Halaman

Khamis, 12 Mac 2009

JALAN KE SYURGA



Assalamualaikum dan Alhamdulillah,

Siapa nak gi syurga? Angkat tangan…wah,ramainya angkat tangan.Begitulah pertanyaan salah seorang cikgu saya waktu di tadika Abim.Kenangan yang sampai sekarang tidak boleh dilupakan kerana selalu sahaja saya menangis di sana,Selepas habis kelas,mak atau arwah nenek saya akan melewati jalan untuk ke kedai membeli sesuatu untuk memujuk…. Kemahuan yang kuat dari sifat riang-ria masa kanak-kanak dahulu,akan menyebabkan saya perlu melalui jalan yang penuh dengan kereta yang bersimpang-siur.Tapi nak pergi juga ,mesti melalui jalan itu…Pernah suatu ketika dahi ini berdarah dan di jahit di Klinik Abd Razak,sekarang namanya sudah bertukar Klinik Al-Farabi di Kuantan…kerana tersadung kaki dan terhantuk di tepi binaan…Habis berdarah,menitik …sambil berjalan pulang ke rumah.

Terima kasih mak…terima kasih ayah,kerana mengingatkan diri yang lupa.Kini saya sedar dan perlu memilih jalan yang betul agar tidak mendapat azab lagi..

Maka,hari ini saya ingin memetik hadith berkenaan ‘Jalan Ke Syurga’ Hadith ke-10 dari kitab Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah terbitan Dewan Pustaka Fajar,(DPF)cetakan pertama tahun 2004 di halaman ke-32 oleh Ustaz Mustafa ‘ Abdul Rahman.

Ia adalah kitab hadith-hadith pilihan dari Sahih Imam Al-Bukhari.
Hadith ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari bahawa Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang menjalani satu jalan kerana menuntuti dengannya akan pengetahuan,nescaya Allah memudahkan baginya akan jalan kepada syurga.

Hadith tersebut menerangkan bahawa barangsiapa (di antara lelaki atau perempuan) yang menjalani satu jalan,umpamanya pergi ke sekolah,kelas,kuliah,masjid,madarasah,ceramah,forum dan sebagainya atau seperti berusaha mencari perbelanjaaan dengan bertukang,bertanam,berternak dan sebagainya untuk digunakan kerana menuntut atau mendapatkan pengetahuannya yang berfaedah di dunia dan akhirat,maka dia akan dimudahkan ALLAH SWT baginya jalan yang memandu dia ke syurga.

Subhanallah! ALLAH SWT yang memberikannya panduan.ALLAHUAKBAR!

Selanjutnya apa jua pengetahuan yang diharuskan belajar akan diberi pahala oleh ALLAH SWT mempelajarinya.Kemudian apabila pengetahuan itu diamalkan akan diberi pula pahala lagi.Oleh itu belajarlah,kemudian ber’amaallah,tentu akan beroleh pahala dan bahagia.

Suasana di sekeliling kita pula bagaimana?Ke mana jalan yang kita tuju…sesetengah masyarakat yang telah di doktrinkan dengan konsert akan ke jalan menuju konsert.Konsert yang bagaimana?Mungkin kita tidak suka jalan kesana,maka kita mengambil jalan mudah dengan duduk di hadapan televisyen,menyaksikan konsert…jalan yang sama juga.Keupayaan mentafsir baik dan buruk pada dada yang beriman.

Allahurabbi,berapa ramai di antara kita yang hanyut tanpa sedar,”lemas” tapi masih bernafas.Dunia sentiasa menawarkan hiburan.Setelah cerita Rasukan Ablasa datang pula cerita Dragon Ballz kemudian berbaris selepas itu cerita Transformer 2.

Hati ini perlu dipulihkan ya ALLAH…

Ke mana lagi jalan yang hendak kita tuju melainkan jalan menuju ALLAH SWT.Jalan yang diredhai iaitu menuju syurga yang mahal harganya.Maka dengan apa kita mahu membelinya?Duit dalam poket ini tidak cukup.Di tambah dalam bank seantero dunia pun tidak cukup malah tiada nilai disisi ALLAH SWT,sekiranya duit itu dibelanjakan bukan untuk tujuan yang diredhai ALLAH SWT.

Saya menyeru diri saya dan teman-teman yang masih diberikan nikmat Iman dan Islam,mata yang menyaksikan monitor ini,tangan yang menulis,akal yang menganalisis kata-kata,mari kita mengumpulkan ‘duit pahala’ sebanyak-banyaknya selagi roh dan jasad masih tidak berpisah dari diri.

InsyaAllah,dengan rahmat ALLAH SWT banyak perkara yang kita boleh buat untuk mengumpulkan ‘duit pahala’.Bersama kita ingat-mengingati sesama insan,sebelum menemui DIA YANG MAHA MENERIMA TAUBAT hambaNya.
Ikatlah ilmu itu dengan menulisnya….

Motivasi Roh,Menyentuh Hati…. Jalan Menuju Syurga.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.