rounders lah...Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim,
Pepsi Cola one-two-three') , 'Police & Sentry',main kejar2 duduk,main pondok-pondok,main kahwin-kahwin,main galah panjang,main sorok-sorok...

Kita hilangkan dahaga dengan aiskrim Polipong 10 sen .Tiub aiskrim, ada banyak-banyak warna tu,kalau nak makan, kena patahkan di tengah-tengah tiub aiskrim.Lipat kertas kecik2, lepas tu buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.

Mari kita muhasabah kembali,masa kita kecil-kecil dahulu,kita banyak dilalaikan dengan perkara yang sia-sia.Masa kecil-kecil dahulu,banyak perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan.Kita bandingkan bagaimana Saiyyidina Ali semasa kecil lagi,menjadi penolong kepada Rasulullah saw.Beliau di dedahkan dengan suasana Islam.Diasuh dengan acuan Islam.Kita pula,setelah membesar baru sahaja hendak mencari Islam,mengamalkan Islam.Mesti anda tersenyum menbaca kenangan ini,Kini ramai sudah yang berkahwin.Bagaimana kita boleh mengubah suasana ini kepada generasi yang bakal memimpin negara?

Suasana yang lebih ilmiah dengan cara dan panduan Islam.Biarlah masyarakat antarabangsa memandang kita sebagai konservatif ataupun apa sahaja nama lain.Sekiranya dihimpunkan keseluruhan makhluk di bumi untuk mencerca kita kerana mahukan jalan yang diredhai ALLAH SWT,itu terlebih baik kerana kita disayangi ALLAH SWT untuk membantu agamanya.Redha ALLAH mengatasi segala-galanya.
Kita berharap agar masyarakat Islam di Malaysia dapat mendepani perkara ini,betulkan kesilapan dalam mendidik anak-anak.Kita kembalikan didikan agama yang bermula dari rumah tidak semestinya dari sekolah sahaja.Jadikan diri kita sebagai individu Muslim agar dapat kita membentuk keluarga Muslim seterusnya masyarakat Muslim kemudian Negara Muslim yang mengamalkan sepenuhnya undang-undang Islam lantas dapat membentuk Kesatuan Daulah Islamiyyah dan akhirnya Islam yang sejahtera,indah dan rahmat sekalian alam ini kembali menguasai bumi dengan rahmat ALLAH melalui Ustaziatul Alam.
Apa yang penting kita perlukan Rahmat dan Redha ALLAH,ia bermula dari Hati kerana baik Hati maka baiklah pemilik hati..
Mudah-mudahan Motivasi Roh,Menyentuh Hati…

Wallahua’alam.
Ikatlah ilmu dengan menulisnya,
abangmodul.blogspot.com.

Khamis, 19 Mac 2009

PAPAN TANDA HIDUP KITA?


Assalamualaikum dan Alhamdulillah dapat lungsuri blog lagi..

Saya teringat papan tanda berlepas di lapangan terbang sewaktu saya ingin berlepas ke Kuching,Sarawak sewaktu program Lambaian Kenyalang ketika pengajian dahulu.
Papan tanda memainkan banyak peranan dalam kehidupan kita.Papan tanda yang betul menunjukkan sesuatu destinasi.Bagaimana dengan papan tanda yang kita gunakan?Adakah ia betul?

Sengaja saya ingin menarik perhatian sahabat-sahabat siber,banyak perkara yang kita ikut membuta tuli,taklid tanpa usul periksa sahaja tanpa menggunakan panduan yang sebenarnya.Kini,berapa ramai yang berkata perkara berkaitan dengan undang-undang Islam tetapi dia sendiri bukan ahli undang-undang.Malah menyebarkan berita angin sahaja.Berkata bukan dari ahlinya.Sekiranya dia seorang yang faqih dalam bidang ekonomi maka janganlah di tanya mengenai bidang masakan.Biarlah chef yang pakar menjawab tentang masakan dan memasaknya.Itu terlebih baik kerana dialah selayaknya menjawab mengenai masakan.

Namun begitu,kedapatan dewasa kini…masyarakat mudah ditipu dan percaya dengan dunia yang sentiasa menjanjikan kemanisan dan kemewahan.Kita ambil contoh yang ada,berkaitan dengan kehidupan kita sehari-harian,bagi wanita Muslim,menutup aurat dengan mengikuti syarat-syaratnya tiada kompromi.Ia wajib kerana ia ada nas dalam Al-Quran.Oleh itu,sekiranya MUSLIMAT itu tidak menutup aurat sedangkan MyCard nya ditulis ISLAM.Apakah yang perlu kita panggil kepadanya…Perempuan?Maka di sini sama sahaja bagi perempuan ini dengan perempuan yang mengikuti ajaran Buddha,Hindu,Kristian.Sama! Sama kerana tidak menutup aurat.

An-Nuur ayat 31 [24.31] Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung

Bagaimana?Perkataan Muslimat itu juga frasa kata yang baik.Sejuk hati mendengarnya.Berbeza dengan perempuan..apatah lagi betina! Agak kasar kan…Apa yang saya ingin tekankan ialah,panduan kita ,papan tanda yang kita perlu ikuti adalah Al-Quran,As-Sunnah,Ijma’ Ulama’ dan Qias.

Apalah kiranya papan tanda panduan yang lain?Sebanding dengan perkara tersebut…Dunia menipu dengan mengatakan apabila melihat wanita yang tidak bertudung itu cantik.Walhal cantik kerana tabarruj pada zahirnya.ALLAH SWT,tidak membeza-beza warna kulit,pangkat,keturunan dan sebagainya.Nilaian dari ALLAH SWT Ialah TAQWA.

Sebagaimana panduan dari buku manual mesin basuh,tatkala mana kita membeli mesin basuh,buku panduan mengatakan kita perlu berpusing ke arah kanan dan mesin basuh akan berfungsi dengan baik.Sebaliknya apabila dipusingkan ke kiri,pastilah tidak berfungsi dan akan rosak.Sepertimana itu juga,panduan kita Al-Quran,maka kita perlu gunakan panduan ini untuk kebaikan umat.Bukan sekadar dihafaz dan dialunkan.Jauh sekali dijadikan hiasan tetapi ia perlu dijadikan panduan yang perlu diikuti.

Kita melihat papan tanda dari Kuantan ke Temerloh lebih dari 90 KM,maka perlulah kita membuat bekalan sewajarnya ke sana,agar sampai ke Temerloh dengan suasana yang baik.Begitulah juga,kita menuju ke akhirat,maka bekalan amal yang banyak perlu dibawa,marilah kita bersedia ketika di dunia ini,sebelum maut menjemput kita.

Oleh itu,terutamanya diri saya,menyeru agar kita bertaqwa kepada ALLAH SWT dan melihat papan tanda yang Nabi Muhammad saw telah tinggalkan kepada kita untuk kita ikuti.Marilah kembali kepada ISLAM..Kembali kepada fitrah bermakna kembali mendapatkan redha ALLAH SWT.

Wallahua’lam.

Ringkas untuk peringatan diri ini..Ikatlah ilmu itu dengan menulisnya.

Motivasi Roh,Menyentuh Hati…

TAHNIAH ANAK SULUNG!







Assalammu'alaikum dan Alhamdulillah posting ini,



TAHNIAH ANAK SULUNG!

Saya dedikasikan posting ini untuk anda di luar sana yang bakal bergelar ibu dan ayah,khususnya rakan-rakan saya.Selamat menjadi ibu dan ayah (,”)

Di dalam konteks sebuah keluarga, sudah tentu ibu bapa sangat mengharapkan yang anak sulung mereka sendiri yang akan mengemudi dan menerajui perjalanan dan kesinambungan keluarga tersebut. Bukan orang lain yang tidak ada kaitan. Iaitu apabila ibu ayah sudah lanjut usia atau sudah pergi meninggalkan alam yang fana. Bagi anak sulung pula, hendaklah ia akur dengan perjalanan dan pusingan hidup ini. Mahu tidak mahu akhirnya beban kepimpinan keluarganya itu nanti hendaklah ditangani dan dipikul olehnya dengan penuh rasa tanggungjawab, prihatin dan penuh kasih sayang.

Bagi setiap ibu dan ayah, perkara ini hendaklah diambil berat dan diberi keutamaan. Proses memindahkan kepimpinan kepada anak sulung itu hendaklah dilakukan seawal mungkin dengan penuh cermat dan bijaksana. Melihat kepada takah dan perkembangan umurnya. Selalunya anak sulung pada awalnya tidak akan mernahami dan mengesan tujuan perpindahan tugas dan kepimpinan ini.Yang penting adalah penerapan sifat-sifat mulia dan sifat kepimpinan dari awal lagi. Untuk itu ibu bapa boleh mengikuti langkah-langkah berikut mudah-mudahan seisi keluarga kita beroleh manfaat dan kebaikan yang banyak dan berkekalan.

1. Sebenarnya ia bermula dari kepimpinan ibu dan ayah itu sendiri. Sebagaimana yang disifatkan, kepimpinan melalui teladan. Suami memimpin isteri. Isteri memimpin dan mendidik anak sulung dan anak yang sulung memimpin dan melatih adik-adiknya yang lain pula.

2. Memimpin anak sulung akan lebih berkesan apabila ibu dan ayah menjadi contoh atau role model terdekat kepadanya. Contoh dalam ibadah, akhlak, pergaulan, kasih-sayang dan silaturrahim. Apa yang dilihat oleh anak sulung daripada contoh baik ibu bapa tadi secara perlahan-lahan akan dihadamkan di dalam fikiran dan sanubarinya kemudian diteladani semula di dalam kehidupan sehariannya. la bukan tindakan yang mudah dan segera. Namun bagi ibu bapa yang prihatin dan rnithali, inilah jalan yang perlu ditempuh. Perlu diingat bahawa sifat sabar dan kuat kemahuan perlu ada dalam merealisasikan rancangan kecemerlangan masa depan keluarga ini.

3. Selain dibiarkan anak sulung melihat dan memahami cara bagaimana ibu bapa mengendali dan menyelesaikan masalah keluarga, mereka juga hendaklah mula diberikan kepercayaan dan tanggungjawab. Cara begini akan menyuburkan keyakinan diri dan rasa optirnis yang tinggi dalam jiwanya. Tanggungjawab itu hendaklah diberikan secara bertahap-tahap kepadanya mengikut usia, kemampuan dan kesediaannya.

4. Sekiranya anak sulung didapati melakukan kesalahan dan kesilapan, teguran hendaklah dibuat secara berhikmah. Wibawanya di depan dan di mata adik-adiknya hendaklah dijaga. Teguran yang tidak tepat akan membuatkan ia hilang keyakinan diri, rasa malu tidak bertempat dan suka mengasingkan diri daripada adik- adiknya. Pakar-pakar psikologi menjelaskan bahawa kata-kata kesat, kasar dan 'amukan' ibu dan ayah selain membuahkan kebencian dan ketakutan (fobia), ia juga akan melenyapkan sejumlah besar sel positif di dalam rnindanya. Oleh itu, wibawa dan ketrampilan anak sulung mestilah dijaga dan dibina.
Akhir sekali, ibu dan ayah janganlah lupa berdoa untuk anak-anak mereka terutamanya kepada anak sulung.

Doa inilah senjata kita. Sesungguhnya doa dan pergantungan dengan Allah menjadi teras dalam memupuk kepimpinan anak sulung.

Didiklah mereka sebaik-baiknya…InsyaAllah,Sekian untuk kali ini (,”)

Motivasi Roh,Menyentuh Hati...

Khamis, 12 Mac 2009

JALAN KE SYURGA



Assalamualaikum dan Alhamdulillah,

Siapa nak gi syurga? Angkat tangan…wah,ramainya angkat tangan.Begitulah pertanyaan salah seorang cikgu saya waktu di tadika Abim.Kenangan yang sampai sekarang tidak boleh dilupakan kerana selalu sahaja saya menangis di sana,Selepas habis kelas,mak atau arwah nenek saya akan melewati jalan untuk ke kedai membeli sesuatu untuk memujuk…. Kemahuan yang kuat dari sifat riang-ria masa kanak-kanak dahulu,akan menyebabkan saya perlu melalui jalan yang penuh dengan kereta yang bersimpang-siur.Tapi nak pergi juga ,mesti melalui jalan itu…Pernah suatu ketika dahi ini berdarah dan di jahit di Klinik Abd Razak,sekarang namanya sudah bertukar Klinik Al-Farabi di Kuantan…kerana tersadung kaki dan terhantuk di tepi binaan…Habis berdarah,menitik …sambil berjalan pulang ke rumah.

Terima kasih mak…terima kasih ayah,kerana mengingatkan diri yang lupa.Kini saya sedar dan perlu memilih jalan yang betul agar tidak mendapat azab lagi..

Maka,hari ini saya ingin memetik hadith berkenaan ‘Jalan Ke Syurga’ Hadith ke-10 dari kitab Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah terbitan Dewan Pustaka Fajar,(DPF)cetakan pertama tahun 2004 di halaman ke-32 oleh Ustaz Mustafa ‘ Abdul Rahman.

Ia adalah kitab hadith-hadith pilihan dari Sahih Imam Al-Bukhari.
Hadith ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari bahawa Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang menjalani satu jalan kerana menuntuti dengannya akan pengetahuan,nescaya Allah memudahkan baginya akan jalan kepada syurga.

Hadith tersebut menerangkan bahawa barangsiapa (di antara lelaki atau perempuan) yang menjalani satu jalan,umpamanya pergi ke sekolah,kelas,kuliah,masjid,madarasah,ceramah,forum dan sebagainya atau seperti berusaha mencari perbelanjaaan dengan bertukang,bertanam,berternak dan sebagainya untuk digunakan kerana menuntut atau mendapatkan pengetahuannya yang berfaedah di dunia dan akhirat,maka dia akan dimudahkan ALLAH SWT baginya jalan yang memandu dia ke syurga.

Subhanallah! ALLAH SWT yang memberikannya panduan.ALLAHUAKBAR!

Selanjutnya apa jua pengetahuan yang diharuskan belajar akan diberi pahala oleh ALLAH SWT mempelajarinya.Kemudian apabila pengetahuan itu diamalkan akan diberi pula pahala lagi.Oleh itu belajarlah,kemudian ber’amaallah,tentu akan beroleh pahala dan bahagia.

Suasana di sekeliling kita pula bagaimana?Ke mana jalan yang kita tuju…sesetengah masyarakat yang telah di doktrinkan dengan konsert akan ke jalan menuju konsert.Konsert yang bagaimana?Mungkin kita tidak suka jalan kesana,maka kita mengambil jalan mudah dengan duduk di hadapan televisyen,menyaksikan konsert…jalan yang sama juga.Keupayaan mentafsir baik dan buruk pada dada yang beriman.

Allahurabbi,berapa ramai di antara kita yang hanyut tanpa sedar,”lemas” tapi masih bernafas.Dunia sentiasa menawarkan hiburan.Setelah cerita Rasukan Ablasa datang pula cerita Dragon Ballz kemudian berbaris selepas itu cerita Transformer 2.

Hati ini perlu dipulihkan ya ALLAH…

Ke mana lagi jalan yang hendak kita tuju melainkan jalan menuju ALLAH SWT.Jalan yang diredhai iaitu menuju syurga yang mahal harganya.Maka dengan apa kita mahu membelinya?Duit dalam poket ini tidak cukup.Di tambah dalam bank seantero dunia pun tidak cukup malah tiada nilai disisi ALLAH SWT,sekiranya duit itu dibelanjakan bukan untuk tujuan yang diredhai ALLAH SWT.

Saya menyeru diri saya dan teman-teman yang masih diberikan nikmat Iman dan Islam,mata yang menyaksikan monitor ini,tangan yang menulis,akal yang menganalisis kata-kata,mari kita mengumpulkan ‘duit pahala’ sebanyak-banyaknya selagi roh dan jasad masih tidak berpisah dari diri.

InsyaAllah,dengan rahmat ALLAH SWT banyak perkara yang kita boleh buat untuk mengumpulkan ‘duit pahala’.Bersama kita ingat-mengingati sesama insan,sebelum menemui DIA YANG MAHA MENERIMA TAUBAT hambaNya.
Ikatlah ilmu itu dengan menulisnya….

Motivasi Roh,Menyentuh Hati…. Jalan Menuju Syurga.

Rabu, 11 Mac 2009

AWAK MARAH? MUKA PUN MERAH.




AWAK MARAH ?


MUKA PUN MERAH.











Assalamualaikum dan Alhamdulillah tulisan ini,

Awak marah,nanti kena jual…begitulah bahana marah dalam cerita P.Ramlee yang bertajuk Tiga Abdul.Maka janganlah marah-marah bukan pada tempatnya.

Nafsu Ammarah perlu diletakkan pada tempatnya berdasarkan neraca iman dan taqwa.

Marah itu sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari api Allah yang menyala berkobar2 serta menjulang tinggi sampai naik ke ulu hati..marah itu ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api dari batu yang dipukulkan pada besi.


Menurut peyelidikan, dikatakan bahawa manusia itu adakalanya urat sarafnya ditarik oleh syaitan ketika marah..Oleh sebab itulah, barangsiapa yang dapat dipengaruhi oleh api kemarahan, maka bererti eratlah hubungannya dengan syaitan.


Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari datanglah seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w, kemudian berkata: " Ya Rasulullah, berilah saya perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi saya harapkan yang sedikit saja." Lalu baginda pun bersabda yang bermaksud "Janganlah Engkau marah" Orang itu bertanya lagi..tetapi baginda tetap berkata.."janganlah engkau marah'...sebanyak tiga kali.


Jelaslah di sini...menahan api kemarahan itu amatlah dituntut dalam islam.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud... "Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya" (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)Kita perlulah sedar bahawa setiap manusia itu tidaklah sama dalam menangani sifat marah ni..


Dalam menghadapi kemarahan tu..ade 3 jenis golongan....


Golongan pertama:

Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya)


golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya)


golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya)


Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan daripada yang 1 dan 2..Bermaksud marah itu boleh sebagaimana sepatutnya dan setiasa di dalam kawalan dan mengikut landasan yang Allah tetapkan.


Tafrith tu..sifat yang tak marah langsung..dikatakan org yang tergolong dalam ni..tidak mempunyai sifat hamiyyah (pembelaan).Ia tidak ingin mempertahankan kehormatan diri... isteri/suami.. keluarga.. agama.. bangsa dan negara... tafrith pula.. sifat marah yang berlebih-lebihan. Suka sangat marah-marah orang, tak boleh kawal..mereka yang tergolong dalam golongan ini sentiasa memenangkan marahnya (ikut hati) ..


Kalau kita marah, dapat dilihat perubahan fizikal pada warna muka dan mata. Ada yang mengertap gigi, kepal penumbuk, menggeletar, kembang kempis hidungnya. Betapa buruknya wajah kita bila kita marah. kalaulah masa kita marah tu..cermin ada dihadapan..mesti kita akan rasa malu. "eee..teruknya muka aku bila marah!"..


Hmm..tak dinafikan..ada masa kita boleh kawal diri, dan ada masa terlepas juga, kita hanya insan biasa, latihan mengawal marah ni boleh dilakukan, disamping teguran-teguran dari sahabat-sahabat disekeliling kita, saling tegur menegur dan nasihat menasihati. banyak ganjarannya sekiranya kita berjaya mengawal perasaan marah tu.



Benarlah sebagaimana firman Allah yg. bermaksud: "Bersegeralah menuju keampunan dari Tuhanmu serta syurga yang luasnya seluruh lagit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. iaitu orang yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga kurang serta orang-orang yang suka menahan kemarahannya dan gemar pula memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan" (Al Imran 133-134)

Selasa, 10 Mac 2009

MODUL PENGUCAPAN DIHADAPAN AUDIEN


Assalamualaikum dan alhamdulillah coretan kali ini,

MODUL PENGUCAPAN DI HADAPAN AUDIEN

La Tahzan..kita mampu mengubahnya (,”)

InsyaAllah,hari ini suka saya membawakan modul pengucapan awam yang berkesan ataupun public speaking secara ringkas dengan pemfokusan kepada mengatasi kegugupan.

Sekiranya anda telah diamanahkan untuk berucap di hadapan atau mempengerusikan sesuatu majlis.Maka tahniah diucapkan! Tahniah kerana anda dapat berdakwah dalam masa yang sama.Setiap ruang dan peluang itu perlu diambil oleh daie tanpa membazirkan sasaran dakwah iaitu khalayak yang mendengar bait-bait kata hikmah di hadapan anda.

Berucap di hadapan orang ramai adalah sesuatu yang dipelajari dari pengalaman.Sampai bila nak berucap sekiranya tidak dimulakan dari sekarang?Tanggapan ia adalah diwarisi dari bapa kepada anak adalah tidak tepat,tetapi ia perlukan latihan yang sistematik untuk menjadi pengucap yang berjaya.

Mari kita menjadi pengucap yang berjaya!

Kebiasaannya ramai yang gugup apabila berada di hadapan audien,di sini saya cuba berkongsi tips untuk mengelakkan kegugupan.Kegugupan boleh dilihat melalui lutut yang terketar-ketar,nafas tercungap-cungap,bibir kering ,tidak mampu bertentang mata dengan audien juga salah satu tanda kegugupan dan akhirnya pengsan atau pitam..Itu kemuncak kepada kegugupan.

Teknik mengawal kegugupan sebelum berucap ialah analisis latar diri audien secara rawak,maka kita boleh mencari titik persamaan.Kurangkan perbezaan tetapi banyakkan persamaan.Tarik nafas panjang-panjang dan lakukan sedikit senaman regangan.Cuba relaks kan diri,dalam masa yang sama jangan penuhkan perut dengan makanan berat kerana menjejaskan nada suara sewaktu berucap nanti.Praktis di hadapan cermin juga berkesan.Apa yang penting,susun idea dengan teratur dan memastikan matlamat ucapan itu sampai kepada audien.

Semasa berucap,mulakan dengan selawat atau ucapan zikrullah kerana ia akan melembutkan hati audien.Bahasa badan perlu untuk menguatkan ucapan.Bergerak-gerak dan menguasai pentas ucapan akan lebih meyakinkan anda lantas wujudkan rasa audien tidak nampak kegugupan kita setelah kita berlagak dengan yakin di atas pentas ucapan walaupun tak berapa yakin.Jangan panik apabila tersasul tetapi ulang kembali ayat yang betul kerana kita berfikiran positif,sampaikan matlamat ucapan kepada audien.Bertahanlah sehingga selesai dan akhiri ucapan dengan mengulang point penting.Terpulang kepada anda untuk berpantun atau sebagainya tetapi apa yang penting point itu mudah diingati dan difahami oleh audien.

Oleh itu,jangan lupa mengakhiri ucapan dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr.

Sekian secara ringkas,akhirnya pengucap yang berkesan adalah pengucap yang jujur dan ikhlas dalam berkata-kata kerana ia pasti dapat menembusi hati atas izin Allah SWT.

Ikatlah ilmu itu dengan menulisya…
Motivasi Roh,Menyentuh Hati.

Isnin, 9 Mac 2009

Salam Maulidur Rasulullah SAW


RASULULLAH SAW NAMAMU MENJADI SEBUTAN DI LANGIT MAHUPUN BUMI.

Alhamdulillah posting ini..

Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dengan mengerjakan segala yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang dengan ikhlas dan cinta kepada Allah. Mudah-mudahan segala amalan yang kita lakukan itu diterima oleh Allah dan diberikan ganjaran yang setimpal, Insya Allah.

Bulan Rabiul Awal merupakan satu-satunya bulan yang bersejarah bagi umat Islam. Kedatangan bulan Rabiul Awal juga sentiasa diingati oleh seluruh masyarakat Islam di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya. Kerana dalam bulan inilah junjungan kita Rasulullah s.a.w diputerakan.Hari peringatan ini disambut oleh umat Islam adalah untuk mensyukuri rahmat Allah yang telah menurunkan seorang pemimpin yang unggul untuk mengubah suasana dan keadaan hidup manusia ke arah yang lebih cemerlang, bahagia dan berjaya.

Allah berfirman yang bermaksud:"Tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam."(Surah al-Anbia':107)Maka pada hari ini sukalah saya membawa pandangan di samping mempereratkan diri kita semua bahawa pesuruh Allah yang kita sambut hari kelahirannya itu tidak lain dan tidak bukan ialah kerana pertama sekali bertujuan untuk memperkuat keyakinan kita terhadap kerasulannya, kerana baginda s.a.w adalah satu-satunya Rasul Allah yang ulung dan mempunyai darjat kelebihan daripada nabi-nabi, rasul-rasul yang lainnya.
Untuk tujuan itu maka kita cuba perhatikan firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 253 yang bermaksud:"Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan tertentu) di antara mereka ada yang berkata-kata dengan Allah dan ditinggikan (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan.

"Yakni nabi s.a.w yang telah ditinggikan pangkatnya oleh Allah S.W.T dan dikurniakan-Nya dengan berbagai-bagai mukjizat terutamanya al-Quran al-Karim yang menjadi rahmat dan petunjuk bagi umat Islam seluruhnya jika diikuti ajaran kepimpinannya.
Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling kita cintai. Kita mencintainya kerana baginda adalah seorang yang mempunyai peribadi tidak ada tolok bandingnya. Rasa cinta kita kepadanya tidak cukup jika kita lahirkan dengan kata-kata dan sambutan yang berbagai cara, tetapi mesti juga dilahirkan dengan meniru jejak langkahnya terutama sifat-sifat peribadi yang mulia.

Kerana daripada sifat-sifat peribadi yang mulia inilah Rasulullah s.a.w disanjung tinggi bukan sahaja oleh umatnya tetapi juga oleh pencinta yang Maha Kuasa. Dengan sifat-sifat dan peribadi yang mulia inilah Rasulullah s.a.w dapat memandu manusia dan mengubah suasana kehidupan manusia ke arah yang lebih cemerlang dan lebih bahagia bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat tempat yang paling kekal..Sempena mengingati keputeraan junjungan Rasulullah s.a.w ini marilah kita menghayati sifat mahmudah Rasulullah SAW dengan sepenuhnya sebagai asas kejayaan hidup kita di dunia dan juga akhirat.
Tidak ada contoh yang lebih baik daripada apa yang kita ambil dari Rasulullah s.a.w.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik iaitu bagi orang-orang yang mengharapkan rahmat dan keredhaan di hari kiamat dan sebutlah nama Allah banyak-banyak." (Surah al-Ahzab:21)

Mari memperbanyakkan Selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw.

Syafaatkanlah kami Ya Rasulullah ,di Yaumul Mahsyar kelak..

Budak-budak pun dah melatah?

Assalamualaikum dan Alhamdulillah,nafas ini masih berdegup dengan rahmat dari Allah swt.

Posting kali ini adalah tambahan daripada e-mail yang saya dapat sebelum ini.Pengajian dalam Bahasa Inggeris perlu difahami dengan baik tanpa meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Ibunda.

Gambaran di atas menyatakan 'sesuatu' kepada kita yang mukallaf (dapat membeza hak & bathil) bahawa pengaruh Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan kehidupan sehari-harian anak-anak kecil amat besar,dari televisyen kepada filem yang dilihat,semuanya membentuk pemikiran anak-anak.Sepertimana pepatah Melayu,Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya.

Bagaimana persekitaran yang tidak dibentuk dengan persekitaran yang ada nilai-nilai akhlak mahmudah (baik) menghasilkan perkataan 'melatah' seperti diatas.Ya,kita akui budak-budak sahaja,apa yang nak dihiraukan...mereka tidak mengerti apa-apa.

Sayugia diingatkan,siapa yang mengajar mereka?Perlukah menuding jari kepada orang lain?Maka kesilapan ini perlu diperbetulkan oleh kita sendiri.Budaya berkata perkara yang sia-sia ini,sudah disemai dari kecil...maka tugas kita sebagai remaja,belia,orang tua...perbaiki diri.Jangan jadikan kesilapan ini sebagai kesalahan yang boleh menghukum anak-anak yang meningkat dewasa ini.

Tiap-tiap seorang di dalam dunia ini adalah penjga,pentadbir,pengasuh dan pemimpin menurut kedudukan serta kewajipan masing-masing di dalam lapangan hidup.Maka penjagaanya,pentadbirannya,pengasuhannya dan pemimpinannya,semuanya itu akan di soal,maka berwaspadalah!

Rasulullullah SAW pernah bersabda.....dan tiap-tiap kamu penjaga dan disoal atas urusan penjagaannya atau pentadbirannya.

Sabtu, 7 Mac 2009

MAK DAN AYAH ENGKAULAH PELITA HATI











Assalamualaikum dan alhamdulillah posting kali ini,
Adakah ibu bapa kita redha akan kita?Adakah mereka memaafkan dosa-dosa kita?
Teman-teman
marilah kita sejenak mengingat
kasih ibubapa yg tidak terkira
walaupun dirinya letih dan penat
namun di wajahnya tetap bergembira
cubalah bayangkan kasih ibubapa
yg mengasuh kita petang dan pagi

hanya dibayangkan banyaklah yg lupa
setelah dewasa tak terkenang lagi
wahai orang muda jgnlah lupa
taatlah kepada dua ibubapa
tanpa mereka siapalah kita
redha mereka redha Allah jua

jangan jangan

jangan anda menjadi anak yg dehaka
pada ibubapa
balasan di dunia dah byk terjadi

berbagai derita yg datang mernimpa
bila ibubapa telah di bawa pergi
menuju pusara meninggalkan kita
baginya permata tak berguna lagi
selain doa dari anak yg bertaqwa..

INFO SIHAT


Jadi mulai esok, makanlah taugeh.....
Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat Salah satunya ialah kanavanin ( canavanine ), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang ( osteoporosis )
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda .
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

Motivasi Roh,Menyentuh Hati..




ABU yA'LA MERIWAYATKAN;

"Wahai sekalian manusia,
menangislah,jika kamu tidak boleh menangis,
maka buat-buatlah menangis.
Sesungguhnya ahli neraka itu menangis di neraka sampai air mata mereka meleleh kepipinya bagai anak sungai.
Setelah air matanya kering lalu mengalirlah darah sehingga melukai mata"
(Dipetik drpd terjemahan Mukasyafah al-Qulub:karangan al-Imam Ghazali)

Saudaraku yang tercinta dan saudariku yang budiman,aku berdoa kepada Allah supaya kita semua diberikan kekuatan olehNya untuk kita menekuni apa yang pasti akan berlaku di Mahsyar.Saat tiada sesiapapun yang membantu hatta kaum keluarga atau kawan-kawan sendiri.Moga Allah memperbaiki kerosakan hati kita dan ditambah keimanan.Maha Suci Allah dengan memujiMu,aku bersaksi tiada Tuhan yang layak diibadahi selain Engkau,Selawat dan Salam terlimpah ke atas Nabi Muhammad SAW,juga keluarga Baginda dan para Sahabatnya yang Engkau Redhai...
Ameen Ya Rabbal ALamin.