Halaman

Sabtu, 27 November 2010

MAKLUMAT PROGRAM MOTIVASI i - INSAF



INSAN INTELEK SAHSIAH FITRAH


[ i-Insaf ]

OBJEKTIF PROGRAM

 Menarik golongan remaja mengimarahkan rumah ibadah dengan pengisian ilmiah
 Menjana sahsiah terpuji dan peribadi unggul dengan modul EQ - IQ - SQ - PQ
 Melahirkan generasi soleh yang menghormati ibu bapa dan cemerlang sahsiah.
 Membina karisma kepimpinan dan memupuk budaya cemerlang belajar.

PENGHASILAN SELEPAS PROGRAM : Peserta dapat memahami dengan lebih jelas tanggungjawab sebagai seorang remaja muslim yang soleh serta jelas matlamat sebagai seorang hamba Allah yang beriman.


BORANG PENDAFTARAN I-INSAF


PROGRAM INSAN INTELEK SAHSIAH FITRAH

Nama Peserta :

Darjah / Tingkatan  Darjah _____  Tingkatan ____
Sekolah :

Tel. Rumah :

Alamat Rumah :

No Kad Pengenalan :

Nama Ibu /Bapa :

Email :

Saiz T-Shirt :

Bayaran :


AKUAN IBU BAPA / PENJAGA

Saya telah membaca isi kandungan risalah dan faham tentang program yang bakal dijalankan serta membenarkan anak di bawah jagaan saya mengikuti program ini dan saya faham bahawa pihak penganjur atau wakil akan mengambil prosedur keselamatan dan pencegahan kemalangan semasa aktiviti dijalankan.

Tandatangan ibu / bapa : __________________


Tarikh :



-------------------------- Kegunaan Urusetia ------------------------------



Diterima : _____________________________________________


No. Resit : _____________________________ Tarikh : _________
Saiz T Shirt : _______________

Sila emailkan borang pendaftaran ini kembali setelah bayaran yuran dijelaskan kepada firdaus@insaff.nett

KEPERLUAN SEPANJANG PROGRAM

• Pakaian menutup aurat untuk aktiviti dalam dewan
• Dua pasang pakaian sukan ( baju lengan panjang untuk perempuan)
• Kelengkapan solat
• Kasut dan stoking untuk aktiviti riadhah

CARA BAYARAN YURAN

Langkah 1 : Serahan tangan kepada

• Pengerusi : En. Hashim Tukiman ( 013 - 7131437 )
• Mudir : En. Sakadan Yahya ( 017 - 7015864 )

Langkah 2 : Bayaran penuh terus ke akaun Surau Al Bararah

01087010011168 – Bank Islam ( Resit perlu disimpan dan di bawa semasa hari pendaftaran.Sila sms salah satu penama di atas tentang bayaran yang sudah dibuat )

TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 4 DISEMBER 2010

SLOT MENARIK MENANTI ANDA


KELUARGAKU ITULAH SYURGAKU

KAMI PASTIKAN ANDA TIDAK RUGI !



Anda ibu bapa ? Anda perlu hadir.

Anda remaja ? Anda juga perlu hadir.

InsyaAllah , cuti sekolah ini bermanfaat buat ibu bapa dan anak - anak yang dambakan pengisian ilmiah dan program berbentuk kekeluargaan.

Nantikan slot Keluargaku Itulah Syurgaku :
Kenangan manis yang tidak akan dilupakan

Maklumat lanjut program : Motivasi dan Latihan Sahabat Akhi Firdaus ( InSAF)

Kami sedia membantu.InsyaAllah.

Jumaat, 19 November 2010

KORBAN CUTI


“Ambil tali panjang  sikit , tali yang ini pendek . Ambil yang tebal dan panjang di anjung rumah abang Muslimin”.Pak Syeikh memberi arahan.

Gaya seorang cowboy Melayu di celah – celah kegusaran penonton yang melihat adegan lembu korban terlepas.



 Hulur tali ..lempar..zup,sepantas balingan kaki lembu telah terikat rapi . Dijerut kemas dengan ikatan pengorbanan.

Alhamdulillah , berjaya ! Hanya beberapa minit lembu korban itu berjaya diikat kembali.Tidak susah untuk menangkapnya kerana sudah diketahui tempatnya di syurga sana.


Hari raya pertama korban , membantu ahli kariah di sini menyembelih korban . Terkilan juga kerana cuti untuk hari raya korban hanyalah 24 jam sahaja.Keluarga yang jauh juga menunggu ketibaan anak dan menantu,bagaimana mahu pulang kiranya cuti hanya sehari ? Sedangkan perayaan ini , begitu mulia begitu tinggi nilaiannya.Inilah korban cuti.

Korban bermaksud hampir.Istilahnya pula ialah , menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Tasyrik iaitu 11 , 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat dan mengabdikan diri kepada ALLAH.


Ia adalah tanda menghidupkan erti pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s , sebagai tanda pengabdian mutlak kepada ALLAH SWT.

Perasaan kasih – sayang dan ikatan ukhuwwah fillah semakin bertambah – tambah hasil dari ibadah korban ini , apabila menyedekahkan daging korban ini kepada insan yang memerlukan.Betapa indahnya syariat dan susun atur hidup kita yang telah di buat oleh ALLAH SWT.

Berkorban kerana sayangkan Islam

Sifat yang bertentangan dengan berkorban ialah mementingkan diri . Ia mengenepikan kepentingan diri sendiri dan mengutamakan kepentingan masyarakat seperti mengeluarkan derma berupa wang ringgit untuk membantu hospital-hospital, rumah anak – anak yatim , pembinaan madrasah , mendermakan kepada ibu tunggal atau seumpamanya.


Alhamdulillah , untuk mencapai peringkat berkorban ini ialah kita perlu memberi  harta yang paling kita sayang untuk Islam , tidak cukup sekadar dengan binatang ternak yang dikorbankan.Itu konsep berkorban yang lebih luas untuk kita fikirkan dan renungkan.



Saya juga berharap agar Hari Raya Korban ini dapat diberikan cuti yang lebih seperti mana Hari Raya Aidilfitri kerana waktu untuk berkorban itu bermula selepas matahari hari raya Korban sekadar sempat ditunaikan dua rakaat sembahyang dan dua khutbah.Amat menyedihkan jika selepas solat , berpusu – pusu jemaah masjid atau surau mahupun solat di tempat terbuka , keluar beramai- ramai tanpa mendengar khutbah.
Kejahilan yang perlu di tegur dengan hikmah.

Waktu yang paling afdhal untuk menyembelih ialah selepas solat hari raya.Ia disebut dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim “ Perkara pertama kami mulakan pada hari ini ( hari raya )ialah kami bersembahyang. Kemudian kami pulang dan menyembelih korban.Oleh itu sesiapa yang melaksanakan perkara tersebut maka dia telah melaksanakan sunnah kami.Dan sesiapa yang telah menyembelih sebelum itu maka ia adalah daging untuk ahli keluarganya bukan untuk ibadat korban sedikitpun.


Makna perkataan “ Sesiapa yang menyembelih sebelum itu” ialah sebelum masuk waktu sembahyang hari raya dan sebelum berlalu waktu sekadar yang sempat didirikan sembahyang.

Korban pada tahun ini , telah mengeratkan ikatan Ukhuwwah penduduk di kariah kami.
Jazakallah kepada penyumbang lembu korban.Semoga  Allah  swt  membalas kebaikan yang banyak kepada al- Fadhil Ustaz .


Alhamdulillah , agihan diserahkan kepada yang sepatutnya.

Akhirnya , sup daging korban air tangan Abang Razali begitu menyelerakan.Banyak petua diturunkan untuk menyedapkan lagi masakan sup tersebut.Antaranya , air rebusan pertama perlu di asingkan dan ditapis.Tidak kurang  juga petua untuk mengempukkan lagi daging.


Alhamdulillah , seusai azan zohor , hujan mula membasahi darah yang mulia.Pertolongan ALLAH swt meringankan beban petugas – petugas korban.

KORBAN itu bukan terletak pada berapa EKOR tetapi terletak pada IKHLAS berkorban semata-mata keranaNya.Tidak usahlah membanding - banding berapa ekor lembu yang dikorbankan kerana mampu itu hanya sekadar sekadar bilangan itu.


Sup daging masih panas,
Hirupan panas sup menghilangkan letih ditambah dengan semangat bergotong royong petugas korban.
Moga amalan mulia ini diterima oleh ALLAH SWT dan ibadah ini dapat dibuat tanpa tergesa – gesa dengan cuti yang sepatutnya dipanjangkan.


Moga pihak berwajib dapat menyuburkan ibadah korban dengan memberi ruang  masa yang luas untuk masyarakat Muslim berkorban.

BERKORBANLAH.

Perantau Musafir Perjalanan,
Tabahkanlah Hatimu,

Ikatlah ilmu dengan menulisnya,
Akhi Firdaus @ www.abangmodul.blogspot.com 2010






Khamis, 18 November 2010

MOTIVASI AL QURAN - MOTIVASI TERBAIK

Saff Mantop dan Fasilitator
 
Abang..abang..nak pergi ke Surau boleh ? Saya merenung kehairanan ke arah wajah adik peserta program motivasi Al-Quran Teras Perubahan.Setahu saya di belakang dewan sana,hanyalah comfort room.
Selang beberapa ketika, adik itu tersedar , dari halusinasi sebentar tadi.

Maaf,saya nak ke comfort room sebenarnya bukan surau.

Inilah penangan positif program.Minda berfikir ke surau walhal nak ke tempat lain.

Adik-adik yang mengambil bahagian dalam Motivasi

Antara sebab jelas Program Motivasi seumpama ini mendapat tempat di hati ibu bapa.

Apabila kita sentiasa menyebut perkara yang baik – baik maka akan teringatlah perkara baik – baik.

Amalan berubah menjadi  Tabiat
Kita mengetahui bahawa sumber  ilmu itu datang dari Al Quran.Apabila akal manusia tidak diisi dengan program yang betul dan tiada software anti virus maka ia mudah rosak dan kemungkinan besar kita perlu format kembali data-data yang sepatutnya tersimpan di dalam minda kita.

Santai Ustaz Zamri membuatkan program hidup dengan pengisian bermanfaat dan melekat di minda

Contoh yang lain , enjin minyak kereta yang betul untuk diisi oleh kebanyakan orang dari kita ialah petrol bukan diesel.Sebagai pemilik kepada kereta,kita amat arif tentang setiap inci kereta sama ada bercalar atau perlu dikilat di tempat tertentu.Kita pemilik kereta bukan?
.
Begitu juga Pencipta kita yang Amat Maha Mengetahui apa yang sepatutnya kita buat.Dia menurunkan Al Quran sebagai panduan agung untuk kita.ALLAH itu pemilik jasad dan roh kita.

Program yang telah berjalan dengan jayanya selama 2 hari tanpa malam ini memberikan impak  maksima kepada ibu bapa yang hadir.

Saat tumpahnya mutiara ke bumi
 Keikhlasan yang terpancar di kalangan ibu bapa dan anak anak sewaktu sesi terakhir diterjemah dengan sempurna di segenap dewan apabila  lafaz maaf terkumat kamit di bibir mereka yang hadir.Sesungguhnya sifat pemaaf itu tidak merugikan kita , kerana kita tidak jatuh darjat atau papa kedana dengan ungkapan itu malah ditinggikan darjat kita disisi ALLAH.

Syurga di bawah telapak kaki Ibu

Akhlak itu tersusun dalam dua kalimah iaitu sabar dan pemaaf.Moga kita dapat gabungkan dua sifat mahmudah ini dalam diri kita.


Ustaz Zamri sewaktu memberikan motivasi MANTOP



Ikatlah ilmu dengan menulisnya,
 Akhi Firdaus @ www.abangmodul.blogspot.com
Eidul Adha ke - 2 seusai gerimis hujan petang hari.

Jumaat, 5 November 2010

Jemputan dari ALLAH : al-Fatihah buat sahabat baik kami

Seusai maghrib kembara dari negeri di Selatan Tanah Air ke Kuantan melalui Kota Tinggi - Mersing -Endau -Rompin - Pekan - Kuantan.

Petang tadi saya sudah menelefon namun tidak diangkat.Esok mungkin boleh berjumpa di Seminar Ukhuwwah Fillah anjuran Insaff Training Management and Consultancy.

secepatnya......InsyaALLAH,esok boleh saja  jumpa di rumah waktu pagi-pagi.Sarapan depan surau putih,tempat saya,Hisam,al Hafiz,Rashdan berjumpa jika kami pulang ke Kuantan.

Kami pernah tuisyen bersama sewaktu sekolah menengah didikan Cikgu Abdul Razak.Mudah tersenyum dan mempunyai. raut wajah yang menenangkan.Sahabatku yang telah dilahirkan 25 tahun lalu,kini telah berpindah dari alam fana ke alam baqa’.



Teringat sewaktu pertama kali ,

Abdul Azim – Rauf –Allahyarham Ismail-Firdaus-Fairul kami pernah memasang impian untuk membuka syarikat bersama,8 tahun dahulu sewaktu berumur 17 tahun.Sentiasa bersama ke tempat tuisyen ayah kepada Abdul Azim iaitu Cikgu Razak.Kadang-kadang kami duduk-duduk dan menitip kata-kata tazkirah seusai kembali dari masjid.Gerai sekitar Cenderawasih menjadi wacana kami bersama.Biasa-biasa disana.

Allahyarham Ismail bersekolah di SMA Ehsan,Tanjung Lumpur kemudian ke Kuliah di Pekan,Pahang.Bersama di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,Kuantan dan menyambung peringkat ijazah di UNITEN.

Tiap kali ke masjid pasti membawa kereta ayahnya dan tidak lupa membawa adik lelakinya bersama.Abang dan adik.Begitu akrab.



Allahyarham juga begitu baik dengan keluarga kami.Tidak lokek untuk memberikan pertolongan,pernah suatu ketika ada program kepimpinan siswa di Masjid Shah Alam,seusai subuh kami sudah berada di sana dari Kuantan.Berpakaian ala-ala Raihan. Allahyarham.Sedikitpun tidak mengeluh walau allahyarham memandu semalaman.Pernah juga program latihan pengukuhan jati diri Islami di Temerloh,sedkitpun allahyarham tidak meminta kembali wang ‘top up ‘setelah berhabis wang untuk kelancaran program bagi menjemput para ustaz dan ustazah agar hadir memberikan pengisian program dan wacana .Bukan sedikit jasa Allahyarham untuk mendidik anak bangsa menjadi warga bertaqwa.

Juga seorang ustaz di Pusat Tahfiz Al-Hafizin,LKNP.Allahyarham begitu merendah diri.Acapkali menumpang kereta beliau , setiap tutur kata pastinya ada terselit tazkirah bermakna.

7 jam yang lalu,menerima panggilan dari ibu dan bapa saya.

04 -11-2010 sebelum pukul 1130 malam

Allahyarham sudah kembali ke rahmatullah.



Terkesima.Kaget.Kehilangan sahabat yang cukup baik dan soleh.Memori bersama,semuanya perkara hasanah yang Allahyarham lakukan.Di atas usaha bersungguh,rakan masjid ketika kami di alam kampus itu mencapai zaman kegemilangannya.

Sewaktu menerima berita jemputan ALLAH itu,selang 45 minit nanti,saya akan melalui tempat kemalangan iaitu di jalan Pekan-Kuantan.

Telefon tidak henti berdering sedang hati tidak percaya akan berita yang menerjah telinga.

Sahabat dan sahabiah semuanya bersoal dan meminta pengesahan.

‘YA..sahabat yang kita amat sayang sudah kembali mengadap ALLAH SWT’

ALLAHURABBI,

ALLAH amat menyayangi allahyarham.

05-11-2010 jam 12:15 pagi

Saya memperlahankan kenderaan,kelibat pihak berkuasa dan tren sedang bersiap mengangkat bas ke bahu jalan dan sepenuh manusia di tempat kejadian.

Terlihat bas terbalik dan masuk ke dalam sungai,setelah melanggar benteng.Itu adalah ketentuan Qada’ Qadar ALLAH SWT.Perancangan ALLAH pasti menghujankan hikmah.

Jenazah telah dibawa ke Hospital Pekan dan dihantar pulang ke Cenderawasih.

Setibanya saya di rumah, jam 1:00 pagi tadi ,saya dan ayah terus bergegas ke rumah allahyarham berhampiran sekolah sana.

Seusai tahlil , bersalaman bersama keluarga allahyarham.Detik bersama,pantas memutar.

Hajat untuk bersama dan berjumpa,berpeluk erat kerinduan seorang sahabat.

Jenazah akan dikebumikan sebelum solat Jumaat jam 10:00 pagi hari ini di tanah perkuburan Islam di Bukit Ubi.

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan para solihin.

Serangkai nasihat Al-Fadhil Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man :

“Mati itu tidak syarat sakit,tidak syarat sihat,tidak syarat muda,tidak syarat tua”

Syaratnya AJAL.


Seterusnya, untuk sesiapa mengenali atau tidak mengenali allahyarham akhi Ismail Naqiudin Hamdan. Marilah kita sama-sama,Sedekahkan Al-Fatihah dengan membaca al-Fatihah, agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin. Ameen.






Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan,


Al-fakir ila Rabbihi
Mohd Nur Firdaus Mohd Arshad
Kuantan 05 Nov 10 jam 3:05 pagi



Isnin, 1 November 2010

JEMPUTAN PROGRAM KE FORUM KETIKA CINTA BERTASBIH

 
 
FORUM KETIKA CINTA BERTASBIH

Berbicara tentang Cinta membuatkan hati terasa berdebar-debar.

Adakah ini cinta atau mainan syaitan durjana?

Rasa Cinta Tak Salah

Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta?

Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia.

Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya.

Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.

Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar.

Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak.

CINTA..INGIN DICINTAI FITRAH MANUSIA.MARI MENTASBIHKAN CINTA ITU!

JEMPUT HADIR KE PROGRAM KETIKA CINTA BERTASBIH :


Maklumat Lanjut Hubungi

1) Cik Dee 0127644708
2) Cik Anis 0127244792

Semoga mendapat manfaat.InsyaALLAH.