Halaman

Selasa, 23 Mac 2010

KEM MOTIVASI ANJURAN AKADEMI FASILITATOR

Alhamdulillah..

Salam motivasi dari sahabat dan sahabiah  dari TI Village Resort..best gillleeeerrrrr. ...!!!!org giller pun xkan rase best camni..
-frasa kata yang menunjukkan kem motivasi ini cukup memberi semangat untuk adik-adik peserta.




Bumi hijau yang dikelilingi fauna dan flora yg menyejukkan qolbu..apabila ditiup angin sepoi-sepoi bahasa di bawah rimbunan pepohonan hijau..melihatkan ikan-ikan  talapia berwarna oren berenang-renang  riang di dalam kolam..melihat telatah kura-kura dan keluarganya berjemur di atas batang kayu mati..terjun bermain-main riang di dlm kolam....

teringat kata-kat hikmat dari wonderpet !

Apa yang penting ? Kerjasama  ('',)

Sejuk lagi mata ini memandang kerenah adik-adik kecil yang cukup bersih hati dan akhlaknya mendengar pengisian demi pengisian,modul demi modul dari Akademi Fasilitator.

"ALLAH SWT amat kagum kepada remaja yang pada muda menjadikan masanya senantiasa sahaja bermanfaat untuk diri dan orang lain."

-kata salah seorang tenaga fasilitator

Pada 20 dan 21 Mac 2010 yang lepas,akhi Firdaus ingin berkongsi sedikit pengalaman sewaktu kami dari Akademi Fasilitator mengendalikan kursus Motivasi ini.

Peserta seramai 112 orang,terdiri dari adik-adik yang berumur 10 tahun hingga ke 14 tahun.

Kumpulan yang di beri nama :

  • al-Mukmin
  • Saidatina Aisyah
  • Mujahidah Solehah
  • Amirul Mukminin
  • An-Nur
  • al-Alim
  • Khalid Al-Walid
dan beberapa kumpulan lain lagi sesuai dengan 'trademark' yang di berikan.

Antaranya..cantik menarik..Subhanallah. (akhlaknya cantik seindah wanita solehah)

Modul-modul yang dilaksanakan bertepatan dengan matlamat kursus merangkumi Spiritual,Jasmani,Emosi dan Intelek.

Allahurabbi,masa begitu mencemburui diri ini walaupun peserta adalah adik-adik namun hujah-hujah yang diberikan semasa Modul Pengucapan Awam adalah hujah yang melampaui umur mereka.

Benarlah kata-kata pujangga,umur tidak mencerminkan kematangan namun pengalaman itu yang mematangkan diri anda.

Bertitik-tolak dari ayat-ayat Al-Quran..maka motivasi hati menyentuh diri pun berbicara..

Ku biarkan gambar bercerita untuk sekadar masa ini..insyaAllah mudah-mudahan jari-jemari ini akan memintas masa yang ada untuk mencoret nilai positif bagi pembangunan minda kita semua di http://www.abangmodul.blogspot.com/


Sewaktu slot menulis dari hati.



Kata-kata yang tidak terucap..Keinsafan.



Suapan pertama untuk sahabat.

entri ini bakal bersambung...

Ikatlah ilmu dengan menulisnya..۩







Selasa, 16 Mac 2010

Di manakah letaknya keberanian anda ?

Ada berani bro ? Pertanyaan anak muda zaman sekarang...baik,sekiranya anda ada berani mari beranikan diri untuk melawan syaitan dan nafsu melalui makanan rohani ini.Semoga bermanfaat untuk hari-hari yang mendatang.InsyaAllah.


Dosa Peringkat Pertama..

Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya.... Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa.. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua..






Dosa Peringkat Kedua...

Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya... Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang..

Dosa Peringkat Ketiga..

Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya....Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD.. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. "Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat..

Dosa Peringkat Keempat..

Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN... Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong,bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri..

Oleh itu hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang orang yang bertaqwa disisi Allah..

Anda berani untuk tidak menutup aurat ?
Anda berani untuk melawan kata-kata ibu-bapa anda?
Anda berani untuk berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim?
Anda berani untuk merempit lagi ?
Anda berani untuk berpegang tangan dengan yang bukan mahram ?
Anda berani untuk berzina dan membuang anak?



Sekiranya anda TIDAK berani...

Di situlah letaknya keBERANIan anda.

Moga hidayah milik kita.InsyaAllah.

Ada berani ?



Ikatlah ilmu dengan menulisnya..۩







Jumaat, 12 Mac 2010

Kenapa anda ? Bukan dia..


Saya tidak ustaz..kenapa pula saya perlu berdakwah?

Tidak semestinya kerana mengambil bidang Kejuruteraan tidak boleh membawa usrah.

Tidak semestinya kerana tidak Ustaz maka tidak boleh menjadi Imam.

Mentaliti ramai umat Islam seperti ini perlu dipecahkan.

Akhi ingin mengajak sidang pembaca untuk mengenali sifat pendakwah...InsyaAllah.

Seseorang pendakwah, sebelum melangkahkan kakinya ke medan dakwah, terlebih dahulu hendaklah melengkapkan dirinya dengan sifat-sifat pendakwah muslim dan memahami jalan sebenar yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. Tanpa kefahaman yang jelas, maka pendakwah itu akan menghadapi kesukaran yang sepatutnya boleh dielakkan.

Sifat-sifat pendakwah muslim yang perlu ada antaranya iaitu budi pekerti mulia, lurus perilakunya, sifat kepimpinan yang sihat, tekun dan penuh keazaman, berperasaan kesihan belas dan tegas, benar dan amanah, kecerdikan, beramal soleh yang berkekalan, kesedaran, berupaya memberi penerangan, berupaya menyelesaikan masalah masyarakat serta dapat memhamami jiwa individu dan masyarakat. Disamping itu dapat memahami perasaan orang ramai dan mendapat kasih sayang, penghargaan dan penghormatan dari masyarakat terutama sekali dalam jurusan agama.

Oleh itu kita sepatutnya meneliti cara dakwah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w., diantaranya apa yang disebut dalam surah Yusoff ayat 108 maksudnya : "Katakan olehmu (wahai Muhammad), inilah jalanku, yang aku dan mereka yang mengikutku menyeru ke jalan Allah dengan basirah dan Maha Suci Allah, dan tidaklah aku tergolong dari golongan musyirikin." "Basirah" menurut Dr. muhammad Fathullah Badran membawa erti : "Ilmu yang luas, hujjah-hujjah yang kuat, pengetahuan hati, kesedaran, kefahaman yang dalam, memelihara hal keadaan orang yang didakwahkan dan menggunakan kata-kata yang jelas.

" Dan "salbi"(inilah jalanku) itu tidak lain melainkan jalan yang satu iaitu Islam yang padanya diberi panduan iaitu Al Quran dan al Hadis Rasulullah s.a.w. Ini dijelaskan oleh Allah sendiri dalam firmanNya surah al-An'am ayat 153 yang bermaksud : "Dan bahawa inilah jalanku yang lurus maka hendaklah kamu sekelian mengikutinya dan janganlah kau ikut jalan yang berbagai-bagai kelak ia memecah-belahkan kamu sekelian dari jalanNya.



Kita adalah mata rantai penerus risalah kekasih ALLAH SWT.

Firman Allah Taala "Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya kejalan kebaikan dan bertakwa mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya, serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)" (AlLail:17-21)

Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya, Rasulullah saw bersabda "tidak boleh iri hati selainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (AlQuran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain. ( AlBukhari & Muslim)

Kenapa anda ? Bukan dia..

Anda Muslim ?

Anda pendakwah.InsyaAllah.

Ikatlah ilmu dengan menulisnya..۩







Isnin, 8 Mac 2010

Apakah tanda hati yang rosak?


Ku biarkan gambar berbicara buat seketika...

Rabu, 3 Mac 2010

CANTIKNYA BAHASA NASIHAT JIWA


Daun tetap di atas dulang,
Anak udang mati dituba;
Dalam kitab ada terlarang,
Perbuatan haram jangan dicuba.
 

Anak ayam turun sembilan,
Mati seekor tinggal lapan;
Duduk berdoa kepada Tuhan,
Minta jalan ketetapan.
 

Kulit lembu celup samak,
Mari buat tapak kasut;
Harta dunia janganlah tamak,
Kalau mati tidak diikut.


Dua tiga empat lima,
Enam tujuh lapan sembilan;
Kita hidup takkan lama,
Jangan lupa siapkan bekalan




SEMOGA KITA MENJADI GOLONGAN YANG MENYERU KEPADA MA'RUF DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN :)

Isnin, 1 Mac 2010

PETUA MENGINGATI ILMU


باغون اول فاضي سبلوم وقتو صبح,

صلاة سنة 2 ركعة , صلاة صبح, استغفر 3 كالي

باخ 3 قل (قل هوالله , قل اعوذ برب الفلق, قل اعوذ برب الناس)

باخ سورة الانشرح ( الم نشرح )

باخ سورة الأعلى ( سبح اسم ربك الأعلى...)

سمفي فجعله غثاء أحوى اغكت تاغن لتق اتس جنتوغ

باخ سنقرئك فلا تنسى تيوف تافق تاغن , تيوف دجنتوغ بوات 3 كالي

باخ صلواة - وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم والحمد لله رب العلمين

Ikatlah ilmu dengan menulisnya..۩