Halaman

Ahad, 30 Januari 2011

Anda peminat Maher Zain ? Sekiranya YA . Ini Hadiah untuk anda .



Anda peminat Maher Zain ?
Video lagu InsyaAllah versi bahasa Melayu ini di harapkan memberi motivasi kepada kehidupan anda kerana perkataan InsyaAllah itu sendiri pun telah berdiri dengan kuat.

Sekiranya anda di uji dengan ujian , percayalah ALLAH sentiasa bersama anda kerana ALLAH tidak akan menguji hambanya sesuai dengan kemampuannya.

Yakinlah , ujian itu mematangkan diri bagi menjadikan anda seorang yang tabah .

Wahai sahabatku , MAKNA kehidupan ini adalah memberi MAKNA kepada orang lain.Oleh itu mari kita menjadi Insan yang berMAKNA kepada orang lain.Setiap apa yang kita lakukan itu perlu memberikan MAKNA yang baik.
InsyaAllah , dengarkanlah Motivasi Keizinan dari ALLAH ini.

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...

[chorus]

Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar...Jalan yang benar..
Jalan yang benar...

[chorus]
Pastikan anda membeli tiket Maher Zain di
https://online.tickethotline.com.my/

info di sini : http://www.facebook.com/event.php?eid...

atau ke MZMfc : www.facebook.com/MZMfc

atau ke Official Page Maher Zain : www.facebook.com/MaherZain

Kredit untuk sahabat : Akhi Fairuz

Semoga lirik lagu ini memberi inspirasi kepada ANDA DI LUAR SANA.

Ikatlah ilmu dengan menulisnya,
Akhi Firdaus.

Rabu, 5 Januari 2011

CINTA SEJATI - TERIMA KASIH ALLAH

"Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang".



Assalamualaikum wbt.

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw.


Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah SAW, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah SWT iaitu para nabi, syuhada, orang- orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. .

Tauladan dari kisah ini:

Cinta kepada Rasulullah SAW adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen. Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah SWT. Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.

Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu . Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah SWT semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah SAW amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.

Rasulullah SAW memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda. Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah SWT.

Jemput untuk ke sini  SAHABAT : http://www.facebook.com/home.php#!/pages/Motivasi-dan-Latihan-Sahabat-Akhi-Firdaus-InSAF/123746867647941

Salam Persahabatan wahai SAHABAT ,
Terima kasih ALLAH !
Ikatlah ilmu dengan menulisnya,

Akhi Firdaus.