Halaman

Selasa, 10 Mac 2009

MODUL PENGUCAPAN DIHADAPAN AUDIEN


Assalamualaikum dan alhamdulillah coretan kali ini,

MODUL PENGUCAPAN DI HADAPAN AUDIEN

La Tahzan..kita mampu mengubahnya (,”)

InsyaAllah,hari ini suka saya membawakan modul pengucapan awam yang berkesan ataupun public speaking secara ringkas dengan pemfokusan kepada mengatasi kegugupan.

Sekiranya anda telah diamanahkan untuk berucap di hadapan atau mempengerusikan sesuatu majlis.Maka tahniah diucapkan! Tahniah kerana anda dapat berdakwah dalam masa yang sama.Setiap ruang dan peluang itu perlu diambil oleh daie tanpa membazirkan sasaran dakwah iaitu khalayak yang mendengar bait-bait kata hikmah di hadapan anda.

Berucap di hadapan orang ramai adalah sesuatu yang dipelajari dari pengalaman.Sampai bila nak berucap sekiranya tidak dimulakan dari sekarang?Tanggapan ia adalah diwarisi dari bapa kepada anak adalah tidak tepat,tetapi ia perlukan latihan yang sistematik untuk menjadi pengucap yang berjaya.

Mari kita menjadi pengucap yang berjaya!

Kebiasaannya ramai yang gugup apabila berada di hadapan audien,di sini saya cuba berkongsi tips untuk mengelakkan kegugupan.Kegugupan boleh dilihat melalui lutut yang terketar-ketar,nafas tercungap-cungap,bibir kering ,tidak mampu bertentang mata dengan audien juga salah satu tanda kegugupan dan akhirnya pengsan atau pitam..Itu kemuncak kepada kegugupan.

Teknik mengawal kegugupan sebelum berucap ialah analisis latar diri audien secara rawak,maka kita boleh mencari titik persamaan.Kurangkan perbezaan tetapi banyakkan persamaan.Tarik nafas panjang-panjang dan lakukan sedikit senaman regangan.Cuba relaks kan diri,dalam masa yang sama jangan penuhkan perut dengan makanan berat kerana menjejaskan nada suara sewaktu berucap nanti.Praktis di hadapan cermin juga berkesan.Apa yang penting,susun idea dengan teratur dan memastikan matlamat ucapan itu sampai kepada audien.

Semasa berucap,mulakan dengan selawat atau ucapan zikrullah kerana ia akan melembutkan hati audien.Bahasa badan perlu untuk menguatkan ucapan.Bergerak-gerak dan menguasai pentas ucapan akan lebih meyakinkan anda lantas wujudkan rasa audien tidak nampak kegugupan kita setelah kita berlagak dengan yakin di atas pentas ucapan walaupun tak berapa yakin.Jangan panik apabila tersasul tetapi ulang kembali ayat yang betul kerana kita berfikiran positif,sampaikan matlamat ucapan kepada audien.Bertahanlah sehingga selesai dan akhiri ucapan dengan mengulang point penting.Terpulang kepada anda untuk berpantun atau sebagainya tetapi apa yang penting point itu mudah diingati dan difahami oleh audien.

Oleh itu,jangan lupa mengakhiri ucapan dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr.

Sekian secara ringkas,akhirnya pengucap yang berkesan adalah pengucap yang jujur dan ikhlas dalam berkata-kata kerana ia pasti dapat menembusi hati atas izin Allah SWT.

Ikatlah ilmu itu dengan menulisya…
Motivasi Roh,Menyentuh Hati.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.