Halaman

Isnin, 9 Mac 2009

Salam Maulidur Rasulullah SAW


RASULULLAH SAW NAMAMU MENJADI SEBUTAN DI LANGIT MAHUPUN BUMI.

Alhamdulillah posting ini..

Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dengan mengerjakan segala yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang dengan ikhlas dan cinta kepada Allah. Mudah-mudahan segala amalan yang kita lakukan itu diterima oleh Allah dan diberikan ganjaran yang setimpal, Insya Allah.

Bulan Rabiul Awal merupakan satu-satunya bulan yang bersejarah bagi umat Islam. Kedatangan bulan Rabiul Awal juga sentiasa diingati oleh seluruh masyarakat Islam di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya. Kerana dalam bulan inilah junjungan kita Rasulullah s.a.w diputerakan.Hari peringatan ini disambut oleh umat Islam adalah untuk mensyukuri rahmat Allah yang telah menurunkan seorang pemimpin yang unggul untuk mengubah suasana dan keadaan hidup manusia ke arah yang lebih cemerlang, bahagia dan berjaya.

Allah berfirman yang bermaksud:"Tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam."(Surah al-Anbia':107)Maka pada hari ini sukalah saya membawa pandangan di samping mempereratkan diri kita semua bahawa pesuruh Allah yang kita sambut hari kelahirannya itu tidak lain dan tidak bukan ialah kerana pertama sekali bertujuan untuk memperkuat keyakinan kita terhadap kerasulannya, kerana baginda s.a.w adalah satu-satunya Rasul Allah yang ulung dan mempunyai darjat kelebihan daripada nabi-nabi, rasul-rasul yang lainnya.
Untuk tujuan itu maka kita cuba perhatikan firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 253 yang bermaksud:"Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan tertentu) di antara mereka ada yang berkata-kata dengan Allah dan ditinggikan (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan.

"Yakni nabi s.a.w yang telah ditinggikan pangkatnya oleh Allah S.W.T dan dikurniakan-Nya dengan berbagai-bagai mukjizat terutamanya al-Quran al-Karim yang menjadi rahmat dan petunjuk bagi umat Islam seluruhnya jika diikuti ajaran kepimpinannya.
Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling kita cintai. Kita mencintainya kerana baginda adalah seorang yang mempunyai peribadi tidak ada tolok bandingnya. Rasa cinta kita kepadanya tidak cukup jika kita lahirkan dengan kata-kata dan sambutan yang berbagai cara, tetapi mesti juga dilahirkan dengan meniru jejak langkahnya terutama sifat-sifat peribadi yang mulia.

Kerana daripada sifat-sifat peribadi yang mulia inilah Rasulullah s.a.w disanjung tinggi bukan sahaja oleh umatnya tetapi juga oleh pencinta yang Maha Kuasa. Dengan sifat-sifat dan peribadi yang mulia inilah Rasulullah s.a.w dapat memandu manusia dan mengubah suasana kehidupan manusia ke arah yang lebih cemerlang dan lebih bahagia bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat tempat yang paling kekal..Sempena mengingati keputeraan junjungan Rasulullah s.a.w ini marilah kita menghayati sifat mahmudah Rasulullah SAW dengan sepenuhnya sebagai asas kejayaan hidup kita di dunia dan juga akhirat.
Tidak ada contoh yang lebih baik daripada apa yang kita ambil dari Rasulullah s.a.w.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik iaitu bagi orang-orang yang mengharapkan rahmat dan keredhaan di hari kiamat dan sebutlah nama Allah banyak-banyak." (Surah al-Ahzab:21)

Mari memperbanyakkan Selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw.

Syafaatkanlah kami Ya Rasulullah ,di Yaumul Mahsyar kelak..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sejambak terima kasih, kami menghargai kata-kata tuan dan cikpuan.